ni last entry kot pasal renovation sebab dah selamat duduk pon rumah tu kan. hiks...kira entry penutup la pasal topik ni (buat masa ni). gituh....
macam yang ahkak citer dalam entry seblom2 ni, kitorg buat projek renovation kecil-kecilan jer iaitu:
- pasang tembok dinding kat dapur,
- tutup tingkap dapur (sebelah),
- extend tembok & bumbung yard/washing area,
- plaster ceiling di hall/living area
- kitchen cabinet
- timber flooring di hall/living area
pastu pasang lampu, curtain, grill semua tu normal la kan.
projek renovation buat masa ni cukup la dulu kot. tabung renovation pon dah pupus so kena dok dendiam sat. kah3...
citer pasal blind, kami pilih zebra blind untuk dapur & venetian blind untuk washing area. bobo serah kat aku jer nak pilih kaler apa so harusla ahkak pilih fink! kah3....
yang tak bestnya zebra blind ni dah mula nampak comot2 kat depan sinki tu sebab dok basuh periuk belanga. tapi aku taktau nak cuci camner. bila cuci dengan air sabun dia jadi berbelak2 lak. tskkkk....ker ada jer tips dalam gugel?
so sesapa yang nak pasang zebra blind berhampiran sinki tu hati2 la yer. time nak basuh pinggan mangkuk sila roll naik tinggi2 ;p
fink zebra blind ;p |
venetian blind |
timber flooring kami cuma pasang kat living hall. kami book sesiap masa ada Perfect Livin' Home & Lifestyle Exhibition kat Penang. buat dengan Floor Depot. harga taktau nak cakap murah ker mahal tapi rasanya memang harga tu la kot. kira kalau compare dengan brand Ionwood memang jauh beza laa...
kami pilih kayu 4G. ntah G tu stands for what. tapi kayu ni waterproof & termite proof. kalau guna mop basah pon takder masalah la. pastu kami dapat dalam 6-7 gulung wallpaper free. tapi sampai sekarang takpi amek lagi kat kedai T___T.
curtain aku tempah kat kedai kat Kulim ni jer...living area dengan master bedroom jer tempah baru. bilik2 lain semua guna curtain sedia ada. sep bajet! :D
lupa lak apa nama kayu ni T_T |
jangan taktau skang ni ahkak dah tanam pokok serai, kari, limau & pelam namdokmai okes. dun play2. hahaha....bab gardening nanti story dalam entry lain yer....
cat putih jer semua |
rupa washing area camni lepas dah siap. tembok tu memang kena terpacak situ takleh wat apa. huhu...
sebenarnya aku dok bayang bumbung polycarbonate tu nak pasang macam lain. dah explain kat apek tu tapi dia tak paham atau taktau kot. takperlah, camni pon ok...
kami pasang penyidai internal pendek (4 kaki) kat situ. yang panjang (6 kaki) kami pasang kat luar. betul2 kat belakang tembok tu.
kat situ jugak la kami letak washing machine & ironing board. berangan nak buat macam laundry room rumah2 mat saleh tapi jadi kedai dobi kecil-kecilan pulak. tehehe....
that sums up our small renovation project ;D
insyaallah kalau murah rezeki kedepan2 ni nak buat projek lain pulak. kalau dah jadi nanti baru story okes? ;p
till then.
toodles!
No comments:
Post a Comment