Showing posts with label bobo. Show all posts
Showing posts with label bobo. Show all posts

Tuesday, June 4, 2013

Banting Aku Datang!

not in a good mood actually. pakcik sedara (abang sulung mak aku) tengah sakit & keadaan sangat lemah. doakan yang terbaik untuk keluarga pakcik aku...jumaat ni pulak genap setahun arwah tok tinggalkan kami. sekejap jer dah setahun! semoga roh arwah tok aman di sana....amin....

ok sambung story balik kampung. kali ni di Banting pulak setelah abiskan masa 3 hari di Kelana Jaya.

lewat petang sabtu my MIL dan SIL datang jemput kitorg di KJ. almaklumla takder transport. terpaksa mengharap belas kasihan orang. mih3...

esoknya hari mengundi. aku dok dendiam jelah sebab pusat mengundi aku kat Penang. takder rezeki nak mengundi kali ni (dan tayang jari biru). hukhukk...

petang tu kitorg jalan2 kat Pantai Morib. dah berzaman tak pergi situ. dah cantik rupanya! jakun kejap ;p

sibaik adam tak mintak beli natang ni ;p

bapak yang main, bukan anak ;p

ahkak main kite pakai handbag uols. kelas tak?


lepas main kite kitorg singgah makan sotong bakar & tauhu bakar kat situ. sedapnyesss...tapi tak amek gambar lak ;p pasni kalau balik Banting lagi wajib pegi makan lagi ;D

esoknya kitorg jalan2 kat Shah Alam pulak. bobo nak cari henpon baru. aku tak beli apa pon. memang takder plan nak menyoping dah. eceh...masa tu jelah ;p tapi aku ada jumpa satu kedai beg kat Plaza Masalam. leather bag made in China. tapi lawa2 tul. harga pon not bad la. mampu milik. memandangkan takder plan nak soping aku letak balik jelah beg tu. cam tak caya jer dengan diri sendiri. hahahaha....

the next day dah hari last di Banting. pagi tu siap2 beg. lepas zohor terus keluar lunch dan shoot ke airport. besday bobo patutnya hari tu. memang tak sempat celebrate pon. just wish jer. huhuh...takperlah, dah celebrate bagi kek mahai aritu kan? kih3...lagipon besday kali ni dia dapat jumpa mak dia. tu pon dia dah cukup happy ;D

kat airport ingat nak lepak kat Starbucks tapi umat macam ulat taik tul kat LCCT tu. last2 lepak kat kedai kat departure jer minum Nescafe tin. kah3...

ajak adam posing tapi dia taknak. huh!

dah dekat nak sampai mesti terlentok

sebelum balik ke Kulim kitorg singgah dinner siap2 kat Kayu. walaupun aku bukan la penggemar nasik kandar, pada aku this is one of the best kot. nasik kandar line clear aku tak pernah try lagi. nama jer orang Penang. heheh...sebabnya abah aku citer tempat dia tak hygenic sangat. sebelah longkang jer kedai dia. erkkk....yang bagi famous line clear tu orang2 luar gamaknya. huhuh...





that's how we spent our balik kampung trip. bobo ajak balik lagi sebelum puasa. naik train! errrr...nanti nak pikiaq 100x dulu. hiks!

till then. toodles!

Thursday, May 16, 2013

KL Aku Datang!

eh ekceli bukan KL pon, PJ jer. huhu...

apa pun puas hati dapat balik rumah parents & MIL seminggu uols. first time kitorg balik naik flight. alhamdulillah adam pun behave walaupun sangat teruja. dekat2 dah nak landing dia tertidur. pergi-balik macam tu. hehe...

adam & iman, my cousin's son kat epot

budak teruja takmo duduk

esoknya pegi ikea beli meja study adam. dah lama aku aim at last dapat gak beli. mujur la abah, mak & kekta balik mengundi kat penang. depa la tolong bawak balik meja tu. hehe...


adam & fahri = ahli boria kampung pisang ;p

fahri 'berlakon' tidoq kat ikea. hehe...

hari jumaat tu plak kekta ajak soping baju raya budak2. dia bawak nuha, aku bawak adam. soping kat Paradigm Mall jer. dekat sangat dengan rumah mak abah. aku beli gak 3 helai baju untuk adam. satu kat H&M, satu kat M&S, satu lagi kat Uniqlo. seluar raya nanti suh bobo lak sponsor. hehh...


