Saturday, August 27, 2011

Salam Aidilfitri!


KEPADA SEMUA READERS MRSBOBO (SILENT OR LOUD tehehe)

Mohon seribu kemaafan kalau ada tersilap tutur kata dalam blog ni yang mengguris hati & perasaan mana2 pihak yang membaca...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI &
MAAF ZAHIR BATIN


DARI KAMI SEKELUARGA


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa,
Mohon kemaafan untuk segala-galanya.


Friday, August 26, 2011

Perihal Wardrobe

orang lain bz dok buat entry pasal kuih raya, baju raya, duit raya, semua raya2 lah. tapi aku sibuk nak cerita pasal wardrobe ;p anggap jela ni wardrobe raya yer. kih3...

akhirnya semalam tamatlah sudah penantian kami untuk wardrobe ni. diorg datang kejap jer untuk pasang balik pintu yang tak boleh fit in aritu.


BEFORE



MASA ASSEMBLY


AFTER


camni la rupa dalam wardrobe. sebelah kiri ada laci2, railing dan compartment. sebelah kanan ada railing atas bawah jer. tapi railing yang atas tu macam tinggi bebenor jer. jenuh nak sangkut baju kat situ >_< kena cari step stool la kot pasni (ada alasan nak pi Ikea lagi!).

ouh yer, saiz wardobe ni adalah 7.5' x 9'. saja kitorg buat ceiling height sebab nak dapatkan extra space untuk storage. compartment paling atas sekali tu leh la buat simpan toto dan bantal extra. tapi memang kena guna tangga la kot. heheh....



budak kecik tu comes free with the wardrobe. muahahhaa!



kitorg
sebenarnya takderla puas hati sangat dengan hasil kerja diorg ni. ada la here and there yang rasanya boleh diimprove lagi. masa tengok sample gambar yang tokey dia bawak macam ok la jugak. nampak promising. lagipon kompeni melayu, ingat nak la tolong anak bangsa. gituh....
tapi harapan tinggal harapan. i've seen better quality wardrobe than this. tapi tula, nak cari orang yang boleh buat wardrobe elok2 di Kedah/Perlis ni macam payah jer. kalau gugel pon ada la berapa kerat jer yang keluar. huhuhu...sedih! kalau kat KL takyah cakapla, bersepah2 kan?


hmmm...takpelah, dah siap pon. janji boleh simpan baju2 semua dalam tu...wiken ni sebelum bertolak balik kampung leh la mengemas jap (kalau rajin la kan ;p).


p/s: sorry yer, kualiti gambar kurang elok. snap guna hp jer. skang ni maleh lak nak usung digicam ke mana2. bukan takat maleh usung, nak caj batt pon maleh! teruk sungguh!
(bila masa nak rajin tahler ;p)



Wednesday, August 24, 2011

Checklist Raya 2011

mari buat checklist raya dengan background lagu raya untuk amek feel. huhuhu....

diam tak diam lagi 6 hari jer kita nak beraya! how time flies...terasa kejap sangat Ramadan kali ni, kan? rasa tak bes pon ada :( i prefer Ramadan month more than Syawal kot. sebab rasa tenang jer sepanjang bulan puasa ni...

tahun ni turn 1st day raya di Banting pulak. 2-3 hari kat sana then baru balik raya di Penang. tapi insyaallah kitorg akan singgah rumah my parents dulu di KJ sebelum balik ke Banting. dapatla beraya in advanced dengan family dulu. hehehe...

anyway, memandangkan tahun lepas aku ada buat checklist raya, tahun ni pon nak buat gakla. just a self-reminder untuk makcik hampir nyanyuk macam aku ni (uhukk...uhukk....).


rasanya tahun ni kitorg a bit laidback in raya preparation. bab kuih2 tunjuk jer kot yang dah setel. lain2 macam errrr...banyak blom ready lagi T__T

anyhow, here's our checklist:


