Tuesday, September 23, 2014

House Renovation Progress #4

tediaaa...dah pindah berapa bulan lepas pon tak abis lagi citer pasal renovation. kah3....mai mood terlebih 'rajin' camni la ;p

ni last entry kot pasal renovation sebab dah selamat duduk pon rumah tu kan. hiks...kira entry penutup la pasal topik ni (buat masa ni). gituh....

macam yang ahkak citer dalam entry seblom2 ni, kitorg buat projek renovation kecil-kecilan jer iaitu:

  1. pasang tembok dinding kat dapur, 
  2. tutup tingkap dapur (sebelah), 
  3. extend tembok & bumbung yard/washing area, 
  4. plaster ceiling di hall/living area
  5. kitchen cabinet
  6. timber flooring di hall/living area

pastu pasang lampu, curtain, grill semua tu normal la kan. 

projek renovation buat masa ni cukup la dulu kot. tabung renovation pon dah pupus so kena dok dendiam sat. kah3...

citer pasal blind, kami pilih zebra blind untuk dapur & venetian blind untuk washing area. bobo serah kat aku jer nak pilih kaler apa so harusla ahkak pilih fink! kah3....

yang tak bestnya zebra blind ni dah mula nampak comot2 kat depan sinki tu sebab dok basuh periuk belanga. tapi aku taktau nak cuci camner. bila cuci dengan air sabun dia jadi berbelak2 lak. tskkkk....ker ada jer tips dalam gugel? 

so sesapa yang nak pasang zebra blind berhampiran sinki tu hati2 la yer. time nak basuh pinggan mangkuk sila roll naik tinggi2 ;p 

fink zebra blind ;p
venetian blind saja amek biru lak. baru nampak ala2 ocean ombak rindu (puihhh...).

venetian blind

timber flooring kami cuma pasang kat living hall. kami book sesiap masa ada Perfect Livin' Home & Lifestyle Exhibition kat Penang. buat dengan Floor Depot. harga taktau nak cakap murah ker mahal tapi rasanya memang harga tu la kot. kira kalau compare dengan brand Ionwood memang jauh beza laa...

kami pilih kayu 4G. ntah G tu stands for what. tapi kayu ni waterproof & termite proof. kalau guna mop basah pon takder masalah la. pastu kami dapat dalam 6-7 gulung wallpaper free. tapi sampai sekarang takpi amek lagi kat kedai T___T.

curtain aku tempah kat kedai kat Kulim ni jer...living area dengan master bedroom jer tempah baru. bilik2 lain semua guna curtain sedia ada. sep bajet! :D

lupa lak apa nama kayu ni T_T


nilah rupa washing area yang diextend tu. memang saja buat tak jejak tanah sebab sayang tanah tu. aku plan nak bercucuk tanam sket2 nanti. kih3...macam yer2 jer kan?

jangan taktau skang ni ahkak dah tanam pokok serai, kari, limau & pelam namdokmai okes. dun play2. hahaha....bab gardening nanti story dalam entry lain yer....

cat putih jer semua


rupa washing area camni lepas dah siap. tembok tu memang kena terpacak situ takleh wat apa. huhu...

sebenarnya aku dok bayang bumbung polycarbonate tu nak pasang macam lain. dah explain kat apek tu tapi dia tak paham atau taktau kot. takperlah, camni pon ok...



kami pasang penyidai internal pendek (4 kaki) kat situ. yang panjang (6 kaki) kami pasang kat luar. betul2 kat belakang tembok tu. 

kat situ jugak la kami letak washing machine & ironing board. berangan nak buat macam laundry room rumah2 mat saleh tapi jadi kedai dobi kecil-kecilan pulak. tehehe....



that sums up our small renovation project ;D

insyaallah kalau murah rezeki kedepan2 ni nak buat projek lain pulak. kalau dah jadi nanti baru story okes? ;p

till then. 

toodles!

