Monday, January 28, 2013

Tahun Baru, Rumah Baru, Opis Baru

alhamdulillah...panjang umur lagi aku untuk berblogging. huhuuu...it's been 2 months takdak entry padahal macam2 benda terjadi dalam hidupku. cewahhh...

sebenarnya memang tak sangka, sememangnya Allah swt lebih mengetahui segalanya, kan? dok tak dok aku pindah ke Kulim sekarang ni. dah sebulan lebih pun kitorg kat sini. rezeki aku dapat pindah keje. still di opis sama cuma tukar department dan cawangan la. alhamdulillah...frankly speaking, masa nak mintak tukar i'm just trying my luck. memang tak rasa pon big boss nak luluskan. lega rasanya walhal sebelum tu aku dok dupdapdupdap gakla dalam hati risau dia rejek. huhuhu....time kacih yer big boss (as if dia baca blog aku. kah3..)

perihal adam pulak. masa mula2 kitorg pindah sini still belum confirm lagi nak hantar dia ke tadika mana. aku dah list down several tadika dan ada jugakla survey2 tanya dulu. ada la jumpa yang montessori, yang hari2 ada homework, ada yang ajar mandarin, yang islamic, etc. yang comot belemoih pon ada. erkkkk...tapi priority kitorg tadika yang buka hari Isnin - Jumaat sebab nak synchronize dengan hari bekerja kitorg. 

for those yang belum tau, Kulim ni macam '2 alam' sket. ada orang keje Isnin - Jumaat (ikut Penang) dan ada yang keje Ahad - Khamis (ikut Kedah). Kalau opis bobo lak hari keje ikut Penang tapi cuti ikut Kedah. opis aku lak keje ikut Perlis. hah! camno tu? kih3...agak kepeningan di situ. tapi mujurla tak banyak beza sangat cuti PH Kedah & Perlis.

one day, masa aku & parents ondawe nak pegi lunch, saja lalu dalam kawasan Kulim Hi-Tech. tup2 ternampak banner tadika baru akan dibuka kat situ. rupa2nya Little Caliphs...sebelum ni aku pernah la baca2 pasal tadika ni tapi tak wujud lak kat Jitra. 

lepas lunch kitorg terus pegi survey tadika tu. masuk2 jer dah berkenan dengan kawasan padang dia yang luas. mana taknya, dulu bangunan tu bekas International School. memang sesuai sangat la untuk jadi tadika. lepas tu jumpa bos tadika tu. dia explain detail semua pasal silibus, yuran etc. yuran dia a bit expensive compared to tadika lama adam di Jitra. yelah, sebab tadika ni ada brand kan. tapi for the sake of our only son, I don't mind. anggap jelah pelaburan untuk masa depan :D the best part is, it is located in KHTP. tak sampai 5 minit dari opis aku & bobo. so the rest is history...

adam pon nampak happy kat tadika tu. daytime dia dah fully diaper-free cuma nitetime aku tak berani lagi nak buang. mak malas basuh toto. kah3...teruk btoi! taklah, temporary jer ni. nanti baru nak beli lapik getah tu. asyik terlupa jer beli (alasang!) botol lak ntah bila boleh wean. soon hopefully...

bobo cakap uniform adam macam bananas in pyjamas ;p

as for my job scope, syukur alhamdulillah it's less stressful. tak serabut alam dah macam dulu ;p nilah namanya rezeki. datang dalam bermacam2 bentuk. i think this is my type of rezeki that Allah has granted me. syukran ya Rabb...

walaupun kitorg di tempat baru, serba serbi rasa tenang dan teratur. pagi2 pon dah tak tergopoh gapah siap nak keluar rumah macam di Jitra dulu sebab kena travel jauh. sekarang ni aku siap boleh bancuh air untuk bobo (kantoi dulu tak bancuh air ;p). 

nantilah next entry citer pasal rumah pulak. harap2 ada kerajinan. chaiyokkk!!

till then. toodles!

Tuesday, November 20, 2012

Kembali Menjadi 'Ibu Tunggul'

yezza...itulah term yang sesuai untuk aku sekarang - 'ibu tunggul'. sebenarnya dah sebulan lebih berstatus macam tu. cuma tak sempat nak citer. hehe...

jangan salah sangka yer dengan term tu. tak berkaitan langsung tunggul dengan tunggal. heh...

why kembali? sebab aku pernah berada dalam status tu 3 tahun yang lepas. sekarang ni, jadi lagi. hukhukkk...

sebenarnya bobo dapat keje baru di Kulim start bulan lepas. so sekarang ni dia jadi weekend husband dan aku kena tinggal la berdua dengan adam kat Jitra. sobs....

