Tuesday, July 1, 2014

Family Trip to Kansai, Japan - Day 3

DAY 3 - 28 APRIL 2014 (KYOTO)

ok, sambung balik citer trip ni ;p dah lama sangat terpospon T____T

hari ketiga kami ke Kyoto. tapi kali ni Pakcik Endo dah takleh nak bawak kami, so terpaksa la 'menggagau' sendiri ke sana. hukhukkk....cuak i tell you! dah terbiasa pergi mana2 orang bawak, ni nak kena jalan sendiri. tu yang ketaq tu. hihih...tambah pulak time 'Golden Week'. lagi la haru dengan crowd ramai semua. tsk..tsk...

itinerary asalnya kami dah plan nak ke 6 point of interest kat Kyoto iaitu:
  • Arashiyama (Bamboo Forest/Togetsukyo Bridge/Tenryuji Temple)
  • Kinkakuji (Golden Pavilion) Temple 
  • Ginkakuji (Silver Pavilion) Temple (lalu Philosopher's Walk)
  • Kiyomizudera Temple
  • Fushimi Inari Shrine 
  • Gion 
tapi memang dah bear in mind ada kemungkinan tak dapat nak cover keenam2 tempat sebab masa suntuk. so nak taknak kami terpaksa skip 2 tempat iaitu Ginkakuji Temple & Gion. sobbssss....so dalam entry ni aku akan story trip kami ke 4 tempat yang aku bold tu jer...

memandangkan iti kami dah berubah, agak cacamarba jugakla planning. tapi mujurlah kami dapat 'skim bantuan pinjaman' dari bos bobo =  iphone dengan line internet jepun. our lifesaver! ahahaha....nak naik tren mana apa semua search kat hyperdia atau google map jer.

so, sesapa yang belum terer pasal tren lines kat Jepun ni ahkak nak suggest sila la pakai tenet kat sana. kalau kaya boleh roaming gak. tehehe...but still....ada jer mesin2 tiket yang tulis jepun semata2. no engrish. kalau jumpa mesin tu, iphone pon tiada berguna lagi. kah3....pi tanya orang ramai atau trainmaster jela jawabnya...

ok sambung citer ;p

pagi tu macam biasa breakfast kat bilik. pastu kami pon keluar naik tren dari Shinsaibashi Station menuju ke Umeda Station. dari Umeda kami naik pulak tren Hankyu Arashiyama Line untuk turun kat Arashiyama Station. terpening2 jugakla sementara nak dapat naik tren yang betul. as expected ;p

bila dah selamat sampai Hankyu Arashiyama Station rasa macam terer pon ada. kah3...

cenggini la rupa tren kami ke Arashiyama

dah sampai Hankyu Arashiyama Station

perjalanan amek masa lebih kurang sejam lebih jugak nak sampai ke Kyoto sebab kitorg amek tren biasa. sebabnya, dah plan masa nak balik nanti nak naik shinkansen. wheeeee!

turun2 station tu dah nampak signboard tunjuk arah nak ke tempat2 tourist di sekitar Arashiyama. senang bangat! pastu confirm akan ada grup2 rombongan cik bedah, cik kiah dan cik peah yang akan turun tren sekali. so boleh folo jer montot depa. dijamin takkan sesat sebab memang arah tujuan dia sama jer. hehe...


yang greentea jer boleh makan. lain2 kaler tokleh yer...



betul2 depan stesen ada map ke tempat2 menariks

go stret dun belok2 ;p


tempat pertama kami nak pergi dari point 'you are here' tu adalah ke Togetsukyo Bridge. dari jambatan ni boleh view bukit Arashiyama yang menghijau masa musim bunga. kalau pegi masa autumn lagi lawa sebab pokok2 tu berubah warna jadi oren kekuningan.

kaler sweater adam blend in betul dengan kaler bukit tu. hikhikk...


jambatan tu merentasi Katsura River

lepas menikmati keindahan panaurama kat situ, kami pon sambung perjalanan ke Tenryuji Temple. temple2 ni memang tak koser la nak masuk. ada yang kena bayar entrance fee, ada yang free. so mana2 yg kena bayar kami skip jer masuk. temple yang tak glemer pon kami skip. kih3...

nilah Togetsukyo Bridge tu...

