Wednesday, April 9, 2014

Shopping Kipas Rumah

survey punya survey akhirnya kami decide untuk beli kipas KDK. rumah kat Jitra dulu pakai Alpha tapi banyak review cakap tak berapa elok. Panasonic mahal berapi lak. brand2 kipas lain banyak decoration fan jer. kureng minat lak. so KDK it is :D

kat Kulim ni ada satu kedai jer dealer kipas KDK. kalau compare harga dalam website KDK, kedai ni jual murah lagi. ok la kan...so kami pun proceed jela. total 6 biji kipas semuanya. 3 yang ada remote, 3 kipas biasa. cuma kat master bedroom jer kami akan 'recycle' kipas yang kami pasang kat rumah sewa sekarang ni. sep sket bajet ;p

why KDK? kalau google rata2 bagi good review. lagi pon brand ni dah lama wujud. so boleh katakan reliable brand gitu.

buat masa ni kami tak ambil lagi kipas dari kedai sebab rumah belum pasang grill. macam bahaya lak kalau pasang kipas siap2. so biarkan kat kedai dulu. 



promoter kat kedai tu siap tulis semua harga dalam katalog. senang sket nak bajet!





once kipas dah pasang nanti aku update semula.

till then. toodles!

Monday, April 7, 2014

House Renovation Progress #2

dah masuk minggu pertama April. progress renovation berjalan agak lancar. cewahh...tapi kan baru ni kerap gak hujan, ada kemungkinan la slow sikit kerja2 diorg kat bahagian extend belakang dapur tu. 

pastu kontraktor bagitau dia tak dapat cari tiles yang sama dengan tiles dapur. dah 5 kedai dia cari tak jumpa2. so kitorg terpaksa tanya developer in case diorg ada lebihan tiles tu. kalau takder, mungkin diorg boleh bagi nombor siri/model tiles. still waiting for their answer.

the piccas!

sebelah tingkap yang ditutup untuk pasang hood. huduh lak rupa sbb ada frame tu T____T

rupa dari luar 

paip untuk air washing machine. huduh btol tetiba terkeluar camtu. aku dah mintak kontraktor sambung ke manhole terus. harap2 dia boleh la buat. tskkk...

ni lampu kat ruang makan

ni lak lampu kat dapur

'tiang seri' yang dah di'trim'

rupa dari dalam. tingkap tu diorg pasang tinggi sket lak. aduihhh...


tu jer kot perubahan dalam masa seminggu ni. takla banyak sangat tapi still ada la. huhu...

ouh yer, kitorg dah beli kipas brand KDK. nanti citer dalam next entry.

till then. toodles!

Friday, April 4, 2014

House Renovation Progress #1

arini nak story pasal projek renovation kecil2an rumah kami ;D. untuk projek ni kami appoint sorang main kontraktor. untuk projek kitchen cabinet kontraktor lain, untuk projek flooring pun orang lain. so total ada 3 kontraktor la semuanya ;D

as of last week (end of March), dah nampak dah progress renovation. alhamdulillah...main kontraktor tu cakap by end of this month boleh siap dah. harap2 camtu la...boleh pindah masuk sebelum puasa ;D

now the piccas!

WASH/LAUNDRY AREA

kami cuma tambah dinding kat area sekangkang kera tu. tak usik tanah belakang sebab cinoni sangat. so biarkan jer kot2 sokni leh bercucuk tanam (yeah right ;p)

sebenarnya aku berangan nak buat laundry ala2 rumah omputih. yang siap ada dryer, ampaian dan tempat iron tu. hihih...berangan sungguh!

bila dah tambah dinding, pintu pon kena la ubah kedudukan ke belakang. lantai akan dibuat sama rata dengan lantai sedia ada. pastu kami tambah tingkap supaya lebih 'airy' gituhhh....


sebelum





selepas

longkang depan pintu tu akan diubah ke depan sikit


'tiang seri' tu takleh ubah so terpaksa la redho dia kat situ. huhuhu...

tambah point letrik dan paip air untuk washer

part dinding atas tu dibiarkan sekaki. tujuannya nak pasang dinding dan awning polycarbonate. tah cemana la outcome dia nanti. kontraktor tu tak penah buat camni lagi. huhu...


