Showing posts with label favourites. Show all posts
Showing posts with label favourites. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Trippin' to Roti Canai Transfer Road

awal bulan hari tu kitorg plan nak try the famous roti canai Transfer Road, Penang. gigih pakai waze nak cari tempat tu. jakun tak penah pi ;p dalam kete tetiba bobo cakap nak bawak adam naik Bukit Bendera lepas bekpes. aku pon dah berpuluh tahun tak pi sana so why not? ;D entry pasal Bukit Bendera kemudian la yer..

kitorg sampai Transfer Road dalam kul 9.30 pagi. orang punya la ramai. one of my tips nak tau kedai tu famous or not - semua bangsa ada. hehe...sibaik tak susah dapat seat.

aku order roti canai kuah banjir dengan daging. pastu tamak, order roti bakar telur goyang satu set. konon nak share dengan adam la. hiks!

gerai roti bakar tu sebenarnya asing dengan gerai roti canai ni. dia macam menempel jer kat sebelah tu. tapi diorg share customers la. 







roti bakar telur goyang dia not bad la. nak kata hebat sangat pon tak jugak. yelah, wat du yu espek? roti bakar jer kan? mesti la rasa macam 'roti bakar'. kih3...

atas roti tu dia letak telur separuh masak ada 2 biji. depa guna roti benggali yang dibakar atas arang pastu sapu dengan majerin & kaya. 

konon nak share dengan adam kan? padahal aku yang makan banyak. ngehehe....


roti canai dia pon memang mabeles! tengokla daging dia bagi 3 ketul besar2. tapi lembut jer. roti canai pon lembut. ada tengok sorg apek ni order lauk ayam, pon besar jugak. memang puas hati la dengan portion dia...boleh kenyang sampai petang!




kalau nak cari tempat ni, sila type alamat kedai: 56, transfer road, georgetown, penang dalam waze. insyaallah tak sesat. heee...



okes, pasni insyaallah entry pasal trip ke Bukit Bendera pulak yer. 

till then, toodles!

Thursday, May 16, 2013

KL Aku Datang!

eh ekceli bukan KL pon, PJ jer. huhu...

apa pun puas hati dapat balik rumah parents & MIL seminggu uols. first time kitorg balik naik flight. alhamdulillah adam pun behave walaupun sangat teruja. dekat2 dah nak landing dia tertidur. pergi-balik macam tu. hehe...

adam & iman, my cousin's son kat epot

budak teruja takmo duduk

esoknya pegi ikea beli meja study adam. dah lama aku aim at last dapat gak beli. mujur la abah, mak & kekta balik mengundi kat penang. depa la tolong bawak balik meja tu. hehe...


adam & fahri = ahli boria kampung pisang ;p

fahri 'berlakon' tidoq kat ikea. hehe...

hari jumaat tu plak kekta ajak soping baju raya budak2. dia bawak nuha, aku bawak adam. soping kat Paradigm Mall jer. dekat sangat dengan rumah mak abah. aku beli gak 3 helai baju untuk adam. satu kat H&M, satu kat M&S, satu lagi kat Uniqlo. seluar raya nanti suh bobo lak sponsor. hehh...


adam & nuha. tarikh lahir cuma beza seminggu. hehe...

erkk!

memandangkan besday bobo is coming up, 7 may to be exact, aku plan dengan kekta mintak dia oderkan kek kat kak yani thekitchenguardian (sila stalk ig beliyau ;p). kunun nak buat seprais la kat bobo. and it works! heeee...tekujat gakla enchek bobo tengok kek tu. tak kisahla celebrate awal sket coz the intention is there, yer dop? ;p

i ordered purple ombre cake. dappp...tapi takleh makan banyak sebab muak. kalau kek chiffon leh la aku makan sebijik trus. muahahah...

nantek kan?

bday boy malu2 nak potong kek. hihih...

malamnya kitorg dinner kat Paradigm (lagi!). makan kat Uncle K. servis teruk gilos! masa mula sampai customer ramai gakla. sampai orang dah surut food aku & abah tak sampai2 lagi. ada kot setengah jam tunggu. panggil waiter tanya. dia pegi check. pastu baru datang balik baru nak habaq food abah aku order dah habis! wtttoooott....takleh ker bagitau awal2 tadi? bila orang dah tunggu lama baru nak bagitau. aigooo...

