Monday, September 27, 2010

Nama Saya Wan Adam 'Singa'?

helloo peeps! i just came back from bandung. ngeee... ;D

story bandung nanti dulu yer. hari ni ada cerita lawak petang isnin yang aku nak share:

daddy: adam, macamana nak sebut nama adam? ok, ikut daddy. nama...
adam: nama...
daddy: saya...
adam: saya...
daddy: wan...
adam: wan...
daddy: adam...
adam: adam...
daddy: rayyan
adam: ROARRRRR!!
daddy: muahahahahaa!!! *sambil gelak guling2*

aduh anakku...dia terkonpius rupanya sebutan 'rayyan' dengan 'lion'. laju jer dia mengaum bila bobo sebut 'rayyan' sebab bila kitorg sebut 'lion' memang dia akan buat bunyi 'roarrr'. hahahaha!

budak terlebih bijak nih. kih3...

Monday, September 20, 2010

Lebaran Tahun Ini

wah..dekat 2 minggu tak jenguk blog. raya sakan ahkak! hehehhe...sebenarnya ada jer masa nak blogging tapi kemalasan datang melanda. online untuk bukak fb jer. tu pon bukan tiap2 hari...
sekarang ni aku still dalam on leave lagi seminggu. so total 2 minggu direct la aku bercuti. balas dendam sebab dah berkurun tak cuti lama2. muahahahaa....tapi bobo dah start keje, so dia dah balik ke Perlis la. aku still di Kelana Jaya, umah parents aku. adam lak aku 'post' ke Banting, umah opah dia. jadinya sorang di sana, sorang di sini, sorang di sinun. huhuhu...
percaya atau tak, 3 keping jer gambar raya kitorg yang senonoh. tskkk....gambar 3 beranak lak takder langsung! tah hape2 jer kan?



1st day of raya. semua pakai oren except mak sebab mak lupa bawak tudung kaler oren. terpaksa la lari dari tema. hehehe...


2nd day of raya. adam berposing untuk ummi. masa ni kitorg pergi beraya di rumah bos bobo


mommy & son. see my 'baju raya'? disebabkan nak 'save' 2 pasang baju kurung untuk beraya di Banting, aku pakai jer blouse & jeans hari tu ;p



btw, tuan tanah masih dilanda kemalasan. jadi aku summarize jelah how we celebrated our raya. hehehe...please bear with me, okes? ;p


A Day Before Raya
as planned, family aku including mak & abah pegi Queensbay Mall untuk last minute shopping. hehehe...bobo beli 2 helai baju & a perfume, adam dapat kasut, abah beli 1 tshirt (Adidas lagi!). mak & aku tak beli pape ;p hajat di hati aku nak cari teapot baru ganti yang adam pecahkan aritu & a blouse. last2 dua2 tak dapat. takper, there's always tomorrow ;D

1st Day of Raya

beraya di Bukit Mertajam & Batu Uban, kampung terchenta & tempat aku membesar. kat sana adam terpecahkan pintu kaca kabinet tv abah aku yang ditinggalkan kat rumah tok. iskk....lasak sungguhla mamat kecik tu! sibaikla kabinet tv tu pon dah high time untuk diganti. kalau kabinet baru, mau sakit poket mr bobo. ngeheheee...


budak cheeky! kabinet kat belakang adam tulah yang dia terpecahkan. i repeat, 'ter'...bukan intentionally tau. gambar ni dicilok dari fb wife cousin aku. hehe...


2nd Day of Raya

pergi beraya kat rumah bos bobo di Sungai Petani. the food was awesome! siap ada keli bakar, daging bakar dan sate yang sangat yummeh! teringat2 lagi kesedapan grilled food kat sana *droolss* malamnyer pulak, makcik & pakcik aku buat mee rebus & baked marinated lamb (ni aku rasa sikit jer sebab aku tak minat lamb). wah, keje makan sesajo... ;D

3rd Day of Raya

pagi tu, baca news pasal Datuk Sosilawati mati dibunuh di Banting. erkkk...kebetulan kitorg memang nak balik ke sana pon lepas breakfast. tak sangka betul kejadian zalim macam tu boleh jadi kat sana :-S tempat kejadian tu cuma 15 min drive jer dari rumah mertua aku. while i was there, saja amek kesempatan drive along jalan ke Kanchong untuk cari petrol pam. rupa2nya opis peguam kap lam ya nga yang dah kena sita tu betul2 kat depan pejabat IPD Banting. ishhh....depan pejabat polis pon berani dia buat jahat, kan?

kitorg sampai di Banting dah lewat petang. alhamdulillah our journey was smooth. tak jammed di highway tapi kete banyak gak. so tak pergi beraya mana2 la hari tu. we just stayed at home resting sambil menghabiskan kuih raya ;p

4th Day of Raya

lepas Zohor kitorg beraya di rumah makcik2 bobo di Saujana Utama & Keramat. aku jadi banker adam jela hari tu sebab dia dapat banyak angpau. hehehee...

5th Day of Raya

kitorg gerak lepas Zohor gak untuk beraya di rumah mak & ayah sedara bobo di USJ & Kuala Selangor. mak aih...jauhnya nak ke KS sebab kitorg lalu ikut Ijok. on the way balik kitorg lalu ikut Klang. jauh gak tapi tak terasa sangat sebab jalan lurus jer. heheh...

6th Day of Raya

bertolak balik ke Perlis...

