Wednesday, March 31, 2010
Adam's Additional Milestones @16 months
1. his vocab is improving. kalau dulu pandai sebut 'bye' jer, skang dah tau sebut 'bub-bye'. word 'abih' pon dah jadi 'abih dahhh'. now his fav word is 'kaki'. heheh...kalau aku ajar dia sebut 'daddy', dia akan sebut 'didi' (aper, ingat daddy kamu dah bertukar menjadi P. Diddy eh? kui3...). word 'ummi' dia tak pandai sebut betul2 lagi. mesti jadi 'ammi'...takpelah adam, jangan jadi 'amma' udahler... ;p
2. dah faham orders. bukan order makan kat kedai mamak or drive-thru McD tu yer, orders as in arahan ;p kalau suruh dia amekkan barang, dia akan tolong amekkan dan bagi kat kita. kalau suruh 'up' and 'sit down' pon dia faham dah. good boy!
3. dah pandai salam amin cium tangan. kalau sebut 'amin ummi, amin daddy' dia akan amek tangan kitorg dan cium. sejut perut ummi ngandung. heheh....
4. skang ni adam dah tunjukkan minat baca buku. buku2 Grolier yang kat rak tu dulu dia tak heran pon. skang ni dia akan amek buku2 tu dengan effort sendiri sambil selak2 the pages tanpa sebarang kesan koyak! kedut2 tu ada la sikit. saspen woo...bukan apa, sebelum ni dia tau nak koyakkan mags jer. tu yang aku tak bagi dia amek buku Grolier tu (utang pon lom abis dek non! - kantoi! :">). skang aku biar jer dia amek buku tu sendiri & tolong bacakan kat dia..
5. ada one thing yang aku tak faham pasal adam. bila dia tengok iklan susu Fernleaf yang budak nyanyi lagu 'Ibu...ibu...' tu, dia akan sebik dan nangis. pastu aku saja la test nyanyi lagu tu, expression dia sama gak! tetiba terus nak nangis. siap meleleh ayaq mata lagi. hmmm...sama ada suara ummi dia yang tak sedap atau terlebih sedap taktau lah. hahah! kidding! mebbe lagu tu menakutkan atau menyedihkan dia kot...i'm not sure...tapi kalau dia dok tendang2 time nak pakaikan diaper aku saja jer nyanyi lagu tu nak bagi dia diam. heheheh...jahatnya ummi! >:p
6. adam telah memecahkan tudung periuk Vision ummi julung kalinya baru2 ni! tapi alhamdulillah kaca tak kena kaki dia. terkejut ungka aku sampai siap menjerit lagi...nak luruh jantung woo...adalah sangat bahaya walaupun kita 'ter'careless 1 sec pon skang ni. padahal sebelum tu aku memang dok tengok2kan dia sambil basuh pinggan mangkuk kat sink. iskkk....
hmm...that's about it (kot). ada some piccas tapi nanti2 la tepek sebab lupa bawak cable lak arini ;p
ok, nak balik dah. toodles!
Kebesaran Jiwa Seorang Ibu
Friday, March 26, 2010
Now, Do I Look Prettier?
the pic was googled coz i am so lazy to snap the original one. heheh....
am i just lucky today or what? alhamdulillah...nilah yang dikatakan rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. eh, sesuai ker perumpamaan ni? apa2 jelah kan...title entry pon macam tak kena gaya jer. hahah!
oklah, dah lewat dah ni. nak tido lapar pulak. baik aku pegi abiskan bebola2 tu dulu pastu baru zzzzzz....
cau cin cau!
p/s: bobo will be back tomorrow. yeehaaa! dia tanya nak pesan pape tak dr KL? leh tak aku jawab 'nak pesan kasut Clarks yang kita tengok aritu boley?' muahahha...kijam punya minik! (i acah jer, tapi kalau betul2 pon apa salahnya kan? hiks!)