aku order mee goreng mamak jer pon. tah apa sebab lambat gak sampai. dekat kul 10pm baru dapat makan. dah masuk angin pon. last2 abah kensel trus order. dia share2 jer makan kotiau mak dengan mee aku. grrrrrrrr.....food pon so-so jer. pangkah takmo pi dah!

last week mak abah pegi makan situ lagi. guess what? terkena jugak camtu sekali lagi! hahahah...tula tak serik2 nakpi jugak. kan dah kena ;p

kenangan bersama moo cow. hihih...

the next day sebelum mak abah bertolak balik Penang, kitorg lunch kat Serai. di Paradigm lagi! jadinya 2 days in a row aku pi sana. 2 hari tapi 3 kali okes. hahaha...nilah padahnya bila soping mall dekat sangat dengan rumah parents. hewhewhew...

dah lama craving serai tea dia akhirnya dapat jugak ;D

fahri & tukbah kat Serai


ahhh...so refreshing!

petang tu lepas mak abah bertolak, kitorg pon bertolak ke Banting, rumah my MIL pulak. story kat Banting dalam next entry la yer. macam dah panjang pulak entry ni. heee...

till then. toodles!

Thursday, April 25, 2013

Lemon Infused Panfried Dory

amboi nama resipi gah sangat. kih3...
sebenarnya panfried dory ajala tapi olive oil di'infuse'kan sikit dengan jus lemon hence the name ;D

dah 2 kali aku masak dory ni. jadi fav dinner lak untuk kami 3 branak. not a healthy dinner tho sebab mashed potato tu very the creamy. hehe...

walaupun aku tak terer masak, saja la nak share resipi ni sebab senang banget. so this recipe is strictly for 'kitchen virgin' jer okes? ;p


Bahan2 (untuk 2 1/2 orang makan. 1/2 tu portion adam. hahaha...)

2 dory fillets (aku beli kat tesco saja) - aku share jer 1 fillet dengan adam
1/2 biji lemon
Tepung gandum
Butter
4 biji kentang saiz sederhana
1 ulas bawang besar/bawang bombay (yang tak tengik)
100ml susu (i used low fat) - ni aku agak2 jer bp ml. asalkan dapat tenggelamkan bawang2 nanti..
1 sudu besar (heaps) Parmesan cheese
Oregano
Baby carrots & broccoli
Cherry tomatoes
Salt & coarse black pepper

Cara2:

1. Dab ikan untuk keringkan air dia dengan kitchen roll.
2. Marinate/season ikan dengan salt & coarse black pepper.
3. Biarkan sebentar.

sambung buat mashed potato plak. heee...




Cara2:



1. Rebus kentang dalam air bergaram sampai empuk dan lenyekkan.
2. Hiris bawang dan tumis bersama sedikit butter.
3. Bila bawang dah lembut, masukkan susu.
4. Tutup api bila susu dah mendidih.
5. Masukkan susu berbawang (lawak plak term ni ;p) dalam kentang tadi dan lenyekkan semula hingga sebati.
6. Masukkan sedikit butter, parmesan cheese dan dash oregano & lenyek lagi sampai tangan lenguh ;p. 
7. Salt & pepper to taste. tadaa...mashed potato dah siap! ;D


prepare veges:

1. Potong broccoli kecik2
2. Blanch dalam air bergaram bersama baby carrots.
3. Tos veges dan masukkan dalam air berais untuk hentikan proses masak. vege akan tetap crunchy kalau buat macam ni. 
4. Sebelum hidang, tos semula dan perasakan dengan salt & pepper with a dash of oregano.

ok, time to cook the fish!



Cara2:

1. Coat ikan rata2 dengan tepung gandum. 
2. Panaskan grill pan (api sederhana panas) dan masukkan sedikit olive oil.
3. Perah lemon ke dalam pan tapi jangan sampai habis. Make sure biji dah diasingkan.
4. Bila minyak dah panas goreng ikan hingga masak (dalam 8-10 minit sebelah ikan).
5. Bila alih ikan perah baki lemon tadi.
6. Masukkan cherry tomatoes (2 in 1. eheee...) - ni optional. tapi bobo suka yang digrill sikit.

ok, dah siap! ;D


nilah ghoper ikan dory nyer bila dah siap.
letak a dollop of tartar sauce (beli readymate sudah!) atas ikan & dah boleh makan ;D



kalau suka pedas tabur sket cayenne atau chilli powder atas ikan dan mashed potato tu. 

selamat mencuba!