adam & nuha. tarikh lahir cuma beza seminggu. hehe...

erkk!

memandangkan besday bobo is coming up, 7 may to be exact, aku plan dengan kekta mintak dia oderkan kek kat kak yani thekitchenguardian (sila stalk ig beliyau ;p). kunun nak buat seprais la kat bobo. and it works! heeee...tekujat gakla enchek bobo tengok kek tu. tak kisahla celebrate awal sket coz the intention is there, yer dop? ;p

i ordered purple ombre cake. dappp...tapi takleh makan banyak sebab muak. kalau kek chiffon leh la aku makan sebijik trus. muahahah...

nantek kan?

bday boy malu2 nak potong kek. hihih...

malamnya kitorg dinner kat Paradigm (lagi!). makan kat Uncle K. servis teruk gilos! masa mula sampai customer ramai gakla. sampai orang dah surut food aku & abah tak sampai2 lagi. ada kot setengah jam tunggu. panggil waiter tanya. dia pegi check. pastu baru datang balik baru nak habaq food abah aku order dah habis! wtttoooott....takleh ker bagitau awal2 tadi? bila orang dah tunggu lama baru nak bagitau. aigooo...

aku order mee goreng mamak jer pon. tah apa sebab lambat gak sampai. dekat kul 10pm baru dapat makan. dah masuk angin pon. last2 abah kensel trus order. dia share2 jer makan kotiau mak dengan mee aku. grrrrrrrr.....food pon so-so jer. pangkah takmo pi dah!

last week mak abah pegi makan situ lagi. guess what? terkena jugak camtu sekali lagi! hahahah...tula tak serik2 nakpi jugak. kan dah kena ;p

kenangan bersama moo cow. hihih...

the next day sebelum mak abah bertolak balik Penang, kitorg lunch kat Serai. di Paradigm lagi! jadinya 2 days in a row aku pi sana. 2 hari tapi 3 kali okes. hahaha...nilah padahnya bila soping mall dekat sangat dengan rumah parents. hewhewhew...

dah lama craving serai tea dia akhirnya dapat jugak ;D

fahri & tukbah kat Serai


ahhh...so refreshing!

petang tu lepas mak abah bertolak, kitorg pon bertolak ke Banting, rumah my MIL pulak. story kat Banting dalam next entry la yer. macam dah panjang pulak entry ni. heee...

till then. toodles!

Wednesday, April 24, 2013

A Funfair Visit

aku sendiri dah tak ingat bila last pegi funfair. rasanya ada kot berpuluh tahun dulu (dan2 rasa ahkak dah kertu!!). seingat aku last masa pegi Pesta Penang (version funfair besar sikit. hehe...) kot zaman kecik dulu. masa tu masih duduk di Batu Uban. masa tu kami jalan kaki jer pegi pesta. hehe...lepas pindah langsung tak pegi dah kot sampailah sekarang.

baru2 ni dekat kawasan rumah kami ada funfair. in fact sampai sekarang pon semua rides & carousels masih ada di situ cuma tak sure depa masih operate ker tak malam2 (ahkak jarang keluar malam so tak perasan la ;p).

kat Jitra dulu pon ada funfair lebih kurang macam ni tapi tak penah pegi pon. memandangkan adam dah besar sikit sekarang ni boleh la bawak dia this time ;D


tak besar mana pon funfair ni so hampir semua rides kami naik. hahaha...

mula2 kami ride train dulu. naik pening aku sebab asyik pusing ber'round2' dalam circle. dahlah enjin bising! nak cakap apa pon takleh. tskkk...


lepas tu kami naik ferris wheel. gayat gila walaupun tak tinggi mana. tapi adam cool ja. makpak plak yang over ;p


yang tak tahan nak tergelak sebab bobo lagi gayat kalah aku! dia first time naik ferris wheel ni. sian laki ahkak. hahahaa...

muka cuak! kih3...

ada lagi satu ride kami naik ala2 train jugak. berpusing2 dalam circle. dahla laju so memang takleh nak amek pics langsung masa naik tu. hahah! turun2 jer pening lagi (faktor umur maybe?) ;p

pastu bobo bawak adam naik bumper car. aku dah tak kuasa (penin tak sudah) so jadi pemerhati jelah. 