can u spot me? ;p

ok dah sampai

posing kat luar temple sudah ;p

lepas melilau2 kat luar temple tu, kami sambung lagi perjalanan ke Bamboo Forest. sebelum ni dok tengok dalam tenet jer. bila dapat tengok depan mata seronok btoi. rasa dingin jer dalam utan buluh tu.

sebelum masuk bamboo forest makan eskrem greentea dulu. yumssss....




pastu kami sambung menapak cari stesen ketapi Sagano Romantic Train. tersesat jugakla sebab confuse dengan signboard. rupa2nya ada 2-3 tren stesen kat area tu. lepas sesi soaljawab ayam itik dengan trainmaster barulah kami jumpa jalan kebenaran. kih3...

jenuh mengkontrol kekembangan hidung sebab sempuit ;p

jenuh jugak menapak ke stesen tu sebab kena naik bukit turun bukit. turun berat ahkak 5 gram ;p


camni la rupa romantic train tu. open air...

pakat lawan melambai 'sayonara' masa berselisih dengan bot ni. tehehe...

bersih jer sungai depa

perjalanan tren ke stesen Torokko Kameoka amek masa lebih kurang 20 minit ker setengah jam camtu. sepanjang perjalanan tu boleh view pemandangan indah (cewahh...) Sungai Hozugawa. pastu dia ada benti kejap kat satu stesen. tak paham announcement cakap apa tapi kat stesen tu ada lagu lak. kekonon romantik la lagu tu...hehe...



lepas sampai kat Torokko Kameoka Station kami ingat nak amek teksi jer terus ke Kinkakuji Temple. pegi tanya orang, dia cakap kena jalan kaki ke next tren station. so kitorg pon menapak pulak ke Umahori Station. boleh tahan jauh jugak rupanya. lebih kurang setengah kilometer. fuhfuh....

pemandangan di depan tren stesen. ada kereta kuda

suasana dalam Torokko Kameoka Station. bleh beli souvenir kat situ

patung 'tanuki' atau japanese raccoon dog ni femes kat Jepun

lenguh jugak tolak budak ni ;p

sebelum naik tren kami singgah lawson dulu beli onigiri untuk lunch. rasanya tiap2 hari kami makan onigiri ni. murah, sedap & mengenyangkan ;p pastu lunch dulu kat taman depan stesen. lawa tul taman tu. dikelilingi bunga uols.



adam hepi dapat makan onigiri ;D


saki baki sakura yang tinggal

lepas tu konon nak naik teksi jer dari situ ke Kinkakuji. sebab nak save masa kekdahnya. tengok depan, belakang, kiri, kanan tak nampak seketui pon teksi. ahhh sudah...teksi stand pon boliau! nampak gaya kena naik tren jugakla dari situ. gugel map cakap amek tren turun kat Enmachi Station. okeh set!

tengok mesin tiket semua tulis jepun. tengok map atas mesin pon tulis jepun. tanya trainmaster sepatah haram dia tak paham kami, kami pon tak paham dia. elok la. hahaha...masa dok terkial2 tu datang sorang makcik, muka macam tak friendly. tup2 dia tanya kami nakpi mana. op kos la in japanese language. tapi kami buat2 paham jawab 'Enmachi'. pastu dia suruh aku buh duit berapa yen tah then tekan satu button ni. terus keluar tiket. mih3...arigato gozaimasss! pastu lawan angguk kepala ;p

depan Enmachi Station. amek teksi kat sebelah kanan tu jer...


selang berapa stesen akhirnya kami pon sampai la kat Enmachi Station. dari situ kami naik teksi. tapi tak sempat nak bagitau nakpi mana, pokcik teksi tu tanya dulu 'Kinkakuji?' eh eh...terernya pokcik! tehehe...pastu dia try nak converse dengan kami. tanya dari mana semua. dia tau Malaysia. apa tah lagi dia tanya, bobo lehla jawab sket2 sebab dia dokpi kelas bahasa jepun. pastu dia nak sembang lebih, jadi tak paham dah. last2 dua2 orang senyap. kah3....

otw pi Kinkakuji ujan pulak. adam & bobo apa lagi, berdengkur sakan la sementara nak sampai destinasi. boleh tahan jem jugak jalan nak ke sana. mata aku asyik dok tumpu kat meter teksi jer. adehhhh...makin dok banyak aih T___T pejam mata bayar jelah....

