Tuesday, April 22, 2014

Cerita Kipas Rumah

kipas2 kat rumah dah selamat dipasang. kat master bedroom jer belum ada sebab nak bawak dari rumah sewa skang ni..

kipas di ruang tamu & ruang makan guna yang ni - K15Y2. ada 5 speed, 5 blade & remote control


ni hah kotak dia ;p


kipas untuk 2 bilik tidur guna yang biasa jer. warna bronze


kipas kat bilik kecik (utility room) guna junior fan. bilah dia pendek sikit dari kipas biasa

ni pulak kipas kat siling dapur. 4 blade, 3 speed & ada remote control. angin dia tak sekuat kipas 5 speed so tak digalakkan pasang di ruang tamu. ni pesanan penaja maknya kedai kipas aritu ;p


kat laundry area tak pasang kipas buat masa ni. mungkin guna stand fan yang sedia ada jer (sep bajet! ;p)

tu jelah citer kipas hari ni. tehehe...kalau nak tau harga (kot2 la nak compare) sila PM cek. cewahh...

till then. toodles!

Friday, April 18, 2014

House Renovation Progress #3

dah seminggu berlalu...insyaallah tak lama jer lagi nak siap dah projek renovation ni :-D hopefully by end of this month dah siap renovate. pastu leh proceed dengan kitchen cabinet lak.

talking about kc, kali ni kitorg buat dengan melayu. ehemm...reason why? sebab baca review customer dalam fb page diorg macam memberangsangkan ;D harapnya gitu la...sebab dah terkena dulu dengan so called kontraktor wardrobe 'melayu', terus jadi skeptikal. huhuh...

org kc ni plak dah siap2 letak kabinet kat rumah. sebabnya kat showroom & kilang diorg dah terlalu sesak sampai takder tempat nak letak kabinet dah. kencang sungguh bisnes. hehe...jenuh pulak kitorg dok pikir cemana nak cuci rumah dengan kabinet dok berlonggok depan ruang tamu tu. tskkk....

tokey kc cakap nak pi pasang isnin depan. macam cepat sangat lak. rumah pon tak cuci lagi! we'll see...

okla, jom layan gambar...

apek kontraktor tu cakap ni pintu 2 in 1...

sebab ada tingkap sekali. leh main cak2 ;p


view pintu dari luar. jakun gak tengok pintu camni. tak penah jumpa kekdahnya. kih3...


the much awaited 'bumbung polycarbonate'. aku suggest kat apek tu macam lain, tapi dia buat macam lain. takperlah sebab still acceptable. ouh, siling tu nanti akan diplaster. tak biar togel camtu ;p


view bumbung dari luar

grill pon dah dipasang. agak pelik rupa dia sebab ada lengkung separa bulat tu. huduh!

grill pintu depan. memang pilih design bese jer...no kerawang2 whatsoever ;D

view laundry area dari luar

dinding sebelah tu memang takleh wat apa dah. diorg akan cat jer nanti. hukhuk...

rupa grill yang sangat peliksss...1st impression aku memang tak berkenan nengoknyer sebab ada bulat2 tu. tapi apakan daya...pasrah jelahhh :(


hari ni diorg start pasang kipas dah. esok projek cat pulak. pastu siap la insyaallah. jiran2 pon cakap cepat gak diorg buat kerja. diorg pon impressed sebabnya pekerja2 tu bukan datang tiap2 hari. kira bagus gakla diorg ni kan. hehe...

next project, nak kena pikir bab curtain lak. pastu kena start packing sikit2. phewww...planning pon dah letih. belum betul2 lagi T____T

till then. toodles!

Wednesday, April 9, 2014

Shopping Kipas Rumah

survey punya survey akhirnya kami decide untuk beli kipas KDK. rumah kat Jitra dulu pakai Alpha tapi banyak review cakap tak berapa elok. Panasonic mahal berapi lak. brand2 kipas lain banyak decoration fan jer. kureng minat lak. so KDK it is :D

kat Kulim ni ada satu kedai jer dealer kipas KDK. kalau compare harga dalam website KDK, kedai ni jual murah lagi. ok la kan...so kami pun proceed jela. total 6 biji kipas semuanya. 3 yang ada remote, 3 kipas biasa. cuma kat master bedroom jer kami akan 'recycle' kipas yang kami pasang kat rumah sewa sekarang ni. sep sket bajet ;p

why KDK? kalau google rata2 bagi good review. lagi pon brand ni dah lama wujud. so boleh katakan reliable brand gitu.

buat masa ni kami tak ambil lagi kipas dari kedai sebab rumah belum pasang grill. macam bahaya lak kalau pasang kipas siap2. so biarkan kat kedai dulu. 



promoter kat kedai tu siap tulis semua harga dalam katalog. senang sket nak bajet!





once kipas dah pasang nanti aku update semula.

till then. toodles!