gigih tikam kunun nak menang bear tu. huh!

kat situ ada tempat main tikam2 gak. tikam pilah camna pon mesti dapat hadiah. tapi...depa pandai trick. tayang hadiah semua teddy bear besaq2. padahal takder sorang visitor pon aku nampak menang atau dok usung bear2 tu. semua dapat hadiah cikai2 jer termasuklah kami. cisss...hahaha...

overall ada kot dalam 7 ketui toys kami dapat. semua made in china & cepat lingkup ;p 

yang tak bleh blah dapat seketui sikat yang leh vibrate. tak berani aku nak guna. kih3...

one of the toys yang kami dapat. robot joget bak kata adam ;p

apapun we had fun that night. sebab jenuh gelakkan bobo yang gayat naik ferris wheel. unsangkarable btoi! hahahaha...(tabaek gelakkan laki sendiri tapi nak gelak jugak ;p)


till then! 

toodles!

Friday, April 29, 2011

Bobo's Birthday Celebration

hari sabtu yang lepas adalah besday bobo yang ke toootttt...(rahsia la kekonon ;p). sebagai isteri yang mithali (ehem!) aku pon belanja lunch di Secret Recipe. tu jelah yang mampu...hehee...

layan pics jelah yer. petang2 sepi'e' gini mata pon dah kuyu bila ngadap pc. pics juga adalah tidak mengikut turutan kejadian sebenar ;p (maleh tahap dewa tapi nak update jugak nilah padahnya ;p)



ini budak sudah pandai mintak eskrem



our drinks. mine was iced coffee latte. bobo's frothy peach amenda tah. haha...





besday boy makan tomyam





anak besday boy makan kid's spageti. tapi portion macam adult's. heheh....




it's all mineeee....pan fried dory with lobster sauce. yummehhh....





sebelum makan layan youtube thomas dulu (tak habih2 dengan thomas!)





besday kek 1 slice jer...new york cheese. i had a bite pastu takleh masuk dah. lemak berkrim!




lepas makan, sesi camwhoring ibu & anak ;p





sebenarnya aku dah bagi besday gift kat bobo lebih awal. aku beli kat Alamanda masa pegi meeting aritu. ingat nak simpan dulu sampai hari besday. tapi macam tak sabar lak nak bagi. typical me!




prezen masih dibaluti wrapper. surprise!




nilah prezennyer. hehehe....besday boy buat2 muka teruja ;p


tu jelah besday celebration bobo tahun ni. simple jer kan? but the sweetest thing was adam sang the birthday song to his daddy this year ;D



Friday, February 18, 2011

The Longest 2 Hours

semuanya gara2 benda ni....



pic googled



SELAK PINTU!




most of my frens and family dah tau pasal citer ni ;p but for the sake of memory, aku nak citer gak dalam blog. hehehe...

selama ni aku dok imagine jer camner kalau adam terselak pintu bilik air time aku mandi. guess what? 2 hari lepas, it became reality!

masa tu aku tinggal berdua jer dengan adam sebab bobo baru on the way balik dari KL. biasanya time aku nak mandi aku akan kunci pintu bilik sebab adam dah pandai bukak. pastu aku tinggalkan dia kejap dengan toys sementara aku pegi mandi.

nak dijadikan cerita, malam tu (it's about 8ish pm) aku lupa nak bagi toys dia. dekat2 nak abis mandi aku dengar dia panggil aku 2 kali 'ummi! bla..bla...bla..(cakap jarman)'. aku jawab 'kejap! ummi nak abis dah'. elok2 jer nak tarik pintu, baru aku perasan dia dah selak pintu dari luar. OMGGG!!! dah takder toys nak main, dia main selak pintu rupanya! tu kot yang dia nak bagitau kat aku tadi....