  • baju raya family ---> *not-checked* baju melayu for the boys. sian depa takder lagi baju melayu. harap2 sempat la pegi cari lagi this weekend.
    shout out to tokey2 baju di Jalan TAR atau PKNS Shah Alam: please jangan tutup gerai lagi yer ;p
    *checked* baju kurung aku. tu pon recycle jer (sobss..) sebab tailor dah tutup order on 1st july. kain pon aku tak sempat beli lagi masa tu. recycle pon recycle lah dari takder langsung kan...can save bajet summore (ayat memujuk diri namanya ni). ouh yer, kalau tahun lepas our raya outfit resembles kaler uniform tok sami (hahaha!), tahun ni kitorg pilih kaler turquoise (btoi ka spelling?) lak.
  • baju raya casual ---> adam jer ada sebab aku borong siap2 kat London & Ireland aritu. ummi & daddy belum cari lagi (same case as last year). semua last minute!
  • tukar duit raya ---> *checked*
  • sampul duit raya ---> *checked*
  • kuih raya ---> *checked* tahun ni order 5 jenis. semua untuk makan sendiri as usual. ngeh.
  • bilis lilit ---> *not-checked* (mungkin tak beli tahun ni sebab beli kerepek lak)
  • serunding ---> *not-checked* (macam nak beli tapi tak terbeli2 lagi ;p)
  • kasut raya ---> *not-checked* for me and adam. been wanting to get the new Crocs for myself. dah siap try dulu. super comfy! errr..sempat ker tak nak beli nih! *nanges* daddy lak pakai jer mana ada sebab dia baru jer beli aritu....
  • servis kete ---> *checked*
  • packing baju ---> awal lagi kot (but still, i hate packing!!)
  • kemas rumah ---> *not-checked* ;p masih sempat jugak
  • reload Touch & Go ---> *not-checked* should be no problem. bank kat bawah opis jer. hehe...
  • cuti raya ---> *checked (kot?)* sebenarnya belum dapat approval secara black & white lagi. tapi dari sumber2 terdekat (cewah!) katanya bos dah lulus. yehawww!
  • zakat fitrah ---> *checked* bobo dah bayar baru2 ni. alhamdulillah...
  • facial ---> *checked* tapi terbuat awal lak, 2 minggu sudah ;p

banyak lagi items yang belum ready nih. but mostly items yang perlu dishopping la kot. heheheh....harap2 sempat la setel semua by the time dekat raya.

am still not in raya mood actually. walaupun kat rumah dah gigih pasang lampu lip lap ;p makin meningkat
umur rasa makin kurang mood untuk raya. i wonder why. hmmmm...korg ada rasa camni tak? ker aku sorg2 jer yang sedang beremosi? hahah!

so, how's your raya preparation?

Tuesday, August 16, 2011

Sneak Peek


nilah wardrobe kami yang baru dipasang di master bedroom kelmarin.
nampak macam dah siap kan?
sebenarnya tak siap pon lagi...
ntah camner tokey dia tersilap ukur.
so bahagian atas tu tak lepas masuk. kena trim semula.
pastu pintu cermin sebelah jer boleh slide, sebelah lagi sangkut.
grrrrrrrrr.........
baru berangan nak kemas2 baju dalam tu minggu ni....
nampak gaya kena la tunggu lagi seminggu.
tension gak sebab tokey tu datang ukur 2 kali kot.
boleh pulak tersilap.
takpelah, bulan2 puasa ni kena banyak sabar kan?
bila dah siap2 betul2 nanti aku update balik, okes?

