Showing posts with label toddler. Show all posts
Showing posts with label toddler. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Pool & Steak Day

2 minggu sudah bawak adam mandi kolam kat Puncak Mutiara, Kg. Pelet. rm5 jer sorang, mandi la sampai jadi kismis (read: kecut). tapi aku tak mandi pon. jadi pemerhati jer. 

kolam ni betul2 sebelah rumah (err...mansion to be exact!) tokey restoran tu. tapi dibuka untuk rakyat marhaen gak ;p.

masa kami pi sana takder orang pon. kami 3 branak jer. so, apa lagi...bobo & adam buat kolam tu macam depa yang punya la! kih3...

pelampung tu dia pakai dari rumah tak bukak2 sampai ke kolam T___T

pose tonggek kena ada

kolam dia saiz medium. tak besar, tak kecik. just nice ;D

mat ghenyih

father & son bonding time


kat situ takder guard so kena hati2 la bila mandi. mana la tau kot jadi apa2...nauzubillah...

depa mandi around sejam dari kul 11.30 pagi - 12.30 tengahari. bak kata orang utara  - tengah ghembang! (r kena exaggerate sket ;p). jenuh ahkak dok tahan panas bawah payung tunggu depa *lap peluh*.


adam took this pic. muka ahkak sembab gilos sebab tidoq lewat layan running man malam sebelum ;p


dah abis mandi salin baju semua, kami lunch kat situ gak. bobo rekemen tenderloin steak sebab dia makan aritu sedap gila katanya. ok lah, why not?

sibaik memang sedap bagai dikata cuma a bit masin daging dia. tapi overall sedap! tak sia2 aku tunggu depa mandi kolam sambil berpanas-panasan. dapat la makan steak. hahaha...


love!

till then. toodles! (closing anti-climax sungguh! ;p)

Tuesday, February 19, 2013

Adam Di Little Caliphs

kopiah tinggal sejarah. dah hilang! ;p

dah sebulan lebih adam bersekolah di tadika baru dia - Little Caliphs KHTP (LC). daripada observation aku so far alhamdulillah nampak progress dia ok. feedback ticer dia pon positif. sorang ticer cakap dia aktif dalam kelas (aktif ker lasak? huhuhu) sorang lagi ticer cakap dia cepat pick up. mungkin jugak hasil dari berskolah sejak umur 9 bulan kot? hehe...

kat rumah pon aku suruh (tapi tak paksa) dia buat homework sikit2. siap beli buku homework pre-school 4-in-1 kat kedai buku. buku tu ada subjek sains, math, english & BM. ouh yer, kat LC ni tak practice budak2 bawa balik homework sebab taknak bebankan diorg. i've no problem with that. buku Bacalah Anakku pun aku beli sejak dia tadika di Jitra. tapi ummi dia pulak yang malas ajar. kwang3...harap2 tahun ni bertambah la sikit tahap kerajinan diriku. cewah!

hari sabtu 2 minggu lepas aku & bobo attend program teaching reading techniques anjuran LC KHTP. bagus program tu sebab diorg ajar parents teknik nak ajar anak2 membaca kat rumah. so takderlah anak2 penin yang ticer ajar baca method lain, balik rumah parents ajar cam lain. hiks!




sebelum balik, diorg bagi kitorg pilihan nak bawa balik souvenir poster atau flash card. memandangkan flash card ada possibility untuk disepahkan ;p kitorg pilih poster jelah. boleh tepek jer kat dinding. hehe...

sila baca ikut bunyi nursery rhymes 'London Bridge' ;D


What I Learn From The Program
  1. this is how they learn to read - phonetics method. tiap2 bunyi tu ada gaya dia tersendiri. fun jugak belajar hari tu. hehe...rasanya majoriti tadika guna kaedah ni sekarang kan? budak2 lebih cepat membaca gitu. adam pun dah boleh dah baca perkataan 2 huruf (sorry tak reti nak explain cemana) contoh: bu ku, ke la pa dll. umur 4 tahun 3 bulan dah boleh membaca is impressive enough to me (at least) :D
  2. tahap development anak2 tak sama antara satu sama lain. so don't compare! budak2 yang lahir hujung2 tahun takkan sama development dengan budak2 yang lahir awal tahun pada tahun yang sama. they will only pick up the same development stage masa dah masuk umur 6-9 tahun. tambah2 pulak boys. dari segi pembelajaran biasanya diorg lebih slow compared to girls sebabnya kinesthetic ability (sila gugel. heh..) diorg yang lebih advanced. mungkin tak semua boys camtu tapi majority kot. bila diorg dah besar sikit baru sama level dengan girls. 
  3. jangan confusekan anak2 dengan BM & BI sebab bunyi phonetics tak sama. sebab tu sekarang ni diorg ajar membaca dalam BM dulu then baru ajar BI.
  4. rajin2lah ajar anak membaca di rumah. at least 5 minit sehari tiap2 hari pun jadilah. aku pun tengah mencuba sebab adam lebih minat drawing. sekarang ni hari2 dia nak draw whale. shark whale la, killer whale la, orca la you name it! hehehe...ouh, kalau rajin boleh juga buat reading/reward progress chart. ada banyak free templates available dalam tenet.

tu jer ilmu yang aku boleh share dalam program tu. harap2 boleh mendatangkan manfaat...nampak tak susah mana cuma perlu kerajinan dan usaha saja. btol kan?

till then. toodles!