sampai Kinkakuji dok ujan lagi. memang takder rupa nak benti pon. satu Kyoto ujan rasanya hari tu. tapi mujur tak lebat sampai lencun gitu. dah masuk dalam amek gambar sket2 pastu terus cabut cari teksi ke Kiyomizudera pulak. naik teksi lagi yer deknon. nak mengejar masa kekdahnya...

cantik betoi!

sampai Kiyomizudera pon ujan lagi. makin lebat lak. nasib...nasib...terpaksa la aku beli payung transparent yang femes tu ;p adam terpaksa berlindung bawah shade stroller dia jer. sian lak tengok. huhu...


saja nak tunjuk palang jalan tu. comey kan? hehe...


sepanjang jalan nak naik ke Kiyomizudera kiri kanan banyak kedai souvenir. rambang mata! adam pulak dah gaduh lapar balik. beli banana choc crepe jela kat situ untuk lapik perut dulu.


semua orang berpayung jer...

ahkak pon tak ketinggalan ;p

antara souvenirs yang dijual

kipas jepun. 1000 yen = lebih kurang rm32 duit kita

sila panjat tangga itu. hnsffffff....

nak naik tengok Kiyomizudera ni kena naik bukit sket. memandangkan agak payah nak usung stroller naik tangga (dan dah sempuit), aku naik atas dengan adam jer. tapi bila dah sampai atas tengok2 temple besar tu tutup lak sebab tengah repair. 

dari atas tu boleh view bandar Kyoto. tapi memandangkan cuaca kurang baik, tak clear sangat la viewnyer. Kyoto Tower bolehla nampak jugak walaupun sayup2. jadi la buat syarat ka...hehe...


longgaq lutuit sat
bila dah sampai atas kena naik tangga lagi rupanya untuk ke temple yang besar tu. aku pon dah tak larat, adam tambah2 lagi la. so aku decide takyah naik. lagipon kesian lak kat bobo dok tunggu sorang2 kat bawah. tehehe...

posing sebelah tong sampah pon jadi ;p

nampak tak Kyoto Tower tu?

turun dari Kiyomizudera kitorg sambung menapak cari tren stesen. yang 'terdekat' adalah Kiyomizu Gojo Station, 1.7km dari situ. dekat lah sangat kannn...huwaaaaaa :'(

nak taknak terpaksa la membawa kaki yang lara ke stesen tu untuk ke Fushimi Inari Shrine, our last pitstop. gambatte!!! sepanjang jalan still hujan uols. hukhukk...bertabah jelah...



kami turun kat Fushimi Inari Keihan Railway Station. kalau amek JR line dapat turun kat JR Inari Station. betul2 depan shrine tu. ntah kitorg tersilap line ker, memang patut amek line tu ker tak sure. hahaha....so kena la menapak lagi...masa otw balik baru prasan pasal ni. ahkak story kat bawah yer ;p

comel jer fox tu...

stesen ni sempoi sikit sebab ada decoration yang berkaitan dengan Fushimi Inari

kat sini pon jalan lebih kurang macam Kiyomizudera, berbukit sikit pastu kiri kanan ada banyak kedai2. tapi bukit dia tak 'setonggek' Kiyomizudera la. hihih...

tori gate

comelness!

sepanjang jalan tu dah boleh nampak banyak tori gates warna merah yang menghala ke shrine. ikut jer tori gates tu dijamin tak sesat ;D

masa kami sampai kedai2 souvenir dah nak tutup. so apa lagi...sambar dulu apa yang patut. dasarrr....tehehe...

besar betul tori gate ni

adam & payung ;p
kami tak jalan sampai hujung pon. kira amek syarat jer dapat tengok gates ni. hahah...boley gitu?