Monday, August 15, 2011

Mari Mengetest Oven

malam ari sabtu lepas tetiba rasa tingin nak buat kek. bukan apa, kesian kat oven tu jadi tukun tiruan jer. dah beli tapi tak guna2 pon. mixer pon dah ada, kekta bagi. huhu....

pastu bila bagitau bobo, dia yang teruja lebih. so malam tu jugak lepas berbuka dia keluar pegi beli barang2 kek.

aku suh dia beli tepung kek instant jer sebab senang. campak butter, gula & telur jer kan? tapi dia pi beli tepung naik sendiri. bahan2 lain dia tengok kat tepi kotak tepung tu jer dengan bantuan tuan kedai. siap tick lagi barang apa yang dah dapat. hehehe....gigih btol!

tapi yang kelakarnya patut beli baking powder, tapi dia beli yis sebab dia baca bahan ramuan tu in BM (serbuk penaik). kih3...yang tuan kedai tu plak pi tambah kata bleh jer guna yis untuk buat kek. errr....aku tak penah lak guna yis untuk kek. untuk roti, donat ada la kan?

dekat kul 10.30pm baru start projek kek ni. kitorg buat choc moist siap dengan choc topping. ngeeee ;D

sibaik gak bobo pon eksaited nak tolong sama. yang kelakarnya lepas masuk butter dalam mixer bowl, aku suruh dia tengok kena masuk bahan apa lagi pastu. dia kata tepung. lepas dia tolong sukat semua, aku pon tak agak2 terus jer masukkan tepung dalam bowl tu. padahal kena mix butter dan gula dulu sampai kembang! ahahahaaa! tah hapa2 jer. amatur la katakan... ;p


cake in the oven. isk, tak sabar dok tunggu kek siap time ni. hehe...


tadaa! dah siap! tapi merekah lak kat tengah2 tu


ok, cover rekahan dengan topping. comot gilos! buat topping ni pon tengok resipi kat tepi kotak tepung kek. hahahaa! gigih tak gigih kitorg? ;p


jemput makan semua! nomnomnom....


verdict: lembut dan gebusss! topping pon maveles (perahsantan)! kira menjadi gakla kek ni walaupun tak tentu arah berapa suhu baking semua. heheh...


p/s: dah start berangan nak bake sendiri bday kek adam nanti ;p


Saturday, August 13, 2011

Advanced Birthday Gift


adik aku bagi present Cath Kidston iphone casing ni sempena bday aku yang coming soon in Nov. hehehe....lambat lagi tapi tak kisah la kan? tehehe...

tengok dalam pic sebelum ni ingat kaler merah. rupa2nya pink! my fav kaler! lagi ahkak sukaaaa ;p

tq cek!!

btw semlm aku tengah browse tenet.
tetiba tingin nak survey beg Longchamp Le Pliage yang sana sini orang dok gila tu.
masa aku pi London aritu ada jumpa kat Heathrow airport.
dalam 50 pound camtu.
aku ingat mahal dah. so tak beli la.
rupa2nya bila dah balik sini baru tau orang jual mark up gila2 punya! double kot.
iskk...rogi tak sambaq satu dulu. chisss ;(
bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan.
tapi dalam bab ni sesal kemudian jimat pendapatan. kekeke....

pastu aku cakap kat bobo nak beg tu lah as my bday gift tahun ni.
dia tanya berapa det?
aku cakap ala murah jer...RM500 camtu.
then he went 'hah?!'
agagagaga....tak agak2 bini ni pon...demand benda mahai jer.

sebab dulu bobo dah tanya aku bday tahun ni nak apa...
aku cakap nak steam iron berdiri tu. brand Philips.
heheheh...tah hapa2 jer wishlist aku.
ingat leh la tukar jadi beg baru....
so Longchamp tu nampak gayanya takder harapan la. sob..sob... :'(

takper, ada lagi 3 bulan before bday.
leh pujuk bobo lagi.
muahahhaha!!!

ok, dah melalut sikit2.

toodles!

Friday, August 12, 2011

Justin Bibir Jual Bubur!


ahahahhaaaa!! nak pecah perut gelak bila tengok pic ni. tak boleh blah btoi!

kreatif sungguh la cara depa nak tarik pelanggan kan?

i wonder ramai tak peminat2 justin bibir ni pi beli?

;p