pastu aku cakap kat dia, 'adam, tolong bukak pintu'. aku nampak selak tu bergerak2. tapi setakat tu jelah. tak terbukak2 pon. i knew he was trying hard. after a while, aku suruh adam ambik hp aku. nasib baiklah dia dah pandai ikut arahan. terus dia pegi ambik handbag aku then letak depan pintu bilik air. tapi hp aku ada atas ironing board. lepas aku bagitau, dia patah balik pegi ambik kat situ. clever boy! aku suruh dia hulur ikut bawah pintu. nasib baik ada ruang boleh lepas hp tu...dari celah2 tu jugaklah aku boleh nampak kelibat dia sikit....

terus aku call bobo nak bagitau terperangkap dalam bilik air gara2 anak tersayang. hahah! terkujat dia kejap. dia lak baru sampai Bukit Mertajam. aduhhhh....confirm kena tunggu a couple hours lagi nih. except kalau adam dapat bukak balik selak tu la.

tak lama lepas tu, adam mula mintak susu, mintak nasik. dia memang tak reti lagi nak bukak balik selak tu walaupun dah try. aku terpaksa cakap dengan dia 'ummi tak boleh buat susu, adam kena tolong ummi bukak pintu dulu'. lepas beberapa kali nangis sampai tersedu sedan, he gave up. dia mula main barang2 dalam handbag aku dan tong sampah tepi pintu bilik air. aku nampak dia main lipstik, so aku mintak dia hulur kat bawah pintu sebelum dia sempat buat kelas seni lukis ;p. dia pon hulur la...lepas tu segala mak nenek nak dihulurnya kat aku. jam tangan, perfume, another lipstik, cottonbud, baju uniform dia dan sejadah. hahaha....

lepas bosan main barang2 dalam handbag, dia start nangis balik suruh aku keluar. haihhh....memang aku rasa useless betul time tu. sebab aku tak boleh buat apa2 melainkan pujuk dia. kejap2 dia hulur kaki, kepala, tangan nak bagi aku sentuh. senyap la kejap. macam tu jela for the whole one and half hour plus. aku pon dah lenguh2 kaki tangan sebab dok try dalam bahasa kasar, terajang pintu tu. dari duduk atas toilet bowl sampai duduk kat lantai. untuk menahan kesabaran, aku baca zikir 'Allahu Akbar' tak taula berapa kali. err...boleh ker baca dalam bilik air? :-S

long story cut short, dekat kul 10pm tetiba dia diam jer duduk depan pintu sambil kaki menjulur ke depan. aku tanya apa semua dia jawab dengan geleng kepala. mungkin dia dah letih. aku pon sambung duduk tersandar atas lantai sementara tunggu bobo sampai.

pastu aku dengar dia berjalan. bila aku jenguk, adam dah takder depan pintu bilik air. dua tiga kali aku panggil, dia tak menyahut pon. adusssss.....lagi la aku panik! sebab dah tak nampak bayang dia langsung. aku takut dia tertelan ubat ceri-beri & angin yang aku simpan dalam handbag aku tu jer. nauzubillah....dalam hati dok berdoa janganla jadi apa2 yang buruk kat adam.

dalam 10 minit lepas tu, bobo pon sampai. bukak2 jer kunci bilik, terus dia terpa tengok adam. rupa2nya dia dah terbaring terkedang atas katil! aku cuma nampak bobo dari celah pintu bilik air. then aku terus suruh bobo angkat adam. risau sangat sebab tak tau apa jadi kat dia sebelum tu.

bobo pon terus kejutkan adam. lepas adam terjaga baru dia bukakkan pintu bilik air. at last!!! 2 jam wo aku terperangkap dalam tu. siap mandi 2 kali la. alhamdulillah takder apa2 jadi kat adam. mungkin dia dah letih sangat sebab nangis sedu sedan tadi. belum minum susu atau makan nasik lak tu. tak lama lepas tu, he's back to normal. dah rancak balik lepas makan nasik share dengan bobo. awal2 tu nampak dia trauma sikit sebab senyap jer. lega rasanya dapat peluk dia balik!

moral of the story, sila cabut selak kat luar pintu bilik air kalau ada anak kecik. atau tukar terus pesen pintu bilik air. dengan harapan lepas ni tak jadi dah peristiwa pahit macam hari tu. heheheh....

so, that was the longest 2 hours i've ever experienced in my life (tak termasuk sakit contraction dulu yerrr).