Tuesday, January 10, 2012

Adam Goin' To Tadika

start tahun ni adam dah bertukar ke tadika di Jitra. tapi kitorg hantar dia kat sana hari isnin-khamis jer. jumaat still kena hantar ke taska lama di Kangaq sebab tadika tutup jumaat. nilah masalah orang yang duduk di Kedah tapi keje di Perlih. huhuhu....


sebelum start sesi sekolah aritu, adam kena pegi orientasi 3 hari berturut2. tapi half day jelah. so aku kena la amek cuti untuk hantar dan ambil dia dari tadika. lepas ni dia kena start bangun pagi siap pakai uniform semua la. takleh macam dulu dah aku salin diaper jer pastu terus angkut masuk kete. huhuh....


1st day orientasi dia nak bangun bukan main payah. merengek la jugak sebab kena paksa mandi semua. sampai tadika kitorg tunggu kejap. tapi bila kitorg nak gerak balik tu dia mula la nangis. 2nd day aku jer yang hantar dia sebab bobo dah start keje. kebetulan pulak aku terlupa bawak susu dia pagi tu, so terpaksa la balik umah kejap. mula la dia merengek. bila explain kat dia ummi kena balik umah kejap jer nak amek susu, dia ok sket. 3rd day, dia still nangis lagi. tapi cikgu dia cakap awal2 tu jer pastu dia ok dah.


sian la jugak tengok dia camtu sebab masa hantar kat taska lama dia tak pernah nangis langsung. my tough boy wasn't so tough anymore. huhu...tambah pulak cikgu tadika cakap dia la budak yang paling kecik kat situ. takut budak2 lain buli dia jer. ker dia yang buli orang? kih3....


lani dah masuk 2nd week dia ke tadika baru. alhamdulillah dah nampak improvement. bangun pagi pon tak susah sangat. merengek2 kejap masa kena kejut tu normal la kan. sampai tadika pon dah tak nangis. temporary jer kot sementara dia nak adjust environment baru.


aku tanya gak dia belajar apa kat sekolah tiap2 hari. biasanya dia akan jawab 'adam belajaq solat'. pastu siap demo laung azan sekerat ;p semalam aku tanya lagi dia belajar apa. tapi dia jawab 'adam tak belajaq, tidoq jer' hahahaha.....yer2 jer anak aku nih.


ouh yer, kat tadika ni kitorg amek sekali kelas pra-tahfiz. mudah2an adam boleh cepat belajar baca al-Quran. amin.....

Wednesday, April 13, 2011

Projek Mencantas 'Rambutan'

ni bukan projek cantas rambutan kat atas pokok, tapi rambut adam a.k.a. rambutan. tengok jela pesen rambut dia kalau dibiarkan berbulan tak potong....




ada ala2 rambutan tak? keh3....

gitu la pesen rambut adam dari kecik. kalau biar panjang bukannya nak jatuh tapi mencacak jer ke atas. takyah susah2 sapu gel nak buat rambut pacak!

setelah beberapa purnama, kitorg decide nak potong balik rambut adam. mulanya ingat nak bagi panjang lagi dengan harapan nanti rambut jatuh ke bawah la. tapi makin panjang, makin mencacak lak jadinya. hahaha! so terpaksa la cantas terus....

so ane muthu, here we come!


ane muthu sedang tekun mengerjakan kepala adam ;p adam pon behave jer. mebbe sebab dah biasa potong rambut dengan ane2. kekeke....good boy!

after a while....tadaaa!!

tiada lagi rambutan, yang tinggal hanyalah budak hensem macam umminyer. kui3....



ada macam justin bieber tak rambut cek? ;p

Thursday, March 3, 2011

Adam's Fav Word

perkataan fav adam buat masa ni - WAT SIAM! kekekekee....

semenjak pindah ke Jitra, aku & adam travel pergi-balik kerja & taska dalam 50 mins. aku lalu ikut jalan lama. sepanjang perjalanan tu memang ada lalu wat siam kat area Padang Sera kalau tak silap. tiap2 kali lalu situ mesti adam excited sebut 'wat siam! wat siam!!'

then one day kitorg pegi Alor Setar, lalu depan Istana Anak Bukit. then tetiba adam sebut 'wat siam! wat siam!' sambil tunjuk ke arah istana tu. errkk....istana tu nak ooi....(sambil berdoa jangan kena tulah dahler ;p).

his another fav word - 1 MALAYSIA! (sebut sambil tunjuk jari 1. hehee...)

kalau dia tengok iklan lagu 1 MALAYSIA kat tv, abis concentrate! bobo kata ni kalau PM nampak sure dia kagum sebab kecik2 dah ada semangat patriotik. kui3...

tetiba taktau nak end cemana. huhuhu...

