Tuesday, March 19, 2013

Promosi Kesihatan Pergigian di Little Caliphs Kulim

hari ahad baru ni tadika adam jadi tuan rumah untuk promosi kesihatan pergigian bagi daerah Kulim/Bandar Baharu. kawasan lapang kat tadika tu luas. so memang sesuai banget nak buat event apa pon. heee...

pagi tu kitorg cuma pegi hantar adam jer. sebab cikgu cakap parents leh balik. hukhukkk...end up melepas aku nak tengok kodomo lion! i'll tell you why afterwards ;p

so aku & bobo pon terpaksa membawa diri gi bekpes then ke Tesco. macam berdating lak!

lepas hantar adam aku cuma sempat snap pic masa dia tengah check gigi. lain2 pics adalah courtesy of Little Caliphs Kulim. mohon pinjam pics yer cikgu...hehee...

checking gigi untuk pertandingan gigi tercantik. sadly adam tak menang. sebab ada gigi serpih kot ;)) tapi adam rileks jer masa check tu. padahal kat rumah berapa hari sebelum tu asyik sebut adam takut check gigi. hihih...

misi2 dok prepare nak ajar cara gosok gigi dengan betul. tengok pic ni baru tau sebab apa adam bagitau dia ludah dalam longkang. hahaha...

misi dok bagi penerangan. comey jer budak2 halus dok beratur ramai2 tepi longkang. hehe...


ada maskot kodomo lion!


story telling session. nampak tak adam dok kat tengah2, depan sekali? kepala togel sebab kopiah dah MIA ;p


event tu habis dalam jam 1.00 petang. but guess what? kitorg pi pick up adam jam 2.00 petang! he's the last kid to go home.  

nilah padahnya kalau suruh parents balik (salahkan cikgu laks). tapi rasanya ada jer parents yang tunggu. tapi tulah. kitorg ni lurus bendul. hiks!

sebab musababnya adalah dah lepas meronda sakan kat Tesco, kitorg gatai pi test drive keta idaman laks. lupa daratan sungguh! hahahaha....sian cikgu2 dia tunggu. ampunnnnn.... ;p

ouh yer, adam dapat bawak balik souvenir dari kodomo lion. one pack sample ubat gigi & berus gigi. thank you mr kodomo! heee...

till then. toodles!

Monday, March 18, 2013

Kids Say The Darndest Thing

di suatu malam yang indah.
satu iklan glemer tersiar di kaca tv...

"tengok kak ton, comel takkkkk?"


in a second terdengar suara menjawab:


"tak comel pon ATOK!" 


me & bobo: kahkahkahkahkahkahkahkah 10000x


p/s: mintak mahap kak ton, anak saya memang tak pandai menipu ;p

Friday, March 8, 2013

Sushi Time!

malu nak ngaku tapi ngaku jelah.

nilah 1st time aku pi makan kat Sushi King. tehehee..... :"> (malu lagi skali!)

walaupun 1st time makan situ, tapi bukanlah 1st time aku makan sushi. jakun benor plak rasa. hahah!

sebenarnya sebelum tu aku skeptikal sikit nak makan kat situ. sebab aku tengok takder logo halal. so aku study sket la. tengok dalam website depa ada info pasal status halal everything (sila gugel yer). dah puas hati baru berani makan situ. hehe...

kekadang aku rajin gak dok beli sushi kat Tesco. aku tak minat sangat yang balut dengan seaweed tu. suka yang nasik2 jer. tapi paling favvy ialah unagi! yummssssss....yes, i eat exotic food. kot ada yang taktau, unagi tu beluit ;p tapi belut yang setappppsssss (adeh dan2 lapaq sushi!)

tapi kat Sushi King aritu aku order bento set. saja nak try benda lain lak. tah apa nama lupa lak. ada daging masak macam manis2. sedap gak. bobo lak oder bento set salmon. pon sedap! nama pon salmon kan. tentu la sedap! ;p


tak reti pakai chopsticks. belasah jelah ;p


bobo punya


untuk adam kitorg amek kids meal. mujur dia nak makan gak. ada chawanmushi (egg custard ada inti mushroom) yang so yummeh! pastu dia excited dok tengok conveyer belt tu. siap amek sendiri salmon roe sushi. dalam dok kata tak sedap tu abis jugak dia makan seketul. hahah!



