Tuesday, March 25, 2014

A Gloomy Day #MH370...


tak pernah lagi aku buat entry psl MH370 ni...actually one of the passenger is my 2nd cousin's hubby. dia adalah salah sorang staf Freescale yang dihantar ke Beijing atas urusan kerja. 

sebak rasanya hati bila PM umumkan semalam flite MH370 berakhir di Lautan Hindi...terus teringatkan wajah my cousin dan anak tunggalnya yang 'mungkin' telah kehilangan suami dan ayah mereka. Allahuakbar... :'((

mudah2an diorg dapat cope well dengan berita yang sangat mendukacitakan ini...

innalillahi wainnailaihirojiun....semoga roh arwah, kesemua krew dan pilot MAS & penumpang lain aman di sana...takziah juga kepada semua ahli keluarga yang terlibat...

Al-Fatihah....

Thursday, March 20, 2014

Another Renovation Project

tahun 2010 dulu jenuh dah aku story mory pasal renovation rumah kat Jitra. tahun ni nak story pasal renovation rumah di Kulim plak. 

yer, kami dah beli rumah di Kulim. huhuhh...takmau story awal2 sebab aritu masih dalam proses pembelian. tapi 2 minggu lepas alhamdulillah kunci rumah dah pun dapat. at last! 

rumah ni kami beli atas orang. tapi owner lama tak penah duduk pun. so masih kosong macam baru la.




camni la rupa rumah baru kami. setingkat jer. memang taknak dah rumah 2 tingkat sebab masing2 malas naik tangga. hahahaa...truk sungguh!

seminggu yang lepas bermula la projek renovation kami. jenuh duk deal dengan 2 kontraktor. tapi sebab ada pengalaman lepas so dah tau la apa yang kami nak dan taknak. ngeee...



kontraktor dah mula buh pasir & bata. tapi diorg belum mula kerja lagi sebab letrik baru daftar. hehe...beria suruh orang renobet padahal letrik takdak lagi ;p

untuk projek renovation ni kami akan buat:

1. extend washing area (yang sekangkang tupai tu)
2. extend tembok dapur (sekangkang tupai jugak)
3. plaster ceiling di ruang tamu & ruang makan (simple2 jer)
4. pasang lampu, kipas, aircond
5. pasang grill

and last but not least,

6. kitchen cabinet :-D 



oklah, nanti sambung detailed story dalam next entry yer. 

till then, toodles!

Tuesday, January 28, 2014

5 Gred Solat


got this from whatsapp. just sharing...

  • Gred E 
Bila azan, buat tidak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya
  • Gred D 
Bila azan berkumandang,dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat
  • Gred C 
Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat
  • Gred B 
Bila azan, terus berwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau
  • Gred A 
Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat

Apakah gred solat kita?
Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat macam mana? Ingatlah! Solat adalah perkara 1 yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti.



Jom muhasabah...

Friday, January 24, 2014

Kisah Tergezut!

sorry for the lame title. tak tau nak buh apa. hiks...

first entry of year 2014. diam tak diam dah setahun kitorg pindah ke kulim. so far so good alhamdulillah...

arini nak citer satu kejadian yang berlaku kat tadika adam baru2 ni. 

masa nakpi ambik adam satu petang tu ada sorang bapak budak ni dok mengamuk! tergezut ahkak! eh, bukanlah mengamuk berparang bagai tu, tapi dok maki hamun cikgu2 kat situ. tau sebab apa?