- the end - ;p

Friday, February 18, 2011

The Longest 2 Hours

semuanya gara2 benda ni....



pic googled



SELAK PINTU!




most of my frens and family dah tau pasal citer ni ;p but for the sake of memory, aku nak citer gak dalam blog. hehehe...

selama ni aku dok imagine jer camner kalau adam terselak pintu bilik air time aku mandi. guess what? 2 hari lepas, it became reality!

masa tu aku tinggal berdua jer dengan adam sebab bobo baru on the way balik dari KL. biasanya time aku nak mandi aku akan kunci pintu bilik sebab adam dah pandai bukak. pastu aku tinggalkan dia kejap dengan toys sementara aku pegi mandi.

nak dijadikan cerita, malam tu (it's about 8ish pm) aku lupa nak bagi toys dia. dekat2 nak abis mandi aku dengar dia panggil aku 2 kali 'ummi! bla..bla...bla..(cakap jarman)'. aku jawab 'kejap! ummi nak abis dah'. elok2 jer nak tarik pintu, baru aku perasan dia dah selak pintu dari luar. OMGGG!!! dah takder toys nak main, dia main selak pintu rupanya! tu kot yang dia nak bagitau kat aku tadi....

pastu aku cakap kat dia, 'adam, tolong bukak pintu'. aku nampak selak tu bergerak2. tapi setakat tu jelah. tak terbukak2 pon. i knew he was trying hard. after a while, aku suruh adam ambik hp aku. nasib baiklah dia dah pandai ikut arahan. terus dia pegi ambik handbag aku then letak depan pintu bilik air. tapi hp aku ada atas ironing board. lepas aku bagitau, dia patah balik pegi ambik kat situ. clever boy! aku suruh dia hulur ikut bawah pintu. nasib baik ada ruang boleh lepas hp tu...dari celah2 tu jugaklah aku boleh nampak kelibat dia sikit....

terus aku call bobo nak bagitau terperangkap dalam bilik air gara2 anak tersayang. hahah! terkujat dia kejap. dia lak baru sampai Bukit Mertajam. aduhhhh....confirm kena tunggu a couple hours lagi nih. except kalau adam dapat bukak balik selak tu la.

tak lama lepas tu, adam mula mintak susu, mintak nasik. dia memang tak reti lagi nak bukak balik selak tu walaupun dah try. aku terpaksa cakap dengan dia 'ummi tak boleh buat susu, adam kena tolong ummi bukak pintu dulu'. lepas beberapa kali nangis sampai tersedu sedan, he gave up. dia mula main barang2 dalam handbag aku dan tong sampah tepi pintu bilik air. aku nampak dia main lipstik, so aku mintak dia hulur kat bawah pintu sebelum dia sempat buat kelas seni lukis ;p. dia pon hulur la...lepas tu segala mak nenek nak dihulurnya kat aku. jam tangan, perfume, another lipstik, cottonbud, baju uniform dia dan sejadah. hahaha....

lepas bosan main barang2 dalam handbag, dia start nangis balik suruh aku keluar. haihhh....memang aku rasa useless betul time tu. sebab aku tak boleh buat apa2 melainkan pujuk dia. kejap2 dia hulur kaki, kepala, tangan nak bagi aku sentuh. senyap la kejap. macam tu jela for the whole one and half hour plus. aku pon dah lenguh2 kaki tangan sebab dok try dalam bahasa kasar, terajang pintu tu. dari duduk atas toilet bowl sampai duduk kat lantai. untuk menahan kesabaran, aku baca zikir 'Allahu Akbar' tak taula berapa kali. err...boleh ker baca dalam bilik air? :-S

long story cut short, dekat kul 10pm tetiba dia diam jer duduk depan pintu sambil kaki menjulur ke depan. aku tanya apa semua dia jawab dengan geleng kepala. mungkin dia dah letih. aku pon sambung duduk tersandar atas lantai sementara tunggu bobo sampai.

pastu aku dengar dia berjalan. bila aku jenguk, adam dah takder depan pintu bilik air. dua tiga kali aku panggil, dia tak menyahut pon. adusssss.....lagi la aku panik! sebab dah tak nampak bayang dia langsung. aku takut dia tertelan ubat ceri-beri & angin yang aku simpan dalam handbag aku tu jer. nauzubillah....dalam hati dok berdoa janganla jadi apa2 yang buruk kat adam.