Monday, April 7, 2014

House Renovation Progress #2

dah masuk minggu pertama April. progress renovation berjalan agak lancar. cewahh...tapi kan baru ni kerap gak hujan, ada kemungkinan la slow sikit kerja2 diorg kat bahagian extend belakang dapur tu. 

pastu kontraktor bagitau dia tak dapat cari tiles yang sama dengan tiles dapur. dah 5 kedai dia cari tak jumpa2. so kitorg terpaksa tanya developer in case diorg ada lebihan tiles tu. kalau takder, mungkin diorg boleh bagi nombor siri/model tiles. still waiting for their answer.

the piccas!

sebelah tingkap yang ditutup untuk pasang hood. huduh lak rupa sbb ada frame tu T____T

rupa dari luar 

paip untuk air washing machine. huduh btol tetiba terkeluar camtu. aku dah mintak kontraktor sambung ke manhole terus. harap2 dia boleh la buat. tskkk...

ni lampu kat ruang makan

ni lak lampu kat dapur

'tiang seri' yang dah di'trim'

rupa dari dalam. tingkap tu diorg pasang tinggi sket lak. aduihhh...


tu jer kot perubahan dalam masa seminggu ni. takla banyak sangat tapi still ada la. huhu...

ouh yer, kitorg dah beli kipas brand KDK. nanti citer dalam next entry.

till then. toodles!

Friday, April 4, 2014

House Renovation Progress #1

arini nak story pasal projek renovation kecil2an rumah kami ;D. untuk projek ni kami appoint sorang main kontraktor. untuk projek kitchen cabinet kontraktor lain, untuk projek flooring pun orang lain. so total ada 3 kontraktor la semuanya ;D

as of last week (end of March), dah nampak dah progress renovation. alhamdulillah...main kontraktor tu cakap by end of this month boleh siap dah. harap2 camtu la...boleh pindah masuk sebelum puasa ;D

now the piccas!

WASH/LAUNDRY AREA

kami cuma tambah dinding kat area sekangkang kera tu. tak usik tanah belakang sebab cinoni sangat. so biarkan jer kot2 sokni leh bercucuk tanam (yeah right ;p)

sebenarnya aku berangan nak buat laundry ala2 rumah omputih. yang siap ada dryer, ampaian dan tempat iron tu. hihih...berangan sungguh!

bila dah tambah dinding, pintu pon kena la ubah kedudukan ke belakang. lantai akan dibuat sama rata dengan lantai sedia ada. pastu kami tambah tingkap supaya lebih 'airy' gituhhh....


sebelum





selepas

longkang depan pintu tu akan diubah ke depan sikit


'tiang seri' tu takleh ubah so terpaksa la redho dia kat situ. huhuhu...

tambah point letrik dan paip air untuk washer

part dinding atas tu dibiarkan sekaki. tujuannya nak pasang dinding dan awning polycarbonate. tah cemana la outcome dia nanti. kontraktor tu tak penah buat camni lagi. huhu...


RUANG TAMU & RUANG MAKAN

buat masa ni cuma tambah plaster ceiling dan lampu2 LED. kipas tak sempat beli lagi. 

insyaallah flooring pon kami akan buat. dah bayar booking tapi kena tunggu renovation semua siap dulu la kan baru leh pasang. ngeee....



sebelum

ruang tamu


selepas

plaster ceiling di ruang tamu & ruang makan


DAPUR

kat dapur kami tambah tembok untuk block sikit pemandangan direct dari ruang tamu. bila dah tambah tembok ni, boleh la buat kitchen cabinet (kc) panjang sikit kan? 

kami pon dah deal dengan orang kc siap2. memandangkan dinding untuk pasang hood tak muat (tskkkk..), kami terpaksa tutup sebelah tingkap. daku pasrahhh...hukhukk...

kat dapur juga dipasang plaster ceiling dan lampu LED.

sebelum

ruang dapur 


selepas

tambah tembok di sebelah kiri dapur


the lampus

buhbye tingkap :`(


kat bilik tidur kami tak buat apa2 except pasang lampu dan tambah point letrik kat master bedroom. banyak gak tempat yang kami tambah point tapi kontraktor tu tak amek extra charge pon. baguih2 ;p

dalam minggu ni sebenarnya diorg dah pasang semua lampu2. nanti sambung dalam next entry pulak yer. dah panjang berjela lak entry ni ;p

till then. toodles!