yang tulisan jepun tu menunjukkan nama2 company yang sponsor gate2 tu. tujuan diorg sponsor adalah untuk good luck

posing depan statue kuda

masa nak patah balik dari Fushimi Inari nak ke Kyoto Station mula la kami kelaparan balik. hukhuk...mujur ada nampak orang jual 'taiyaki', kue jepun bentuk ikan yang ada red bean paste dalam dia. kat sushi king pon ada jual tapi kecik jer. yang mamat ni jual besar. memang kenyang la makan ;D inti custard pon ada tapi mcm tak yakin lak ingredients custard tu. so tak berani la makan ;p

kemain mamat tu pasang lagu rancak kuat2

nak jadi cerita, lepas kami dah sampai Fushimi Inari Keihan Railway Station, baru dapat tau rupanya tren situ tak menuju ke Kyoto Station. dah pulakkk....tanya kat trainmaster dia cakap kena naik tren JR line kat Inari Station. adehhh...kena la patah balik pulak. lepas tu yang baru kami realize Inari Station tu betul2 depan shrine jer. cisssssss...

long story cut short, akhirnya kami berjaya jugak sampai kat Kyoto Station. lepas tu mula menggagau cari kaunter tiket shinkansen pulak. hihih...

alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak naik Nozomi, shinkansen yang paling laju. jadi la buat kenangan walaupun 14 minit jer dah sampai ke Shin-Osaka Station. hikhikk...laju macam dok dalam flite! tak terasa gegar langsung.

our shinkansen, nozomi bound for Shin-Osaka

nilah rupa nozomi tu. muncung macam itik ;p

kemdian dari Shin-Osaka kami naik pulak tren Midosuji Line ke Shinsaibashi Station untuk balik ke hotel. tren amek masa 13 minit, benti 6 stesen. stret jer dah sampai. sonang bangat!

pemandangan waktu malam di Midosuji yang berdekatan dengan hotel kami 

lepas balik hotel kami dinner makan nasik instant yang dibeli kat Lawson Umahori Station siang tadi. nasik tu terpaksa rendam jer dalam air panas kat sink bilik air sebab takder microwave. makan dengan kari ayam tin, sambal bilis tin & kicap ABC saus manis. hahaha...tu pon sedap abis woo...

tamatlah sudah kisah trip kami di Kyoto. all in all rasa tak puas sebab tak sempat cover semua tempat. bobo cakap lepas ni kalau ada rezeki ke sana lagi nak stay Kyoto 2 hari terus. kih3...

sesapa yang suka tengok rumah/temple/shrine yang traditional memang aku sangat recommend untuk pi Kyoto. cantik2 semuanya. kalau compare dengan Osaka, Kyoto ni much more serene gitu. Osaka semak sikit sebab bandar besar kan...

oklah, lepas ni nak sambung citer trip hari ke 4 pulak. 

till then. toodles!

Monday, June 30, 2014

Marhaban Ya Ramadhan...


dah masuk hari kedua kita berpuasa. kejap jer masa berlalu kan? 

alhamdulillah adam pun dah mula berpuasa jugak. semalam dia dapat bertahan sampai kul 6 petang. hari ni aku ajak dia puasa lagi. bangun sahur nak makan nasik putih dengan kicap jer. lauk2 semua taknak. hehe...apa2 jela anak ooi....

apa pon jom kita gandakan amal ibadat dalam bulan penuh rahmat ni...

SELAMAT BERPUASA SEMUA!

Wednesday, June 25, 2014

Our Kitchen Cabinet #2

lepas siap pasang semua terlupa pulak nak update ;p

awal Jun aritu akhirnya kc kami dah siap. itu pon lepas jenuh tanya tokey bila nak datang pasang accessories2 T___T. overall workmanship diorg ni memang ok tapi lepas dah habis bayar dok wat lecey lak. susah tul nak reply wasap padahal dok nampak jer ada time2 dia online. grrrrr....

aku saja wasap2 jer sebab nak bagi chance la kunun. lagipon kitorg sendiri yang mintak hold pasang mende2 tu sebab nak tunggu pindah betul2. ni semua gara2 peti es ;p kang dah siap lekat island semua tak muat lak nak masuk ruang dia tu. tak ker naya...

pastu dekat nak masuk 2 minggu tak jawab wasap takleh jadi la kan. harus la ahkak call jugak. besa la dok bagi alasan sibuk la itu la ini la bla3....

tapi ni pon kalau ikutkan belum siap 100% sebab spice rack belum ada stok. tskkkk....kemarin aku wasap tokey kc tu bleh buat senyap lak. tak jawab2. motip pakai 2 henpon tapi taknak jawab mesej kastemer?

apa pon mehla ahkak tepek pics kc tu ;p 

pics courtesy of tokey fb page. kih3...








sesaper nak buat kc kat area Kulim/Penang boleh la buat dengan depa ni. cuma kena sabaq kalau tokey tak jawab2 wasap. kakaka....

till then. toodles!