dalam 10 minit lepas tu, bobo pon sampai. bukak2 jer kunci bilik, terus dia terpa tengok adam. rupa2nya dia dah terbaring terkedang atas katil! aku cuma nampak bobo dari celah pintu bilik air. then aku terus suruh bobo angkat adam. risau sangat sebab tak tau apa jadi kat dia sebelum tu.

bobo pon terus kejutkan adam. lepas adam terjaga baru dia bukakkan pintu bilik air. at last!!! 2 jam wo aku terperangkap dalam tu. siap mandi 2 kali la. alhamdulillah takder apa2 jadi kat adam. mungkin dia dah letih sangat sebab nangis sedu sedan tadi. belum minum susu atau makan nasik lak tu. tak lama lepas tu, he's back to normal. dah rancak balik lepas makan nasik share dengan bobo. awal2 tu nampak dia trauma sikit sebab senyap jer. lega rasanya dapat peluk dia balik!

moral of the story, sila cabut selak kat luar pintu bilik air kalau ada anak kecik. atau tukar terus pesen pintu bilik air. dengan harapan lepas ni tak jadi dah peristiwa pahit macam hari tu. heheheh....

so, that was the longest 2 hours i've ever experienced in my life (tak termasuk sakit contraction dulu yerrr).

THE END.... ;P

Thursday, December 30, 2010

Deko Bersama Adam





nilah keje adam tiap2 hari - 'mengemas' rumah.
lotih den!



p/s: besnyer dapat cuti esok! tapi mebbe tak ke mana2 sebab kena kemas rumah. family aku nak datang dari KL. wheeeee!!

Tuesday, December 28, 2010

Celebrating En. Abam's Birthday & Milestones @ 24 & 25 month old

ni namanya entry 2 in 1. direka khas untuk blogger pemalas tegar macam aku. hahaha...dahlah cerita basi, 2 in 1 lagi. taktau nak kata apa dahla. huhuh...tapi aku nak cerita jugak ;p
25 nov yang lepas adam genap 2 tahun. tapi aku & bobo tak belikan special present pon untuk adam except a Thomas & Friends VCD. hehehe...
the week after, opah & acik neni (my sil) datang Perlis nak celebrate besday adam. ingatkan diorg nak jalan2 dalam Perlis jer, rupanya diorg plan nak ke Queensbay, Penang. nak shopping dan cari besday present adam sekali. aku pon follow jelah walaupun takder plan nak shopping. pecah rekod pegi Penang kali ni aku dapat tahan napsu tak keluarkan 1 sen pon! huhuhu....nilah penangan renobet rumah. jadi sayang duit nak beli benda2 yang not-in-da-plan. heheh....
so hari tu dapat la opah belikan adam toy Thomas di Toys R Us. siap ada railway, 'arang batu' semua. awal2 tu ada la rupa railway nyer, tapi skang ni railway ke mana, arang ke mana. heheh...FYI 'arang' tu rupa dia bulat2 hitam macam makjun! macam taik kambing pon yer ;p
adam & Thomas yang tak dapat dipisahkan bagai irama & lagu ;p

this is the toy. nampak tak 'makjun2' tu? hehe...

lepas beli present, kitorg dinner di Manhattan's. niat di hati nak makan Subway, tapi seat penuh pulak. kedekut betul Subway kat situ. ada la kot dalam 8 biji meja jer yang diorg provide. tu pon meja kecik. punah harapan ahkak nak makan sandwich peberet!



belated birthday boy


amboi, kernyih sakan yer...



lepas makan kitorg terus bertolak balik Perlis. sampai rumah dekat kul 1am. huarghhh...sakan sungguh berjalan hari tu. adam pon salin baju tido kat Queensbay jer. kih3...bukan apa, sebab sebelum ke Penang kitorg singgah Alor Star setelkan hal rumah dulu. so sampai Penang pon dah lewat petang...
oklah, nak citer pasal milestones adam lak ;p
sebenarnya dah suku jalan aku draf milestones untuk 24 bulan. tapi lately jadi bz lak, sampai adam dah masuk 25 bulan. hence, aku gabung jelah milestones for both months yer. this would be the final entry of en. abam's milestones. cukup la kot rekod sampai 2 taun jer. tapi kalau 'ter'rajin, from time to time i'll update. heheh...

here goes:

1. masih 'keciwi' dengan Thomas & Friends (obviously!). kemarin kitorg pegi Tesco, dia nak beg Thomas lak. so terpaksa la bobo belikan. kih3...sibaik murah jer..
2. dah pandai sebut 'assala akum' (assalamualaikum) time nak masuk rumah, baca bismillah dan baca doa makan in his own words. sejuk perut ummi... ;D
3. suka buat memek muka pelik2. mana belajar tahla...
4. makin manja dengan aku. sikit2 'nak ummi...nak ummi' kalau datang time dia nak bermanja. hehe...
5. skang ni aku ajar dia sebut 'ummi, adam nak susu' kalau dia nak mintak aku buatkan susu untuk dia. alhamdulillah dia dah pandai sebut. good boy!
6. adam takut tempat gelap. kalau bilik gelap, confirm dia takkan masuk walaupun masa tu ball dia ada dalam bilik tu. dia akan tarik tangan kitorg suruh temankan dia masuk bilik. hehehe....
7. aku masih masakkan adam bubur nasi untuk dinner on weekdays. tu jer yang paling cepat siap dan senang masak. kalau weekend, dia akan makan apa yang kitorg makan. mujurlah adam ni tak banyak songeh. apa yang kitorg suap, dia telan jer ;p
8. adam belum boleh sebut huruf 'R' betul2. so lorry jadi 'lolee'. word yang end dengan 'ng' pon jadi 'm'. contoh few words: sayam (sayang), akom (dukung).

it's amazing how our child developed so fast before our eyes in just 2 years izzit? pejam celik dah nak masuk 3 taun next year. but dun ask me bila adam nak dapat adik, okes? (sebab dah ramai yang tanya ;p) the time will come with Allah's will...insya Allah....insya Allah...(sila nyanyi ikut tune Maher Zain ;p)
p/s: rajin pulak ahkak update hari ni. sebab, 'kucing' takder. muahahhaa....

Tuesday, October 26, 2010

En. Abam @ 23 month old




nilah latest pic of my one & only anak teruna berambut cacak! hehehe...tercacak habis kan? gunting la baper kali pon dok camtu gak ;p tapi ahad aritu dah gunting dah...
niway, semalam adam dah genap 23 bulan, which means lagi sebulan jer dia dah nak masuk 2 yo :D
here are his milestones for this month:
1. dah pandai humming & singing (in his own version) lagu2 dalam PHDC, twinkle2 little stars & rasa sayang. semua characters dalam PHDC dia dah kenal kot.
2. kalau dulu bila nampak gambar Mickey Mouse dia akan sebut 'mimi moss', skang ni dah tukar lak jadi 'hot dog!' sebab ada lagu hotdog dalam PHDC. siap joget2 lagi. hihih...
3. dah pandai buat gaya 'otomen' (Ultraman). tah sapa ajar pon taktau. tak penah lak aku bukak citer Ultraman kat umah. hmmm...
4. dah tau sebut nama kitorg walaupun still pelat. daddy dia jadi 'Amilu Hahazhan', nama aku jadi 'Fififah Usna'. nama opah dia Ramlah, tapi dia sebut 'Melah'. kekekeke....ouh, cik bibah dah bertukar jadi 'zibah'. okla kan? ;p
5. adam tak kisah kalau dia duduk sorang2 dalam carseat kat seat belakang kete. skang ni kalau kitorg nak balik KL pon memang letak dia kat belakang jer. to our surprise, he behaved well! aritu dia siap ikut nyanyi lagu Poker Face-Lady Gaga part 'po po po' tu lagi masa on the way nak ke KL. kih3...

that's all i can think right now. lain2 progress tak banyak sangat. dah jadi toddler camtu la kan? hehe...

Friday, October 1, 2010

Atas Dah Macho Tapi Bawah....?

nampak tak kasut yang adam pakai?


meh aku zoom sket ;p


muahahaaa...tak pasal2 jer adam kena pakai kasut girl.

semalam kat taska dia ada jamuan raya, so cikgu dia pesan suruh bawak baju raya. aku pon cari la baju melayu adam yang opah dia belikan last year. baju melayu this year dah terungkai benang alter kat kaki seluar (ganaz btol budak nih!). so labuh sangat lak.

aku lak pemaleh amat bab2 menjahit nih (pengakuan berani ;p).

dah excited bawak baju melayu, tapi kasut adam lak aku lupa bawak.

nak taknak kena la cikgu dia pakaikan kasut mana yang ada kat taska tu. cikgu dia bagitau mula2 tu nak pakaikan kasut boy tapi dia sendiri yang taknak >_<

dia nak pakai kasut girl tu jugak. siap ada 'fawer' (bahasa adam) lagi. kih3...

p/s: belum ada time & mood buat entry pasal trip Bandung. tsk!

Monday, September 27, 2010

Nama Saya Wan Adam 'Singa'?

helloo peeps! i just came back from bandung. ngeee... ;D

story bandung nanti dulu yer. hari ni ada cerita lawak petang isnin yang aku nak share:

daddy: adam, macamana nak sebut nama adam? ok, ikut daddy. nama...
adam: nama...
daddy: saya...
adam: saya...
daddy: wan...
adam: wan...
daddy: adam...
adam: adam...
daddy: rayyan
adam: ROARRRRR!!
daddy: muahahahahaa!!! *sambil gelak guling2*

aduh anakku...dia terkonpius rupanya sebutan 'rayyan' dengan 'lion'. laju jer dia mengaum bila bobo sebut 'rayyan' sebab bila kitorg sebut 'lion' memang dia akan buat bunyi 'roarrr'. hahahaha!

budak terlebih bijak nih. kih3...

