Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Bersyukurlah!


all i can say is alhamdulillah...
rezeki aku untuk jadi penerima APC tahun ni walaupunnn........

nevermind. 

bersyukur lebih afdal.

btw hari tu aku bagitau mak dapat APC.
but her response was 'hah, pangkat bila nak naik?' 

errrr...mak, orang cakap pasal anugerah la, bukan pangkat! 

rezeki di tangan Allah. only He knows better. 

dapat tukar ke tempat kerja yang lebih baik pun dikira rezeki kan? :D



Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday

just got the result for my previous interview. the result? just like what i have expected.
period.

Thursday, October 20, 2011

Mencuba Nasib


baru2 ni aku attend satu interview yang akan mengubah nasib career aku. cewahhh! kemain lagi ayat. saja la cuba nasib kan....orang tua2 cakap untung sabut timbul, untung batu tenggelam....so there's no harm to just gave it a shot.

see the pic above? itulah soklan cepumas yang panel tanya kepada colan2 interview. tapi depa tanya in 10 years terus. huhuhu....tapi aku tak kena soklan ni. depa cuma tanya aku apa nak buat kalau dapat post tu. aku bantai jer jawab apa yang muncul dalam kepala masa tu.


to be frank, i'm not really mentally prepared. hilang mood sebenarnya. why? sebab banyak sangat desas desus dan gosip pasal saper yang ada harapan 'boleh dapat' (as in walaupun tak perform tara mana, tapi sebab dia 'kaki aircond' dan baik dengan 'kerajaan langit', memang dapat kat dia la).


this so-called rumour pulak dah muncul bertahun2 sebab ada pihak yang mendengar sendiri dari orang yang boleh dipercayai. afterall, it's office politics. kat mana2 pon ada kot. normal la kan benda camni...


aku sebagai ikan bilis di lautan hanya menunggu sajalah (perumpamaan tak agak2 ;p). just wait & see. ada rezeki tu adalah, kalau tak ada, masih bersyukur sebab Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk kita....


p/s: bawah mata kanan ni still belum stop gedik2 sampai sekarang. yelpppppp!!!

Wednesday, July 13, 2011

Trip 24 Jam di London

ini adalah entry yang tersangat basi. dah dekat sebulan aku balik dari trip baru nak update ;p

awal Jun aritu opis antar aku ke London dan Ireland for a week. ada keje sket kat sana. hihih...merasa gak aku sampai London. mak aku cakap 'besnya dah sampai tempat Una dimengandungkan'. hahahaha!! comey jer mak aku nih. anyway, aku update trip di London dulu la sebab stay 1 nite jer kat sana. di Ireland aku stay for 7 nites. lagi lama meaning lagi banyak pics la. heheh...

sebenarnya ada a few jer pics aku di London. yang lain2 semua pics pemandangan. tu pon pemandangan yang tak berapa nak indah sebab aku snap dari dalam kete jer ondawe nak ke airport. hahah!

aku stay di Corus Hotel, Hyde Park then keesokkannya aku kena bertolak ke Ireland pulak. it was a work trip so terpaksa la ikut jadual kan...kalau holiday takdernyer aku stay 1 nite jer di London! one of the Professors cakap kat aku 'kira you tak cukup rukun la mai London sebab tak nampak London Bridge'. huwaaaaa :'( but it's so true, kan? Big Ben tak nampak, River Thames pon tak nampak bayang. huhu...terkilan la jugak but what to do...ayam tak patuk itik tak sudu.... ;p apa pon syukur dapat gak peluang ke sana, kan?

sebab time sangat2 limited, sampai2 sana jer lepas check in hotel dan solat, aku dan Datin (our VC's wife) terus keluar ronda di area Bayswater dengan sorang staf kami yang study di sana. kat situ la aku pulun shopping souvenirs sebab takder chance dah nak shopping2 esoknya. kat situ siap ada kedai bagi diskaun untuk Malaysian lagi. i loike....

kat Whiteleys aku beli tshirt Gap London untuk adam. ada kedai Whittard tea. rambang mata tengok tea dia tapi aku tak beli pon. dah balik baru nyesal :(






around Bayswater. lupa snap pic kedai souvenir sebab bz menyopping ;p



pemandangan 'indah' dari hotel room. tak nampak Hyde Park pongg ;p



on 2nd day, pagi tu kami ada perjumpaan dengan staf2 yang study di UK. abis jer perjumpaan, aku dan Datin rush terus naik turun tube pegi Harrods. heheheh...Dato' pon bagi chance so apa lagi... ;p

lupa buh pic ni tadi. posing sementara tunggu train sampai di Paddington Tube Station. hehe...


kat sana aku beli souvenirs sket2 and a tote bag pour moi ;D ouh yer, aku dapat gak singgah Laduree, kedai yang sangat femes dengan macarons dia tu!


curi2 amek pic depan kedai


yummeh!! aku suka yang vanilla flavour. eh, mocha pon suka ;D


kotak macarons yang lawa. aku beli 8 biji = 10 pound. kalau nak kotak yang lagi lawa pon ada, tapi harga pon lagi lawa la kan...