terpaksalah berkorban buat sementara waktu. alhamdulillah adam pulak tak banyak ragam. sejak kecik sampai sekarang dah nak masuk 4 tahun mudah jaga dia. notty budak2 tu biasa la kan...Allah knows best ;D

his not so latest pic ;D

Wednesday, October 17, 2012

Chalkboard Door

*sweep**sweep* kena sapu sket habuk blog nih. huhuhu...cerita basi tapi aku nak share jugak ;p

akhirnya pintu stor dah selamat dipasang setelah beberapa purnama kitorg tunggu. itupon lepas aku call apek tu tanya. bleh dia lupa? haiyaa ini apek...

sepatutnya pintu tu dia cat putih jer. tapi aku ada idea lain, nak cat pintu tu dengan chalkboard paint! terpengaruh dengan kekta sebab umah dia ada chalkboard tu. tengok macam best lak. tehehe....

memandangkan cat tu takder jual kat kedah ni (ker ada tapi aku yang tak jumpa?) aku terpaksa gi beli kat Ace Hardware Queensbay, Penang. siap call dulu diorg tanya ada stok ker tak. gigih sungguh ahkak!

mujur la ada stok lagi, itupon tak banyak mana...

so kebetulan masa tu nak turun Penang untuk shopping raya, bolehla cari sekali cat tu. aku beli 2 botol cat warna hitam. ada gak warna hijau. leh buat sebijik macam papan hitam kat skolah tu. hehe...murah jer sebotol dalam RM20+.

pastu aku mintak tolong apek tu catkan. nak buat sendiri memang takla ;p



pintu stor yang masih 'dogiang'

nilah rupa chalkboard paint spray tu

dah siap! proses pengecatan takyah tunjuk la yer. spray jer pon ;p

adam boleh conteng2 dah


si lefthanded at work

ouh yer, sebelum nak spray tu kena polish dulu pintu atau sebarang surface yang kesat dengan sandpaper. baru la smooth sket nak tulis2 nanti. hehe...

amacam? bes tak pintu stor kitorg? ngeh3....(ditimpa perasan sat!) 

till then. 

toodles!

Tuesday, September 18, 2012

New Wardrobe Project

untuk projek kali ni, kitorg buat di master bedroom jugak. yang buat dulu dah tak muat nak menampung baju kitorg laki bini. huhuhu...alhamdulillah dapat jumpa kontraktor lain. jangan harap la nak buat dengan kompeni aritu. sampai sekarang sakit mata, sakit hati & sakit jiwa tengok wardrobe tu!

wardrobe baru ni buat kaler putih jugak. material formica. panjang 6ft, tinggi 10ft. yang aku suka tu hinge pintu dia. ala2 softclose gitu. bila nak tutup memang takkan terhempas la. overall memang puas hati buat dengan kontraktor ni. there's nothing to complain. harga pon ok. 


habis madu sepah dibuang. eh, takla buang ;p dah lama lemari ni berjasa sejak kitorg tinggal di Puchong lagi. still elok so ubah letak jer ke bilik lain

bahagian yang akan dipasang lemari baru


kerja pemasangan sedang dilakukan


tadaaa! dah pon siap ;D

lepas ni nak kumpul duit untuk buat wardrobe di bilik adam lak. siap ukur dah aritu. huhuh...duit, duit, di mana kau duit? ;p

Sunday, September 16, 2012

Beraya Sakan!

last day of syawal baru datang kerajinan nak upload entry raya. syabbas bette! but better late than never kan? tehehe....

seperti yang dirancang, 1st day raya tahun ni di Banting dulu. hari jumaat malam baru kitorg bertolak dari Jitra setelah berjam2 aku ambik masa untuk packing. huhuh...

sampai KL kitorg singgah sahur terus kat umah my parents. lepas subuh sambung tido kejap. sian bobo masa driving dari Jitra jenuh tahan kantok. aku pon tak berani nak tido sebab kena temankan dia. adam jangan cakapla, dari Hutan Kampung dah siap lena dah sampai la KL. hehe...

dekat tengahari gakla kitorg baru bertolak balik Banting. itu pon sempat singgah Empire kejap sebab aku nak beli facial cleanser. gigih! tehehe...

sampai2 Banting tengok MIL dah tengah rebus ketupat. bahan2 sambal goreng pon dah siap semua, tinggal nak masak jer malamnya. rumah pon dah siap kemas. basically menantu kesayangan dia nih (ehem!) tak payah buat pape dahla. kwang3...takderlah, ahkak tolong gak masukkan kuih raya dalam bekas jer. kih3...

lewat petang sebelum berbuka keluar pekan Banting kejap sebab nak cari kain sampin adam. sibaik jumpa RM7.90 jer. murah gilos! janji ada sampin kan? ;p

made by MIL

ouh yer, gambar raya aku sikit jer sebab camera aku dah lingkup. nak repair tak berbaloi sebab mahal sangat. nak beli lain sayang duit lak. duhhh....so kebanyakan pics dalam ni semua atas ihsan SIL aku dengan pics dari henpon. yang blur2 tu semua pics henpon la tu. heh....

budak cekci tengah semangat gosok songkok pada malam raya. huhu...

