awal bulan hari tu kitorg plan nak try the famous roti canai Transfer Road, Penang. gigih pakai waze nak cari tempat tu. jakun tak penah pi ;p dalam kete tetiba bobo cakap nak bawak adam naik Bukit Bendera lepas bekpes. aku pon dah berpuluh tahun tak pi sana so why not? ;D entry pasal Bukit Bendera kemudian la yer..
kitorg sampai Transfer Road dalam kul 9.30 pagi. orang punya la ramai. one of my tips nak tau kedai tu famous or not - semua bangsa ada. hehe...sibaik tak susah dapat seat.
aku order roti canai kuah banjir dengan daging. pastu tamak, order roti bakar telur goyang satu set. konon nak share dengan adam la. hiks!
gerai roti bakar tu sebenarnya asing dengan gerai roti canai ni. dia macam menempel jer kat sebelah tu. tapi diorg share customers la.
roti bakar telur goyang dia not bad la. nak kata hebat sangat pon tak jugak. yelah, wat du yu espek? roti bakar jer kan? mesti la rasa macam 'roti bakar'. kih3...
atas roti tu dia letak telur separuh masak ada 2 biji. depa guna roti benggali yang dibakar atas arang pastu sapu dengan majerin & kaya.
konon nak share dengan adam kan? padahal aku yang makan banyak. ngehehe....
roti canai dia pon memang mabeles! tengokla daging dia bagi 3 ketul besar2. tapi lembut jer. roti canai pon lembut. ada tengok sorg apek ni order lauk ayam, pon besar jugak. memang puas hati la dengan portion dia...boleh kenyang sampai petang!
kalau nak cari tempat ni, sila type alamat kedai: 56, transfer road, georgetown, penang dalam waze. insyaallah tak sesat. heee...
okes, pasni insyaallah entry pasal trip ke Bukit Bendera pulak yer.
till then, toodles!
Thursday, September 19, 2013
Wednesday, September 11, 2013
Ceritera Aidilfitri 2013
erkk...dah masuk zulkaedah baru mai seru nak update. heee....nak citer pasal raya pon dah tak relevan. tapi nak citer jugaklah for the sake of own memory ;p
tahun ni kitorg beraya di Penang dulu. my kampung sweet kampung :D
2 hari sebelum raya mak abah & kekta sefamily datang tidur kat rumah. aku & bobo still keje hingga titisan terakhir gituh. malas nak ambik cuti awal sebab nak raya kat sini jer pon. Kulim-Penang sebelah jer. so no point nak cuti awal. tadika adam pulak dah tutup. mujur gakla diorg ada. boleh tengokkan adam.
petang sehari sebelum raya diorg dah ke BM, rumah makcik. nak tidur sana pulak sebab nak tolong makcik prepare apa yang patut untuk raya. mak kata nak masak lontong. so tinggallah aku & adam petang tu kat rumah (opis aku bagi balik halfday). yang bobo pulak boleh balik kul 8 malam! macam takder feeling nak raya pon pakcik tu. huhu...
aku pon tunggu dia balik baru start packing kain baju. pastu dia kata nak balik BM malam tu jugak. baru la aku nak kalut! ingatkan dia nak pegi sana awal pagi raya jer sebab penat baru balik keje kan...takperlah ikut jer kata encik somi. hehe...
so lepas packing semua pukul 12.30 pagi camtu baru kitorg gerak ke BM. on the way tu singgah beli lemang kat tepi jalan. mujur pagi buta orang dok jual lagi.
first day raya
alhamdulillah tahun ni berpeluang solat sunat aidilfitri kat surau Desa Damai, BM. pegi dengan bobo & abah. lepas tu baru bertolak ke Batu Uban, beraya dengan sedara mara kat sana lak.
tema baju raya kitorg tahun ni cacamarba! bobo jubah dark brown, adam jubah light brown. aku kurung pepel. muahahaha...hantam saja la labu...
petang tu lepas balik dari Batu Uban, kitorg lepak kat Black Canyon, Jusco Bandar Perda. raya2 lepak soping mall uols. hahahaa...ingatkan kitorg jer rupanya ramai lagi ummah beraya kat situ ;p jadi gheja sungguh!
2nd day raya
pegi beraya di utara ie. kedah & perlis pulak. bobo la tetiba cakap nak join beraya ke sana. kalau tak, kitorg plan nak balik banting hari tu. tah apa mimpi dia. hehe...aku ikut jelah. dalam hati berbunga riang gakla sebab dah lama tak balik beraya sana.
3rd day raya
bertolak ke Banting lepas breakfast. alhamdulillah jalan tak jem tapi kete banyak gak. malam tu cuma duk rumah jer tak kemana...