RUANG TAMU & RUANG MAKAN

buat masa ni cuma tambah plaster ceiling dan lampu2 LED. kipas tak sempat beli lagi. 

insyaallah flooring pon kami akan buat. dah bayar booking tapi kena tunggu renovation semua siap dulu la kan baru leh pasang. ngeee....



sebelum

ruang tamu


selepas

plaster ceiling di ruang tamu & ruang makan


DAPUR

kat dapur kami tambah tembok untuk block sikit pemandangan direct dari ruang tamu. bila dah tambah tembok ni, boleh la buat kitchen cabinet (kc) panjang sikit kan? 

kami pon dah deal dengan orang kc siap2. memandangkan dinding untuk pasang hood tak muat (tskkkk..), kami terpaksa tutup sebelah tingkap. daku pasrahhh...hukhukk...

kat dapur juga dipasang plaster ceiling dan lampu LED.

sebelum

ruang dapur 


selepas

tambah tembok di sebelah kiri dapur


the lampus

buhbye tingkap :`(


kat bilik tidur kami tak buat apa2 except pasang lampu dan tambah point letrik kat master bedroom. banyak gak tempat yang kami tambah point tapi kontraktor tu tak amek extra charge pon. baguih2 ;p

dalam minggu ni sebenarnya diorg dah pasang semua lampu2. nanti sambung dalam next entry pulak yer. dah panjang berjela lak entry ni ;p

till then. toodles!

Tuesday, March 25, 2014

A Gloomy Day #MH370...


tak pernah lagi aku buat entry psl MH370 ni...actually one of the passenger is my 2nd cousin's hubby. dia adalah salah sorang staf Freescale yang dihantar ke Beijing atas urusan kerja. 

sebak rasanya hati bila PM umumkan semalam flite MH370 berakhir di Lautan Hindi...terus teringatkan wajah my cousin dan anak tunggalnya yang 'mungkin' telah kehilangan suami dan ayah mereka. Allahuakbar... :'((

mudah2an diorg dapat cope well dengan berita yang sangat mendukacitakan ini...

innalillahi wainnailaihirojiun....semoga roh arwah, kesemua krew dan pilot MAS & penumpang lain aman di sana...takziah juga kepada semua ahli keluarga yang terlibat...

Al-Fatihah....

Thursday, March 20, 2014

Another Renovation Project

tahun 2010 dulu jenuh dah aku story mory pasal renovation rumah kat Jitra. tahun ni nak story pasal renovation rumah di Kulim plak. 

yer, kami dah beli rumah di Kulim. huhuhh...takmau story awal2 sebab aritu masih dalam proses pembelian. tapi 2 minggu lepas alhamdulillah kunci rumah dah pun dapat. at last! 

rumah ni kami beli atas orang. tapi owner lama tak penah duduk pun. so masih kosong macam baru la.




camni la rupa rumah baru kami. setingkat jer. memang taknak dah rumah 2 tingkat sebab masing2 malas naik tangga. hahahaa...truk sungguh!

seminggu yang lepas bermula la projek renovation kami. jenuh duk deal dengan 2 kontraktor. tapi sebab ada pengalaman lepas so dah tau la apa yang kami nak dan taknak. ngeee...



kontraktor dah mula buh pasir & bata. tapi diorg belum mula kerja lagi sebab letrik baru daftar. hehe...beria suruh orang renobet padahal letrik takdak lagi ;p

untuk projek renovation ni kami akan buat:

1. extend washing area (yang sekangkang tupai tu)
2. extend tembok dapur (sekangkang tupai jugak)
3. plaster ceiling di ruang tamu & ruang makan (simple2 jer)
4. pasang lampu, kipas, aircond
5. pasang grill

and last but not least,

6. kitchen cabinet :-D 



oklah, nanti sambung detailed story dalam next entry yer. 

till then, toodles!

Tuesday, January 28, 2014

5 Gred Solat


got this from whatsapp. just sharing...