Monday, June 2, 2014

Adam's Sports Day

last 2 weeks was adam's sports day. kali ni dah tak bergabung dengan Little Caliphs cawangan lain dah macam tahun lepas sebab budak2 dah ramai. 

pagi tu macam biasa la ada perarakan ikut rumah semua. pastu ada selected parents kena bagi markah including me. op kos la aku bagi markah full kat rumah hijau sebab adam dalam grup tu. kah3...bias btoi!

anyway, adam kena masuk acara tarik tikar. takdan nak amek gambar sebab aku pi jadi cheerleader masa dia lari ;p grup dia dapat nombor 2 sebab sorang kawan dia mengelamun masa turn kena lari. hahahahah...tapi....overall champion dapat kat rumah hijau! wheeeeee...

most of time aku ngan bobo memang duduk jer bawah pokok. ahkak panas uols ;p pastu asik makan keropok lekor, nasik lemak (free), aiskrim (free) & minum vitagen. keh3...dah lori vitagen datang wajib la beli kan...bihun goreng free pon ada tapi dah tak larat nak makan. muahahah...dasar buruk lantak!

enjoy jelah pics adam yer ;p






till then. toodles!

Thursday, May 29, 2014

Kami Kaum Nomad ;p

syukur alhamdulillah...

akhirnya kami dah selamat berpindah ke rumah baru weekend aritu. awal2 dulu pernah terfikir nak guna service movers jer sebab furniture kitorg banyak yang besar bagak. pastu sebab taknak kejadian masa pindah dari jitra ke kulim dulu berulang kembali (kerusi meja makan koyak, peti ais calar balar & sofa melecet). tapi last2 kami proceed jer guna lori 5 tan biasa dengan 3 orang pekerja. tapi sebelum tu kena prepare lebih awal la kan supaya 'luka lama tak berdarah kembali'. cewahh...

ni antara tips pindah yang aku boleh share. mungkin ada yang tak sesuai untuk semua keadaan. depends on situation kekdahnya:


  • wrap perabot dengan bubble/plastic wrapper. aku beli bubble wrapper dari kedai bakery/barang kek. segulung ada 100 meter, harga rm98.00. but mind u, besaq gila bubble wrap nih! sibaik kete cinoni aku leh muat. kih3...
that's how big it is ;p

  • bawak barang2 kecik dan fragile siap2 dari rumah lama ke rumah baru days before hari pindah. macam kami mujur jarak dari rumah sewa ke rumah baru tak jauh mana. lepas balik keje leh singgah hantar kotak sikit demi sikit. kiranya pagi sebelum pi opis atau malam sebelum tu aku dah letak siap2 kotak dalam kereta. gigih tak ahkak? ;p
  • get help! kitorg hire 2 orang indon untuk tolong packing barang dan mop lantai rumah baru a day before. nak hire awal2 tak sempat sebab keje. memang sangat membantu! seminggu sebelum tu boleh cuci lantai siap2 tapi sehari dua sebelum pindah elok sapu dan mop lagi sekali.
  • cari dan set appointment dengan orang bukak/pasang astro/water heater/aircond lebih awal. kalau boleh pasang siap2 kat rumah baru sebelum pindah.
  • pasang curtains siap2 kat rumah baru. tak perlu semua bilik pon takper, pasang kat main area macam hall, dining, master bedroom jer. 
  • check segala makneka di rumah baru siap2 eg: water pipe, water pressure, kebocoran etc. dan report kat pihak yang berkenaan. sebabnya masa kitorg masuk tup2 air takder kat bilik air belakang. pastu paip depan boleh pecah pulak macam fountain! adehhh...penin ahkak dok setel sorg2 sebab bobo dah start keje esoknya. alhamdulillah semua dah ok. phewww...
  • last but not least, sediakan minyak angin - untuk urut kaki tangan yang lenguh angkat barang. kih3....

tu jelah tips2 yang aku boleh share. kalau sesaper nak tambah lagi dipersilakan yer. 

till then. toodles!