Thursday, April 11, 2013

Spageti Goreng Kicap Lada Hitam


baru2 ni aku goreng spageti kicap lada hitam. dah lama tak buat. huhu...
bagi aku, kalau makaroni lagi sedap goreng macam goreng mee tu tapi spageti lagi best kalau goreng kicap camni. hehe...

nah amek resipi:

Bahan2:

Spageti - rebus al dante macam biasa 
Brocolli dan cauliflower - blanched dulu 
Ketulan ayam/daging/seafood (ikut selera masing2)
Bawang besar & bawang putih - chopped
Kicap pekat 
Kicap manis
Lada hitam yang ditumbuk/beli siap2 crushed black pepper lagi sonang
Sedikit gula
Garam to taste

berapa sudu kicap tu agak2 jela yer sebab aku pon main bubuh jer. no sukat2. hiks!

Cara2:


  1. tumis bawang dengan sedikit minyak sehingga naik bau. 
  2. masukkan ayam/daging/seafood sehingga masak.
  3. masukkan kicap2 dan bahan2 perasa (kalau masuk kemudian nanti ayam/daging/seafood jadi tawar lak).
  4. bila kicap dah mendidih masukkan spageti dan gaul rata.
  5. finally masukkan sayur2an yang telah diblanched dan tabur lada hitam. kalau suka pedas tabur lebih sket ;p
  6. gaul sebati & siap untuk dimakan ;D
kalau nak improvise boleh masuk hirisan tomato & shitake mushroom. sure lagi mabeles!



p/s: bobo puji sedap spageti ni :D tapi apa pon aku masak semua dia puji kot. hahahaha...


ok, selamat mencuba yer!

till then.

toodles!


Friday, April 5, 2013

Sunnah Hari Jumaat

please click for larger view

Salam Jumaat!

me kebizian sikit minggu ni hence the lack of updates. 

apa pon jom kita amalkan sunat hari jumaat :D

toodles!

Friday, March 29, 2013

Erti Al-Fatihah


frankly speaking, aku hafal makna Al-Fatihah ni masa zaman sekolah jer. abis sekolah terus lupa! tskkk....

sejak kebelakangan ni adam selalu nyanyi nasyid makna Al-Fatihah. berulang2 macam rekod rosak! tapi yang bagusnya aku pun sampai dah boleh hafal balik. tq adam! ;D

just wanna share the video. happy viewing!

till then.

toodles!

Thursday, March 28, 2013

Bananatella French Toast


dah lama dah buat french toast ni tapi lupa lak nak share dalam blog. sokmo share dalam instagram jer. pic ni pon amek dari insta sebab tu blur sket. hehe...

btw my insta is private. sebab taknak culprit2 dok spam memacam dalam komen. rimas! tapi kalau sesapa nak folo bleh jer...just add me: husnaidrus and insyallah i will accept. 

errr...dok pomot insta ler pulok! heeee...

back to our topic ;p

sila la terai buat french toast ni yer. sonang jer ;D

nah resepi. dicilok dari ovenhaven:


2 burger buns, or any thick bread (i used plain pandan bun. sebab tu jer bun yang jumpa kat kedai masa tu. hiks!)
1 egg
1⁄3 cup milk
1 teaspoon vanilla essence (ahkak tak bubuh lak)
1⁄2 tsp ground cinnamon
sliced bananas (resepi asal taruk stoberi but i loike banana more ;p). sukati la nak sumbat banyak mana pun. hehe...
4 tablespoons Nutella
Cara2:
Slice the buns midway to create a pocket, being careful not to cut all the way through.
Drop 2 tablespoons of Nutella in each pocket you’ve created, and spread it on both sides.
Stuff the sliced bananas in the pocket all the way in. Do not overfill.
In a bowl, combine the egg, milk, vanilla and cinnamon together.
Heat a lightly-greased griddle or skillet over medium-high heat.
Dunk each burger bun in the egg mixture, soaking both sides.
Place on pan, and cook on both sides until golden. Serve warm.
sedap dimakan waktu bekpes panas2. selamat mencuba!
till then.
toodles!

