Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

Lemon Infused Panfried Dory

amboi nama resipi gah sangat. kih3...
sebenarnya panfried dory ajala tapi olive oil di'infuse'kan sikit dengan jus lemon hence the name ;D

dah 2 kali aku masak dory ni. jadi fav dinner lak untuk kami 3 branak. not a healthy dinner tho sebab mashed potato tu very the creamy. hehe...

walaupun aku tak terer masak, saja la nak share resipi ni sebab senang banget. so this recipe is strictly for 'kitchen virgin' jer okes? ;p


Bahan2 (untuk 2 1/2 orang makan. 1/2 tu portion adam. hahaha...)

2 dory fillets (aku beli kat tesco saja) - aku share jer 1 fillet dengan adam
1/2 biji lemon
Tepung gandum
Butter
4 biji kentang saiz sederhana
1 ulas bawang besar/bawang bombay (yang tak tengik)
100ml susu (i used low fat) - ni aku agak2 jer bp ml. asalkan dapat tenggelamkan bawang2 nanti..
1 sudu besar (heaps) Parmesan cheese
Oregano
Baby carrots & broccoli
Cherry tomatoes
Salt & coarse black pepper

Cara2:

1. Dab ikan untuk keringkan air dia dengan kitchen roll.
2. Marinate/season ikan dengan salt & coarse black pepper.
3. Biarkan sebentar.

sambung buat mashed potato plak. heee...




Cara2:



1. Rebus kentang dalam air bergaram sampai empuk dan lenyekkan.
2. Hiris bawang dan tumis bersama sedikit butter.
3. Bila bawang dah lembut, masukkan susu.
4. Tutup api bila susu dah mendidih.
5. Masukkan susu berbawang (lawak plak term ni ;p) dalam kentang tadi dan lenyekkan semula hingga sebati.
6. Masukkan sedikit butter, parmesan cheese dan dash oregano & lenyek lagi sampai tangan lenguh ;p. 
7. Salt & pepper to taste. tadaa...mashed potato dah siap! ;D


prepare veges:

1. Potong broccoli kecik2
2. Blanch dalam air bergaram bersama baby carrots.
3. Tos veges dan masukkan dalam air berais untuk hentikan proses masak. vege akan tetap crunchy kalau buat macam ni. 
4. Sebelum hidang, tos semula dan perasakan dengan salt & pepper with a dash of oregano.

ok, time to cook the fish!



Cara2:

1. Coat ikan rata2 dengan tepung gandum. 
2. Panaskan grill pan (api sederhana panas) dan masukkan sedikit olive oil.
3. Perah lemon ke dalam pan tapi jangan sampai habis. Make sure biji dah diasingkan.
4. Bila minyak dah panas goreng ikan hingga masak (dalam 8-10 minit sebelah ikan).
5. Bila alih ikan perah baki lemon tadi.
6. Masukkan cherry tomatoes (2 in 1. eheee...) - ni optional. tapi bobo suka yang digrill sikit.

ok, dah siap! ;D


nilah ghoper ikan dory nyer bila dah siap.
letak a dollop of tartar sauce (beli readymate sudah!) atas ikan & dah boleh makan ;D



kalau suka pedas tabur sket cayenne atau chilli powder atas ikan dan mashed potato tu. 

selamat mencuba!

Thursday, April 11, 2013

Spageti Goreng Kicap Lada Hitam


baru2 ni aku goreng spageti kicap lada hitam. dah lama tak buat. huhu...
bagi aku, kalau makaroni lagi sedap goreng macam goreng mee tu tapi spageti lagi best kalau goreng kicap camni. hehe...

nah amek resipi:

Bahan2:

Spageti - rebus al dante macam biasa 
Brocolli dan cauliflower - blanched dulu 
Ketulan ayam/daging/seafood (ikut selera masing2)
Bawang besar & bawang putih - chopped
Kicap pekat 
Kicap manis
Lada hitam yang ditumbuk/beli siap2 crushed black pepper lagi sonang
Sedikit gula
Garam to taste

berapa sudu kicap tu agak2 jela yer sebab aku pon main bubuh jer. no sukat2. hiks!

