Showing posts with label house renovation. Show all posts
Showing posts with label house renovation. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

House Renovation Progress #4

tediaaa...dah pindah berapa bulan lepas pon tak abis lagi citer pasal renovation. kah3....mai mood terlebih 'rajin' camni la ;p

ni last entry kot pasal renovation sebab dah selamat duduk pon rumah tu kan. hiks...kira entry penutup la pasal topik ni (buat masa ni). gituh....

macam yang ahkak citer dalam entry seblom2 ni, kitorg buat projek renovation kecil-kecilan jer iaitu:

  1. pasang tembok dinding kat dapur, 
  2. tutup tingkap dapur (sebelah), 
  3. extend tembok & bumbung yard/washing area, 
  4. plaster ceiling di hall/living area
  5. kitchen cabinet
  6. timber flooring di hall/living area

pastu pasang lampu, curtain, grill semua tu normal la kan. 

projek renovation buat masa ni cukup la dulu kot. tabung renovation pon dah pupus so kena dok dendiam sat. kah3...

citer pasal blind, kami pilih zebra blind untuk dapur & venetian blind untuk washing area. bobo serah kat aku jer nak pilih kaler apa so harusla ahkak pilih fink! kah3....

yang tak bestnya zebra blind ni dah mula nampak comot2 kat depan sinki tu sebab dok basuh periuk belanga. tapi aku taktau nak cuci camner. bila cuci dengan air sabun dia jadi berbelak2 lak. tskkkk....ker ada jer tips dalam gugel? 

so sesapa yang nak pasang zebra blind berhampiran sinki tu hati2 la yer. time nak basuh pinggan mangkuk sila roll naik tinggi2 ;p 

fink zebra blind ;p
venetian blind saja amek biru lak. baru nampak ala2 ocean ombak rindu (puihhh...).

venetian blind

timber flooring kami cuma pasang kat living hall. kami book sesiap masa ada Perfect Livin' Home & Lifestyle Exhibition kat Penang. buat dengan Floor Depot. harga taktau nak cakap murah ker mahal tapi rasanya memang harga tu la kot. kira kalau compare dengan brand Ionwood memang jauh beza laa...

kami pilih kayu 4G. ntah G tu stands for what. tapi kayu ni waterproof & termite proof. kalau guna mop basah pon takder masalah la. pastu kami dapat dalam 6-7 gulung wallpaper free. tapi sampai sekarang takpi amek lagi kat kedai T___T.

curtain aku tempah kat kedai kat Kulim ni jer...living area dengan master bedroom jer tempah baru. bilik2 lain semua guna curtain sedia ada. sep bajet! :D

lupa lak apa nama kayu ni T_T


nilah rupa washing area yang diextend tu. memang saja buat tak jejak tanah sebab sayang tanah tu. aku plan nak bercucuk tanam sket2 nanti. kih3...macam yer2 jer kan?

jangan taktau skang ni ahkak dah tanam pokok serai, kari, limau & pelam namdokmai okes. dun play2. hahaha....bab gardening nanti story dalam entry lain yer....

cat putih jer semua


rupa washing area camni lepas dah siap. tembok tu memang kena terpacak situ takleh wat apa. huhu...

sebenarnya aku dok bayang bumbung polycarbonate tu nak pasang macam lain. dah explain kat apek tu tapi dia tak paham atau taktau kot. takperlah, camni pon ok...



kami pasang penyidai internal pendek (4 kaki) kat situ. yang panjang (6 kaki) kami pasang kat luar. betul2 kat belakang tembok tu. 

kat situ jugak la kami letak washing machine & ironing board. berangan nak buat macam laundry room rumah2 mat saleh tapi jadi kedai dobi kecil-kecilan pulak. tehehe....



that sums up our small renovation project ;D

insyaallah kalau murah rezeki kedepan2 ni nak buat projek lain pulak. kalau dah jadi nanti baru story okes? ;p

till then. 

toodles!