pelencong asing bergambar dengan Datin depan Harrods ;D


monumen Lady Diana & Dodi Al-Fayed kat bawah Harrods



the famous London double decker bus

kami ada lebih kurang 2 jam jer untuk shopping di Harrods. memang suntuk sangat masa. dahla rambang mata nak tengok macam2. huhuh...lepas tu kelam kabut nak catch up tube lagi sebab nak balik hotel amek beg. kitorg sampai2 jer hotel terus amek beg masuk kete shoot pegi Heathrow. hahah! memang gilo rasanya! dalam flight to Ireland aku memang tido jer. letisssss.....


ni antara pics yang aku amek masa ondawe ke airport. heheh....tah hapa2 jer.








ok, dah abis citer pasal 24 hour trip di London. short but sweet (prasan!). kalau ada rezeki nak pegi lagi!!! ok, aku kena start menabung sekarang! (errr...tabung coffee maker pon baru ada berapa sen. chait!)

my next entry will be about trip to Ireland pulak, insyallah.... ;D


p/s: this weekend plan nak register Streamyx. tak tahan dah dok umah tak bertenet. kui3....


update: enchek bobo dah siap register streamyx tadi ;p sebenarnya dia tengah MC seminggu skang ni sebab baru bukak simen kaki. kaki dia bersimen dekat 3 minggu gak. kaki dok capik lagi pon merayap pokcik nih! haippp...

Monday, March 21, 2011

Double Entry Sebab Bosan


hari yang bosan. hence the double entry today ;p
i need a break. tak larat+penat+cemuih dah rasanya asyik memikirkan masalah orang. ouh, this is totally work-related problem. jangan salah sangka yer...
nak pegi vakasi fulus pulak tidak mencukupi ;p
so, what to do?
redha sajalah....
- THE END -

We Heart You Tun!

minggu lepas uni aku anugerahkan Ijazah Kehormat pada Tun M. dah 30+ aku hidup, nilah 1st time jumpa Tun M and his beloved wife (ciwi sket ;p).

nak tangkap gambar togeder2 takder peluang, so amek dari sisi jelah...




WE HEART YOU TUN!

Wednesday, December 22, 2010

A Quick Update

fuhh...sibuk sungguh hujung2 tahun ni. biasanya orang dah relax sikit kan? tapi aku makin sibuk lak. attend meeting di KL, buat SKT (orang gomen tau la nih ;p), attend kenduri kawin, study maut (yeah rite) untuk ambik exam PTK, ambik exam PTK (pagi tadi) dan sambung buat SKT lagi dan the list goes on....nak bloghop pon tak sempat. apa pun skang ni dah lega sikit sebab exam PTK dah abis. yahuuuu!!! pass tak pass that's another story. heh...

disebabkan sibuk sangat, umah di Jitra tu dah 2 minggu kitorg tak pegi jengah. cuma call kontraktor jer tanya wazzup bro? hahahaaa....dia pon bukan main lagi amek kesempatan lengah2kan keje. kesudahannya, tak siap2 lagi renobet yang ciput tu pon! haiyaa ini apek....yang orang alarm plak dah call tanya bila free nak pegi pasang. kalau kitorg free pon tak guna jugak selagi dapur tu tak siap2. tskkkk.....

banyak lagi benda yang dok berlegar dalam kepala aku nih. pasal nak bayar maintenance fee rumah satu lagi, pasal nak survey cari lampu, pasal kete bobo yang dah 3 minggu dalam workshop, pasal nak bagi notis pindah, pasal nak packing barang. HELPPPPPP!!!! aku kena cari seksiteri sorang la kot camni...benefit: upah harian 5 sen untuk 8 jam, tiada cuti bersalin. anyone interested? ngehehehe....

ok, need to continue my SKT. huarghhhh.... T_T

Monday, June 28, 2010

Takder 'Fire' Nak 'Fly'?

pic googled

hari isnin last week aku kena outstesen ke KL. meetingnyer petang so aku amek flight Fire.fly dari LTSAH kul 10am. seperti biasa, driver aku opis datang amek kat umah kul 8am. aku tumpangkan adam sekali untuk hantar ke taska. malam tu dia kena tumpang tido kat umah cikgu lagi la untuk kesekian kalinya. cian anak ummi...sobsss....

bila sampai kat Arau dah start hujan. pastu kat Jitra memang agak lebat la. hati kecilku (my small liver?) pun berkata (ewah) 'confirm flight delay nanti'. ok fine. hujan = flight delay adalah perkara biasa. dalam kul 9am aku pon sampai di LTSAH. bagi yang taktau LTSAH tu apa, sila bukak website malaysia airport. hihih...tengahari tu lak aku plan nak balik umah parents lunch together2 dengan mak & abah. mak kata dah lama tak makan2 dengan aku. baru baik dari sakit pon mak sanggup masak lagi...tsk!

