Showing posts with label wishlist. Show all posts
Showing posts with label wishlist. Show all posts

Wednesday, May 4, 2016

Hello 2016!

haha...dah bulan Mei baru nak helo. hadui laa penyakit M makin kronik!

just to 'rewind' some last year's memories...alhamdulillah hujung tahun lepas (13 - 23 Dis to be exact) kitorg sekeluarga dapat menunaikan umrah. mimpi akhirnya jadi kenyataan...setelah 3 (ker 4?) tahun niat tergendala (tergendala tapi re-route ke london & paris plak ;p) akhirnya Allah makbulkan impian aku...syukur sangat...

pic taken during subuh at Masjidil Haram. windunyaa...

untuk trip umrah ni aku bawak skali mak & abah. kitorg pergi dengan agensi Wira Saujana. alhamdulillah mmg sangat puas hati dengan WSTT cuma bab hotel kat mekah ja yang kureng sikit sebab kena panjat bukit tonggek walaupun jarak ke Masjidil Haram cuma 180m. kesian kat mak sebab dok sakit kaki. huhu...takpalah, anggap saja cobaan....

betul la kata orang, once dah balik dari sana mesti akan rasa rindu nak pergi lagi. tak puas wooo...memang rindu sangat2. sobsss.... T__T 

pengalaman kat sana rasanya takyah story la ya...ahkak simpan di lubuk hati sudah. huhu...

lebih kurang seminggu lepas balik dari umrah, adam pun mula sekolah balik. dah darjah 2 pakcik ni. badan ja makin panjang tapi tetap kurus kering. tskkk....

adam dapat tukar ke kelas no 1 tahun ni. jenus la nak kejar budak2 pandai dalam kelas tu. huhuhu...sebab masa darjah 1 dulu dia dalam kelas linus. takpa la nak, cuba ajala sedaya boleh. dengan kelas kafa lagi. sian sungguh budak2 lani.

talking about school, tak paham sungguh aku pasaipa depa kena belajaq diftong, digraf tah hapa di lagi umoq kecik2 ni. vocab pon dok celaru lagi dah suruh belajaq benda2 alah tu. iskkk...kalah kelas guru bahasa aih...

okla deknon, i better stop here. dapat membebel tak ingat donia plak. kih3...

till then.

toodles!




Saturday, August 13, 2011

Advanced Birthday Gift


adik aku bagi present Cath Kidston iphone casing ni sempena bday aku yang coming soon in Nov. hehehe....lambat lagi tapi tak kisah la kan? tehehe...

tengok dalam pic sebelum ni ingat kaler merah. rupa2nya pink! my fav kaler! lagi ahkak sukaaaa ;p

tq cek!!

btw semlm aku tengah browse tenet.
tetiba tingin nak survey beg Longchamp Le Pliage yang sana sini orang dok gila tu.
masa aku pi London aritu ada jumpa kat Heathrow airport.
dalam 50 pound camtu.
aku ingat mahal dah. so tak beli la.
rupa2nya bila dah balik sini baru tau orang jual mark up gila2 punya! double kot.
iskk...rogi tak sambaq satu dulu. chisss ;(
bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan.
tapi dalam bab ni sesal kemudian jimat pendapatan. kekeke....

pastu aku cakap kat bobo nak beg tu lah as my bday gift tahun ni.
dia tanya berapa det?
aku cakap ala murah jer...RM500 camtu.
then he went 'hah?!'
agagagaga....tak agak2 bini ni pon...demand benda mahai jer.

sebab dulu bobo dah tanya aku bday tahun ni nak apa...
aku cakap nak steam iron berdiri tu. brand Philips.
heheheh...tah hapa2 jer wishlist aku.
ingat leh la tukar jadi beg baru....
so Longchamp tu nampak gayanya takder harapan la. sob..sob... :'(

takper, ada lagi 3 bulan before bday.
leh pujuk bobo lagi.
muahahhaha!!!

ok, dah melalut sikit2.

toodles!

Friday, August 12, 2011

Balik Bandar & Trip to Ikea!

kalau orang lain balik kampung, kitorg lak balik bandar sebab parents dok kat KL. eh, i orang bandar tau! (sambil buat gaya vain gitu!) ;p

sebelum puasa aritu kitorg balik KL untuk sambut puasa dengan family. rasanya dekat setahun dah kot kitorg tak balik sana. kalau aku balik pon kejap2 jer. tu pon sebab ada meeting di KPT. so, that doesn't count, rite?

untuk puaskan hati, aku amek cuti 4 hari terus. tapi sebenarnya on the 5th day tu pon aku EL. muahhahaa....alang2 belen cuti pon dok ada 20 hari lebih lagi. so apa lagi mau tunggu kan?

mula2 kitorg balik ke Banting dulu, rumah MIL. stay sana 2 malam. kiranya sambut 1st day puasa pon kat sana la. tapi sempat berbuka sekali dengan MIL dan adik ipar pon 1 hari jerla. sebab esoknya kitorg stay di rumah parents aku lak di Kelana Jaya. yeehaaa!