THE END.... ;P

Wednesday, February 16, 2011

Bersangka Baik...


sila belek betul2 pic di atas. tu anna kournikova kan? sejak bila dia endorse plastik sampah yer? hahhahaa.....
tak agak2 betul manufacturer ni...buh pic pompuan seksi dengan harapan dapat increase sales la yer?
tu pasal bobo pon terpengaruh beli beg plastik tu. haippp!! bila aku tanya takder brand lain dah ker, dia cakap tu jer yang ada kat kedai tu. oklah...ahkak percaya. tak baik berprasangka buruk terhadap somi sendiri kan? huhuhu....

Friday, July 3, 2009

Kembali Bersiaran

fuhh...dah seminggu lebih aku tak buat entry baru. almaklumla..bz dengan perpindahan...alhamdulillah semua dah selesai. skang ni aku kembali bersiaran dari peghelih la...

keje - aku dah mula keje balik ari Rabu aritu. welkam bek to meself! masuk2 bilik opis tengok atas meja...fuhh..penuh dengan surat, paperwork, borang2 yang aku kena amek tindakan. nampak gaya tak sempat nak 'honeymoon' kejap la camni ;p

pindah - cuma tinggal sket2 kotak yang aku belum bukak. aku puas ati sangat dengan rumah sewa skang ni. semua ruang ada tiles. senang nak mop & sapu. bilik air pon bersih. cuma pressure air tak baper kuat untuk aku guna water heater. tak kisahlah, mandi kolah pon bukannya sejuk sangat. warm jer...btw cuaca kat perlis skang ni not as what i expected la. nak kata panas sangat tak jugak. ada certain time jela. apa pon aku dah siap pasang aircond kat bilik aku sebagai preparation di hari panas. sebabnya panas kat negeri ni lain macam sket (jangan mare yer orang perlis). heheh...

adam - aku hantar ke nursery. nama nursery tu Taska Jannatul Firdaus. fees dia cuma RM180 sebulan. sangat2 murah compared to nursery di Penang atau KL. yang lagi bes, nursery ni tulun buatkan homemade meals untuk babies. so aku takyahla nak siapkan meal untuk adam. diorg siap ada jadual aktiviti untuk babies. aku tengok aritu salah satu aktivitinyer ialah membunyikan loceng. eheheh..kiut jer...pastu tiap2 babies akan diberi satu buku untuk parents tanda checklist barang2 yang perlu dibawa. kat seblah bawah buku lak pengasuh akan tulis apa meal anak kita untuk hari tu, macamana perkembangan anak, berapa kali dia minum susu & berapa jam anak kita tidur. all these for only RM180 a month! hanya terdapat di perlis saja yer...negeri lain aku tatau la ;p adam pon ok dok kat sana. asik sengih2 pengasuh dia cakap. heheh...sibaik la dia jenis yang nak kat sesaper jer. ker 'stranger anxiety' dia yang belum develop lagi eh?

bobo - kitorg terpaksa lagi berPJJ buat sekian kalinya...what to do...skang ni kena cari jalan lain la pulak camner nak dapat duduk skali...amin....

me - serba sikit rasa lega sebab dah tak payah tempuh jem tiap2 hari masa duk kat KL dulu. heheh...skang ni 15 minit dah sampai opis. itupun dah termasuk masa hantar adam kat nursery dia. yang penting skang ni aku kena adjust la episod baru dalam hidup aku ni. almaklumla, kat sini aku jadi ibu tunggul. bobo cuma leh datang seminggu atau 2 minggu sekali jer. alhamdulillah semalam aku start jaga adam sorang2. dia memang tak banyak karenah. lepas kenyang & bersih, dia akan leka main2 sendiri atau tengok PHDC. pastu dia akan terlelap sendiri kalau ngantuk sangat. good boy....