mamat jakun tengok conveyer belt. hehe...


without knowing green tea will be served FOC (jakun punya pasal kan), aku order gak air yakult+blackcurrant. rasa macam vitagen grape. sangat sedap! eh semua sedap la. heee....pastu jenusss nak ngabihkan air ;p

eh nanti nak ajak bobo pegi lagi la. the best part is, kat Kulim pon ada Sushi King. yay!


p/s: my one small advice, bahaya sket kalau pegi time kebulur. sebab tendency nak kutip semua sushi yang dok lalu lalang sebelah kita tu is very high (pengalaman sendiri). hahahaha!!!

really, i'm serious! 

;p

Tuesday, March 5, 2013

The Power of Blogging



(tetiba ada pic daun setawar. heee...)

ada sebab kenapa aku letak pic tu... 

sapa nak sangka kan, dalam suka2 jer buat entry pasal mari bercucuk tanam, tup2 ada reader yang berkenan sungguh dengan pokok setawar. katanya pokok ni mengingatkan dia pada zaman kanak2 dulu. sebab masa tu dia suka selit daun ni dalam buku pastu nanti leh tengok akar dia tumbuh. awww...sapa yang tak pernah buat camtu kan? aku pon suka. dolu2 la zaman berhingus. heee...

pastu dia mintak aku poskan sikit daun ni kat dia. sampai sanggup nak bagi duit setem. beria2 sungguh! 

being me, aku tak suka nak menghampakan permintaan orang. eventho aku tak kenal pon reader tu, aku pos lah jugak 2 helai daun setawar yang dah ada tunas kat dia. FOC summore! hehehe...

pic atas tu reader tu yang email kat aku nak bgtau daun2 tu dah selamat sampai. happy btoi dia bila dapat daun2 tu. huhuhu...

anyway, dah hampir 2 bulan berlalu...harap2 daun yang aku pos tu boleh survive la. hehe...

tu jer nak story arini. heh...

till then. toodles!

Monday, March 4, 2013

Holiday di Langkawi

this is a long due post. holidaynya bulan nov taun lepas. hehe...

macam tahun sebelum tu kitorg pegi Penang, tahun ni bobo ajak jalan2 gak kunun nak celebrate sekaligus besday aku ngan adam (coz we share the same bday month). aku yang suggest Langkawi sebab tak pernah lagi bawak adam ke sana. dengan feri lak tu. sure adam thrilled punya ;D bobo pon cakap ok sebab dah lama gak kitorg tak ke sana. so Langkawi it is. yay!

kebetulan masa kitorg pegi tu time cuti sekolah. jenuh aku survey hotel/chalet yang available. yang sebelah Pantai Cenang takyah cakapla, memang semua dah fully booked. cari punya cari at last jumpa la satu hotel kecik kat Pekan Kuah - Coco Valley Inn (CVI). sebab dah no choice so aku terus book hotel tu for 2 nites.

hari nak pegi sana kitorg bertolak dalam jam 8.00 pagi dari Jitra. sampai2 jeti Kuala Perlis tengok umat manusia dah mula beratur panjang. tskkk...ingatkan kitorg dah habis awal dahla. hahahha...

the long queue. booth tiket pon tak nampak lagi

hidung dah merelit sebab beratoq lama. hahahah...


dalam sejam lebih beratur baru la kitorg dapat beli tiket. phewwww...tobat taknak pegi dah time cuti sekolah ;p bekpes pon makan bun jer sambil2 beratur tu. kalau tak makan mau pengsan kot? gila lama berdiri, sat cangkung, sat diri balik. sat adam nak suruh dukung. fuhfuh...

dekat2 nak sampai booth tiket barulah aku pegi cari seat dengan adam. itu pon jenuh tawaf cari seat kosong. 


while waiting for our ferry. kita minum dulu!

eh boboi boy pon nakpi Langkawi la! ;))

kitorg dapat feri jam 11.30 am kot. so kena la nganga lagi tengok orang kat jeti tu. huhuhu....mujurla dalam feri rasa tak lama sangat. dalam 50 minit dah sampai. kira sempat la aku lelap kejap. adam memang tak lelap langsung. excited habih!