masa check in pompuan kaunter tu bagitau flight will be delayed to 11.55am. gilos! but what to do...terpaksa la bersabar tunggu lagi 3 jam. i bought a newspaper & Anjung Seri to kill the time sambil berangan cemana nak design umah baru nanti. hehe...memang khatam la mag tu dari kulit depan sampai kulit belakang ;p tunggu punya tunggu punya tunggu, diorg buat announcement lagi bagitau flight time dah tukar ke 12.55pm. pulak.....there goes my plan to have lunch at my parents' house :-(

then another announcement was made. flight time tukar lagi jadi 1.55pm. in about half an hour diorg announce tukar lagi ke 2.10pm! gulp!!! apa pon aku dah bagitau org KPT awal2 maybe aku akan sampai lewat. nasib baikla meeting tu pesen masuk ikut turn IPTA. kalau memang start kul 2.30pm, nampak gaya bye2 Dato' Pengerusi...huhuhu...kalau aku nak patah balik pon beg dah turun bawah. jenuh lak diorg nak cari nanti...
nak tak nak kenalah pasrah, aku membawa diri yang lara kelaparan ke kafetaria airport. orang kafe tu bagitau untuk sesaper yang flight delayed dapat free breakfast (sandwich jer pon) and lunch. hihih...baguih2. walaupun lauk tak sedap, makan jugaklah. rezeki jangan ditolak ;p lepas makan aku terus turun ke surau tunggu masuk waktu Zohor. pastu baru boarding. tunggu lagi....tengok jam dah 2.10pm tapi diorg tak panggil2 passenger masuk pon. last2 masuk kapal kul 2.20pm. then 2.40pm baru gerak! grrrrr.........
finally, pukul 4.30pm baru aku sampai Putrajaya. abah aku yang tolong hantar. tq abah! tapi tak sempat nak jumpa mak sebab mak tak ikut :'( apa pun sibaik meeting belum habis. selama ni tak pernah2 aku kena tunggu flight delay lama macam tu. habis lama pon ada la dalam 2 jam. tapi hari tu pecah rekod, 5 jam woo! kalau 5 jam tu kat KLIA ok la jugak. ni kat airport yang boring habis ;p btw abah cakap kalau pergi Sydney pon dah sampai. muahahhaa....hilang tensen aku kejap ;p
time balik aku naik M.AS. lak. tu pon delayed tapi sibaik 15 minit jer. phewww...
p/s: ai nampak sorg stewardess kunang2 ni suruh passenger letak beg di bawah kaki dia kat compartment atas tapi bukan nak tolong angkat, dia tolong tengok & tolong bukak compartment jer. dahla kawan tu terkial2 nak bukak seatbelt dia sebab dia pakai selendang panjang & badan agak besar. truk btol!

Wednesday, June 16, 2010

Tak Matching Kah?







see the ugly pic above? please don't laugh, okes? tulah hasil 'keras'tangan saya dengan menggunakan paint. like totally ugly, hideous, tak semenggah & yang sewaktu dengannya. kih3...gigih sungguh lukis sebab takder the real outfit pic. sorry sebab blur sikit. nak zoom la kununnya ;p

niway, last week i attended a course on 'Perkhidmatan Kaunter Cemerlang'. dalam course tu kitorg diajar cara2 grooming jugak. baju yang aku pakai on the 2nd course day lebih kurang macam pic yang aku lukis tula. blue color with some taupe/brown stripes. tudung kaler brownish gold. kasut lak aku pakai peep toe heels kaler brownish orange macam pic kat bawah ni. huhu...



pic googled (lawo pulak wedges nih ;p)



tujuan asal entry ni sebab nak cerita pasal ketidakpuasan hatiku terhadap penceramah course tu. her name is 'Ms I' (bukan nama sebenar). hihih...bukan tak puas hati sebab apa, sebabnya dia suka bagi komen & pendapat ikut suka dia jer. bukan aku sorang yang tak puas hati, kawan2 lain pon sama gak. contoh komen & pendapat yang dia bagi pada kami:

1. kena pakai mekap. kalau pakai lipstick jer, kena pakai yang kaler terang (eleh, dia pon tak pakai lipstick). macam aku, memang tak suka kaler terang2. semua lipstick aku kaler neutral. tu pon dia nak komen 'kena bagi terang sikit kaler lipstick you'. pastu dia siap nak tengok lagi aku pakai lipstick brand apa. apa kaitan tah la... aku pon tunjuk jela. malas nak cakap banyak. bila aku tunjuk lipstick MAC aku, dia tanya 'ni yang ori punya ker?' eskusmi...ko ingat aku beli kat gerai Jln. Masjid India tu ker? aku bagitau la beli kat Sogo. then dia kata 'ouh, memang ori lah.' hoh? apa tujuan dia sebenarnya?