Wednesday, June 25, 2014

Our Kitchen Cabinet #2

lepas siap pasang semua terlupa pulak nak update ;p

awal Jun aritu akhirnya kc kami dah siap. itu pon lepas jenuh tanya tokey bila nak datang pasang accessories2 T___T. overall workmanship diorg ni memang ok tapi lepas dah habis bayar dok wat lecey lak. susah tul nak reply wasap padahal dok nampak jer ada time2 dia online. grrrrr....

aku saja wasap2 jer sebab nak bagi chance la kunun. lagipon kitorg sendiri yang mintak hold pasang mende2 tu sebab nak tunggu pindah betul2. ni semua gara2 peti es ;p kang dah siap lekat island semua tak muat lak nak masuk ruang dia tu. tak ker naya...

pastu dekat nak masuk 2 minggu tak jawab wasap takleh jadi la kan. harus la ahkak call jugak. besa la dok bagi alasan sibuk la itu la ini la bla3....

tapi ni pon kalau ikutkan belum siap 100% sebab spice rack belum ada stok. tskkkk....kemarin aku wasap tokey kc tu bleh buat senyap lak. tak jawab2. motip pakai 2 henpon tapi taknak jawab mesej kastemer?

apa pon mehla ahkak tepek pics kc tu ;p 

pics courtesy of tokey fb page. kih3...








sesaper nak buat kc kat area Kulim/Penang boleh la buat dengan depa ni. cuma kena sabaq kalau tokey tak jawab2 wasap. kakaka....

till then. toodles!

Thursday, May 8, 2014

Our Kitchen Cabinet

ayambekkk...huhuu...tetiba senyap lak mrsbobo ni. sebenarnya kami baru balik dari coti2 kat osaka. well, that's another story. hari ni nak story pasal kitchen cabinet (kc) dulu ;p

kc kami dah mula dipasang masa minggu ketiga april. kiranya seminggu sebelum kitorg holiday la. tapi diorg pasang separuh jalan jer sebab countertop belum siap. as of today pun tak siap2 lagi top tu. adehhhh...tapi tokey kc cakap minggu ni insyaallah akan setel semua. harap2 gitu la...

serba sedikit info pasal kc:

  • material countertop = quartz stone kaler putih
  • pintu cabinet = kalau rumah dulu buat kaca, kali ni tukar akrilik pulak, all white ;D kabinet gantung campur dengan frosted glass. akrilik ni nampak berkilat cantik tapi lambat laun boleh calar. tapi kalau comot senang leh lap jer...
  • wall tiles guna yang sedia ada jer kaler grey
  • tall unit ada 3 ketul. satu untuk microwave & oven, dua lagi untuk sumbat food ;p
  • body cabinet = material kayu, kaler putih
  • accessories = double bowl sink, double faucet, soft close drawer system, spoon tray, spice rack & 2 rack apo tah ;p
  • handle = aluminium edging
  • island = siok kali ni dapat gak buat island idaman walaupun tak besar mana. janji ada. hikhik...guna material sama jer...

tema kaler kc adalah 'all-white'. saja taknak berkaler2 dah sebab nak bagi nampak luas sikit dapur tu. blind pulak dah plan nak pasang zebra blind kaler pink lembut. baru girlish gitu. kih3...

jom layan gambar masa pemasangan.





buat masa ni rupa kc masih sama cuma pintu2 dah dipasang. haihhh....tak sabor lak rasa ;p

till then. toodles!

Tuesday, April 22, 2014

Cerita Kipas Rumah

kipas2 kat rumah dah selamat dipasang. kat master bedroom jer belum ada sebab nak bawak dari rumah sewa skang ni..

kipas di ruang tamu & ruang makan guna yang ni - K15Y2. ada 5 speed, 5 blade & remote control


ni hah kotak dia ;p


kipas untuk 2 bilik tidur guna yang biasa jer. warna bronze


kipas kat bilik kecik (utility room) guna junior fan. bilah dia pendek sikit dari kipas biasa

ni pulak kipas kat siling dapur. 4 blade, 3 speed & ada remote control. angin dia tak sekuat kipas 5 speed so tak digalakkan pasang di ruang tamu. ni pesanan penaja maknya kedai kipas aritu ;p


kat laundry area tak pasang kipas buat masa ni. mungkin guna stand fan yang sedia ada jer (sep bajet! ;p)

tu jelah citer kipas hari ni. tehehe...kalau nak tau harga (kot2 la nak compare) sila PM cek. cewahh...

till then. toodles!