sampai2 jer Jeti Kuah kitorg terus pegi cari kete sewa. amek yang murah sudah! asalkan boleh gerak. hahaha...dasar cheapskate! ;p

sebelum balik. bergambor kenangan bersama 'sport car' yang banyak berjasa walaupun ekon panas. muahahah!

pastu terus pegi check in hotel. CVI ni terletak betul2 atas duty free dia. room rate murah jer. sesuai la dengan bilik. mujur gak CVI ni baru lagi. so bilik pon bersih & selesa. yang penting takder bau kepam! hahaha...aku memang concern sket bab2 bau ni. hotel lama takper jangan bau kepam sudah ;p

tapi sebelum nak naik ke hotel tu ahkak termenyoping ler pulok. nilah padahnya kalau duty free betul2 bawah hotel. muahahaha....parah!!


room rate. kot2 la ada sapa2 nakpi dok sana...leh tengok ni


dah rest kejap kitorg keluar balik cari lunch. nak makan kat sini takder masalah. restoran melayu betul2 sebelah hotel jer. hehe...turun2 hotel dah nampak restoran tu sebelah kiri. memandangkan hotel tu tak provide bekpes, so boleh bekpes jer kat restoran tu. sonang kan?

lepas lunch bermulalah ekspedisi kami 3 branak. ekspedisi la sangat ;p tempat pertama yang dituju - Langkawi Fair Shopping Mall di Pekan Kuah. ada barang sket nak beli kat situ sebenarnya. shoplots kat situ biasa2 jer. takder yang menarik. better soping kat duty free Pekan Kuah.




lepas tu ronda Dataran Lang. adam suka btoi dengan eagle tu. sampai sekarang dia asyik sebut 'nak beli eagle, nak beli eagle' T_____T

elok jer nak balik tetiba hujan lak. berkejaran la kitorg masuk kete. sibaik tak jauh dah.



malam tu kitorg keluar dinner kat restoran thai. lupa lak nama apa. tapi tak jauh la dengan hotel. food sedap tapi tomyam dia berapi!! sapa suka makan pedas okla kot. kitorg order sup seaweed gak. yang ni recommended. sodap! sorry malas nak amek pic kat restoran tu sebab lampu dia mendung jer. depa nak sep karan kot. hehehe...

on our way back to hotel lalu sebelah kedai perfume. mula2 bobo yang beria kata nak beli satu. test bau sana sini end up aku yang terbeli, dia tak beli pon. muahahah...aku terbekenan dengan 'nenek lapor' ni tapi bila dah balik rumah macam tak siok sangat lak bau dia. pakai jelah sebab dah beli ;p




DAY 2

hari tu kitorg plan nak bawak adam mandi laut. it's his 1st time. sian sungguh ;p

mula tu ingat nak bekpes mekdi jer kat Pantai Cenang. pastu ternampak lak ada satu gerai kecik betul2 sebelah mekdi ada bekpes. last2 makan kat situ jer. heheh...



lepas bekpes terus shoot cari laut. hehe...jumpa satu public beach. tak ramai orang so selesa sangat.

masing2 selebet dengan muka tak mandi. hahah!


adam mulanya takut2 nak masuk air laut. tapiiiiii...once dia dah masuk, sampai bobo pon tak larat nak kawal. hahahah....bapak yang ponek. aku tak mandi pon. just celup2 kaki jer. malas la sebab takder tempat sesuai nak salin baju bagai.




lepas mandi manda, balik hotel rest kejap pastu kitorg keluar balik untuk apa lagi....shopping time! aku plan nak beli tambah pinggan corelle sebab kalau beli time sale kat Jusco/AEON pon still mahal lagi compared beli di Langkawi. so mari kita hangkut! ;p

chocs yang dirembat ;D

mini frypan laki ahkak punya. tehehe...