SEBAB SELIPAR ANAK HILANG.

yer, sebab tu jer. tapi peel macam kena rasuk setan baq hang! dok maki2 cikgu (sebut perkataan tak elok), cakap dengan nada menengking2 dan taknak terima nasihat pak gad yang suruh dia bertenang. tup2 dia lak suruh pak gad tu pi duduk, jangan cakap apa2. tskkkk....

cikgu nak bagi ganti selipar lain dia taknak. siap cakap 'selipar buruk macam ni cikgu nak bagi?!' (ulang cakap 2x dengan nada menengking). eiii...tak bersyukur langsung! aku tengok elok jer selipar tu. selipar adam lagi belemoih kot! pastu ajak pi beli lain pon dia taknak. duhhh...

pastu dok meroyan (orang jantan pon boleh meroyan i tell u!) cakap 'ni cemana saya nak balik ni?!' orang nak bagi selipar lain hang taknak, pastu dok mengamuk tak sudah. buh penampaq sedas baru ada akai! eiii...geram btoi tengok. maybe sebab dia naik motor, dia rasa susah nak bawak balik anak dia tanpa selipar. ntohla aku pon tak paham naper.

tapi yang sakit hati tu sebab dia dok buat gila depan budak2. dahla sebut benda tak elok! yang budak2 tu tengok dia sampai bulat bijik mata. adui laaa...bapak jenis apa la macam tu. dah tak boleh fikir baik buruk kelaku depan budak2. adoyai...

at one time tu bini dia kot call pujuk suruh dia balik jer. dia berkeras jugak cakap taknak. nak tunggu jugak sampai dapat balik selipar tu ker hapa tah dia cakap. haishhh....harga beribu2 kot selipar anak tu? 

esoknya aku tanya balik kat cikgu, apa kesudahan 'drama' kemarin? 

cikgu bagitau rupanya selipar tu tak hilang pon! cuma ada sorang budak ni tersalah ambik. adehhhh...tak pasal jer jadi drama.

cikgu tu bagitau lagi, pagi esoknya dia tak malu pulak hantar anak ke tadika. kalau aku la, sure tak nampak bayang dah kot kat situ! pastu pengetua cakap la kat dia kalau dia taknak hantar dah anak dia kat situ, takper, boleh hantar kat tadika lain. pastu mamat tu jawab balik dengan nada & muka eksen 'ok, takpa!'. belagak sungguh! sure malu besar bini dia. my sympathy to her. huhuh...

moral of the story (untuk diri sendiri jugak),  kot yer pon stress pasal keje takyah la terbawak2 sampai balik rumah. or in this case, ke tadika anak. kah3...please learn to deal with it! pi la kelas angry management ker apa. ni kan dah tak pasal2 hang dapat malu satu keluarga. siapa yang malu? mereka dan keluarga mereka bak kata sorang retis zaman dulu. gituh...

aku risau gak sebab zaman sekarang ni dah banyak sangat dok baca citer orang jadi gila, zalim etc. kalau dah naik syeikh tu apa saja manusia boleh buat kan? iskkk...nauzubillah...

sekian berita tergezut hari ini.

till then. toodles!




Friday, December 6, 2013

Berlibur di Bukit Bendera

lama sungguh takpi Bukit Bendera. aku sendiri pon dah tak ingat bila last pi sana. dekat 20 tahun kot? hehe...nama jer org Penang ;p

few months ago bobo ajak pi sana lepas brekpes kat Transfer Road. memandangkan takder plan lepas tu, aku pon setuju jerlah (padahal dalam ati nak ajak pi Gurney Plaza. mihmihmih...)

panaih lit lit


kitorg sampai sana lebih kurang jam 10.30 pagi. boleh tahan ramai orang jugak rupanya. lepas beli tiket kena queue untuk naik train. train dia pon dah moden. canggih la sket compared dengan yang lama.





perjalanan nak naik atas lebih kurang dalam 20 minit saja. suhu agak dingin tapi taklah sesejuk mana. tapi air kat toilet dia sejuk gilos baq ang! 

basically takder apa sangat kat atas tu. cuma boleh tengok view Penang, ada kedai makan, tempat lepak2 dan boleh naik golf cart yang mahal berapi (RM30 per trip yang tak jauh mana). tapi kitorg naik jugak golf cart tu for the sake of experience. drebar mamat india tu dok cerita la sejarah2 kat Bukit Bendera semua. then ada lalu tepi rumah tokey Sports Toto ker Magnum 4D tah. mansion dia besaq gilos! rumah tokey Maxis pon ado atas tu. diorg cuma datang untuk holiday jelah. 

enjoy the piccas!


makcik gemoks!

awan dok lindung view plak dah...

sekodeng sat. kena bayaq singgit nak tengok view pakai natang ni




  
the oldest postbox. 100 tahun dah umur dia. huhu...






the old furnicular train. kayu jer. hehe..

tu jerlah yang ada kat Bukit Bendera ni. view memang lawa. takat nak beriadah ok la. nyaman jer suhu. hehe...

sapa yang belum pegi tu, sila la pegi yer. nanti leh beli FM kat gerai2 souvenir bawah tu. hiksss...

till then. toodles!