Monday, April 15, 2013

Sakae Sushi Time!

edited

kali ni kitorg try sushi kat Sakae Sushi lak. first time try so agak jakun. harharhar...

menu dia guna ipad yang di'instal' di setiap meja. canggih btoi. nak order pon main tekan2 jer. cuma kena hati2 kalau anak main tekan tup2 terorder macam2. heheh...

kalau nak tengok buku menu pon boleh...tapi waiter cuma datang meja amek order air jer. senang la keja depa ;p

hot water tap pon di 'instal' di tiap2 meja. kalau nak tambah air senang takyah panggil waiter dah. 





sementara tunggu order sampai, kitorg amek dulu sushi dari kaiten. lapaq sangat! huhu...




adam mesti nak amek salmon roe sushi. habis licin 2 ketui tu dia makan. cayalah adam!




aku & bobo pilih 2 jenis sushi ni...taktau nama apa tapi dua2 sedap gila!!

harga sepiring ikut kaler piring tu. yang paling mahal piring kaler biru kalau tak silap ;p




bobo order set 'Sakae'. ada salmon, scallops, breaded chicken, kuah kari, miso sup, chawanmushi & nasik.


adam nak makan dalam 'shinkansen' so dia pilih set ni. semua kids menu ada vitagen sebotol.




ni aku punya. set 'Haru'. memang haru nak habiskan sebab banyak! hahaha...
set ni ada chicken & salmon teriyaki. setappppp... *droolsss* sebelum tu ingat nak order sashimi tapi salmon habis lak. next time jelah...





bobo's fav - chuka idako atau dalam bahasa mudah, sotong. kih3...dia kata sedap tapi aku tak rasa pon. perut dah sengkak!



ni contoh menu yang aku snap dari ipad tu. kalau nak order tap jer kat pic tu. easy peasy.





overall kitorg rasa Sakae lagi sedap dari Sushi King walaupun pricewise mahal sikit tapi sangat berbaloi dengan food dia yang yummeh tu ;D

kalau pergi lagi lepas ni nak try unagi dia lak. ecehh...dah siap plan gitu! ;p

till then. 

toodles!

Thursday, April 11, 2013

Spageti Goreng Kicap Lada Hitam


baru2 ni aku goreng spageti kicap lada hitam. dah lama tak buat. huhu...
bagi aku, kalau makaroni lagi sedap goreng macam goreng mee tu tapi spageti lagi best kalau goreng kicap camni. hehe...

nah amek resipi:

Bahan2:

Spageti - rebus al dante macam biasa 
Brocolli dan cauliflower - blanched dulu 
Ketulan ayam/daging/seafood (ikut selera masing2)
Bawang besar & bawang putih - chopped
Kicap pekat 
Kicap manis
Lada hitam yang ditumbuk/beli siap2 crushed black pepper lagi sonang
Sedikit gula
Garam to taste

berapa sudu kicap tu agak2 jela yer sebab aku pon main bubuh jer. no sukat2. hiks!

Cara2:


  1. tumis bawang dengan sedikit minyak sehingga naik bau. 
  2. masukkan ayam/daging/seafood sehingga masak.
  3. masukkan kicap2 dan bahan2 perasa (kalau masuk kemudian nanti ayam/daging/seafood jadi tawar lak).
  4. bila kicap dah mendidih masukkan spageti dan gaul rata.
  5. finally masukkan sayur2an yang telah diblanched dan tabur lada hitam. kalau suka pedas tabur lebih sket ;p
  6. gaul sebati & siap untuk dimakan ;D
kalau nak improvise boleh masuk hirisan tomato & shitake mushroom. sure lagi mabeles!



p/s: bobo puji sedap spageti ni :D tapi apa pon aku masak semua dia puji kot. hahahaha...


ok, selamat mencuba yer!

till then.

toodles!