Friday, April 18, 2014

House Renovation Progress #3

dah seminggu berlalu...insyaallah tak lama jer lagi nak siap dah projek renovation ni :-D hopefully by end of this month dah siap renovate. pastu leh proceed dengan kitchen cabinet lak.

talking about kc, kali ni kitorg buat dengan melayu. ehemm...reason why? sebab baca review customer dalam fb page diorg macam memberangsangkan ;D harapnya gitu la...sebab dah terkena dulu dengan so called kontraktor wardrobe 'melayu', terus jadi skeptikal. huhuh...

org kc ni plak dah siap2 letak kabinet kat rumah. sebabnya kat showroom & kilang diorg dah terlalu sesak sampai takder tempat nak letak kabinet dah. kencang sungguh bisnes. hehe...jenuh pulak kitorg dok pikir cemana nak cuci rumah dengan kabinet dok berlonggok depan ruang tamu tu. tskkk....

tokey kc cakap nak pi pasang isnin depan. macam cepat sangat lak. rumah pon tak cuci lagi! we'll see...

okla, jom layan gambar...

apek kontraktor tu cakap ni pintu 2 in 1...

sebab ada tingkap sekali. leh main cak2 ;p


view pintu dari luar. jakun gak tengok pintu camni. tak penah jumpa kekdahnya. kih3...


the much awaited 'bumbung polycarbonate'. aku suggest kat apek tu macam lain, tapi dia buat macam lain. takperlah sebab still acceptable. ouh, siling tu nanti akan diplaster. tak biar togel camtu ;p


view bumbung dari luar

grill pon dah dipasang. agak pelik rupa dia sebab ada lengkung separa bulat tu. huduh!

grill pintu depan. memang pilih design bese jer...no kerawang2 whatsoever ;D

view laundry area dari luar

dinding sebelah tu memang takleh wat apa dah. diorg akan cat jer nanti. hukhuk...

rupa grill yang sangat peliksss...1st impression aku memang tak berkenan nengoknyer sebab ada bulat2 tu. tapi apakan daya...pasrah jelahhh :(


hari ni diorg start pasang kipas dah. esok projek cat pulak. pastu siap la insyaallah. jiran2 pon cakap cepat gak diorg buat kerja. diorg pon impressed sebabnya pekerja2 tu bukan datang tiap2 hari. kira bagus gakla diorg ni kan. hehe...

next project, nak kena pikir bab curtain lak. pastu kena start packing sikit2. phewww...planning pon dah letih. belum betul2 lagi T____T

till then. toodles!

Wednesday, April 9, 2014

Shopping Kipas Rumah

survey punya survey akhirnya kami decide untuk beli kipas KDK. rumah kat Jitra dulu pakai Alpha tapi banyak review cakap tak berapa elok. Panasonic mahal berapi lak. brand2 kipas lain banyak decoration fan jer. kureng minat lak. so KDK it is :D

kat Kulim ni ada satu kedai jer dealer kipas KDK. kalau compare harga dalam website KDK, kedai ni jual murah lagi. ok la kan...so kami pun proceed jela. total 6 biji kipas semuanya. 3 yang ada remote, 3 kipas biasa. cuma kat master bedroom jer kami akan 'recycle' kipas yang kami pasang kat rumah sewa sekarang ni. sep sket bajet ;p

why KDK? kalau google rata2 bagi good review. lagi pon brand ni dah lama wujud. so boleh katakan reliable brand gitu.

buat masa ni kami tak ambil lagi kipas dari kedai sebab rumah belum pasang grill. macam bahaya lak kalau pasang kipas siap2. so biarkan kat kedai dulu. 



promoter kat kedai tu siap tulis semua harga dalam katalog. senang sket nak bajet!





once kipas dah pasang nanti aku update semula.

till then. toodles!