Cara2:


  1. tumis bawang dengan sedikit minyak sehingga naik bau. 
  2. masukkan ayam/daging/seafood sehingga masak.
  3. masukkan kicap2 dan bahan2 perasa (kalau masuk kemudian nanti ayam/daging/seafood jadi tawar lak).
  4. bila kicap dah mendidih masukkan spageti dan gaul rata.
  5. finally masukkan sayur2an yang telah diblanched dan tabur lada hitam. kalau suka pedas tabur lebih sket ;p
  6. gaul sebati & siap untuk dimakan ;D
kalau nak improvise boleh masuk hirisan tomato & shitake mushroom. sure lagi mabeles!



p/s: bobo puji sedap spageti ni :D tapi apa pon aku masak semua dia puji kot. hahahaha...


ok, selamat mencuba yer!

till then.

toodles!


Thursday, March 28, 2013

Bananatella French Toast


dah lama dah buat french toast ni tapi lupa lak nak share dalam blog. sokmo share dalam instagram jer. pic ni pon amek dari insta sebab tu blur sket. hehe...

btw my insta is private. sebab taknak culprit2 dok spam memacam dalam komen. rimas! tapi kalau sesapa nak folo bleh jer...just add me: husnaidrus and insyallah i will accept. 

errr...dok pomot insta ler pulok! heeee...

back to our topic ;p

sila la terai buat french toast ni yer. sonang jer ;D

nah resepi. dicilok dari ovenhaven:


2 burger buns, or any thick bread (i used plain pandan bun. sebab tu jer bun yang jumpa kat kedai masa tu. hiks!)
1 egg
1⁄3 cup milk
1 teaspoon vanilla essence (ahkak tak bubuh lak)
1⁄2 tsp ground cinnamon
sliced bananas (resepi asal taruk stoberi but i loike banana more ;p). sukati la nak sumbat banyak mana pun. hehe...
4 tablespoons Nutella
Cara2:
Slice the buns midway to create a pocket, being careful not to cut all the way through.
Drop 2 tablespoons of Nutella in each pocket you’ve created, and spread it on both sides.
Stuff the sliced bananas in the pocket all the way in. Do not overfill.
In a bowl, combine the egg, milk, vanilla and cinnamon together.
Heat a lightly-greased griddle or skillet over medium-high heat.
Dunk each burger bun in the egg mixture, soaking both sides.
Place on pan, and cook on both sides until golden. Serve warm.
sedap dimakan waktu bekpes panas2. selamat mencuba!
till then.
toodles!

Monday, October 17, 2011

Rich Chocolate Pudding

petang ari sabtu aritu macam bosan jer duduk rumah tak buat apa2. blogwalking kejap. tup2 terjumpa balik resipi puding ni dalam blog kekta yang lama. penah buat dah sekali dulu masa di kangar. memang sodap! choc dia sangat rich. sesuai dengan nama resipi dia. huhuh....

kebetulan pulak bahan2 memang semua ada dalam pantry. terus aku ajak bobo tolong masuk dapur skali. dia ok jer bab2 nak tolong masak ni sebab nanti dia jugak yang nak ngappp dulu. huhuh...













aku takder bekas agar2 yang comey so guna tapawe bulat2 ni & mangkuk2 plastik ikea tu jer. tehehehe...


ni resipinyer:

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung (aku cilok susu adam. jadilah puding berDHA. kui3...)
1/2 sudu teh garam (tapi aku lupa bubuh lak ;p)

4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung

1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm) (slalu aku beli yang brand burung layang2 ker burung apa tah. paket kaler kuning)


Cara-cara:
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

Sejukkan dalam lemari es.


senang jer kan? semudah ABC gituh. selamat mencuba! ;D