Earth Hour
march last year, i joined the Earth Hour at home alone, with all lights off for an hour. only 2 candles were lit up to accompany me (and for not stumbling off the ground on my way to the bathroom in darkness! ;p). tomorrow, the Earth Hour is back! if you love your earth, come join me & millions more of the earthlings to make our stand against climate change...
click here for more info on Earth Hour.
p/s: kalau bukak tv aci tak? ;p
Thursday, March 25, 2010
En. Abam @ 16 months old
Monday, March 22, 2010
Beronggeng di Hari Minggu
anyway, back to the basi story. ari sabtu last week kitorg satu family ke Sg. Petani sebab nak attend family day opis bobo. family daynyer ari ahad. tapi disebabkan bobo jadi ahli komiti so terpaksa la kitorg bertolak awal sket & menginap (wah...skema tul pekataan) kat Swiss Inn, tempat kejadian family day tersebut ;p hehe...merasalah duduk hotel for free! adam suka la dapat main air dalam bathtub. nak bawak mandi pool aku terlupa lak bawak short dia.
malam sabtu tu ahli2 komiti dijamu steamboat & grill. pics takder sebab aku malu nak keluarkan cam. hahah! bukan aper, aku duduk semeja dengan wife2 & anak2 ahli komiti lain yang baru dikenali. tu yang segan sket ;p tapi steambot dia quite okay jugakla sebab boleh grill. takla bosan asik makan yang direbus jer kan....
pagi ahad tu start family day. diorg buat kat poolside so ramai la budak2 mandi kat situ sampai hitam merelit! (serius, tak tipu ;p) aku & adam lak lepak kat tempat registration sebab bobo kena bertugas kat situ. goodie bag diorg agak bes sebab banyak jajan! aku jadi assistant tak bertauliah la kejap sebab jadi tukang refill jajan dalam kotak. eheheh....
dekat nak abis program baru diorg buat lucky draw. aku dok aim bagless vacuum cleaner Electrolux tu (padahal kat umah dah ada 2 ketol vacuum. hehe). ada satu jer vacuum tu...then sorang demi sorang naik nama dapat lucky draw. tup2 bila dah dekat nak abis gift, nama bobo naik! tapi dapat stand fan brand Elba, bukan vacuum pojaan hatiku. heheh...kira okla kan daripada dapat habuk jer. ;p tak sia2 pegi family day tu. eheheh....food diorg pon boleh tahan sedap. macam2 jugakla kitorg makan. adam pon bukan main lagi makan macam2. minum air kordial grape lak tu. haihhh...sikit2 'naakkk', 'naakkk'....kalau tak bagi dia menjerit trus! haiyoo....tapi lepas dah kekenyangan trus dia tertido dalam stroller. heheh....
balik dari SP kitorg singgah Tesco lak sebab nak beli sabun basuh baju (at last!!). seperti biasa, konon nak beli sabun jer (yea right) tengok2 penuh gak trolley dengan barang lain. heheh...pastu disebabkan kitorg still kenyang & letih, kitorg settled for Big Apple coffee & doughnuts jer for dinner. me likey! anyway, it was a fun weekend for me (tetiba rasa family day opis orang lagi bes ;p).
oklah, nak standby untuk solat Maghrib while adam's still sleeping.
toodles!
Friday, March 19, 2010
Adam Without His 'Best Friend'
......his dummy!
(gambar hiasan ;p)
alhamdulillah...akhirnya doa kami termakbul jugak. heheh....memang dah lama kitorg taknak bagi adam pakai dummy dah tapi asik terpospon jer. nak dijadikan cerita, ari isnin aritu dummy adam hilang kat taska dia. so this is the right time for us to wean him off coz he's already going to be 16 mos this month. but what's more important is for us to be stricter this time around (i bought a new dummy last time when the old one was torn ;p).
1st nite, dia nangis lama jugak dalam 20 mins camtu. bobo kata dia rasa kehilangan kot. alolo...cedihnyer....ketahanan aku dah tak kuat masa tu. last2 aku cari balik dummy dia yang lama (yup, he has a spare dummy) & pegi basuh. siap sterilize lagi. lepas dah siap semua baru aku perasan dummy tu kotor sangat, memang dah takleh guna. iskkk....so, tak jadi la nak bagi kat adam. tak lama lepas tu aku tengok adam diam jer. rupanya bobo bagi dia main hp - his fav toy kan...heheh...kejap jer pastu dia trus tertido. dah kantok sangat la tu...plus letih nangis sama....
2nd, 3rd & 4th nite, alhamdulillah dia langsung tak cari dah dummy dia. lepas2 minum susu jer terus dia tertido. legaaaaa sangat....so there goes our anxiety. bukan apa, dah lama sangat adam guna dummy. so sedikit sebanyak of kos la kitorg ada anxiety if we wean him off from his dummy. how he would react? will he cry non-stop every nite?
minggu ni, bermulalah hidup adam tanpa 'kawan baik' sejak umur 0-15 bulan secara rasmi. chaiyokk!!