Wednesday, March 27, 2013

Jom Makan Di Puncak Mutiara Cafe, Kg. Pelet

aku baru dapat tau kewujudan restoran ni few months ago. mak abah pegi dengan family makcik. diorg bagitau tempat ni ala2 Restoran Kampung Daun kat Bandung. wahhh...ini sudah menarik! wajib try! tapi diorg kata food dia so-so jer. hmmm...we'll see...

last weekend my MIL & SIL datang sini. SIL cakap dia tingin nak makan kat Teluk Bayu. nak jadi cerita tutup ler pulok...tu yang aku suggest kitorg pegi Puncak Mutiara (PMC) ni sebab kitorg pon tak penah sampai lagi. nama jer dekat. huhuh...

tara nak sampai ke situ sesat barat ler jugak sampai kena call kezen tanya arah. kih3....PMC ni kena masuk ke jalan dalam kampung sikit. sebelum tu ada kena lalu sebelah jerat cina. gulppp...wa tumpang lalu horrr... ;p

PMC ni terletak di Kg. Pelet kat daerah Kubang Semang. kalau lalu ikut hiway BKE exit Kubang Semang la. cewah, macam pemandu arah lak padahal sendiri sesat aritu ;p


my MIL posing dulu. masa sampai tu hujan rintik2 sket. redah jelah sebab takder payung 

kena jalan kaki naik bukit sikit

tahap kebersihan A! 

pic ni diambil dari parking lot. sebelah dia jer. parking lot pon luas. kereta banyak macam orang nak gi makan kenduri jer. huhu...

siap ada swimming pool. tapi tak sempat gi skodeng pool sebab ujan & dah gelap

tempat pemakanan berlaku. ngeee...
leh pilih nak duduk bersila atau atas kerusi..

ouh, mula2 kitorg duduk tempat ada kerusi ni tapi tak selesa sebab kedudukan kerusi agak jauh dari meja. tu yang bertukar ke tempat bersila pulak (muka adam tak puas hati sebab meja jauh. hahaha...)

ada rabbit, goat & ostrich farm. tak sempat pegi gak sebab dah gelap


fish pond

ok, enough about their environment. 
now the best part - THE FOOOOOODDDDDD....

lupa lak nak amek pics menu book but i tell you memang berpinar bijik mata tengok menu dia. tak tau nak makan apa sebab tengok ni nak, tengok tu nak. macam2 dok ada. hahaha...dasar pentamak sangat! 

untuk tidak memeningkan kepala, aku oder jelah food yang first sekali dalam menu book tu. picca dia looks tempting tho. hehe...

food pon cepat gak sampai. thumbs up!

here's what we had...

aku order air kalamansi asam boi. pekat tapi besh!

oderan bobo - lamb chop yang maveles! sedap gila tak tipu punya! ;D 

it's all mineeeee...Puncak Mutiara Special - nasik beriani ada lauk ayam masak kismis, kambing masak apa tah & dalca. not forgetting teloq rebus sebijik & kerabu tomato+bawang. sodap wehhh...a must try!

kiri: satay arnab. kanan: satay rusa. pon sodappp.... ;p~

MIL & SIL oder nasik putih & lauk2 ni: siakap stim, ostrich masak pedas, udang sambal tumis petai, ulam & sambal belacan & sayur sawi kot. all are sedap!


all in all semua la sedap. tak sesia Teluk Bayu tutup. hahahha ;p 
bobo cakap cuma satu jer yang tak sedap. dia nyer coleslaw. lain2 semua no komplen. hehe...makan pulak dalam suasana hujan. perghhhh...(over tak deskripsi ahkak? kih3..)

pelik jugak review mak abah & makcik pakcik aku cakap food dia biasa2 jer. ker kitorg yang kebulur sangat eh? sebab pagi tu cuma makan roti canai. tengahari pulak cuma lapik perut makan sushi sorang 3-4 ketul. hmmm...mungkin gak tak sama selera kot. hehe...

btw menu PMC ada dalam website depa. sila la gugel ;p ahkak malas tengok sebab takut telioq ;p


till then.

toodles!

p/s: dearest tokey PMC, takder diskon ker untuk ahkak yang beria pomot nih? lalalala....