2. kena pakai perfume. dia suggest kitorg pakai perfume yang murah2 jer untuk ke opis. yang mahal2 simpan untuk function2 and evening event. i think mahal atau murah it's up to individual affordance la kan. ikut kemampuan gitu. then dia cakap dia suka perfume 'Samsara' (by Guerlain if i'm not mistaken) and Max Factor (brand yang tak wujud lagi kat Mesia). aku rasa Samsara tu macam busuk jer bau dia ;p but for me, pakai deodorant lagi penting dari pakai perfume. kalau ketiak tu bau asyem, tak guna gak pakai perfume, kan? menambahkan bau rancidity lagi ader la. btw Ms I, you should use some deodorant too. nampak tiak basah tuhhh...yuckksss!

3. then her comments on our outfit. semua participants hari tu pakai baju kurung. tak kiralah kurung pesak, moden, kampung and whatnot. tudung pon macam2 pesen. ada yang pakai bawal, ekin etc. tiap2 sorang dia komen ok atau tak ok. kat aku dia komen 'nampak kepala saja, baju tak nampak'. sebabnya, kaler tudung aku lain dengan kaler baju. hmm...yang aku belajar dulu kita kena matchingkan kaler tudung ikut kaler yang paling sikit kat baju kita. tapi pendapat dia lak kena pilih kaler yang paling banyak but lighter. well, i think my outfit color match was not weird. i had worn the same baju & tudung since last 2 years kot. speaking of tudung, dia kata tudung bawal nampak lebih cantik compared to tudung ekin. tak kisahlah, yang penting pagi2 aku boleh bersiap dalam masa tak sampai 10 minit. time is gold! ;p

kaler kasut aku pon dia komen 'aiyooo...why la this color?' fyi, it's from my money and it's my right to choose what shoes color should i wear. it's Clarks anyway (haha! vain sungguh!). hampir semua orang la dia komen -ve. ada yang kena komen pakai sandal macam nenek2 & don't wear white colored shoes, etc2. padahal dia pon pakai baju bukan saiz dia. huhu....ketat woo...kasut pon pump shoes kaler itam jer. boringggg....

pasal handbags lak, dia cakap kena pilih saiz yang sesuai dengan badan. kalau badan kecik, tak sesuai pakai beg besar. eh, trend aper skang ni. artis holiwud pon pakai beg besar2 tau. kalau dia tengok handbag aku, sure kena condemn gak. ngeee....long live beg doraemon!! (i call it beg doraemon sebab ada segala mak nenek dalam tu. nak apa? you just named it. hehe..)

pic googled


takpelah, disebabkan dia penceramah, aku mengaku jelah semua opinion dia ok. tapi realitinya sampai sekarang aku masih tak pakai lipstick kaler terang & baju+tudung masih sama macam dulu. tudungku masih ber'awning' keras & the most important thing, they match with my baju! muahahhaa....

Thursday, May 6, 2010

Work It, Baby

If you have a job without any aggravations, you don't have a job. ~Malcolm S. Forbes


hey, guess what? today is my 8th year anniversary working in this organization!! *woot!* *woot!* i kennot billivit! (sebut macam Leo from Little Einsteins ;p). in the early days i just give myself 2 years max to work here and live in Perlis. being a Penangite & with family who just moved to KL, i never imagined i would end up living in the most upnorth state. hehe...but Allah has a better plan for me.


if it's not because i work & live here, i wouldn't probably manage to hold a Masters Degree (alhamdulilah...).


if it's not because i work & live here, i wouldn't probably get the chance to visit Japan (it's just a short yet memorable trip!) & travel around the country.


if it's not because i work & live here, i wouldn't probably meet my soulmate, mr bobo (eceh...gatai!).


i say probably...


eventually, i just go with the flow and here i am until now, tetap & berpencen. hahah! anyway, i agree with Mr Forbes. it's just part & parcel of work especially for those who are working in human resources dept. like moi. manusia kan macam2 ragam. gila pangkat, gila kuasa, kaki ampu, kaki mengular etc2. hmm...whatever it is, i should praise to Allah, i don't have to work like these women below. so, everytime i feel stressed out, i should think of these women. hahahha! bersyukurlah!

(pic from mrgugel)

p/s: this is a pre-typed entry. today i'm in KL attending a meeting. (ber'job anniversary' di KL ahkak tahun ni ;p). and btw, tomorrow is bobo's b-day! ;D

Tuesday, April 27, 2010

Ayambekk!!


yer, tema hari ini ialah ayam yer murid2....
hmm...dekat seminggu aku tak update. seperti biasa kena la sapu2 sawang dulu, mop2 sket & spray air freshner. ok dah. wangi tak? ;p
1st of all, mintak mahap ler di atas 'ketidaksiumanan' aku arini. macam ayam kat atas tu cakap, everybody's quitting! but here in my office, not everybody la, but one of my staff has quit, since last monday. huwaaaa!!! 2nd staf yang paling lama lak tu. so tinggal la sorang jer staf aku skang ni sebab yang sorang lagi (yang ni lagi lama) plak ikut hubby dia study leave kat oversea for 3 years. staf yang dok ada ni baru jer masuk dalam 7 bulan camtu. banyak lagi benda yang dia still kena belajar. haduii...the situation right now sangat2 lah challenging. sangat2 lah menguji minda & kesabaran. nak tunggu staf baru masuk, mebbe bulan depan. tu pon lom tentu lagi...tsk!
errr...tetiba taktau nak citer aper dah. blank. hahaha!
oklah, back to work. toodles!