4th day raya
siri beraya ke rumah sedara mara bobo lak di satu KL. tehehe...aku pakai shawl yang dell jual tapi sebab tak reti lilit, last2 aku lipat pakai macam tudung bawal. aci tak? ;p
adam pakai shirt H&M siap tie. dia sendiri yang pilih shirt tu. dah pandai bergaya aih budak ni.
5th day raya
masih mood raya. huhuh...hari tu pegi beraya di rumah pakcik aku lak. pastu sambung beraya di Shah Alam, Kajang dan finally raya kat KLIA! hahahah...dok tak dok pi KLIA time raya ;p
sebenarnya nak hantar Auntie Kiah balik UK. eh, dia pegi France dulu kot. ramai kawan2 lama abah & mak buat surprise kat auntie hantar dia kat sana. suka sangat tengok friendship diorg. walaupun dah 30+ years ago tetap utuh!
6th day raya
time to go home. kereta still banyak tapi smooth. yang jem sebelah bertentangan la. yang pakat nak balik KL. hehe...esoknya dah kerja tapi mood still tadak! tula padah bila lama sangat cuti raya kan?
ok, setel entry raya (buat syarat) ku. hehehe...
till then. toodles!

![]() |
| adam macam budak myanmar mualap! |
![]() |
| kat batu uban |
![]() |
| abah siap bersampin nak pi minum kat black canyon. ahahaha... |
![]() |
| me & fahri the cheeky boy! |
2nd day raya
pegi beraya di utara ie. kedah & perlis pulak. bobo la tetiba cakap nak join beraya ke sana. kalau tak, kitorg plan nak balik banting hari tu. tah apa mimpi dia. hehe...aku ikut jelah. dalam hati berbunga riang gakla sebab dah lama tak balik beraya sana.
![]() |
| ni jer gambaq 2nd day raya yang ada muka ahkak. hahah... |
![]() |
| rumah pakcik kat arau. betul2 sebelah stesen ketapi arau yang baru nak siap tu... |
3rd day raya
bertolak ke Banting lepas breakfast. alhamdulillah jalan tak jem tapi kete banyak gak. malam tu cuma duk rumah jer tak kemana...
4th day raya
siri beraya ke rumah sedara mara bobo lak di satu KL. tehehe...aku pakai shawl yang dell jual tapi sebab tak reti lilit, last2 aku lipat pakai macam tudung bawal. aci tak? ;p
adam pakai shirt H&M siap tie. dia sendiri yang pilih shirt tu. dah pandai bergaya aih budak ni.
![]() |
| iklan ubat batuk cap ibu & anak ;p |
![]() |
| funky boy/greenday wannabe. tehehe... |
5th day raya
masih mood raya. huhuh...hari tu pegi beraya di rumah pakcik aku lak. pastu sambung beraya di Shah Alam, Kajang dan finally raya kat KLIA! hahahah...dok tak dok pi KLIA time raya ;p
sebenarnya nak hantar Auntie Kiah balik UK. eh, dia pegi France dulu kot. ramai kawan2 lama abah & mak buat surprise kat auntie hantar dia kat sana. suka sangat tengok friendship diorg. walaupun dah 30+ years ago tetap utuh!
![]() |
| posing dulu depan rumah mak abah. adam tak abih2 nak pakai tie dia tu! |
![]() |
| daddy-son bonding time @KLIA |
6th day raya
time to go home. kereta still banyak tapi smooth. yang jem sebelah bertentangan la. yang pakat nak balik KL. hehe...esoknya dah kerja tapi mood still tadak! tula padah bila lama sangat cuti raya kan?
ok, setel entry raya (buat syarat) ku. hehehe...
till then. toodles!
Tuesday, August 6, 2013
Checklist & Raya Wish
tinggal 2 hari jer lagi nak raya. lupa nak buat checklist awal2. huhuh....ok, here goes:
- baju raya ---> *checked* alhamdulillah...warna tema? dun ask. tahun ni kitorg konsep cacamarba sebab bobo nak pakai jubah kaler koko gelap, adam pakai jubah kaler koko cerah. aku? hantam sajala mana2 baju nanti. ada 4 pasang semua. pagi raya nanti baru pikir. heee....
- angpau ---> *checked* separuh dah siap masuk sampul ;D
- kuih ---> *checked* ada 7 jenis rasanya. semua untuk makan sendirian berhad. muahahaha....
- servis kete ---> *checked*
- reload touch & go ---> *not checked* takper masih sempat
- kemas rumah ---> *checked* weekend baru ni kitorg kemas rumah all out. spring cleaning gitu. sampai naik lembik!
- packing baju ---> *not checked* list baju mana nak bawak balik kampung pon tak buat lagi. tskkkk!!
- cuti raya ---> *checked* sambung 2 hari jer lagi. sebelum raya tak ambik pon sebab tahun ni raya penang dulu. dokek jo...
- facial ---> *not checked* takdan buat facial raya pon tahun ni. belemoih la muka aku nanti. hukhukkk...