  • Gred E 
Bila azan, buat tidak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya
  • Gred D 
Bila azan berkumandang,dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat
  • Gred C 
Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat
  • Gred B 
Bila azan, terus berwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau
  • Gred A 
Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat

Apakah gred solat kita?
Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat macam mana? Ingatlah! Solat adalah perkara 1 yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti.



Jom muhasabah...

Friday, January 24, 2014

Kisah Tergezut!

sorry for the lame title. tak tau nak buh apa. hiks...

first entry of year 2014. diam tak diam dah setahun kitorg pindah ke kulim. so far so good alhamdulillah...

arini nak citer satu kejadian yang berlaku kat tadika adam baru2 ni. 

masa nakpi ambik adam satu petang tu ada sorang bapak budak ni dok mengamuk! tergezut ahkak! eh, bukanlah mengamuk berparang bagai tu, tapi dok maki hamun cikgu2 kat situ. tau sebab apa?

SEBAB SELIPAR ANAK HILANG.

yer, sebab tu jer. tapi peel macam kena rasuk setan baq hang! dok maki2 cikgu (sebut perkataan tak elok), cakap dengan nada menengking2 dan taknak terima nasihat pak gad yang suruh dia bertenang. tup2 dia lak suruh pak gad tu pi duduk, jangan cakap apa2. tskkkk....

cikgu nak bagi ganti selipar lain dia taknak. siap cakap 'selipar buruk macam ni cikgu nak bagi?!' (ulang cakap 2x dengan nada menengking). eiii...tak bersyukur langsung! aku tengok elok jer selipar tu. selipar adam lagi belemoih kot! pastu ajak pi beli lain pon dia taknak. duhhh...

pastu dok meroyan (orang jantan pon boleh meroyan i tell u!) cakap 'ni cemana saya nak balik ni?!' orang nak bagi selipar lain hang taknak, pastu dok mengamuk tak sudah. buh penampaq sedas baru ada akai! eiii...geram btoi tengok. maybe sebab dia naik motor, dia rasa susah nak bawak balik anak dia tanpa selipar. ntohla aku pon tak paham naper.

tapi yang sakit hati tu sebab dia dok buat gila depan budak2. dahla sebut benda tak elok! yang budak2 tu tengok dia sampai bulat bijik mata. adui laaa...bapak jenis apa la macam tu. dah tak boleh fikir baik buruk kelaku depan budak2. adoyai...

at one time tu bini dia kot call pujuk suruh dia balik jer. dia berkeras jugak cakap taknak. nak tunggu jugak sampai dapat balik selipar tu ker hapa tah dia cakap. haishhh....harga beribu2 kot selipar anak tu? 

esoknya aku tanya balik kat cikgu, apa kesudahan 'drama' kemarin? 

cikgu bagitau rupanya selipar tu tak hilang pon! cuma ada sorang budak ni tersalah ambik. adehhhh...tak pasal jer jadi drama.

cikgu tu bagitau lagi, pagi esoknya dia tak malu pulak hantar anak ke tadika. kalau aku la, sure tak nampak bayang dah kot kat situ! pastu pengetua cakap la kat dia kalau dia taknak hantar dah anak dia kat situ, takper, boleh hantar kat tadika lain. pastu mamat tu jawab balik dengan nada & muka eksen 'ok, takpa!'. belagak sungguh! sure malu besar bini dia. my sympathy to her. huhuh...

moral of the story (untuk diri sendiri jugak),  kot yer pon stress pasal keje takyah la terbawak2 sampai balik rumah. or in this case, ke tadika anak. kah3...please learn to deal with it! pi la kelas angry management ker apa. ni kan dah tak pasal2 hang dapat malu satu keluarga. siapa yang malu? mereka dan keluarga mereka bak kata sorang retis zaman dulu. gituh...

aku risau gak sebab zaman sekarang ni dah banyak sangat dok baca citer orang jadi gila, zalim etc. kalau dah naik syeikh tu apa saja manusia boleh buat kan? iskkk...nauzubillah...

sekian berita tergezut hari ini.

till then. toodles!