masa kat Banting aku terperuk kat rumah jer. tak kemana2 pon. mula la gundah gulana. hahahaa!

masa stay di KJ, aku ajak bobo pegi Ikea. isk, lama betul tak ke sana! winduuuu.... ;p

bobo plak setuju jer bab2 pegi jalan ni. dia memang jenis senang diajak berjalan. kekadang dia sendiri yang ajak, tapi aku yang maleh keluar. heheh....terbalik kot plak.

ouh yer, sebenarnya hari kitorg pegi Ikea tu adalah our 4th year wedding anniversary. ngeeeee ;D takder celebrate2 pon. cuma wish sesama sendiri jer....bukan apa, aku yang maleh sket nak berbuka kat luar. celebrate dengan makan food beli kat param jer. hihihh....

masa di KJ aku selalu beli juadah iftar di Bazar Ramadan Kelana Jaya. isk, tingat pulak kat laksa utara yang maveles tu! ;p~

berbalik kepada citer di Ikea tadi. memandangkan rumah kami belum ada coffee table, so kitorg set nak survey kat sana la.

but guess what?

we end up buying 1 coffee table, 1 side table, a kitchen trolley (yang ni dah lama mengidam ;p) and several small items such as watering can, tissue holder and ice cube tray! nilah penangan sebab dah lama tak ke Ikea! (alasang!)

nilah hasil tangkapan pada hari tersebut ;p


LACK side table

LACK coffee table

BEKVAM trolley


semuanya self-assembly so senang la kami hangkut bawak balik Jitra. sibaik muat boot kete. hehehe....tapi jenuh gak bobo dok 'bertukang' sorg2. aku tukang gak tapi tukang tengok. ngeh.

trolley tu aku lapik dengan plastik polka dot yang dah lama beli dari Cosway. takut calaq! sayang woo....tujuan asal beli tu plastik tu sebenarnya nak lapik drawer2 cabinet dapur. tapi sampai sudah tak terlapik. last2 guna untuk tempat lain lak. hehe...tibai jelah...asal ado.

next plan: nak beli meja & kerusi untuk adam lak! hari tu macam tak sanggup nak hangkut semua. lgpon mau rabak poket ahkak!

eh baidewei tq our PM sebab bagi bonus raya. inilah perkidmatan yang cekap! ngeeee.... :D

so Ikea, wait for us!


Friday, March 25, 2011

Nak Beli Coffee Maker Pon Kena Menabung?

me and bobo are coffee person. zaman bercinta (ewah!) dulu rajin jugakla pegi setarbak. tu zaman sebelum kami ban kedai kopi itu ;p dah lama tak pegi dah (sambil angkat sumpah). lani minum kopi kat rumah jer. ngeh3...
strange but true, walaupun kesukaan kami adalah kopi, tapi rumah kami takder coffee maker pon! so bebaru ni bobo came out with this idea - why don't we save up for a decent coffee maker? decent here means an affordable but a good one. bukan tajuk2 macam De Longhi, Bodum, Kitchenaid dan yang sewaktu dengannya tu ;p

i said why not? benda tu bukannya priority so menabung for several months should be alrite (selama takder mesin tu bleh jer minum kopi. saja ngada2!). bobo proposed saving RM20 each month. ok la kan...

sabtu minggu lepas kitorg pegi Jusco Bandar Perda. hajat di hati nak singgah beli botol susu adam jer. tapi memandangkan adam taknak ikut kitorg (dia tengah siok main dengan anak cousin), so dapatla dating berdua2an sambil 'mengkelebek' dan survey barang2 idaman. di antaranya coffee maker tula. tehehee...

belek punya belek aku berkenan hat Electrolux. tapi bobo cakap taknak lak sebab brand tu lebih sinonim dan mengingatkan dia pasal vacuum cleaner. nanti kalau minum kopi macam ada habuk gitu. apakahhh???

so belek2 la lagi....tengok Philips punya pon ok gak. pricewise pon ok. still within our budget. eh sebenarnya kitorg taktau lagi nak bajet berapa. aritu ada nampak brand Tesco yang murah gilos tapi macam tak konpiden lak (eksen! ;p)

balik rumah aku calculate budget. kalau nak beli yang Philips tu dalam RM160. nak menabung RM20 sebulan. so 8 bulan lagi baru cukup tabung. hah? 8 bulan?! muahahhaha....berjanggut tunggu nak beli coffee maker jer pon!

setelah ditimbangtara semula, kitorg setuju nak tukar 'teknik' menabung. hahah! siap teknik bagai. tekniknya, simpan RM20 sorang dalam masa 2 bulan. pastu the month after terus pegi beli. op kos kena tambah lagi belen. tapi sikit jelah. ataupun.....

this weekend terus pegi beli bayar cash dapat seketul coffee maker dan boleh minum boncafe tiap2 hari dengan aman dan damai. ngeeee.... ;D