Wednesday, March 17, 2010
Omputih Gila
dah baca? gila, kan? dah takder susu dari sumber lain ker nak dibuat cheese? banyak lagi lembu2 & kamben2 yang sanggup menyerahkan susu memasing untuk dibuat cheese. hahah! abisler semua orang yang makan cheese tu jadi anak susuan bini dia. kuang3....
totally crazy & ridiculous!
ok, back 2 work ;p
Tagging Game - Again!
1. Go to your photo files… select the 8th photo folder
2. Select the 8th photo in that folder
3. Post that photo along with the story behind it
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same
frankly speaking, berlaku sedikit penipuan di sini. hehe...pic ni memang la pic yang ke-8 tapi bukan dalam folder ke-8 sebab folder aku bersepah2! kejap save dalam folder ni, kejap dalam folder tu. sampai aku sendiri pon tak ketahuan dah yang mana satu main folder untuk simpan all the pics. haihh...i'm so disorganized....tapi kira aci la yer sebab aku still amek pic ke-8. huhu...
oklah, back to the pic story. pic ni aku amek time adam baru nak masuk 2 bulan. kira still dalam pantang la. time ni aku dah balik ke umah sewa kitorg di Puchong. nursing pillow tu Kekta, my sis yang bagi. tapi sempat guna kejap jer sebab adam dah taknak bf :'( hence terus jadi tempat tido dia. ada jugak kegunaan. ngeh3...
hmm...how time flies....kemetot jer adam masa ni. bobo cakap bila kena swaddle macam tu, rupa dia macam kacang. taktau lah spesis kacang apa tapi bila tengok balik macam kacang peas pon ada. sebab tu dulu bobo suka sangat panggil adam 'kacang'. ehehehhe....tapi skang dah jadi kacang panjang kot ;p
ok, it's tagging time...sesaper yang terbaca entry ni, silalah buat yer....WAJIB! bleh gitu? ;p
toodles!
Friday, March 12, 2010
Akhirnya Terjadi Juga...
recently bobo selalu tidurkan adam sebelah dia which means betul2 sebelah playpen. sebelah playpen tu kitorg sendalkan dengan bolster panjang. we thought the bolster and the playpen are sufficient to hold him from falling down. but somehow, we are totally wrong!
last night at about 4ish am, i heard a thumping sound on the floor and then was followed by adam's crying instantly. ADAM JATUH KATIL! astaghfirullahalazimmm.....i was so shocked! when bobo picked him up, he's still sobbing. terkejut kot...but alhamdulillah there's no cuts or bruises at all. i was worried coz there's no carpet on the particular spot.
to soothe him, i gave him my hp coz it's his favourite 'toy'. i know i have to deal with the 'risk' of sending unwanted sms/mms to someone when i gave him my hp. and guess what? tadi bobo mesej aku. he told me that adam sent him 8 empty sms to him! 8! padan ler cepat jer diam masa main hp tu. thank goodness i gave him milk afterwards. kalau tak, mau lapanploh sms dia antar kat bobo. agagagaa....
just to be safe & taknak luka lama berdarah kembali, we'll be more cautious next time. nanti nak susun bantal banyak2 buat kubu kat sebelah katil. hahah! over lak...
p/s: ummi & daddy mintak mahap bebanyak yer adam....it's our fault for being so careless. sob..sob.... :-(
Thursday, March 11, 2010
Tagging Game Yang Merapu Dana
Aperkah jenama Deodorant yg korang pakai skang.. ( ke mmg tak pakai??)
hepp...pakai tau...tapi awat nak tau nih? beli kat farmasi jer...brand apa? rahsia sulit kerajaan. hahah!
No.2
Brand ikan Sardin dalam tin yang paling digemari?
op kos la sardin cap ayam. dulu, kini, selamanya.... ;p
No.3
Apalah bahagian badan anda yg paling anda rasa SEKSI & SEKSA!
(aderkah ikan sardin itu membantu menyeksikan anda?)
soklan ni kena tanya kat mr bobo la. hiks!
No.4
Aper hadiah yg paling 'HAMPEH' yg korang penah terima dr yg tersayang?
hmm...ada ker yang hampeh? yang hampeh kalau dia tak bagi langsung la. tapi tak penah la lagi. hehe...
