Showing posts with label wardrobe. Show all posts
Showing posts with label wardrobe. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

New Wardrobe Project

untuk projek kali ni, kitorg buat di master bedroom jugak. yang buat dulu dah tak muat nak menampung baju kitorg laki bini. huhuhu...alhamdulillah dapat jumpa kontraktor lain. jangan harap la nak buat dengan kompeni aritu. sampai sekarang sakit mata, sakit hati & sakit jiwa tengok wardrobe tu!

wardrobe baru ni buat kaler putih jugak. material formica. panjang 6ft, tinggi 10ft. yang aku suka tu hinge pintu dia. ala2 softclose gitu. bila nak tutup memang takkan terhempas la. overall memang puas hati buat dengan kontraktor ni. there's nothing to complain. harga pon ok. 


habis madu sepah dibuang. eh, takla buang ;p dah lama lemari ni berjasa sejak kitorg tinggal di Puchong lagi. still elok so ubah letak jer ke bilik lain

bahagian yang akan dipasang lemari baru


kerja pemasangan sedang dilakukan


tadaaa! dah pon siap ;D

lepas ni nak kumpul duit untuk buat wardrobe di bilik adam lak. siap ukur dah aritu. huhuh...duit, duit, di mana kau duit? ;p

Friday, February 17, 2012

Perihal Wardrobe - Part 2

as promised (eh tak promise pon ;p), arini nak citer pasal wardrobe yang sekian lama ditunggu2 tu. sebelum tu, sila tengok kat sini untuk sesaper yang taktau lagi citer pasal masalah wardrobe kitorg ni. huhu...

summary sejarah masalah wardrobe ni:
  • 1st time dipasang Ogos 2011.
  • dibuka balik sebab tak memenuhi specs November 2011.
  • 2nd time dipasang balik Februari 2012. totally new. guna carpenter/supplier baru katanya.
kesimpulannya, a simple wardrobe atau dalam bahasa melayu kasaqnya lemari bodo pon amek masa 6 bulan nak siap! T____T
eh tu pon sebenarnya tak siap betul2 lagi tau!


just to refresh. bawah ni pic wardrobe lama yang dibuka balik tu.


harap rupa jer elok. tapi....tetttttt!




wardrobe yang langsung satu sen tarak guna. err i mean tak boleh guna. kejap jela dapat sangkut baju bajan dalam tu. pastu pintu sangkut takleh tolak langsung. terpaksa la transfer balik baju kat lemari lama. tskkkk....


ni pulak pic wardrobe baru. see something missing? sila belek betul2 ;p







perasan tak railings sangkut baju dah tinggal yang atas jer? railings tengah2 takder pulak. cuma yang puas hati sikit kali ni pintu sliding dah much much better. smooth bila tolak. harap2 betul la diorg guna anti-jump. dulu aku tanya pintu guna anti-jump tak? tapi si tokey jawab tak meyakinkan langsung 'aa kami guna pintu yang ada roller bla2...' tak menjawab soklan langsung. pastu takdan sat pintu tu tercabut dari railing dia. grrrrrr.....


railings tengah2 tu pon katanya diorg nak pasang balik minggu ni. today is already friday. takpelah, bagi masa lagi sampai ahad ni. dia cakap dalam minggu ni pon aku dah tak caya. sebab dah selalu sangat bagi janji pelsu. macam citer dongeng masa kecik2 dulu la. kancil ker natang apa tah yang selalu dok menipu tu. lama2 orang dah tak caya bila jadi betul2. ntahla dah ingat2 lupa citer tu pon. huhuhu....


this time, aku nak mention nama kompeni yang buat wardrobe ni. they are Irizdeco. kalau tengok website, FB nampak macam gah. bukan apa, my opismate pon terkena dengan diorg. tapi dia buat kc. kes lebih kurang gakla. pasang tak elok pastu kena buang balik tukar baru. tapi aku tak nafikan most probably ada yang puas hati dengan hasil kerja diorg. those people are so lucky then!


oklah. dah panjang pulak bebelan pasal lemari nih. sorry to say, nilah 1st and last kami akan deal dengan kompeni tu.
mak serikkk!!!

Monday, November 14, 2011

Now You See It, Now You Don't!

Puas hatiku...akhirnya wardrobe yang malfunction tu dah ilek pocik.

Sabtu baru ni tokey dia datang ambik balik setelah aku SMS (tapi guna hp bobo ;p) bagi kata putus. Nak datang tengok atau nak tunggu kami report kat tribunal pengguna?