- zakat fitrah ---> *checked* bobo dah bayar baru2 ni.
alhamdulillah...banyak yang dah setel. tinggal nak packing jela...
di kesempatan ini juga ahkak ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri kepada semua readers & maaf zahir batin kalau ada tersalah cakap selama berblogging ni. sob sob...
ok lah, happy holiday uols!
Friday, August 2, 2013
Pokok & Mancis
Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.
Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar.
Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil. Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat makan burung.
Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.
Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.
Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.
Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.
Believe in "Cause and Effect".
Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai...
Thursday, August 1, 2013
Innalillahiwainnailaihirojiun...
daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali...
al-Fatihah buat bapa saudaraku, Ami Yed yang telah pulang menemui Ilahi pada malam selasa baru ni...
petang selasa dalam jam 2.30pm kami dapat perkhabaran dari kakak sepupu, kak long, ami dalam keadaan kritikal di GH Penang. aku terus ajak bobo pegi spital. dah rasa lain macam masa tu. sebab hujung bulan 5 tempohari ami pernah hospitalized selama 3 minggu. lepas discharge dia macam dah recover sikit.
hari isnin baru ni arwah ami dimasukkan ke GH semula. sedih tengok keadaan ami masa kitorg lawat tu. memang dah tak sedar. aku rasa berat jer nak balik. tapi memandangkan dah dekat waktu berbuka, kitorg balik jugak lepas 3 jam lebih berada di GH. tapi 2 jam lepas tu, dapat tau ami dah takder. Ya Allah...sedih tak terkata! :'(
arwah ami merupakan abang sulung dalam keluarga mak aku. lepas arwah tok meninggal tahun lepas, dialah yang jadi orang rujukan adik beradik semua.
kami 3 beradik pon sangat rapat dengan arwah. in fact, dialah pakcik yang paling rapat dengan kami sebab kami tinggal di kampung yang sama.
ami pernah bawak kami naik bot pergi rumah ikan kat tengah2 laut di Batu Uban, pernah hantar/ambik kami dari sekolah rendah dan kami pernah tolong ami jaga kedai runcit kat rumah dia. aku & kekta pernah solat berjemaah (terawikh kot?) kat rumah ami. banyak lagi la kenangan dengan ami...
masa hari pengebumian, ramai sangat orang datang ziarah jenazah ami. masa di hospital pun sama. ramai orang ziarah ami. memang ami sangat disenangi orang...
masa ami nak hembuskan nafas terakhir pun kak long bagitau mudah. alhamdulillah...ami hembuskan nafas terakhir dalam bulan yang mulia..yang pasti, raya tahun ni mesti suram :(
kami doakan semoga roh Ami Yed tenang di sana dan ditempatkan di kalangan ahli syurga...amin....
you will be greatly missed.
Al-Fatihah...
Tuesday, July 23, 2013
Lelong! Lelong!
ok, arini nak lelong handbag pulak. aritu dah lelong kasut. hehh...
my sis kekta nak let go her Burberry and Kate Spade handbags. dua2 handbag ni baru lagi & tak penah guna. dia ada simptom suka beli tapi simpan. hahah! kekta jangan mare ;p
sesapa yang berminat sila email mrsplainjune@gmail.com segera! ;D
my sis kekta nak let go her Burberry and Kate Spade handbags. dua2 handbag ni baru lagi & tak penah guna. dia ada simptom suka beli tapi simpan. hahah! kekta jangan mare ;p
Burberry
spesis bag: Burberry small grainy leather tote.
beli kat London (bau London dok melekat lagi. hahah)
kaler itam.
saiz 27x26x12cm.
made in Italy.
100% calf leather.
boleh galas bahu & ada tali panjang.
ada dustbag.
harga: RM2450 (boleh installment 5 kali)
Kate Spade
spesis bag: Kate Spade Gold Coast Maryanne (ala2 chanel ;p)
soft pebbled cowhide with matching trim with 14-karat light gold plated hardware
short shoulder tote with magnetic snap closure
center zip divider, double slide pockets, and interior zip pocket
custom woven dot lining
kate spade new york light gold staple
8.27" drop length
imported
size: 10.3"h x 15.1"w x 5.4"d

harga: RM950 sahaja
sesapa yang berminat sila email mrsplainjune@gmail.com segera! ;D
Thursday, July 18, 2013
Amalan Wanita Datang Haid Semasa Ramadhan
please click for larger view
pic from google
tak semua wanita dapat puasa penuh bulan ramadhan ni kan? yang dapat penuh tu alhamdulillah...takyah ganti dah. hehe...
untuk yang tak boleh puasa, fret not. ada banyak lagi amalan yang boleh kita lakukan semasa datang haid. so the ibadah momentum is still there...
semoga kita semua mendapat syafaat dan keberkatan di bulan yang mulia ini. amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)