as of last week (end of March), dah nampak dah progress renovation. alhamdulillah...main kontraktor tu cakap by end of this month boleh siap dah. harap2 camtu la...boleh pindah masuk sebelum puasa ;D
now the piccas!
WASH/LAUNDRY AREA
kami cuma tambah dinding kat area sekangkang kera tu. tak usik tanah belakang sebab cinoni sangat. so biarkan jer kot2 sokni leh bercucuk tanam (yeah right ;p)
sebenarnya aku berangan nak buat laundry ala2 rumah omputih. yang siap ada dryer, ampaian dan tempat iron tu. hihih...berangan sungguh!
bila dah tambah dinding, pintu pon kena la ubah kedudukan ke belakang. lantai akan dibuat sama rata dengan lantai sedia ada. pastu kami tambah tingkap supaya lebih 'airy' gituhhh....
sebelum
selepas
longkang depan pintu tu akan diubah ke depan sikit |
'tiang seri' tu takleh ubah so terpaksa la redho dia kat situ. huhuhu... |
tambah point letrik dan paip air untuk washer |
part dinding atas tu dibiarkan sekaki. tujuannya nak pasang dinding dan awning polycarbonate. tah cemana la outcome dia nanti. kontraktor tu tak penah buat camni lagi. huhu... |
RUANG TAMU & RUANG MAKAN
buat masa ni cuma tambah plaster ceiling dan lampu2 LED. kipas tak sempat beli lagi.
insyaallah flooring pon kami akan buat. dah bayar booking tapi kena tunggu renovation semua siap dulu la kan baru leh pasang. ngeee....
sebelum
ruang tamu |
selepas
plaster ceiling di ruang tamu & ruang makan |
DAPUR
kat dapur kami tambah tembok untuk block sikit pemandangan direct dari ruang tamu. bila dah tambah tembok ni, boleh la buat kitchen cabinet (kc) panjang sikit kan?
kami pon dah deal dengan orang kc siap2. memandangkan dinding untuk pasang hood tak muat (tskkkk..), kami terpaksa tutup sebelah tingkap. daku pasrahhh...hukhukk...
kat dapur juga dipasang plaster ceiling dan lampu LED.
sebelum
ruang dapur |
selepas
tambah tembok di sebelah kiri dapur |
the lampus |
buhbye tingkap :`( |
kat bilik tidur kami tak buat apa2 except pasang lampu dan tambah point letrik kat master bedroom. banyak gak tempat yang kami tambah point tapi kontraktor tu tak amek extra charge pon. baguih2 ;p
dalam minggu ni sebenarnya diorg dah pasang semua lampu2. nanti sambung dalam next entry pulak yer. dah panjang berjela lak entry ni ;p
till then. toodles!
No comments:
Post a Comment