Monday, June 22, 2009

Cerita Weekend

sabtu


adalah hari kenduri kawin sepupu aku, elwan dengan pasangannyer norzuria di puchong. dekat jer dengan umah aku. so kul 11am kitorg dah sampai kat sana. sampai2 aku pas adam kat mak aku. then trus masuk dapo cari bekpes dengan bobo. heheh...


kitorg stay sampai kul 10pm kat umah kenduri. lepak jer...bukan buat apa pon. adam pon well behaved, alhamdulillah...

err..nothing much to story lak...



ahad - Happy Father's Day!


hari yang ditunggu2. cewah...tunggu sebab apa? sebab kitorg nak shopping! perhaps it's my final shopping spree before i left kl for good. sebab pasni confirm kena all out packing barang, kan...countdown...5 days to move it! move it!

ouh, bangun pepagi aku wish Hepi Father's Day kat bobo dulu. hehe...


kami 3 beranak keluar umah dalam kul 10.45am. dalam kul 11.15am dah slamat sampai IKEA. sampai2 jer trus tuju foodcourt untuk lunch. kitorg makan meatballs. ui..lama tul tak makan. heaven sungguh! tapi tak abis pon lagi 2 bijik. aku pas kat bobo. adam seperti biasa makan bubur nasik homemade feberet dia - ikan bilis. lepas makan trus mulakan operasi. heheh...


hajat di hati nak pegi beli high chair untuk adam jer...jerr...sekali nampak macam2 mula la rambang mata dark brown (ecehh..nak habaq kaler bijik mata laks ;p) aku nih. last2 aku angkut skali berus jamban, rak dapo, placemat, grater, tapawe & karpet! curtain sliding door pon nyaris2 aku angkut gak. sibaik tatau lagi measurement masa tu. kalau takk....takpolah, bukan slalu pon aku shopping barang2 umah...


lepas shopping di IKEA, kitorg sambung lak 2nd phase shopping di OU. ahahha...gilo sungguh. kat sana aku 'ter'rembat lak satu tunic blouse kat F21. but the most happiest thing is that i got my wedding anniversary gift from bobo too ;D tq encik hubby...

adam plak dapat teether baru. teether lama dah bocor. ntah camner leh bocor tatau la. kitorg tawaf kat OU dari kul 2pm sampai 9.30pm. gilo lama! solat zohor, asar & maghrib kat sana. baju tido adam pon aku salin siap2 kat jusco. heheh...letih, tapi aku puas sebab benda yang nak dicari semua dapat. yang paling siok curtain sliding door aku beli dapat 50% diskon! boleh save sket...

pastu nak dijadikan citer, masa kitorg dinner kat carl's junior si adam leh termuntah kat atas bench. dia memang tengah selsema & batuk skang ni. masa tu aku baru bagi dia minum susu. habis 6oz. elok jer bobo nak burpkan dia, tetiba dia batuk. pastu trus keluar balik susu yang dia minum tadi. sian sangat...tapi sibaik dia tak nanes atau merengek. lepas muntah pon dia still lasak! haiyoo anak ummi nih...

aku perasan, skang ni adam makin lasak! asal dukung jer mesti tanak duduk diam2. ada jer benda nak digagau. sokni dah pandai merangkak mau letih aku dibuatnyer. get ready ummi!

all of all, i had a great weekend! how's yours?


p/s: entry kali ni takder pics. aku malas nak snap gambar masa sesi membeli belah ;p

Tuesday, May 12, 2009

Belated Mother's Day celebration

yummehhh....
last nite me and bobo went to have our dinner cum belated mother's day celebration at Subway IOI Mall. he insisted to treat me properly. almaklumla 1st time celebrate as a mommy..ngeee...he suggested Mohd Chan. again?? iskk..dah jangkit dengan abah dah bobo nih..i said no..i want something else lah..
dan2 tu jugak aku tetiba tingin nak makan healthy food macam sandwiches. on diet la katakan...kunun! so we all punyalah round cari Subway ni. tup2 kat seblah luar IOI rupanya. ponek kami berkawat. but it was worth it! memang superb la sandwiches dia. i had 6 inches long parmesan & oregano bread with steak & cheese. bobo had 1 foot long honey & oat bread with italian B.M.T. 1 foot! hamek ko..jenuh dia gonyeh (bahasa utara for kunyah ;p) nak abiskan. eheheh...dia cakap menyesal amek 1 foot long. kenyang sampai arini. eless...we'll see....

our dinner yang menggambarkan saiz perut masing2..hua3...

malam ahad tu sebenarnya bobo dah tapaukan aku set nasik ayam penyet wong solo. aritu dia cakap wong solo tu kira spesel sempena mother's day la. alih2 nak celebrate dating berdua2an lak malam semalam..ehehhe...apa2 lah..janji ahkak leh makan sodap2. yay!