Friday, April 9, 2010

Korang Dah?


all this while i didn't realize that i have to pay (or obliged) for zakat pendapatan. i thot the one that we pay for on aidilfitri which is zakat fitrah is the same thing (iskkk...jahilnya aku! am i the only person on earth who didn't know about this?). yesterday when me & my sis were talking about e-filing for income tax, this matter arose. she gave me some links and i also did some 'research' to get more info on zakat pendapatan. here's some to share:


"Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini. Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama"
source

DALIL WAJIB ZAKAT

Firman Allah s.w.t:
"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

Surah al-Baqarah (ayat 267)
Allah menjelaskan bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".


SYARAT WAJIB ZAKAT

1. Islam


2. Merdeka


3. Sempurna Milik. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat. Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya. Pendapat para fuqaha' menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai 'mal mustafad' iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan zakat.


4. Cukup nisab. Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas.


5. Cukup haul. Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting ialah seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya harta wang simpanan ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.


How are we going to know how much we have to pay for zakat?


no worries, just click this link for zakat calculator. but this is only applicable for Selangor residents coz the 'Perbelanjaan Yang Dibenarkan Ditolak (setahun)' for them is RM8000 but for Perlis residents (like moi) the amount is RM5000 only (ya lor, no toll & makan murah maa...heheh...).

ok, now i got all the info. so, without further ado, i contacted one of the staff in Bursary office to get the form for paying zakat. today, i will send the completed form to them and insya Allah by this month, it will be deducted from my monthly salary. phewwww....i hope it's still not to late!

akhir kata....

ZAKAT MEMBAWA BERKAT a.k.a. kap ba ro kap alip ta nunnn.... ;p

Friday, March 26, 2010

Now, Do I Look Prettier?

di tengah2 malam sambil keseorangan di atas tilam yang empuk (sebab en. abam dah tido ;p) rasa malas lak nak tengok tv. takder citer besh pon kecuali Gerak Khas yang kunun besh habih bagi bobo (his fav drama - taste pokcik2 btoi). so, bila dah boring tu suka2 la tukar baju lagi. ehehe...kali ni nampak 'pretty' lak sebab ada riben (i'm so vain! hahah!). dah alang2 tu lehla aku merapik kejap. heheh...


tonite is the 6th nite bobo's away in KL. meaning, dah hampir seminggu aku & en. abam kena tinggal berdua. aku tak berani citer awal2 due to safety reasons. in fact, dalam fb pon aku tak announce. tau jela kan skang ni anasir2 jahat pon ramai yang dah IT savvy gitu. kalau diorg tau ada insan yang lemah boleh jadi victim, tak pasal2 jer kan....nauzubillah....


ouh yer, today i received an email that really makes my day. this person was so thankful & grateful to me coz' i've been helping him in solving his complicated issue. but i guess it's just my job. bak ayat kebiasaan orang gomen 'saya yang menjalankan tugas'. cuma yang aku terharu sangat sebab dia doakan agar Allah mudahkan dan bantu segala urusan aku berlipat ganda lebih dari apa yang aku bantu dia dalam tempoh kesusahan dia baru2 ni (aminnnn....). sometimes small gesture like this just can make our day, don't you think? tak perlu pon bagi prezen material. a simple nice honest email like that is more than enough to motivate you at work the whole day. and that's how i felt today :D


tak cukup dengan tu (perhaps it's just my lucky day kot), one of the staff treat me some kuih bebola ubi kayu just because i'd asked him about that kuih on the other day. 5 biji besar2 lak tu. dinner pon aku makan kuih tu jer. heheh...thanks a lot! nanti2 belanja la lagi yer (banyak cantek muka ahkak). huhuh...


later in the afternoon, one lecturer who just came back from the UK gave me a Victorian Heart Box from Royal Doulton as a gift! it is so pretty...sayang lak nak guna. hehe...

the pic was googled coz i am so lazy to snap the original one. heheh....

am i just lucky today or what? alhamdulillah...nilah yang dikatakan rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. eh, sesuai ker perumpamaan ni? apa2 jelah kan...title entry pon macam tak kena gaya jer. hahah!

oklah, dah lewat dah ni. nak tido lapar pulak. baik aku pegi abiskan bebola2 tu dulu pastu baru zzzzzz....

cau cin cau!

p/s: bobo will be back tomorrow. yeehaaa! dia tanya nak pesan pape tak dr KL? leh tak aku jawab 'nak pesan kasut Clarks yang kita tengok aritu boley?' muahahha...kijam punya minik! (i acah jer, tapi kalau betul2 pon apa salahnya kan? hiks!)

