Wednesday, May 22, 2013

Setahun Sudah Berlalu....


exactly one year ago, on this day, i was in Pareee. 

rindu!!

hewhewhew...

ok, tu jer nak habaq.

;p

Thursday, May 16, 2013

KL Aku Datang!

eh ekceli bukan KL pon, PJ jer. huhu...

apa pun puas hati dapat balik rumah parents & MIL seminggu uols. first time kitorg balik naik flight. alhamdulillah adam pun behave walaupun sangat teruja. dekat2 dah nak landing dia tertidur. pergi-balik macam tu. hehe...

adam & iman, my cousin's son kat epot

budak teruja takmo duduk

esoknya pegi ikea beli meja study adam. dah lama aku aim at last dapat gak beli. mujur la abah, mak & kekta balik mengundi kat penang. depa la tolong bawak balik meja tu. hehe...


adam & fahri = ahli boria kampung pisang ;p

fahri 'berlakon' tidoq kat ikea. hehe...

hari jumaat tu plak kekta ajak soping baju raya budak2. dia bawak nuha, aku bawak adam. soping kat Paradigm Mall jer. dekat sangat dengan rumah mak abah. aku beli gak 3 helai baju untuk adam. satu kat H&M, satu kat M&S, satu lagi kat Uniqlo. seluar raya nanti suh bobo lak sponsor. hehh...


adam & nuha. tarikh lahir cuma beza seminggu. hehe...

erkk!

memandangkan besday bobo is coming up, 7 may to be exact, aku plan dengan kekta mintak dia oderkan kek kat kak yani thekitchenguardian (sila stalk ig beliyau ;p). kunun nak buat seprais la kat bobo. and it works! heeee...tekujat gakla enchek bobo tengok kek tu. tak kisahla celebrate awal sket coz the intention is there, yer dop? ;p

i ordered purple ombre cake. dappp...tapi takleh makan banyak sebab muak. kalau kek chiffon leh la aku makan sebijik trus. muahahah...

nantek kan?

bday boy malu2 nak potong kek. hihih...

malamnya kitorg dinner kat Paradigm (lagi!). makan kat Uncle K. servis teruk gilos! masa mula sampai customer ramai gakla. sampai orang dah surut food aku & abah tak sampai2 lagi. ada kot setengah jam tunggu. panggil waiter tanya. dia pegi check. pastu baru datang balik baru nak habaq food abah aku order dah habis! wtttoooott....takleh ker bagitau awal2 tadi? bila orang dah tunggu lama baru nak bagitau. aigooo...

aku order mee goreng mamak jer pon. tah apa sebab lambat gak sampai. dekat kul 10pm baru dapat makan. dah masuk angin pon. last2 abah kensel trus order. dia share2 jer makan kotiau mak dengan mee aku. grrrrrrrr.....food pon so-so jer. pangkah takmo pi dah!

last week mak abah pegi makan situ lagi. guess what? terkena jugak camtu sekali lagi! hahahah...tula tak serik2 nakpi jugak. kan dah kena ;p

kenangan bersama moo cow. hihih...

the next day sebelum mak abah bertolak balik Penang, kitorg lunch kat Serai. di Paradigm lagi! jadinya 2 days in a row aku pi sana. 2 hari tapi 3 kali okes. hahaha...nilah padahnya bila soping mall dekat sangat dengan rumah parents. hewhewhew...

dah lama craving serai tea dia akhirnya dapat jugak ;D

fahri & tukbah kat Serai


ahhh...so refreshing!

petang tu lepas mak abah bertolak, kitorg pon bertolak ke Banting, rumah my MIL pulak. story kat Banting dalam next entry la yer. macam dah panjang pulak entry ni. heee...

till then. toodles!

Wednesday, May 15, 2013

Adam's First Cinema Experience

both aku & bobo bukanlah peminat tegar wayang. last kitorg tengok wayang sama2 pon aku tak ingat bila. masa belum kawin kot? eh ntoh. tanya bobo pon dia tak ingat ;p

malam sabtu baru ni bobo ajak dinner kat luar. pastu aku pon saja2 jer suggest 'jom kita tengok iron man 3 nak?' bobo pon terus 'haa..jom!' hahaha...random sungguh! excited jugak sebab first, ramai cakap iron man kali ni best gilos. second, sebab nak bawak adam. hehe...

so malam tu kitorg beli siap2 tiket pastu baru dinner. beli tiket kul 10.15pm. first time masuk cinema kat Kulim ni. not bad. seat selesa, orang tak ramai. kualiti gambar pon ok.