Monday, May 11, 2009

What's in the plastic bag?

sempena mother's day semalam, bobo belikan aku sumting dalam plastik beg ni. aku pon tatau apa isi dia. bila aku tanya dia cakap rahsia..kena tunggu balik umah baru tau. cett...nak secret2 lak pokcik nih...

aku siap gugel cari kedai olives kat cap square ni jual apa. ahaha...tak sabaq2. tapi yang aku tengok kedai ni jual food macam kuih nyonya, sandwiches, macam2 lagi la. aku siap teka kat bobo yang dia belikan aku kuih nyonya ;p apa kaitan mother's day dengan kuih nyonya eh? hmm...

eiii..tak suka surprises! membuat hatiku berkocok2. ahahaha...

Saturday, May 9, 2009

Bobo's Birthday

last thursday (May 7th) was bobo's 31st birthday. but i was at Seri Pacific Hotel, KL on that special day since tuesday due to menjadi urustaksetia for a workshop. hehe...so i haven't got a chance to prepare anything to celebrate his birthday properly. sorry yer abg...but anyway, the hotel is very nice...i got a room to myself with twin beds. i'll post about the hotel later ;D

at 11am bobo fetched me from the hotel and we went to mak abah's house. my parents and lil' sister with her husband are going for a european vacation on that day. jeles i...takleh itut...nasib baik that day was the last day of the workshop. so i asked to be excused earlier.

supposed we're going to have our lunch at Mohd Chan but our program had changed in the last minute. tau jela orang nak berjalan jauh ni...so many things to pack yet so little time. heheh...so we decided to have our lunch at LCCT instead.

at 1.45pm we arrived at LCCT. it's been awhile i haven't go there..rupanya2 dah ada macam2 kedai lagi yer..hehe..nampak sangat dah lama takpi vacation. we had our lunch cum bobo's bday celebration at Marrybrown. malas nak jalan jauh2 so belasah ajelah...the food was not into my liking...the fried chicken cannot beat KFC at all. and the mashed potatoes were very salty. yikes! camno la nak support malaysian product kalau camni, kan?

at 3pm the gate opens and off they went to check in. after salam2, hugging2 and reminding them to bring back fridge magnets session ;p, me and bobo went back to banting.

at banting, i remembered that i brought (tapau) a piece of choc chip muffin from the hotel so i gave it to bobo. kunun2 this is his bday cake la. heheh...tak senonoh btoi...tapi ingatan tu yang lebih penting, kan? ;p

later that evening, after maghrib me and bobo went to Alamanda. at first, my intention was to survey for his bday present. however, i'm the one who got a pair of shoes for myself instead. ehehhe...tak senonoh untuk sekian kalinyer.. ;p it's not that i'm not going to buy him present but there's nothing interesting there. so i just treat him dinner at TCRS...ok la tu kan...

after dinner and a present to myself ;p, we went back to our home sweet home...

Saturday, May 2, 2009

Mat & Minah Rempit

aku sendiri tak ingat dah bila last aku naik moto. bukan bawak tapi bonceng jer sebab aku tak reti bawak moto. naik beskal tu terer la ;p

kemarin (1 mei 2009) memang hari ini dalam sejarah bagi aku. aku bonceng moto dengan bobo dari puchong sampai la ke umah mak abah. itu kira 1st round. yang 2nd round lagi dasat, aku bonceng dari KJ sampai banting! sejam perjalanan tuu..lenguh bontot dengan belakang aku. phewww...bukan setakat lenguh, abes kaki aku sunburn dek matahari yang membakar tu. dah jadi berbelang-belang macam zebra ropernyer..

moto kapcai putih (kekta cakap macam moto penguatkuasa) EX5 dulu aku tak sempat naik pon. skang ni bobo baru beli moto baru..SYM nama dia. moto tu skuter 200cc yang besar bagak. naik seriau gak aku duk kat blakang. masa lalu hiway rasa macam nak terbang jer sebab angin kuat. ker badan aku yang dah semakin ringan? (ecehh...ditimpa perasaan sket).

apa pon aku tabik springgggg kat diri sendiri sebab tak sangka aku brani naik moto setelah berabad lamanya. ahahaha....

patah balik citer masa kat KJ...aku, bobo ngan family aku pi lunch lepas solat jumaat kat restoran mohd chan abdullah. restoran ni favourite abah aku. dekat tiap-tiap hari dia pi makan nasik kong boh ayam kat situ. eheheh...tapi memang sodap pon. kemarin kami oder udang goreng butter. wahh..siok btoi! tapi yang paling siok ialah orang belanja kami...ngee...

btw, entry2 arini aku takleh buh gambar sebab broadband kat umah ni macam hampeh nyok!