Monday, April 7, 2014

House Renovation Progress #2

dah masuk minggu pertama April. progress renovation berjalan agak lancar. cewahh...tapi kan baru ni kerap gak hujan, ada kemungkinan la slow sikit kerja2 diorg kat bahagian extend belakang dapur tu. 

pastu kontraktor bagitau dia tak dapat cari tiles yang sama dengan tiles dapur. dah 5 kedai dia cari tak jumpa2. so kitorg terpaksa tanya developer in case diorg ada lebihan tiles tu. kalau takder, mungkin diorg boleh bagi nombor siri/model tiles. still waiting for their answer.

the piccas!

sebelah tingkap yang ditutup untuk pasang hood. huduh lak rupa sbb ada frame tu T____T

rupa dari luar 

paip untuk air washing machine. huduh btol tetiba terkeluar camtu. aku dah mintak kontraktor sambung ke manhole terus. harap2 dia boleh la buat. tskkk...

ni lampu kat ruang makan

ni lak lampu kat dapur

'tiang seri' yang dah di'trim'

rupa dari dalam. tingkap tu diorg pasang tinggi sket lak. aduihhh...


tu jer kot perubahan dalam masa seminggu ni. takla banyak sangat tapi still ada la. huhu...

ouh yer, kitorg dah beli kipas brand KDK. nanti citer dalam next entry.

till then. toodles!

Friday, April 4, 2014

House Renovation Progress #1

arini nak story pasal projek renovation kecil2an rumah kami ;D. untuk projek ni kami appoint sorang main kontraktor. untuk projek kitchen cabinet kontraktor lain, untuk projek flooring pun orang lain. so total ada 3 kontraktor la semuanya ;D

as of last week (end of March), dah nampak dah progress renovation. alhamdulillah...main kontraktor tu cakap by end of this month boleh siap dah. harap2 camtu la...boleh pindah masuk sebelum puasa ;D

now the piccas!

WASH/LAUNDRY AREA

kami cuma tambah dinding kat area sekangkang kera tu. tak usik tanah belakang sebab cinoni sangat. so biarkan jer kot2 sokni leh bercucuk tanam (yeah right ;p)

sebenarnya aku berangan nak buat laundry ala2 rumah omputih. yang siap ada dryer, ampaian dan tempat iron tu. hihih...berangan sungguh!

bila dah tambah dinding, pintu pon kena la ubah kedudukan ke belakang. lantai akan dibuat sama rata dengan lantai sedia ada. pastu kami tambah tingkap supaya lebih 'airy' gituhhh....


sebelum





selepas

longkang depan pintu tu akan diubah ke depan sikit


'tiang seri' tu takleh ubah so terpaksa la redho dia kat situ. huhuhu...

tambah point letrik dan paip air untuk washer

part dinding atas tu dibiarkan sekaki. tujuannya nak pasang dinding dan awning polycarbonate. tah cemana la outcome dia nanti. kontraktor tu tak penah buat camni lagi. huhu...


RUANG TAMU & RUANG MAKAN

buat masa ni cuma tambah plaster ceiling dan lampu2 LED. kipas tak sempat beli lagi. 

insyaallah flooring pon kami akan buat. dah bayar booking tapi kena tunggu renovation semua siap dulu la kan baru leh pasang. ngeee....



sebelum

ruang tamu


selepas

plaster ceiling di ruang tamu & ruang makan


DAPUR

kat dapur kami tambah tembok untuk block sikit pemandangan direct dari ruang tamu. bila dah tambah tembok ni, boleh la buat kitchen cabinet (kc) panjang sikit kan? 

kami pon dah deal dengan orang kc siap2. memandangkan dinding untuk pasang hood tak muat (tskkkk..), kami terpaksa tutup sebelah tingkap. daku pasrahhh...hukhukk...

kat dapur juga dipasang plaster ceiling dan lampu LED.

sebelum

ruang dapur 


selepas

tambah tembok di sebelah kiri dapur


the lampus

buhbye tingkap :`(


kat bilik tidur kami tak buat apa2 except pasang lampu dan tambah point letrik kat master bedroom. banyak gak tempat yang kami tambah point tapi kontraktor tu tak amek extra charge pon. baguih2 ;p

dalam minggu ni sebenarnya diorg dah pasang semua lampu2. nanti sambung dalam next entry pulak yer. dah panjang berjela lak entry ni ;p

till then. toodles!