Showing posts with label ramblings. Show all posts
Showing posts with label ramblings. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Happy New Year!

salam...lamanya tak berblogging. ada entry baru tapi dah berbulan dok peram jer ;p

just a quick entry, saja nak wish happy new year to all readers :D

alhamdulillah 2014 has been good to me especially in career wise. syukur...

ada la hiccups here and there (adam masuk wad 2 hari sebab bronchitis) tapi still bearable alhamdulillah...

btw 2015 ni adam dah start sekolah darjah 1. harap2 ok la dia. hehe...risau gak sebab dia lagi minat melukis dari menulis. 

apa pon semoga tahun baru ini akan lebih bermakna kepada kita semua.

azam tahun baru aku sama jer macam tahun2 lepas. heheh...(ntah apa azam wa pu che tau ;p)

till then. toodles!


Friday, July 5, 2013

Ramadhan Checklist


phewww...opis aku baru jer habis organize kem robotik untuk budak2 sekolah. letih sungguh! tapi seronok! yang jadi letih sebab kena jadi all rounder. almaklumla, kat opis aku ada baper ketui staf jer. nama jer jadi seketeri event padahal kena buat semua benda. hahahah...tapi jadi seronok dan hilang penat sebab tengok budak2 semua enjoy. alhamdulillah...the event was a success ;D 

btw, ramadhan tak lama lagi jer bakal menjengah so let me share this ramadhan checklist. semoga ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun sebelum2 ni...amin....

oklah, selamat menunaikan ibadat puasa semua! (wish in advanced sebab nak cuti balik KL lagi. tehehe...)

Tuesday, June 18, 2013

The Power of Blogging - Part 2


dulu aku pernah citer pasal sorang reader yang minat sangat dengan pokok setawar. ok flashback jap entry tu kat sini.

kekadang dok terfikir gak idup ker tak daun2 tu. kalau tak idup macam buang karan jer aku pos daun2 tu kat dia. huhuh...

pastu baru2 ni dia email aku gambar daun (now dah jadi pokok) setawar yang aku hantar dulu. wahhh....dah beranak pinak sampai jadi 2 pasu! sekarang ni kawan2 dia pulak tengah tunggu nak amek daun2 tu. tak sangka lak pokok setawar pon ada peminat. tehehe...


'To be doing good deeds is man's most glorious task.'



p/s: dear vinney, please take a good care of them, okay? hehe...


Monday, June 17, 2013

Powerbank Dah Selamat Sampai!


alhamdulillah....berkat kesabaran dan bebelan akhirnya sampai jugak powerbank ni kat tangan aku pagi tadi. fuhfuh...berjanggut ahkak tunggu! (refer previous entry)

sampai2 terus bukak parcel then terus testing. comey tak kaler fink? kih3...

ok, tu jer nak bagitau. muahahah...

till then, toodles!

Friday, June 14, 2013

Pengalaman Shopping Online Di Dealmates (plus Sesi Lepas Geram!)

 

sekarang ni kan ada macam2 kompeni online seller yang guna kupon/certificate. paling famous groupon la kot. pastu ada milkadeal, streetdeal, mydeal & berlambak2 deal lagilah ;p

tapi hari ni nak aku citer experience shopping kat dealmates sebab dah tiga kali beli barang kat situ. dan jugak nak lepas geram sket. beware...18SG entry ahead. muahahaha...

ok , here goes....

first time shopping aku tolong belikan powerbank untuk kekta sebab kredit kad dia ada problem masa tu. so first time la jugak aku register kat dealmates. dapat rebate 3% pastu harga powerbank pon dapat diskaun lagi. masa tu ada express deal so powerbank tu sampai kat kekta dalam 3 hari jer camtu.