7th Day of Raya

Selamat Menyambut Hari Malaysia! did laundry and relaxing at home.

8th Day of Raya

cuti lagi. relaxing at home and packing again.

9th Day of Raya

bertolak semula ke KL. hehe...safely arrived at 1.15pm.

10th Day of Raya

hantar adam ke Banting dengan abah :-S sebelah petang sedara mara lak datang beraya di rumah KJ.

11th Day of Raya

here i am typing this entry ;p



phewww....what a hectic raya i have huh? tiring but it was fun tho. so how was yours? care to share? ;D

oklah, nak bersiap2 pegi rumah kekta lak jap lagi. till then. toodles!

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri!


DI KESEMPATAN INI SAYA INGIN MENYUSUN 10 JARI MEMOHON MAAF ANDAI TERDAPAT SALAH CAKAP, SILAP MATA KATA ATAU SALAH LAKU KEPADA SEMUA YANG MENGENALI DIRI SAYA SAMA ADA SECARA MUTLAK ATAU SECARA MAYA. sobsss....
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DARI MRSBOBO & FAMILI!




Kudapan Di Hari Raya

wah title entry skang ni mesti nak mention 'Hari Raya' ;p

jeng..jeng..jeng...nilah dia rupa bilis lilit tu. ana, penah jumpa tak kat KL? hehehe...

yang aku beli ni sepeket 500g = RM11. mintak 10 hengget pon tak dapat! bayar jelah...dah nak sangat ;p macam rupa ulat mulong sarawak pon ada kan? eeeeekkk!! takmolah bayangkan :-S



zoom sket. leh imagine tak kegigihan pelilit bilis tu? hehehe....sebab tu kot mahal.


p/s: sila dapatkan di pasaran ;p

Monday, September 6, 2010

Checklist Untuk Hari Raya

tinggal 3 hari jer lagi kita nak beraya. aku baru sibuk nak buat checklist. heheh...takper, sempat lagi nak last minute shopping, kan?

sebenarnya dah suku jalan aku type & save entry ni dalam draft. masa tu kita baru 4 hari berpuasa. tapi last2 terlupa terus nak sambung. tula, teradvanced sangat. keh3...

ouh yer, tahun ni kitorg akan beraya di Penang dulu sebab last year dah beraya di Banting. kekta & dell akan beraya di rumah mertua masing2. 2nd day raya baru diorg akan balik Penang. hopefully dapat la jumpa. nak collect duit raya untuk adam! huhuhu...

anyway, kelmarin kitorg ke Alor Setar untuk shopping raya. dapat la beli baju melayu untuk adam & bobo. untuk aku, tudung Ariani :D tahun ni theme color baju raya kitorg will be yellow+orange! hahaha...terang benderang gitu. sepatutnya kitorg opted for yellow. tapi tah camner baju kurung aku tu jadi macam banyak oren lak. nak taknak kena la adjust la sikit jadi yellow+orange. heheh...apa2 jelah....

ouh, sebelum beli baju melayu for my 2 boys, kitorg ke Pekan Rabu dulu. tiap2 taun sebelum raya mesti ke situ sebab nak beli bilis lilit. 2-3 taun lepas 1kg bilis tu cuma dalam RM17-18 camtu. tapi skang ni dah naik jadi RM22. yang jual RM25 for 1kg pon ada! gilo mahai. tapi beli jugakla sebab sedap. aku tabik kat pelilit (is there such word? ;p) bilis tu sebab gigih diorg lilit sekor2. dahla halus2 ikan bilis tu. hehe...

oklah, here's my checklist:
  • baju raya family ---> *checked* baju melayu for the boys & baju kurung pour moi
  • baju raya casual ---> adam jer ada. ummi & daddy belum cari lagi. maybe tak perlu ;p
  • tukar duit raya ---> *checked*
  • sampul duit raya ---> *checked* dapat free banyak lak taun ni
  • kuih raya ---> *checked* order 4 jenis jer. semua untuk makan sendiri. heh...
  • kek lapis sarawak ---> *checked* tapi still ada di KL
  • bilis lilit ---> *checked*
  • serunding ---> *checked*
  • kasut raya ---> untuk adam jer. ummi & daddy pakai jer mana ada. huhuh...
  • servis kete ---> ouh, ini penting. tapi belum lagi ;p
  • packing baju ---> belum gak tapi masih ada masa. yang ni pon aku akan buat checklist asing (ergghh..i hate packing!!)
  • kemas rumah ---> *half-checked* bleh gitu? ;p

last but not least, yang paling penting:

  • bayar zakat fitrah ---> *checked* bobo dah bayar aritu ;D
  • cuti raya approval from boss ---> *checked* yay!!

dalam checklist aku takder ketupat lemang rendang lontong (alamak, terliuq lak) bagai sebab kitorg beraya kat umah makcik. so makan apa yang makcik aku masak jela nanti. hehehe...

ouh yer, while i was typing this, ada supplier call aku nak datang hantar kuih raya all the way from Penang. diorg memang tiap2 tahun mesti hantar kuih raya 3 jenis. so skang ni aku ada 7 jenis kuih dahla *grin*

nampaknya ada several things lagi yang belum setel...bab shopping takder masalah sebab sehari sebelum raya pon kitorg plan nak pegi last minute shopping di Penang. bab nak packing la yang aku paling lemah sekali. tak suka tau!

anyhow, nanti aku post gambar bilis lilit tu. saja nak promote sebab kat KL tak jumpa pon mende alah ni. hehehe....