DAY 3 - FINAL DAY

lepas bekpes, kitorg sambung shopping lagi (ahaks!) selagi tak pegi jeti kan...aku borong sikit lagi pinggan corelle. bukan apa, sokni taktau lagi bila akan pegi sana. so hangkut la selagi boleh ;p

our bags yang terberanak pinak. ngeeee...


lepas habis duit menyoping barula kitorg bertolak ke jeti. mujur tiket balik dah beli siap2 so takyah beratur beli tiket dah.

sementara nak tunggu feri, kitorg lunch dulu kat Kenny Rogers. 



sakan sungguh kitorg (ker aku jer?) shopping. masa pegi 2 beg, balik 3 beg. puas hati! tehehe....itu pun bila dah balik rumah rasa nak beli lagi itu, ini (dasar pompuan ;p).

overall sangat siok holiday ni. tah bila dapat pegi Langkawi pulak taktau la...rasa macam jauh lak. mebbe pegi naik flight pulak kot. hehe...

till then. toodles!

Friday, February 22, 2013

On Buying Handbags

hari jumaat biasanya aku suka share tazkirah. tapi hari ni tukar sket. still ilmu cuma ilmu donia. hahaha...

i've shared this before in my instagram tapi saja nak share dalam blog pulak. ngeeee...

do read this! ;p

ada paham ka ahkak2? tehehe....
so, marilah kita membeli birkin sorang seketui (yea right!)


p/s: credit to astroview mag :D

Thursday, February 21, 2013

Seefood @Teluk Bayu

few weeks ago kitorg ke Teluk Bayu, Sg. Petani. 1st time aku ke sana. bobo selalu dok sebut nak bawak aku makan seafood kat Teluk Bayu. dia dah pegi banyak kali dengan opismet dia. aku selalu cakap taknak sebab tempat tu macam jauh sikit. kebetulan hari tu nak hantar kete aku gi service kat SP, so dia ajak lagi. oklaaa...jom!

boleh tahan jauh ke dalam jugakla tempat tu. kena lalu sebelah rumah orang, sebelah bendang, masuk utan2 sket then baru sampai. phewww...nak pegi makan pulak kena naik bot dulu sebab restoran dia floating gitu. tapi idokler jauh mana...dekat cet ja. punyalah susah payah nak gi makan jer kan? hehehe...but it's worth it. 

kitorg sampai dekat2 nak senja dah. so bawak la telekung siap2. takyah risau sebab diorg ada provide bilik solat dalam rumah merangkap dapur tuan kedai. nak pegi amek wuduk pon kena lalu celah sangkar2 ikan dulu. tokey dia bela sendiri ikan dalam sangkar so memang seafood dia dijamin fresh!

nak makan & solat pon adventurous gak sebab floating kan. boleh rasa bergoyang2 sikit tapi taklah sampai tahap leh mabuk laut. hehhh...


breathtaking sunset view. subhanallah...

nak naik bot kena lalu pelantar/jeti dulu. banyak gak kayu2 pelantar macam dah reput so agak scary di situ ;p selain dari restoran, ada berapa bijik tah chalet atas air yang available untuk orang sewa. kaki fishing memang heaven la kot dok situ. not for me tho. huhu...

atas pelantar. waiting for our boat

me & 'anak siam sesat' atas pelantar. heeee...

memandangkan food tak siap lagi, bobo mintak budak bot tu bawak kitorg ronda seround dulu. hehe...bobo sampai dah kenal tokey restoran tu so sebelum kitorg bertolak dia dah call siap2 pakcik tu bagitau nak order apa. sonang idup!

iskkk adam nih!

view kurang senon - nostrils alert! ;p

food yang bobo order adala kot macam 10 orang nak makan. padahal nak makan 3 beranak jer! dasar pentamak tui. huhuhu....

ikan kerapu masak stim. sedap tapi jenis ikan kureng sesuai buat masak stim kot. isi dia jadi keras sket. tapi belasah jelah! ;p

udang goreng butter. yummeh! tapi cannot beat butter prawn restoran sharin low. huhuu...rindunyaaa...

main course of the day - chilli crab. aduii...terus terlioq bila tengok pic ni :(

ada 2 lagi jenis lauk yang aku malas nak amek pic - tiram masak tiram (duh!) dan sayur campur. overall no bad. boleh pegi lagi. nanti nak try lauk lain pulak. heeee...siap berangan dulu ;p


till then. toodles!