2nd time aku beli beg untuk diri sendiri. dapat la diskaun sket sebab tolak rebate aritu. pastu dell pon tolong belikan kekta beg yang sama. hehe...pastu dapat certificate bagitau beg akan sampai dalam tempoh 3 minggu. tak kisah sangat sebab bukannya nak guna urgent pon. 

bila sampai masanya, beg tu pon sampai la...punya la excited bukak parcel. yelah kan, berjanggut kot tunggu! tup2, diorg hantar model beg yang salah! grrrrrrr.....tensi btoi. dah la tunggu lama gila, pastu boleh salah model lak. 

tak puas hati, aku gugel gambar beg. confirm bukan beg yang aku order! memang rupa dia lebih kurang tapi still tak sama! (sorry ada banyak exclamation mark pulak. nak habaq tengah marah. hahahaha....)

dan2 tu jugak aku contact customer service diorg. mujur gak ada live chat. aku siap bagi link gambar beg nak tunjuk comparison. mamat tu cakap 'it's similar'. yea similar but it's still not the same hokeh! 

tapi apa pon dia tolong gak aku hantar email komplen kat dealer beg tu. couple hours later, orang dealer beg call aku terus. dia cakap memang salah diorg hantar model lain kat aku. yang bagusnya, dia siap tanya dell tu sister aku ker sebab diorg pon nyaris2 nak pos beg yang sama kat dell. diorg terperasan kot binti sama. hihih...mujur jugakla...kalau tak kekta pon akan dapat beg salah ;p

diorg email bagitau akan hantar beg baru in 2 weeks time. tapi kena tunggu shipment baru. takperlah, kitorg tunggu jer. malas nak mintak refund. 

long story cut short, hari ni dah lebih 3 minggu aku tunggu. beg tu tak nampak batang hidung pon. bila aku email tanya, diorg jawab still tunggu shipment. haihhhhh.....ship dah jadi titanic koittt?!

citer 3rd time shopping (tak serik2 kes beg ;p). aku beli powerbank untuk diri sendiri pulak. dalam certificate cakap kena tunggu dalam 3 minggu. oklah kena bersabar lagi. beli barang murah jer kali ni so harap2 takder masalah la kan. 

tunggu punya tunggu tak sampai jugak. sebab dah tau cara, aku direct email kompeni dealer tu terus. tak deal melalui customer service dealmates dah. dealer reply email katanya dia tak boleh janji bila sebab takut break promise. padahal dalam certificate ada mention powerbank tu akan dideliver bila. obviously dah lepas dari date tu pon. so memang oredi broken promise pon! geram tui ahkak!

pastu aku email balik siap quote certificate tu. then aku gertak nak report kat consumer tribunal. pastu kan....sepantas kilat dia reply balik nak cakap sorry bagai. bagi alasan tengah sangkut kat kastam la, nak provide good quality product la apa bala lagi tah. grrrrr...tau pon takot! 

nak meniaga elok2 la. ni dok bagi janji pelsu. mana tak geram! at least email la bagitau kat customer dari awal item akan sampai lewat sikit sebab apa semua. ni tak, customer lak kena tanya dulu. pastu dok berdolak dalik bagi jawapan selamat. kena gertak sekali baru hang tau takot! amboih geram sungguh makcik. hahahhaa....

anyway, apek dealer powerbank tu cakap nak poslaju kat aku pagi ni. we'll see.....kalau hari isnin depan tak dapat jugak, memang aku bawak ke tribunal la kes ni. takleh bagi muka dah. pfftt....

pesanan penaja dari aku, sebelum nak beli barang online, check dulu review2 customer pasal seller tu. macam dealmates ni aku memang tak check dulu. tambah2 pulak pestaim beli macam ok ja. tu yang ingat memang reliable. tup2 dua kali terkena. hmmphhh....

ok now dah lega sket sebab dah lepas geram. muahahhaa...

till then, toodles!

Wednesday, May 22, 2013

Setahun Sudah Berlalu....


exactly one year ago, on this day, i was in Pareee. 

rindu!!

hewhewhew...

ok, tu jer nak habaq.

;p

Friday, March 29, 2013

Erti Al-Fatihah


frankly speaking, aku hafal makna Al-Fatihah ni masa zaman sekolah jer. abis sekolah terus lupa! tskkk....

sejak kebelakangan ni adam selalu nyanyi nasyid makna Al-Fatihah. berulang2 macam rekod rosak! tapi yang bagusnya aku pun sampai dah boleh hafal balik. tq adam! ;D

just wanna share the video. happy viewing!

till then.

toodles!