No.5
Korang akan rasa diri disayangi bila.........???
yang tersayang membuat surprise. walaweh! (goli den!)
No.6
Apakah hadiah yg korang akan kasik pada bakal mak mentua pd kali pertama berjumpa?
masa nak jadi bakal dulu tak bagi hadiah pong ;p
No.7
Antara Belacan, Cencalok & Budu...yang mana lebih wangi n sesuai dibuat perfume?
(Yang mana lebih wangi dibandingkan dengan bau kentut anda?)
campuran ketiga-tiganya. hnssssffff....fengsan!
No.8
Jenama kasut paling banyak yg anda miliki?
kasut aku tak banyak. yang dok pakai cuma 2 jer. cian sungguh :'(
No.9
Sekiranya anda menjadi Menteri Pembangunan Masyarakat & Perancang Keluarga
apakah yg akan anda lakukan demi meramaikan rakyat Mesia?Sekiranya ditawarkan anda berminat utk memegang jawatan menteri aper? (aper punya tonggang langgang ler soklan aku ni?)
kalau jadi menteri pembangunan masyarakat? aku rasa takyah bagi ramai dah rakyat. mesia ni kecik, kang tak cukup tanah lak. LOL! i (kejap aku kejap i..)minat nak jadi menteri penyiaran. nak ban semua artis yang tak cukup kain & tak semenggah kat mesia ni. wahh!! berangan!
No.10
Sila Tag kepada 5 orang yang sangat anda rasa sesuai menjadi menteri di atas!
(itupun sekiranya dia memakai deodorant ye...)
Mimpi Yang Belum Jadi Kenyataan
p/s: mimpi aku ni ala2 mimpi surirumah tak agaknyer? ;p
Tuesday, March 9, 2010
Ingat...Jangan Timang Anak Tinggi-Tinggi
i just got this email from my sis about Shaken Baby Syndrome (SBS). lemme share with you all coz it's very2 important for us mothers to know about this.
Situasi:
Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan. Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan). Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.
Apakah itu SBS?
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain. Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa. Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.. Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
Cara Pencegahan:
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.
Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Scary isn't it? Sebagai peringatan, janganlah kita timang anak tinggi2 atau perlakukan anak tu macam doll! Pastu kena make sure pengasuh2 (untuk yang tinggalkan anak di rumah orang atau taska) dah dipesan untuk tak timang anak kita dengan cara tu. Kalau boleh, buaian pon avoid. Tak elok pon guna buaian kan...bukan apa, anak merupakan amanah Allah kepada kita. Kita kenalah jaga amanah kita baik2, betul tak? ;D
p/s: tetiba menyesal sebab marah kat adam yang notty semalam :'(
Monday, March 8, 2010
Tipah Dah 2 Kali Tertipu!
isn't she's adorable? (pic adalah sedikit rosak ;p)
budak2 kecik ni adalah anak si Mary, kucing yang aku & bobo adopt dari SPCA. refer to this entry. yup, she got pregnant for the 2nd time. maknanya aku dah tertipu 2 kali gakla dengan SPCA. cisss...jadinya total dah 6 ekor anak Mary. tapi yang latest ni dah mati sekor sebab kecik sangat, tak cukup zat agaknya. apa pon aku still musykil camner kucing yang 'KATA MEREKA' dah di'spayed', neutered and everything boleh beranak. twice some more!
ouh yer, yang sekor kitten tu sangat gebu & mata biru lagi. comeyyyy!! ingat nak bawak balik Perlis dah aritu tapi fikir2 balik tak naklah. aku dah malas nak bela kucing lagi. tambah2 pulak en. abam tak takut kucing langsung! abis si Mary dia kudakan. hahah! kalau aku bela jugak, mesti kejap jer diorg jadi arwah. iskkk...baik jangan.
Thursday, March 4, 2010
Adam 1st Pool Bath
yang besnyer, bobo sendiri yang gigih tiup pool ni. sebab pam tangan kitorg dah rosak. dia kata rasa macam nak tercabut jaw lepas tiup pool ni. cian sungguh ;p
disebabkan adam takder undies atau swimming diaper, kitorg pakaikan dia short lama yang dah tak berapa muat tu jer. sexy sket sebab kaler putih. heheh...rubber ducky pon takder, so aku bagi adam cup & bowl dia buat main jadi kapal ;p
enjoy the pics!
sekian sahaja berita untuk hari ini.... ;p
Tuesday, March 2, 2010
I'm Goin' Nuts!