Monday, August 30, 2010

En. Abam @ 21 month old

naper aku rasa minggu ni macam dah dalam mood raya eh? boleh tak kalau nak ada mood raya awal2? hehee...sebenarnya bukanla mood raya sangat, tapi mood mim alip lam sin yang lebih. tskk....

hari ni lak ramai staf yang sambung cuti. kan esok kita MERDEKAAAA!! so tinggallah beberapa kerat jer yang rajin keje arini including yours truly ;D i'm saving up my leave for some reasons. not gonna tell now. tungguu...

anyway, last week was adam's 21 month old birthday. budak masyam itu dah 1 tahun 9 bulan! lagi 3 bulan jer nak masuk 2 tahun. how time flies...(ayat cliche kena ada yer). here are his milestones for this month:

1. his vocabs are expanding and picking up! yang paling lawak bila dia sebut 'op, jatuh pulok' tiap2 kali kalau ada barang jatuh. ni sebab terikut aku cakap la aritu. nasib la ko adam dapat mak kaki latah. huhuhu....

kitorg ajar dia cakap dalam bahasa utara. senang sikit nak communicate nanti. kan nak membesar di Jitra. kih3....bobo cakap utara lagi over dari aku. dah jadi macam loghat kebangsaan dia plak, bukan aku ;p. skang ni adam dah fasih sebut 'ayaq', 'tidoq', 'sayoq' & 'teloq' hasil didikan kitorg. tapi cik bibah tetap cik bibah. hahahahhh.....

2. still learning to self-feed using a spoon. still uses his left hand to hold the spoon. but less comots than before. ada kemajuan di situ. *applaud*

3. dah boleh recognize most of body parts. yang paling baru aku ajar dia dahi, perut & montot. hehehe....

4. skang ni adam suka nyanyi. tapi yang keluar bunyi hujung2 jer. tapi gaya nyanyi beria-ia sampai muncung & terlopong mulut ;p lagu ca ya nun alip jinjang kat motor bateri yang opah dia belikan pon dia nak ikut nyanyi T_T

5. kalau dulu kitorg jer yang dok bagi arahan, skang dah terbalik. dia lak dok bagi arahan. time dia nak makan 'bishekut', dia akan suruh aku bukak tin biskut sambil sebut 'ukak', 'ukak'. kekadang dia angkat sendiri tin biskut tu bawak kat aku suruh bukak.
kalau dia nak tido, kena ada orang tido kat sebelah dia sama. kalau tak, dia akan tunjuk kat bantal sebelah sambil sebut 'tidoq' 'tidoq' dengan muka stern dia. patutnya mak bapak yang suruh anak tido, ni dah terbalik lak. kih3...

6. ouh, kelmarin adam dah pecahkan teapot kesayangan aku. tapi tak kena kaki dia, teapot tu timpa atas kaki aku then terpantul ke dinding sinki. huwaaa.... :'( tulah satu2nya teapot yang ada kat umah aku. huhuhu....sedeyyy....aku beli kat Langkawi RM30 jer. tapi aku penah jumpa teapot yang sama kat Avenue K diorg jual RM90! triple mark up tu...btw, encek bobo, leh tak i nak demand ganti set Vantage trus? muahahahhaa....mau fengsan 8 hari kalau dia baca ni ;p
semalam kitorg pegi 'Big Field'. dia tanya taknak beli ker teapot baru ganti yang pecah tu? aku cakap la nak beli yang elok sikit macam Arcopal ker Arcoroc ker. then dia jawab kalau nak beli Arcoroc leh pi beli kat Sg. Korok. grrrrr.....

7. speaking about damage. sinonim la kan dengan rumah yang ada toddler ni. heheh...sebelum adam pecahkan teapot aku, dia dah campak netbook aku ke luar pintu rumah. konon dia nak pegi simpan balik lepas abis tengok ABC dalam website Fisher Price. kebetulan kawan aku lak datang rumah nak hantar kuih raya time yang sama. aku bukak la pintu. pastu dia patah balik tak jadi simpan netbook tu. dia tunggu aku kat depan pintu dengan netbook di tangan. tengah aku dok bercakap dengan kawan aku, dia pegi campak netbook atas lantai porch. adesssss.....ada la some scratches here & there *nanges*. tapi alhamdulillah internal tak rosak. sibaik la bulan puasa. dapat la aku sabar lagi. huhuh....