masuk2 tu dah gelap sebab kitorg singgah toilet dulu. adam tanya aku 'kenapa tak bukak lampu?' kih3...tak pernah masuk wayang la katakan. dulu tak berani bawak dia sebab kecik lagi. tak sesuai kot. satgi dia lak yang 'buat wayang'. 

ada la dalam sejam dia tengok. pastu dah ngantuk terus tidoq lena sampai la wayang abis. hehe...



apa pon memang best gilos iron man 3 nih. takder scene yang membosankan langsung. bobo siap plan pasni nakpi tengok fast & furious lak. hahaha...jangan jadi wayang addict sudah ;p

till then. toodles!

Tuesday, April 30, 2013

Pool & Steak Day

2 minggu sudah bawak adam mandi kolam kat Puncak Mutiara, Kg. Pelet. rm5 jer sorang, mandi la sampai jadi kismis (read: kecut). tapi aku tak mandi pon. jadi pemerhati jer. 

kolam ni betul2 sebelah rumah (err...mansion to be exact!) tokey restoran tu. tapi dibuka untuk rakyat marhaen gak ;p.

masa kami pi sana takder orang pon. kami 3 branak jer. so, apa lagi...bobo & adam buat kolam tu macam depa yang punya la! kih3...

pelampung tu dia pakai dari rumah tak bukak2 sampai ke kolam T___T

pose tonggek kena ada

kolam dia saiz medium. tak besar, tak kecik. just nice ;D

mat ghenyih

father & son bonding time


kat situ takder guard so kena hati2 la bila mandi. mana la tau kot jadi apa2...nauzubillah...

depa mandi around sejam dari kul 11.30 pagi - 12.30 tengahari. bak kata orang utara  - tengah ghembang! (r kena exaggerate sket ;p). jenuh ahkak dok tahan panas bawah payung tunggu depa *lap peluh*.


adam took this pic. muka ahkak sembab gilos sebab tidoq lewat layan running man malam sebelum ;p


dah abis mandi salin baju semua, kami lunch kat situ gak. bobo rekemen tenderloin steak sebab dia makan aritu sedap gila katanya. ok lah, why not?

sibaik memang sedap bagai dikata cuma a bit masin daging dia. tapi overall sedap! tak sia2 aku tunggu depa mandi kolam sambil berpanas-panasan. dapat la makan steak. hahaha...


love!

till then. toodles! (closing anti-climax sungguh! ;p)

Friday, April 26, 2013

Asal Usul Solat

jom baca pasal asal usul solat ;D


SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
 Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
 
Rakaat pertama
:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua
:- 
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya.
Rakaat ketiga
:- 
Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat
:- 
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama
:- 
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua
:- 
Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga
:- 
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat
:- 
Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama
:-
 Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua
:- 
Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga
:- 
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama
:- 
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua
:- 
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga
:- 
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat
:- 
Dukacita terhadap anak Firaun.
 
 

Thursday, April 25, 2013

Lemon Infused Panfried Dory

amboi nama resipi gah sangat. kih3...
sebenarnya panfried dory ajala tapi olive oil di'infuse'kan sikit dengan jus lemon hence the name ;D

dah 2 kali aku masak dory ni. jadi fav dinner lak untuk kami 3 branak. not a healthy dinner tho sebab mashed potato tu very the creamy. hehe...

walaupun aku tak terer masak, saja la nak share resipi ni sebab senang banget. so this recipe is strictly for 'kitchen virgin' jer okes? ;p


Bahan2 (untuk 2 1/2 orang makan. 1/2 tu portion adam. hahaha...)

2 dory fillets (aku beli kat tesco saja) - aku share jer 1 fillet dengan adam
1/2 biji lemon
Tepung gandum
Butter
4 biji kentang saiz sederhana
1 ulas bawang besar/bawang bombay (yang tak tengik)
100ml susu (i used low fat) - ni aku agak2 jer bp ml. asalkan dapat tenggelamkan bawang2 nanti..
1 sudu besar (heaps) Parmesan cheese
Oregano
Baby carrots & broccoli
Cherry tomatoes
Salt & coarse black pepper

Cara2:

1. Dab ikan untuk keringkan air dia dengan kitchen roll.
2. Marinate/season ikan dengan salt & coarse black pepper.
3. Biarkan sebentar.

sambung buat mashed potato plak. heee...