Monday, March 18, 2013

Kids Say The Darndest Thing

di suatu malam yang indah.
satu iklan glemer tersiar di kaca tv...

"tengok kak ton, comel takkkkk?"


in a second terdengar suara menjawab:


"tak comel pon ATOK!" 


me & bobo: kahkahkahkahkahkahkahkah 10000x


p/s: mintak mahap kak ton, anak saya memang tak pandai menipu ;p

Tuesday, March 5, 2013

The Power of Blogging



(tetiba ada pic daun setawar. heee...)

ada sebab kenapa aku letak pic tu... 

sapa nak sangka kan, dalam suka2 jer buat entry pasal mari bercucuk tanam, tup2 ada reader yang berkenan sungguh dengan pokok setawar. katanya pokok ni mengingatkan dia pada zaman kanak2 dulu. sebab masa tu dia suka selit daun ni dalam buku pastu nanti leh tengok akar dia tumbuh. awww...sapa yang tak pernah buat camtu kan? aku pon suka. dolu2 la zaman berhingus. heee...

pastu dia mintak aku poskan sikit daun ni kat dia. sampai sanggup nak bagi duit setem. beria2 sungguh! 

being me, aku tak suka nak menghampakan permintaan orang. eventho aku tak kenal pon reader tu, aku pos lah jugak 2 helai daun setawar yang dah ada tunas kat dia. FOC summore! hehehe...

pic atas tu reader tu yang email kat aku nak bgtau daun2 tu dah selamat sampai. happy btoi dia bila dapat daun2 tu. huhuhu...

anyway, dah hampir 2 bulan berlalu...harap2 daun yang aku pos tu boleh survive la. hehe...

tu jer nak story arini. heh...

till then. toodles!

Friday, February 22, 2013

On Buying Handbags

hari jumaat biasanya aku suka share tazkirah. tapi hari ni tukar sket. still ilmu cuma ilmu donia. hahaha...

i've shared this before in my instagram tapi saja nak share dalam blog pulak. ngeeee...

do read this! ;p

ada paham ka ahkak2? tehehe....
so, marilah kita membeli birkin sorang seketui (yea right!)


p/s: credit to astroview mag :D

Friday, December 30, 2011

Entry Terakhir 2011 (kot?)


olaa! lama sungguh ahkak menyepi membawa diri yang lara. heee...taklah. i'm still here, safe & sound alhamdulillah....


this might be the last entry for this year. hujung tahun pon aku busy like a bee sebab kena prepare macam2 dah for next year's tasks.
so, apa azam tahun baru anda? (soalan cliche mesti ada ;p) mine, rahsia! tehehe....sebenarnya takder azam pon. takpon carry forward jelah mana2 azam yang still tak tercapai tu.


anyway, saja nak citer pasal kejadian petang tadi.


sekarang ni hari2 aku drive kete Persona bobo pi balik keje. kete dia tu ada tepek sticker ala2 sporty la kunun kat cermin depan.


tadi kat satu trafik lite ni (lampu merah) aku benti betul2 di belakang kete recond zaman 80-an kot. penuhla fancy2 sticker kat kete tu. driver dia budak laki muda lagi. leh nampak sebab dia turunkan cermin tingkap.


pastu aku perasan masa aku benti kat belakang kete dia, mamat tu siap ushar lagi thru side mirror dengan rear view mirror dia. sangat obvious!


once lampu dah hijau tetiba dia drive slow jer macam bagi chance aku overtake. aku pon terus la belok sebelah tapi memang tak pandang pon kat dia. koser mak! tapi aku drive dalam 80-90km/j jer pon.


tup2 bila dekat nak sampai kat trafik lite lagi satu, tetiba pulak dia pecut tak mau2 potong aku. hek elehhhhh...lu pehal mamat?! tetiba nak show off dengan kete buruk dia tu. last2 sampai kat trafik lite lagi satu lampu merah balik. dia kena benti. tapi aku lak memang dah kena belok masuk jalan kiri kat sebelah dia. selisih jer. takyah susah payah pecut pon! hahahahhaaa!! show off ler sangat!