Friday, December 25, 2009

Kegigihan Diriku & En. Abam @ 1 year and 1 month old

wow! it's been more than 2 weeks i haven't updated my blog. lamanyesss....tetengah malam ni gigih lak aku nak update blog sambil mendengar 'sound effect' thanks to mr bobo ;p. tapi takper, malam ni christmas eve dan esok cuti..en. abam plak dah lena dengan opahnya. heheh...mind you, it's a long entry. sebab tu title entry pon 2 in 1. hihihh...

skang ni kan musim cuti...kalau orang lain, ujung2 taun ni mesti nak abiskan cuti, tapi aku takder chance langsung. weekend pon dok kat umah jer jadi desperate housewife kepada mr bobo ;p eh tak jugak, ada gak weekend yang aku kena pegi opis. so mr bobo plak la yang jadi desperate househubby to mrs bobo. kui3...mak aku pon dok tanya 'tak balik KL ka? lani ni kan dok sale merata2' (my mommy is really good when provoking her daughters to shop, shop & shop! tak gitu my sisters? ;p) huwaaa....baru aku sedar sejak pindah balik ke Perlis, aku tak pernah lagi balik KL purposely for balik kampung, eh bandar ;p. yang dok balik tu cuma kejap2 jer sebab ada meeting di Putrajaya. so it doesn't count la kan? tambahan pulak bobo still on probation. takleh la nak amek cuti lama2. so tak sempat la aku nak menikmati Y.E.S ujung taun ni..takper, ada hikmah di sebaliknya (slamat duit aku...hehe..)

anyway, my long silence was due to a workshop at Cameron Highlands and study period for my PTK exam. alhamdulillah exam PTK baru jer tamat riwayat arini. fuhh...legaaaaa...dah tua2 pon kena stadi maut lagi. sampai naik pimples muka aku tau...mencik jer..tapi kalau tak amek exam tu takder harapan la nak dapat anjakan gaji (dasar mata dollar!). bab naik pangkat, maleh nak komen ;p it's not my priority right now. harap2 dapat la aras 4...maleh btoi kalau kena repeat (mintak simpang!). tawakkaltu a'lallah....

nih nak citer pasal bengkel di Equatorial Cameron Highlands lak. tapi sebelum pegi sana ada pre-bengkel dulu kat opis. bengkel sesajo...tu pasal la nak update blog pon tak sompek (nih awat tetiba cakap nogori lak nih..hehe..) ;p kat sana sangat sejuk!! 1st night tu susah nak tido sebab rasa sejuk sampai ke tulang sum2 walaupun dah pakai outfit macam kuih lapis. pastu ditambah pulak dengan kekepaman bau blanket. eughhh....kepam gilos tau!! tapi 2nd night dah boleh tido sebab dah immune dengan bau tu kot. hahaha...

apa pun bengkel kat Cameron tu was ok. takder rasa pressure sangat sebab aku skipped the dinner and the telematch (notty2 ;p). yang paling bes masa pegi pasar malam kat Brinchang. walaupun orang ramai, tapi tak rimas langsung sebab tak rasa panas. heheh...kat pasar tu pon kitorg abiskan masa 2 jam! pompuan...pompuan....the next day before nak balik kitorg singgah kat pasar sebelah hotel tu lak. aku beli sayur sket dan pokok cili api! ehehhee...gigih sungguh nak tanam pokok. tingin nak pegi kebun teh tapi tak sempat lak. tak merasa la aku nak feeling2 bollywood jap. kui3...

pasal en. abam lak. alhamdulillah...pejam celik pejam celik anak bujangku dah masuk setahun sebulan ari krismas ni. aku ingat lagi masa awal2 lepas bersalin dulu. to tell you all the truth, aku takder confidence dan tak reti langsung camner nak jaga dan besarkan anak masa tu. almaklumla, takder experience...so, i just go with the flow...kekta, my big sis pon banyak membantu. time pantang dulu sket2 sms dia, sket2 sms dia untuk tanya itu ini pasal baby care. hehe...sibaik dia pon tengah berpantang gak. so ada la time nak entertain sms2 aku (yolah tu..). hehehe....

oklah, enuff with the memories ;p here goes en. abam's milestones at 1 year & 1 month old:

  • he loves to shout or shriek at the top of his lungs! testing vocal kot tapi macam nak tercabut anak tekak jer aku dengar. iskk..risau lak aku
  • he can walk a bit faster now. jatuh2 pon dah kurang. takder dah gaya jalan ala2 zombie macam awal2 dulu. hehe...chaiyok!!
  • dah pandai gelengkan kepala kalau taknak something. kekadang tu geleng2 without purpose jer. pastu sengih2 tayang gigi rabbit dia. hehe...notty jer rupa..
  • pandai tunjuk jari telunjuk (macam E.T tu) bila kita sua jari telunjuk kita. when i say E.T., he'll show his telunjuk (ajar anak jadi E.T plak ;p). then bila aku cakap 'NO!', dia akan tunjuk gesture no dengan telunjuk dia. tapi apa yang aku larang dia still buat. perbuatan dengan percakapan tak sinonim lagi. blom memahami maksud NO la kaedahnya. kih3....
  • he loves fan. nak2 table fan. haiyoo...kalau dia nampak jer fan, laju jer jalan terkedek2 nak pegi tepuk2 fan tu. ada skali tu sampai ter'on' trus fan tu. iskk...bahya sungguh!
  • dah pandai sebut 'cat' & 'jatuh'. kalau aku tanya dia 'mana cat?' dia akan sebut balik 'cat' pastu tercari2 kat mana kucing tu. hehe...dengan kucing pon dia tak takut gak. sukati dia jer nak tarik2 bulu kucing kat umah makcik aku aritu. pastu kalau dia yang jatuhkan barang mesti nak sebut jatuh. tapi cara dia sebut tu pelat & bunyi macam 'chaaa...uhhh'. ehehhe...
  • he's able to drink using a straw. aritu la adik aku sua straw air kotak ice lemon tea kat dia, pastu laju jer dia sedut air tu. wahh...bukan main suka lagi dia dapat minum ice lemon tea....sibaik tak sakit perut pastu..
  • he loves to babble in his own language. macam2 bunyi ada. macam bahasa jerman pon yer ;p
  • dah pandai buat gesture letak handphone kat telinga. skang ni abis semua barang dia buat macam handphone ie. a piece of paper, his baby wipes packet & Astro remote control. budak2 zaman milennium sungguh!
  • suka baling barang ke belakang dari atas kepala. err..geddit? camner nak explain eh? ha..macam nak main jengket/tengteng tu...kita baling batu ke belakang tapi ngadap ke depan. iskk...apo2 lah ;p ha, dia suka buat camtu. ni citer 18sx sket. aritu aku dok lipat2 kain baju termasuklah undies2. pastu datang si kecik ni camukkan abis sumer lipatan. pastu dia ambil satu undies daddy dia & baling ke belakang. tup2 trus tersangkut kat leher dia. ahahhahaha!! gelak gilos kitorg tengok peel dia time tu. aku suh bobo amek pic tapi dia segan lak sebab nanti kantoi orang nampak undies dia. ahahhaa....
  • ouh yer, en. abam baru jer baik dari demam. alhamdulilah kali ni tak lama demamnya. mebbe sebab nak naik bulan kot...cuma bezanya kali ni, dia jadi clingy sket dengan aku. sikit2 nak cari aku walaupun masa tu opah dia dok layan dia. anak omak nih! ;p

okla kot for the time being. buat syarat untuk update jer nih. heheh...so, pics2 akan diupload kemdian. it's time to sleep now...sok pagi aku ada facial appointment. lehla suruh amoi tu reducekan dark circles yang timbul semata2 nak update blog nih! haha...

toodles!

p/s: i love my netbook (tetiba!)

Wednesday, October 14, 2009

:(

sedihla...stat arini aku terpaksa tinggalkan en. abam kat cikgu nursery dia sampai ari jumaat. sebabnya, aku kena pi monthly miting kat Putrajaya esok. aku plan nak amek flight pagi esok jer sebab mitingnyer petang. tup2 flight dah full...so terpaksa aku pi KL dari malam ni...

kalau tak, dapatla main dengan en. abam lagi untuk 1 malam. skang ni jadi 2 malam la aku tak jumpa dia... :( nak amek esok pon dah tak sempat sebab flight aku malam. nak tanak terpaksa tinggalkan lagi kat cikgu dia.

pagi tadi seblom kuar umah aku dah pesan kat dia suh behave masa kat umah cikgu. terkebil2 jer mata dia tengok aku dok cakap. macam la paham..hehh...saja aku pesan sebab cikgu dia pon cakap skang ni en. abam makin lasak! now you know. kui3...nak pakaikan diaper pon jenuh berperang tau. boys will be boys...

haih...camni la kan hidup seorang ibu 'tunggul'. i wonder how the single moms out there raise their children solely. tambah2 yang anak ramai. memang patut salute lah! dan aku patut bersyukur sebab ada bobo untuk bergantung harap...

anyway, tak sabar nak tunggu ari jumaat! wait for ummi yer en. abam busyukkk!!

Wednesday, September 2, 2009

Alkisah Kemarin...


kemarin adalah hari yang orang ca ya nun alip cakap 'tatak ong' atau omputih cakap 'unlucky' bagi aku. everything just went wrong. alkisahnya gini....