Wednesday, November 27, 2013

Happy 5th Birthday Adam Rayyan!


lama tak stori mori pasal anak teruna ahkak nan sorang nih ;p 25 nov lepas genap dah usia dia 5 tahun. kitorg tak selebret pon cuma aku buat goodie bags untuk kawan2 tadika dia. lupa pulak nak snap gambo. pastu pi makan2 kat kedai tomyam jer. heh...

progress adam in a nutshell:

dah boleh membaca walaupun belum laju but still alhamdulillah...
suka joget2 macam ulat beluncas T___T. tok abah siap upload video dia tengah joget kat youtube. kih3...
suka tengok running man & kenal semua watak dalam tu (terjangkit kat ummi dia ;p)
banyak mulut
peminat tegar sushi
kuat merajuk
penyayang & pandai tunjuk his affection
tahu minta maaf kalau dia buat salah
tak minat aiskrim 
pandai pakai baju sendiri
suka berkawan and lastly;

tidur ternganga. hahahaha....


whatever it is, if you happen to read this entry in the future, you must know that ummi & daddy love you so very mucho dear son! muackksssss...

kami doakan semoga adam menjadi anak yang soleh & berguna di dunia dan akhirat, dikurniakan kesihatan yang baik & iman yang kukuh. 
amin ya rabbal a'lamin....

Thursday, November 21, 2013

Kisah Halal (atau tak) Sushi King

ola! kembali bersiaran. heheh...hari ni nak share pasal kisah halal Sushi King. 

not so long time ago aku ada terbaca dalam FAQ Sushi King katanya diorg still dalam research untuk apply sijil halal. 

pastu baru2 ni aku saja bukak balik FAQ tu, tup2 dah takder pon mention pasal 'research' tu. kalau nak kepastian, sila ke website diorg ;D rasa pelik jugak takkan lama bebenor buat research halal kan?

pastu aku rasa terpanggil la nak email Sushi King pasal taraf halal restoran diorg. sebab kitorg kerap gak pi makan situ. this is their reply...

Dear Mdm Husna,
Greetings from Sushi King!
Thank you for your email to us.
Further to your enquiry, Sushi King restaurants do not possess Halal certificate because for restaurants to be certified Halal, all food products and ingredients must be obtained from Halal-certified suppliers. As we are unable to enforce all our suppliers, especially those overseas to obtain Halal Certificate while maintaining the best food quality, therefore Sushi King restaurants are not qualified for Halal certification application.
However, all our foods are pork-free (no pork or pork derivatives used) and do not contain added alcohol. In addition to that, no Mirin is used for food preparation in our restaurants. Our poultry products (such as chicken and beef ) suppliers are Halal-certified. Hope it could clarify your enquiry and thank you for your continuous support for Sushi King
This is a post-mailing from Sushi King. Please do not reply to this email. Replies to this message are routed to an unmonitored mailbox.
Thank you and regards,
Ho Kar Min (Ms.)
Customer Service Department


itu dia. nampak gaya memang takkan dapat sijil halal JAKIM la kot? sebabnya ada supplier bahan2 dari overseas (Jepun i guess?).

so, it's all up to us now. tapi personally aku konpiden sket dengan Sushi King dari restoran2 sushi yang lain. takder sijil halal JAKIM tak semestinya tak halal. gerai2 tepi jalan atau kafetaria kat ofis pun bukan semua ada tanda halal JAKIM kan? tepuk dada tanya selera.

wallahualam...