aku rasa orang laki especially yang muda takleh terima kot orang pompuan drive kete elok sikit dari diorg. nak2 pulak dia tengok level ahkak2 jer bawak kete yang lebih sporty dari diorg. terus rasa diri tu terancam kot. huhuh....kesian sangat aih. very low self-esteem problem.


kepada anak2 muda di luar sana, sempena nak masuk tahun baru ni, lebih baik korang pegi cari hobi yang lebih berpekdah daripada nak intimidate golongan hawa dengan kete recond buruk korang tu! now go get a life!


sekian saja bebelanku di hujung tahun 2011 ;p
niway, hepi new year eberibadi! wish siap2 la yer just in case dilanda penyakit 'M' esok malam. tehehehe....

Thursday, December 15, 2011

Tekak oh Tekak!

prasan tak? prasan tak? tu kat blog list tu....hehehhe....
dah lama plan nak buat makeover kat situ tapi asyik tertangguh jer.
hari ni tetiba ntah mana datang angin rajin terus buat ;D
macam la susah benor. tehehe....

just a quick update.

aku tengah sore throat. dekat 2 minggu dah kot tak baik2.
tapi alhamdulillah kali ni tonsil tak bengkak sampai jadi ulcer. tapi merah sangat.
nak telan liur sendiri pon sakit. aduiii....
strepsil dan lozenge woods dah habis 2 peket.
kat rumah sebelum tidoq telan breacol lagi.
semua tak jalan. tskkkkkk.......
a friend of mine suh try minum air asam jawa.
will do that asap!

ouh, tenkiu sebab sudi baca luahan perasan orang tengah sakit tekak ;p

Wednesday, December 7, 2011

Luahan Perasaan Kejap

pic: gugel

semenjak dua menjak ni rasa taktau nak update pasal apa. my life is not interesting anymore! hahhaa...mundane jer hari2 pegi keje balik keje pegi keje balik keje. kalau orang yang ada anak dah sekolah confirm tengah bersuka ria coti2 kan?
i'm not like some people yang suka tiru blogger lain 'eh, dia tu buat entry pasal jerawat, aku pon nak buatlah!' ada kan spesis camni? gigih nak bagi ada entry jugak walaupun topic nan hado. so pathetic!

oklah, tu jer luahan perasaan pada hari ni ;p toodles!

Tuesday, November 1, 2011

MELAMPAU!!

Dasar yahudi laknatullah! Cuba korang bukak gugel translate and type myquran. Tengok word apa yang keluar. Kojaqqq!!

Saturday, October 22, 2011

Kitchen Tips

Hari ni aku masak ayam goreng kunyit tapi kena tengok resipi sebab spesel sket. Bukan marinate ayam dengan garam & kunyit jer yer. Yang tu kalau kena tengok resipi melampau la. Huhuhu....

Pastu dapat idea, why not aku kepit jer resipi tu kat blind. Senang sikit nak view kan? Resipi tu pon takderla comot2 kena percikan minyak.

Ouh, tip ni is strictly for those yang pasang blind berdekatan dengan stove jer tau. And for those yang tak terer masak macam aku ;D ngeeee....

Thursday, October 13, 2011

Why Does My Eye Twitch?


rimas betul bila mata gerak2 a.k.a mata gedik2 ni...atau dalam bahasa omputihnyer - twitching eye. minggu lepas kelopak mata kiri gerak2. minggu ni bawah mata kanan lak gerak2. really annoying!

orang tua2 cakap ada makna kan kalau mata gerak2 ni? kalau mata kiri, ada bad news, mata kanan ada good news. superstitious tapi kadang2 betul gak. atau mungkin kebetulan? wallahualam....


terjumpa info dalam website pasal twitching eyes ni. puncanya leh jadi macam2 tapi takder specific ubat untuk treat the condition. kalau ada pon doc suggest injek botox. huhuhu....


these are the causes:

  • Stress - kena check stress level dulu nih. kerja aku kadang2 boleh jadi stressful jugak. biasalah kan bila kerja dengan manusia ni....macam2 peel dok ada. huhuh....
  • Tiredness - lack of sleep. kalau ikutkan biasanya tiap2 hari aku tido dalam 6 jam setengah. tak cukup lagi ker tu? this could not be the cause.
  • Eye strain - ouh, memang kerja hari2 kena mengadap pc. balik rumah kadang mengadap lappy. could this be the reason? hmmm...
  • Caffeine - i love coffee and tea. need i say more? ;p
  • Alcohol - yang ni tak relevan.
  • Dry eyes - camno nak cek aa? tapi punca dry eyes ni adalah stress, tiredness and aging! alamaks! awal 30 dah dikira aging tak? huhuhu....
  • Nutritional imbalances - kurang bitamin kah aku ni?
  • Allergies - yang ni takder kot....

sampai sekarang aku tak dapat detect lagi apa puncanya. kena kaji lagi nih. huhu....

p/s: dear eyes, please stop twitching! aku taknak pegi cucuk botox please.... ;p

Wednesday, October 12, 2011

Wajah Baru

pagi ni tetiba rajin nak mengexplore blogger. so mula la testing sana sini...
nilah resultnya, mrsbobo berwajah baru! huhuhu....tapi nampak still semak kot. buat pon suka2 jer. tambah2 lak bukannya reti sangat edit2 nih.
tengoklah nanti bila2 free aku alter balik bagi cun2 ;p

Monday, August 15, 2011

Mari Mengetest Oven

malam ari sabtu lepas tetiba rasa tingin nak buat kek. bukan apa, kesian kat oven tu jadi tukun tiruan jer. dah beli tapi tak guna2 pon. mixer pon dah ada, kekta bagi. huhu....

pastu bila bagitau bobo, dia yang teruja lebih. so malam tu jugak lepas berbuka dia keluar pegi beli barang2 kek.

aku suh dia beli tepung kek instant jer sebab senang. campak butter, gula & telur jer kan? tapi dia pi beli tepung naik sendiri. bahan2 lain dia tengok kat tepi kotak tepung tu jer dengan bantuan tuan kedai. siap tick lagi barang apa yang dah dapat. hehehe....gigih btol!

tapi yang kelakarnya patut beli baking powder, tapi dia beli yis sebab dia baca bahan ramuan tu in BM (serbuk penaik). kih3...yang tuan kedai tu plak pi tambah kata bleh jer guna yis untuk buat kek. errr....aku tak penah lak guna yis untuk kek. untuk roti, donat ada la kan?

dekat kul 10.30pm baru start projek kek ni. kitorg buat choc moist siap dengan choc topping. ngeeee ;D

sibaik gak bobo pon eksaited nak tolong sama. yang kelakarnya lepas masuk butter dalam mixer bowl, aku suruh dia tengok kena masuk bahan apa lagi pastu. dia kata tepung. lepas dia tolong sukat semua, aku pon tak agak2 terus jer masukkan tepung dalam bowl tu. padahal kena mix butter dan gula dulu sampai kembang! ahahahaaa! tah hapa2 jer. amatur la katakan... ;p


cake in the oven. isk, tak sabar dok tunggu kek siap time ni. hehe...


tadaa! dah siap! tapi merekah lak kat tengah2 tu


ok, cover rekahan dengan topping. comot gilos! buat topping ni pon tengok resipi kat tepi kotak tepung kek. hahahaa! gigih tak gigih kitorg? ;p


jemput makan semua! nomnomnom....


verdict: lembut dan gebusss! topping pon maveles (perahsantan)! kira menjadi gakla kek ni walaupun tak tentu arah berapa suhu baking semua. heheh...


p/s: dah start berangan nak bake sendiri bday kek adam nanti ;p


Friday, August 12, 2011

Justin Bibir Jual Bubur!


ahahahhaaaa!! nak pecah perut gelak bila tengok pic ni. tak boleh blah btoi!

kreatif sungguh la cara depa nak tarik pelanggan kan?

i wonder ramai tak peminat2 justin bibir ni pi beli?

;p