Dan2 dia reply bagitau nak cabut balik wardrobe tu ari sabtu then lagi 2 minggu datang pasang balik yang baru. Melayu...melayu...kena ugut sket baru nak jalan keje.

Actually dia janji nak datang rumah tengok balik wardrobe tu bulan lepas lagi. Ada kot 3 kali set date tapi asik tak jadi. Bila dah tak jadi bukannya dia nak bagitau pon. Kami lak yang dok keje tanya dia. Haihhhh....Cemuih tui bila dia dok bagi alasan banyak projek lain. Tu yang tak sempat datang rumah kitorg. Podahhh! Cas bagus jer padahal hampeh to the max!

Dahla masa nak datang pasang dulu siap mintak kitorg bayar semua siap2. Padahal rupa lemari pon takder lagi!

Sapa nak tahan sabar lama2 kalau camtu kan? Aku suh bobo SMS, kol mamat tu dia kata dah malas. Isk takleh jadi ni. Tu yang aku take over contact mamat tokey tu. Our patience has its own limit!

Takper, kami tunggu lagi 2 minggu tengok dia tepati tak janji dia. Tapi aku memang dah tawar hati nak pasang balik wardrobe tu kat bilik kitorg.

Tengokla camner, mebbe pasang kat bilik lain kot. Untuk bilik kitorg nanti cari kompeni lain jelah. Tunggu ada rejeki...buat masa ni terpaksa la guna lemari lama balik. Phbbbttt!



Friday, August 26, 2011

Perihal Wardrobe

orang lain bz dok buat entry pasal kuih raya, baju raya, duit raya, semua raya2 lah. tapi aku sibuk nak cerita pasal wardrobe ;p anggap jela ni wardrobe raya yer. kih3...

akhirnya semalam tamatlah sudah penantian kami untuk wardrobe ni. diorg datang kejap jer untuk pasang balik pintu yang tak boleh fit in aritu.


BEFORE



MASA ASSEMBLY


AFTER


camni la rupa dalam wardrobe. sebelah kiri ada laci2, railing dan compartment. sebelah kanan ada railing atas bawah jer. tapi railing yang atas tu macam tinggi bebenor jer. jenuh nak sangkut baju kat situ >_< kena cari step stool la kot pasni (ada alasan nak pi Ikea lagi!).

ouh yer, saiz wardobe ni adalah 7.5' x 9'. saja kitorg buat ceiling height sebab nak dapatkan extra space untuk storage. compartment paling atas sekali tu leh la buat simpan toto dan bantal extra. tapi memang kena guna tangga la kot. heheh....



budak kecik tu comes free with the wardrobe. muahahhaa!



kitorg
sebenarnya takderla puas hati sangat dengan hasil kerja diorg ni. ada la here and there yang rasanya boleh diimprove lagi. masa tengok sample gambar yang tokey dia bawak macam ok la jugak. nampak promising. lagipon kompeni melayu, ingat nak la tolong anak bangsa. gituh....
tapi harapan tinggal harapan. i've seen better quality wardrobe than this. tapi tula, nak cari orang yang boleh buat wardrobe elok2 di Kedah/Perlis ni macam payah jer. kalau gugel pon ada la berapa kerat jer yang keluar. huhuhu...sedih! kalau kat KL takyah cakapla, bersepah2 kan?


hmmm...takpelah, dah siap pon. janji boleh simpan baju2 semua dalam tu...wiken ni sebelum bertolak balik kampung leh la mengemas jap (kalau rajin la kan ;p).


p/s: sorry yer, kualiti gambar kurang elok. snap guna hp jer. skang ni maleh lak nak usung digicam ke mana2. bukan takat maleh usung, nak caj batt pon maleh! teruk sungguh!
(bila masa nak rajin tahler ;p)



Tuesday, August 16, 2011

Sneak Peek


nilah wardrobe kami yang baru dipasang di master bedroom kelmarin.
nampak macam dah siap kan?
sebenarnya tak siap pon lagi...
ntah camner tokey dia tersilap ukur.
so bahagian atas tu tak lepas masuk. kena trim semula.
pastu pintu cermin sebelah jer boleh slide, sebelah lagi sangkut.
grrrrrrrrr.........
baru berangan nak kemas2 baju dalam tu minggu ni....
nampak gaya kena la tunggu lagi seminggu.
tension gak sebab tokey tu datang ukur 2 kali kot.
boleh pulak tersilap.
takpelah, bulan2 puasa ni kena banyak sabar kan?
bila dah siap2 betul2 nanti aku update balik, okes?