  • kebiasaannya sebelum aku reserve kete nak kuar pegi keje, aku akan jenguk dulu bawah kete sebab kat porch aku ada kucing2 pendatang yang melepak kat depan umah aku. siap branak pinak lagi. so untuk memastikan takder yang akan jadi mangsa lenyekan tayar kete, aku kena la check dulu tiap2 pagi. tapi pagi kemarin aku terlewat kuar dari umah. kat tepi kete aku dah nampak ibu2 kucing dengan anak2 dia tengah lepak. so aku pon tak tengok dahla bawah kete. elok jer reverse (slow jer) baru aku ternampak sekor kitten terjelepuk atas lantai porch. nehiiii!!!! kaki depan dia terkangkang tapi tak berdarah. aku pegi tengok macam dah tak bernapas :'( aduiii...nilah 1st time dalam idup aku terlanggar kucing. sedih tau...tapi yang peliknya, bila aku balik umah kucing tu dah takder kat porch. sapekah yang alihkan dia? sebab aku memang tinggalkan dia camtu jer pagi tu. sampai skang dok muskil lagi. hmmm....

  • kat opis lak, ada masalah yang tidak diingini berlaku (ada ker masalah yang diingini? haha). kena pulak deal dengan orang yang bersikap 'i'm always right'. memang pressure laa. huh...sabo jelah...

  • pastu masa nak beli juadah berbuka kat satu gerai ni, aku hampir2 nak terjatuh sebab tak prasan terpijak kat bendul tiang. sibaik kedai tu tak ramai sangat orang. dahtu semua dok bz membeli jer. takder la kot orang yang nampak aku nak jatuh tu (harap2 la). malu lerr... ;">

  • masa amek adam kat taska, cikgu dia bagitau adam kena gigit dengan budak umur setaun masa diorg tengah main tadi. pulakkkkk....habis berbekas merah siku dia. aku maleh nak salahkan sesaper sebab tak monitor masa diorg tengah main tu. so anggap perkara normal jelah...budak2 apa tau, kan? tapi yang kelakarnya kalau kat umah adam dok gigit aku. kat taska dia lak yang kena gigit. heheh....nasib la adam ooi....

  • ondawe balik umah, depan mata aku ternampak kete (2 dari depan aku) ni terlanggar kucing yang dok lari lintas jalan. ya Allah....tergolek2 somersault kucing tu. tapi alhamdulillah dia dapat balancekan balik badan dia pastu trus lari ke tepi jalan. phewww....sibaik tak berlaku tragedi ngeri depan aku. hal pagi tadi pon lom ilang dari ingatan lagi...

  • malamnyer pulak, aku tertido sebelum abis tengok Gossip Girl. ciss...

what a day....

Friday, July 31, 2009

Pagi Jumaat yang dot..dot..dot...

i realized that i never posted an entry relating to my work/office. not because it's dull, but i try to avoid due to some circumstances. keje gomen, what do you expect? sangat bahaya coz banyak 'reporter kaki aircond' yang tak bertauliah!

okay, hari ni aku nak pecah tradisi. heheh...disebabkan aku pon ada tahap kesabaran. tapi hari ni tahap kesabaran aku telah diusik!

the story goes like this...

about 9am, i got a phone call from *** office saying that her boss wanna talk to me. ok, fine. then the boss asked me how many PhDs holder have finished their studies. i said let me check in the system first to confirm the total, but it's not more than 10.

then with loud voice he said to me 'eh, takkan u tak ingat nama2 diorg kot. bukannya ramai pon'. whattt?!! i'm not a robot, hokeh? but i'm still cool at that time so i just say the names which i can recall one by one.

ok, that's the 1st round of the conversation.

2nd round..tingggg....

he asked me where is the information on the *** that i asked you to do? i said to him 'i need to settle some urgent paperworks first, then i'll prepare the ***'. fyi, i put *** on my KIV list coz he never told me when he wanted it at the first place. i have soooo many things to do, so i need to prioritize my work. is that wrong? i don't think so....

now comes the best part..

with his louder voice (more like shouting to me) he said 'u tak boleh jawab macam ni!' then what do you expect? you want me to say 'ouh, sorry...i SENGAJA taknak buat *** tu'. i said 'no, because i need some time to prepare the ***'. but he never listened and shouted 'i tak kira, dalam masa sejam, i nak u hantar kat i!! bla..bla..yadda..yadda...i marah ni! u hantar kat i sejam lagi!!' i just answered with a weak voice (still shocked with his loud tone) 'ok'. then, paangggg...he hung up.

i was like, whaddaa h***??!!! inikah perkhidmatan yang cekap? (iklan Pilem Negara Malaysia dolu2 ;p) he totally ruined my mood! pepagi jumaat lak tu!


di manakah budi bicara anda sebagai seorang ketua?
di manakah tutur kata yang beradab sopan anda sebagai sesama pekerja?
di manakah rasa hormat anda sebagai sesama Muslim?
di manakah tahap kesabaran anda sebagai seorang manusia yang berilmu tinggi?


haiihhh...only he knows the answer...

for me, life goes on...what goes around comes around. but i still give him the *** that he asked for, but it's not current and in couple hours. haha...dah nak cepat sangat, hamek la mana yang ada dulu yerr...kalau aku ni robot bertangan sotong mebbe boleh la kot siap cepat >;P

to coax myself, i just think maybe he's already on andropaus (menopaus for men) symptoms...haha!

sabar...jelah....