inilah suspek yang dipercayai telah mencampakkan netbook ummi nyer ke luar pintu rumah

ouh, that's about it! ;D

Wednesday, August 25, 2010

1st Time Ke Param Bersama Anakanda

selama berpuasa since taun lepas, aku memang saja avoid pegi param berdua dengan adam. kalau bobo ada baru bawak adam sekali. sebabnya...agak susah nak control adam kalau lepaskan dia berjalan. not literally lepas la, aku still pegang tangan dia. tapi dia yang asyik nak lepaskan tangan aku >_<
aku lagi sanggup beli juadah kat gerai2 tepi jalan jer. adam aku tinggalkan dalam kete (he's in a carseat) kejap. sambil beli, aku boleh tengokkan dia sama. biasanya dia ok jer sebab dia pon still boleh nampak aku. nak bawak adam dalam stroller pon tak berbaloi
rasanya sebab dekat sangat...
tapi
petang semalam aku rasa boring lak asyik dok beli kat tempat yang sama jer. so aku nekad nak bawak adam ke param. for the 1st time! masa kat opis lagi asyik dok terfikir camner la nak handle adam sorang2 sambil bawak plastik2 juadah nanti. dok menyaspenkan diri sendiri lak. hihihh...
hari
kelmarin dalam sejarah, aku pon bawak la adam ke param...mula2 tu aku dukung la kejap. pastu aku pimpin tangan dia. tak sampai seminit, dia dah nak lepaskan tangan aku. tskkk!! so aku terpaksa la dukung dia balik. sampai ke satu tahap, lengan aku dah tak boleh nak handle keberatan dia. tambah pulak dengan berplastik2 juadah yang aku pegang. adusss...terpaksa jugak aku tahan lagi sampai la dah dekat dengan kete, memang tak tertanggung dah.
last2, aku turunkan adam sebab dah nak 'terlondeh' (not my kain! but my grip hokeh). jenuh aku control ayu. muahahhaa...tangan kiri bawak plastik juadah, tangan kanan pimpin dia. saja jer aku jalan cepat sikit sebab taknak bagi dia lepaskan tangan aku. hihih....taktik kena ada ;p
bila dah sampai depan kete,
aku bukak pintu then suruh dia panjat sendiri jer masuk dalam. hahaha....dah takder kudrat nak dukung! sampai jer rumah terus rasa lemah longlai. ni baru sorang anak, kalau kena usung 2,3 orang ke param taktau la camner. mau aku order ala2 drive-thru jer kat peniaga param tu. hahahaa....kronik sungguh!
sampai ke pagi ni lengan aku still lenguh sebab dukung adam ;p apa pon aku dah berjaya! keh3...bak kata pepatah alah bisa tegal biasa kan....insya Allah lepas ni boleh bawak lagi. tapi tunggu la sampai lenguh aku hilang dulu. hehehe....


hasil tangkapan di param. leh imagine tak camner aku dukung adam sambil bawak beg2 plastik ni? nampak jer sikit tapi berat woo...nak terpeleot aku wehhh!

Wednesday, August 18, 2010

Adam & His Friend

semenjak tok belikan adam toy Thomas (sebenarnya yang tok belikan tu Percy, tapi kitorg yang panggil Thomas jugak. hehe) tiap2 hari dia mesti nak main tu. bangun tido cari Thomas, balik dari taska pon cari Thomas T_T. toys yang aku & bobo belikan dulu semua dia tak heran sangat dah...

skang ni plak, adam dah pandai suruh aku bukak laptop sebab nak tengok youtube Thomas. dia tunjuk jer kat laptop tu sambil sebut 'omeshh, nak, nak'. bijak IT btol budak2 zaman skarang yer...

tengah khusyuk. tak cukup dengan pegang, nak tengok dalam youtube lak. hihih...

adam & his beloved 'Thomas' (bukan nama sebenar) ;p

Saturday, August 14, 2010

En. Abam & Cik 'Bibah'

hohoho...tajuk macam nak citer anak sendiri ada skandal jer! eyppp...budak kici mana boleh skandal mendel. nak tau saper cik 'bibah' sebenarnya? sila lah scroll.... ;p


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


scroll lagi...saspen nih!


*


*


*


*


ok dah. penat lak nak enter bebanyak kali. kih3....introducing cik 'bibah'.....

yes, it's a zebra! tapi en. abam sebut bibah. hehehe...ada la bunyi sama kat ujung2 sket. dah banyak kali aku betulkan sebutan, tapi dia still nak sebut bibah. bibah pon bibah la...asalkan dia kenal nate gapo yang ada belang2 tu. hehehe...