Monday, July 14, 2014

Family Trip to Kansai, Japan - Day 4

29 APRIL 2014 (NAMBA, OSAKA MASJID, UMEDA SKY BUILDING)

hari keempat kami meronda di sekitar Osaka. pagi tu menapak ke Namba sebelum bertolak ke Osaka Masjid. malamnya kami ke Umeda Sky Building.

memandangkan masih keletihan lepas 'tawaf' Kyoto hari sebelum, pagi tu kami keluar lewat sikit dari hotel. taknak rushing2 dah sebab kesian kat kaki ;p

hotel yang kami duduk memang dalam area Amerikamura atau American Village so boleh jalan kaki ke jer ke Dotonbori. cuaca pulak still suram pagi tu tapi tak hujan.

hotel kami kat sebelah kiri Nikko Osaka

Amerikamura ni glemer di kalangan budak2 muda. kedai2 baju pon semua pesen muda mudi & style hippies. so tak beli apa pon kat situ (sedar diri ;p). pastu kat sepanjang jalan boleh dengar depa bukak muzik berdentum dentam. happening abis uols. hahaha...



malam2 ramai budak jepun dok main skateboard kat Triangle Park ni


lampu pelik ni lagi

taktau bangunan apa tapi femes kat situ

spiderman tengah skodeng minah jepun dari atas 

dari Amerikamura kami menapak ke Dotonbori, tempat yang sangat femes dengan billboard 'ketam besar' & Glico man.

yay dah sampai Dotonbori


Dotonbori River

bangunan Namba Hips

umat manusia punya la ramai walaupun awal lagi. kat Dotonbori agak 'bising' so sesapa yang tak suka tempat crowded mungkin rimas sket. 

masa kat situ kami belum betul2 'jumpa' lagi Glico man. memang tak cari pon sebab nak cepat. so esoknya kami pegi situ lagi. hikhikk...

nampak tak kepala2 orang tu? ramai sungguh!

tempat shopping berbumbung

adam terkinja2 bila dah nampak ketam tu. teruja lebih katanya. hahaha...

antara billboard yang femes kat Dotonbori

setarbak & kedai buku Tsutaya

omiyage market Little Osaka ni mahal sket. so tak beli apa pon kat situ ;p

antara icon Dotonbori. ada restoran ikan buntal atau fugu

kat sepanjang jalan ni ada banyak kedai jual takoyaki & okonomiyaki. boleh jadi lapaq woo..hehe...

tapi kami tak beli pon sebab dah rasa takoyaki sebelum ni. tapau jer dari kedai dalam tren stesen Shinsaibashi kalau tak silap. memang oishiii...

lepas dah melilau2 kat situ kami pon amek tren dari Osakananba Station ke Dekijima Station untuk menuju ke Osaka Masjid. 



otw nakpi Dekijima dah mula hujan. sampai stesen makin lebat lak. tskkkk....pasrah jela menapak ke masjid. dari stesen dalam 1km gakla. fuhfuhhh...abis kasut pon basah :-(

sepanjang perjalanan ke masjid tu sunyi sepi ja. macam takdak orang lak kat kawasan tu. kereta pon boleh kira jari okeh. pelik jugak sebab hari tu public holiday diorg. cuti Showa Day. nak tau amenda showa tu sila gugel. mih3...

sesampainya di kawasan masjid, kami terpa Osaka Halal Restaurant dulu. lapiaqqq....mujur restoran tu bukak walaupun dok holiday.

dah lepas makan baru posing

comel jer restoran dia

sesapa yang nak ke masjid ni, sila la bertandang ke restoran ni jugak. memang sedap! rasa lega perut dapat masuk 'real food' setelah berhari2 dok telan onigiri. hahahah...gambar food tak sempat nak amek. dah masuk perut dulu baru tingat ;p

aku order nan & tandoori. siap hidang atas hot plate. dok berasap2 lagi. rasa pon mabeles! bobo makan nasik dengan lauk apa tah. pon sedap tapi nasik jer kureng siok sebab depa guna beras Jepun. adam makan nasik dengan kebab macam sosej. pon sedap. sila la terai yer... :D

yang kanan tu la tokey restoran ni. very friendly person

lepas kekenyangan kami solat jamak pulak kat masjid. bawah masjid tu ada kedai runcit jual barangan halal. pekerja dia indon tapi memang dah lama la dok jepun.

kat masjid aku sidai segala stokin, sweater & kain lap adam kat kipas. buat macam rumah sendiri sebab takder orang. tehehe...