Wednesday, March 27, 2013

Jom Makan Di Puncak Mutiara Cafe, Kg. Pelet

aku baru dapat tau kewujudan restoran ni few months ago. mak abah pegi dengan family makcik. diorg bagitau tempat ni ala2 Restoran Kampung Daun kat Bandung. wahhh...ini sudah menarik! wajib try! tapi diorg kata food dia so-so jer. hmmm...we'll see...

last weekend my MIL & SIL datang sini. SIL cakap dia tingin nak makan kat Teluk Bayu. nak jadi cerita tutup ler pulok...tu yang aku suggest kitorg pegi Puncak Mutiara (PMC) ni sebab kitorg pon tak penah sampai lagi. nama jer dekat. huhuh...

tara nak sampai ke situ sesat barat ler jugak sampai kena call kezen tanya arah. kih3....PMC ni kena masuk ke jalan dalam kampung sikit. sebelum tu ada kena lalu sebelah jerat cina. gulppp...wa tumpang lalu horrr... ;p

PMC ni terletak di Kg. Pelet kat daerah Kubang Semang. kalau lalu ikut hiway BKE exit Kubang Semang la. cewah, macam pemandu arah lak padahal sendiri sesat aritu ;p


my MIL posing dulu. masa sampai tu hujan rintik2 sket. redah jelah sebab takder payung 

kena jalan kaki naik bukit sikit

tahap kebersihan A! 

pic ni diambil dari parking lot. sebelah dia jer. parking lot pon luas. kereta banyak macam orang nak gi makan kenduri jer. huhu...

siap ada swimming pool. tapi tak sempat gi skodeng pool sebab ujan & dah gelap

tempat pemakanan berlaku. ngeee...
leh pilih nak duduk bersila atau atas kerusi..

ouh, mula2 kitorg duduk tempat ada kerusi ni tapi tak selesa sebab kedudukan kerusi agak jauh dari meja. tu yang bertukar ke tempat bersila pulak (muka adam tak puas hati sebab meja jauh. hahaha...)

ada rabbit, goat & ostrich farm. tak sempat pegi gak sebab dah gelap


fish pond

ok, enough about their environment. 
now the best part - THE FOOOOOODDDDDD....

lupa lak nak amek pics menu book but i tell you memang berpinar bijik mata tengok menu dia. tak tau nak makan apa sebab tengok ni nak, tengok tu nak. macam2 dok ada. hahaha...dasar pentamak sangat! 

untuk tidak memeningkan kepala, aku oder jelah food yang first sekali dalam menu book tu. picca dia looks tempting tho. hehe...

food pon cepat gak sampai. thumbs up!

here's what we had...

aku order air kalamansi asam boi. pekat tapi besh!

oderan bobo - lamb chop yang maveles! sedap gila tak tipu punya! ;D 

it's all mineeeee...Puncak Mutiara Special - nasik beriani ada lauk ayam masak kismis, kambing masak apa tah & dalca. not forgetting teloq rebus sebijik & kerabu tomato+bawang. sodap wehhh...a must try!

kiri: satay arnab. kanan: satay rusa. pon sodappp.... ;p~

MIL & SIL oder nasik putih & lauk2 ni: siakap stim, ostrich masak pedas, udang sambal tumis petai, ulam & sambal belacan & sayur sawi kot. all are sedap!


all in all semua la sedap. tak sesia Teluk Bayu tutup. hahahha ;p 
bobo cakap cuma satu jer yang tak sedap. dia nyer coleslaw. lain2 semua no komplen. hehe...makan pulak dalam suasana hujan. perghhhh...(over tak deskripsi ahkak? kih3..)

pelik jugak review mak abah & makcik pakcik aku cakap food dia biasa2 jer. ker kitorg yang kebulur sangat eh? sebab pagi tu cuma makan roti canai. tengahari pulak cuma lapik perut makan sushi sorang 3-4 ketul. hmmm...mungkin gak tak sama selera kot. hehe...

btw menu PMC ada dalam website depa. sila la gugel ;p ahkak malas tengok sebab takut telioq ;p


till then.

toodles!

p/s: dearest tokey PMC, takder diskon ker untuk ahkak yang beria pomot nih? lalalala....

Wordless Wednesday (err..not really)



errr...stalker much?


Friday, March 22, 2013

Bersyukurlah!


all i can say is alhamdulillah...
rezeki aku untuk jadi penerima APC tahun ni walaupunnn........

nevermind. 

bersyukur lebih afdal.

btw hari tu aku bagitau mak dapat APC.
but her response was 'hah, pangkat bila nak naik?' 

errrr...mak, orang cakap pasal anugerah la, bukan pangkat! 

rezeki di tangan Allah. only He knows better. 

dapat tukar ke tempat kerja yang lebih baik pun dikira rezeki kan? :D