Thursday, July 22, 2010

Supplement for Babies & Toddlers

sian blog aku nih. dah berapa minggu aku ignore pon dah lost count ;p seperti biasa, masa mencemburui tuan blog. kih3...oklah, sempena dah lama meninggalkan arena blogging ni, arini aku nak share pasal supplement yang aku bagi kat adam. sharing is caring, kan? ngeee ;D

aku merupakan salah seorang ibu yang agak bernasib malang kurang baik sebab tak dapat breastfeed (bf) baby after hundreds time of attempt (yup, tipu), then i gave up. sewel lah kalau nak biar anak kebuluran, kan? adam cuma dapat kolostrum dalam 2 minggu jer. lepas tu aku terpaksa depended on formula jer. tipulah kalau aku cakap aku tak sedih bila tak dapat bf adam. frankly speaking, i cried so hard so many times. i was really dissappointed, frustrated, angry & yang sewaktu dengannya...

i know some people out there (even so-called friends) condemned unfortunate mothers like me. kata2 seperti 'nanti anak pon jadi lembu sebab bagi minum susu lembu' macam biasa didengar, kan? yang peliknya, orang yang bijak pandai pon boleh fikir macam tu. dangkal sungguh fikiran. as far as i know, takder ibu yang sengaja taknak bagi susu kat anak dia. kalau ada sekali pon, she shouldn't be a mother at the first place!

oops, panjang pulak intro ;p teremosi plak tu. kih3...anyway, tujuan sebenar entry ni adalah untuk share pasal supplement yang aku bagi kat adam since aku tak dapat bf dia.



this is one of it, Galactis+ in banana-orange flavour. aku dah tak ingat berapa harga dia, tapi aku selalu beli di Caring Pharmacy sebab murah sikit. Galactis+ ni memang khusus untuk baby yang dah tak bf. nutrition dia is equivalent to breastmilk! here is some info about this product:


Galactis + is rich source of LCPUFA’s like in human milk and formulated in line with international recommendation for infant feeding. It is recommended to babies at weaning, who are no longer breast-fed (particularly small for gestational age). The breast milk contains all EFAs like in G+ with the following benefits:

Boost Immune System
Problem Solving Abilities
Reduction in Allergies
Helps Digestion


bila dah pindah Perlis, aku stop bagi adam Galactis+ ni sebab macam susah jer nak cari kat sini (memang tak wujud kot?). skang ni, adam pon dah masuk toddler phase, so aku bagi dia supplement ni pulak...




aku beli yang cherry flavoured kat Guardian. adam pon suka sangat! tiap kali aku tunjuk botol CLO ni, mesti dia kata 'nakkk'. hehehe...what i like most about CLO ni, dia ada high content of DHA. per 10ml there's 736mg of DHA. tinggi kan? these are the benefits of CLO:

Relieves of joint paints and stiffness
Treatment of vitamin A, D and E deficiencies
Helps maintain a fit and healthy body
Increases resistance against coughs, colds (very good for kids)
Promotes healthy hair, skin and nails, good vision, strong bones and teeth






2nd supplement yang aku bagi adam makan tiap2 hari ialah Jus D'Genius. yang ni pon adam suka sangat ;D jus ni aku beli kat kedai mamak di Kangar. hehehe...jus ni 8 in 1. content dia ada rumusan bahan amalan sunnah seperti Kurma, Kismis, Habbatus Sauda’, Za’faron/Safron, Madu, Delima, Air Zam-Zam dan buah Tin. orang kata bahan2 ni semua adalah makanan untuk minda, kan? jus ni pon banyak sangat khasiat dia sebab ada 8 bahan tu. rasanya semua orang tau la kan...

ouh yer, selain tu susu formula adam pon aku pilih yang ada high content of DHA which is Nespray 1+ (berkesan sungguh iklan Semak-Label-Dulu Dato' Sheila itu ;p). sebelum nak tukar susu (adam minum S26 Gold & Promil Gold masa baby), aku & bobo jenuh survey untuk compare nutrition label kat tin2 & paket susu. pernah sekali, kitorg try beli susu brand X, tapi end up both of us jadi sedih sebab bagi adam minum susu murah. huahahahaha...truk btol! ntahapahapa jer mak bapak adam ni kan? ;p lepas tu kitorg pergi survey lagi sampai puas hati, then at last settled dengan Nespray 1+ ni. huhuhu...

baru2 ni, mak aku bagitau aku pon minum Nespray gak masa kecik2 dulu. hihihih...tak sangka bila dah ada anak sendiri, aku pilih Nespray jugak ;p tengokla comparison dalam jadual bawah ni...harga susu2 tu lebih kurang jer tapi nutrition content dia beza banyak jugak, kan?

aku tak tau la orang lain, tapi bagi aku DHA tu penting untuk brain development anak dari dalam rahim lagi. so masa peknenkan adam, aku ambik Neurogain PB untuk pregnant women. sesaper yang tengah pregnant tu, memang aku syorkan ambik pil ni. bukan apa, tau jelahkan zaman sekarang ni. kalau zaman dulu2 SPM nak dapat banyak A1 pon jenuh, skang ni budak2 dok challenge saper dapat paling banyak A. jadi, tak salah kalau kita usaha bagi anak makan food yang elok2 selain dari mengajar dia 3M dari kecil. wah...now i sounded like a child counselor ;p

disclaimer: pernyataan di atas adalah pendapat peribodi tuan tanah jer. beliau tidak dibayar komisen oleh pihak Galactis+, Sevenseas, Jus D'genius, Neurogain PB mahupun Nespray ;p