Friday, April 24, 2009

Musim sakit gigi kah?

ekceli dah lama aku simpan post ni dalam draf. takder masa lak nak post sebab minggu lepas aku cam bz sket ;p

kul 12pm ari kamis camtu bobo kol aku. dia mintak aku balik umah awal sebab nak suh aku bawak dia pegi dentist. dia dah tak tahan sakit gigi. so aku pon balik la...then sampai umah dalam kul 1.45pm. lepas solat trus kuar balik. tapi aku suh bobo drive (orang sakit kena bawak kete seniri. hehehe..) sebab maleh. bleh gitu? pas lunch trus shoot pegi kinik dentist kat puchong perdana. kinik tu tak accept kedit kad la pulok. bobo tak bawak cash banyak sebab ingat nak guna kad insurans ING dia. tapi kinik tu bukan panel ING lak. parking lak dah bayar 5 kupang. aku pon ajakla bobo pi kedai dvd haram kat situ...sempat la aku rembat 4 dvd - shopaholic, p.s. i love you, fast & furious 4 & ong bak 2 (ni bobo yang nak, aku tak baper minat citer ganaz2)

dahtu kitorg pegi la cari dentist kat bandar puteri puchong lak. rasanya abis semua kinik kitorg masuk kot. tapi ada saja yang tak kena. kinik yang accept kedit kad dah fully booked, yang tak full tak accept kad..macam2 lagi lah. yang paling aku nyampos skali masa kat KPMC. aku tengok kat luar ada signboard tulih kinik pergigian. so kitorg pon masuk la situ. skali tanya kat meja registration rupa-rupanya dah takder pon kinik gigi kat situ. yang menyakitkan hati sorang mamat gomok ni jawab siap gelak2 kat kitorg. dia cakap 'kan dah takder signboard kinik gigi kat luar tu..' takder signboard your skull!! kalau takder signboard, takderla kitorg terhegeh2 nak masuk situ. ngoks betullaa...bobo tak jawab aper pon kat dia balik sebab dah maleh layan. orang tengah sakit la katakan..muka aku memang dah mencuka masa tu. takleh kontrol. ikutkan ati rasa nak sound si gomok tu 'takleh ker jawab elok2, nak gelak2 pesal lak?' mana la kitorg tau kan. ingat hari2 ker pi KPMC tu. dah kuar dari situ aku pi cek balik kot2 aku yang salah tengok signboard. tapi mata aku ni bukan buta yer...rabun jer...memang sah ada signboard kinik gigi kat situ. cuma kat wording dia ada la jurai2 cellotape yang dah reput. kunun2 nak cover bagitau kinik gigi dah tak wujud la tu. tak profesional langsung!

pehtu kitorg pon patah balik kat 1st kinik. phewww...sibaik la takyah cabut lagi gigi bobo. dentist cuma bagi ubat untuk bagi ilang rasa sakit. in a few days lepas dah ok baru pegi cabut plak. so takder la kena bayar mahal ;p aku beria2 bawak novel kunun2 nak baca masa tunggu bobo cabut gigi. hehh..takdan 5 minit dah siap semua.

balik umah mak aku tepon bgtau dia pon sakit gigi gak. pehtu rupanya abg ipar aku pon sakit gigi gak. iskkk...macam musim sakit gigi la pulok. apa pon memang sakit gigi merupakan sakit yang paling sakit, kan? ouh, btw, bulan ni COLGATE anjurkan KEMPEN BULAN KESIHATAN MULUT. ada beratus2 kinik gigi offer free dental check up. so sesaper yang tanak sakit gigi lehla pegi kinik2 yang participate dalam kempen ni sementara bulan mei belum menjengah ;D