Osaka Masjid

ruang solat wanita. kipas oren tula tempat aku jemur stoking. kih3...

bersihkan dengan sikat ;p

lepas solat kami menapak ke Chibune Station pulak. jalan kaki ke stesen tu lagi dekat, lebih kurang setengah kilometer jer. masa tu hujan pon dah benti. alhamdulillah...

masa pegi (dari Osakananba) saja taknak turun kat Chibune sebab kena tukar tren (Sennichimae Line & Hanshin Main Line). kalau turun kat Dekijima tren stret jer dari Osakananba (Hanshin Namba Line) cuma kena menapak jauh sikitlah. pilihlah yang mana uols suka yer. nak menapak atau nak tukar tren ;p

lintas sungai dulu



dah sampai Chibune Station

dari Chibune Station kami bertolak ke Umeda Station untuk tukar tren ke Honmachi Station. tujuan: ke Hard Rock Cafe Osaka. mih3....dari stesen tu jalan kaki jer ke HRC. dekat sangat. aku tak beli apa pon kat situ. tak berjiwa rock kekdahnya ;p bobo jer beli selai tshirt sebab dah tak cukup bekalan nak pakai untuk esok. hahahhah...

apa2 jer gaya adam ni ;p

mampu berangan jela ;p

gemoknya ahkak tu! T___T

pastu kami menapak balik ke hotel. dah tak jauh dah dari HRC, dalam 1km *lap peluh*.

jalan pelan2 tak sedar pon tup2 dah sampai kat Shinsaibashi-suji, soping kompleks yang berbumbung tu. apa lagi, harus la singgah menyoping dulu. dapat la sambar 2-3 helai tshirt adam kat Uniqlo. sebelah tu H&M tapi malas nak masuk sebab malamnya kami nak keluar semula ke Umeda Sky Building pulak.

boleh shopping sampai lebam kat sini

malam tu lepas dah dinner mandi solat semua kami keluar semula. amek tren dari Shinsaibashi Station ke Umeda Station. sampai2 kat Umeda jadi blur sebab tak ketahuan nak exit ikut mana. hahah...pada sapa yang belum tau, Umeda Station tu tersangatlah besar. ntah ada berapa shopping mall dalam tu. exit pon ada banyak. memang pening kalau tak tau nak tuju mana. hihih...

sementara nak cari jalan yang benar kitorg amek gambar dulu....

bangunan Yodobashi Umeda


lepas dah terdongak sana sini barulah ternampak Umeda Sky Building. so kitorg pon menonong jer jalan menuju building tu. lama2 baru perasan leh tahan jauh jugak. pastu bobo tumpang tanya kat satu couple jepun yang lalu sebelah kami. rupanya diorg pon nak ke situ jugak. so diorg suruh kami folo jer. 

yang boipren tu pandai jugak spiking English. yang gepren tak reti langsung. hahah...tapi diorg ni baik gilos! siap lalu ikut jalan jauh sebab nak teman kami yang usung stroller. padahal diorg boleh jer lalu jalan shortcut. sangat helpful!

Osaka Umekita Plaza. lawa tul tempat ni...

masa tengah jalan tu hujan renyai. apalah nasib...sehari tu hujan jer. hukhukkk...dari Umeda Station ke Sky Building ni kena jalan lebih kurang 1km. dekat jer kan? ;p

lepas beli tiket, kami kena naik atas lagi dengan eskelator tergantung. boleh tahan gayat jugakla. sibaik tak jauh sangat ;p


view dari bawah

bisnes hour Floating Garden


nilah eskalator yang boleh nampak dari bawah tadi. gayat!

boleh view satu Osaka dari sini. ramai gak couple2 dok dating kat situ. yang kami ni cuma jalan satu round pastu blah. hahaha...

Osaka at night. membangun sungguh negara matahari terbit ni kan?

ingatkan kami dah sampai habis atas, rupanya boleh naik lagi ke rooftop. kena naik lif pulak. open air jer situ so memang sejuk gilos sebab hujan pastu angin pun kuat. elok jer kami naik tup2 hujan bertambah lebat lak. ketaq dagu menahan sejuk! last2 turun balik sebab tak tahan. huhuh...

lantai kebiruan tu sebenarnya macam glitter. liplap2 gitu...

adam posing macam mr bean. kih3...

i lap u!

lepas puas ronda2 kat atas tu kami pon balik semula ke hotel & call it a day. route sama macam pergi tadi. naik tren kat Umeda, turun kat Shinsaibashi. 

apa pon sebelum tido jenuh lumur kaki dengan foot gel. kah3...

end of day 4. 

lepas ni aku sambung final part pulak yer. day 5 di Universal Studio Japan & Namba (again). tehehe....

till then. toodles!


Friday, July 11, 2014

Doa Qunut Nazilah


hari ni dah masuk hari keempat saudara2 kita di palestine bergelut dengan rejim zionis laknatullah :'-(

kalau tak mampu sedekah duit, the least we could do is to doa & pray for their safety.

jom sama2 kita baca doa qunut nazilah setiap kali lepas solat. semoga mereka sentiasa di bawah lindungan Allah & tabah hadapi dugaan ini.

amin...