Cara2:



1. Rebus kentang dalam air bergaram sampai empuk dan lenyekkan.
2. Hiris bawang dan tumis bersama sedikit butter.
3. Bila bawang dah lembut, masukkan susu.
4. Tutup api bila susu dah mendidih.
5. Masukkan susu berbawang (lawak plak term ni ;p) dalam kentang tadi dan lenyekkan semula hingga sebati.
6. Masukkan sedikit butter, parmesan cheese dan dash oregano & lenyek lagi sampai tangan lenguh ;p. 
7. Salt & pepper to taste. tadaa...mashed potato dah siap! ;D


prepare veges:

1. Potong broccoli kecik2
2. Blanch dalam air bergaram bersama baby carrots.
3. Tos veges dan masukkan dalam air berais untuk hentikan proses masak. vege akan tetap crunchy kalau buat macam ni. 
4. Sebelum hidang, tos semula dan perasakan dengan salt & pepper with a dash of oregano.

ok, time to cook the fish!



Cara2:

1. Coat ikan rata2 dengan tepung gandum. 
2. Panaskan grill pan (api sederhana panas) dan masukkan sedikit olive oil.
3. Perah lemon ke dalam pan tapi jangan sampai habis. Make sure biji dah diasingkan.
4. Bila minyak dah panas goreng ikan hingga masak (dalam 8-10 minit sebelah ikan).
5. Bila alih ikan perah baki lemon tadi.
6. Masukkan cherry tomatoes (2 in 1. eheee...) - ni optional. tapi bobo suka yang digrill sikit.

ok, dah siap! ;D


nilah ghoper ikan dory nyer bila dah siap.
letak a dollop of tartar sauce (beli readymate sudah!) atas ikan & dah boleh makan ;D



kalau suka pedas tabur sket cayenne atau chilli powder atas ikan dan mashed potato tu. 

selamat mencuba!

Wednesday, April 24, 2013

A Funfair Visit

aku sendiri dah tak ingat bila last pegi funfair. rasanya ada kot berpuluh tahun dulu (dan2 rasa ahkak dah kertu!!). seingat aku last masa pegi Pesta Penang (version funfair besar sikit. hehe...) kot zaman kecik dulu. masa tu masih duduk di Batu Uban. masa tu kami jalan kaki jer pegi pesta. hehe...lepas pindah langsung tak pegi dah kot sampailah sekarang.

baru2 ni dekat kawasan rumah kami ada funfair. in fact sampai sekarang pon semua rides & carousels masih ada di situ cuma tak sure depa masih operate ker tak malam2 (ahkak jarang keluar malam so tak perasan la ;p).

kat Jitra dulu pon ada funfair lebih kurang macam ni tapi tak penah pegi pon. memandangkan adam dah besar sikit sekarang ni boleh la bawak dia this time ;D


tak besar mana pon funfair ni so hampir semua rides kami naik. hahaha...

mula2 kami ride train dulu. naik pening aku sebab asyik pusing ber'round2' dalam circle. dahlah enjin bising! nak cakap apa pon takleh. tskkk...


lepas tu kami naik ferris wheel. gayat gila walaupun tak tinggi mana. tapi adam cool ja. makpak plak yang over ;p


yang tak tahan nak tergelak sebab bobo lagi gayat kalah aku! dia first time naik ferris wheel ni. sian laki ahkak. hahahaa...

muka cuak! kih3...

ada lagi satu ride kami naik ala2 train jugak. berpusing2 dalam circle. dahla laju so memang takleh nak amek pics langsung masa naik tu. hahah! turun2 jer pening lagi (faktor umur maybe?) ;p

pastu bobo bawak adam naik bumper car. aku dah tak kuasa (penin tak sudah) so jadi pemerhati jelah. 


gigih tikam kunun nak menang bear tu. huh!

kat situ ada tempat main tikam2 gak. tikam pilah camna pon mesti dapat hadiah. tapi...depa pandai trick. tayang hadiah semua teddy bear besaq2. padahal takder sorang visitor pon aku nampak menang atau dok usung bear2 tu. semua dapat hadiah cikai2 jer termasuklah kami. cisss...hahaha...

overall ada kot dalam 7 ketui toys kami dapat. semua made in china & cepat lingkup ;p 

yang tak bleh blah dapat seketui sikat yang leh vibrate. tak berani aku nak guna. kih3...

one of the toys yang kami dapat. robot joget bak kata adam ;p

apapun we had fun that night. sebab jenuh gelakkan bobo yang gayat naik ferris wheel. unsangkarable btoi! hahahaha...(tabaek gelakkan laki sendiri tapi nak gelak jugak ;p)


till then! 

toodles!