1st day raya

pagi tu bobo & MIL jer pegi masjid untuk solat sunat hari raya. pas balik dari masjid breakfast dulu then baru sesi bersalam-salaman, bermaaf-maafan. ouh, so sebak masa salam mohon ampun dari bobo. tapi ahkak terpaksa tahan jer. malu kat MIL la! ;p

ni salam ada makna tau (nak duit raya! ;p)

lepas tu kitorg terus bersiap nak beraya di rumah makcik2 bobo kat Subang dan Sg Buloh sebab esoknya dah terus nak bertolak ke Penang. malamnya, sementara aku packing, SIL layan adam main bunga api. walaupun kejap jer balik Banting, tak terasa sangat sebab MIL and SIL nak ikut kitorg beraya ke Penang dan Kelantan. sronok la sebab ramai sikit ahli rombongan nanti. hehe...


bersama buah hati pengarang jantung






just the 3 of us ;D


daddy & son





2nd day raya

sebelum bertolak balik Penang, kitorg singgah beraya dulu di rumah makcik bobo kat Keramat. lepas zohor baru bertolak. alhamdulillah journey smooth walaupun jammed la jugak. malam tu makcik aku jamu mee rebus dengan nasik dalca. yummeh! tapi kat sana malas nak amek gambar. huhu...

3rd day raya

kul 8.30 pagi tu kitorg bertolak ke Kelantan sebab nak pegi kenduri kawin adik my BIL di Kubang Kerian keesokkan harinya. konvoi 2 kereta dengan parents dan makcik pakcik aku. aku rasa itulah the first and last aku akan pegi Kelantan time raya. jammed gila babas weh!!! 

pastu malang pulak tak berbau, kitorg tersesat. cinabeng punya GPS! tapi silap kitorg jugak sebab tak update. huhu...boleh tak dia bawak kitorg ke sungai? parents aku dah sampai dulu sebab depa dah ke depan sikit. dari Tanah Merah kira tak konvoi dahla. 

ok, sambung citer sesat. aku rasa pelik sebab tengok dah dekat sangat dengan destination tapi depan tu ada jambatan. 'your final destination is on your left' katanya. tup2 aku tengok memang sah GPS nak suruh kitorg terjun ke sungai tu. huwaaaaaa....rasa nak baling jer dia dalam sungai tu! jadi keje pulak kena harung jam untuk patah balik. rupanya dah terlepas simpang. so total journey ke Kelantan dalam 12 jam gitu! serik, trauma, seram semua ada! no more Kelantan time raya. huhuhu....


mari posing untuk hilangkan kebosanan

kat Kubang Kerian kitorg stay di Avee Motel. room rate tak ingat lak berapa. murah jer rasanya. motel ni betul2 kat depan Hospital Kubang Kerian. senang jer nak cari sebenarnya tapi disebabkan GPS (yang tak guna sesen) tu, sesat barat kitorg dibuatnya. tskkkk....

location motel ni strategik sebab dekat dengan tempat tabur duit. kih3...kat belakang ada jakel, ariani, mydin mall dan macam2 kedai lagi la. tempat makan pon banyak so takyah runsing nak cari makan. so malam tu kitorg jalan kaki jer ke blok rumah kedai sebelah untuk dinner. kitorg makan di kopitiam apa nama tah lupa. food dia okla boleh tahan.

4th day raya

hari kenduri. pagi tu cari breakfast dulu kat area belakang motel. tengok ada satu gerai ni panjang gak queue. nama gerai tu nasi kak wook (lebih kurang camtu la). gerai2 lain banyak yang belum bukak. almaklumla, still raya kan...so kitorg breakfast kat kak wook jer. 

sedap banget nasik kak wook ni. lauk dia limited tapi yang best tu ayam dia baru goreng panas2. tak kira la nak dine-in atau take-away, semua nasik dia bungkus. bila bukak bungkusan terus keluar wap berbau sedap. huhuhu...rupanya my BIL cakap nasi kak wook memang femes kat sana. no wonder la queue pon panjang.

terbaek (kak) wook! hehe...

lepas breakfast kitorg balik motel then terus siap2 untuk ke kenduri pulak. tapi kat kenduri tak amek gambar gak. huhuhu...simple but nice jer kenduri kawin orang Kelantan ni yer. i loike! takyah bising2 pasang lagu dengan DJ dok ngarut sorang2 bagai. pengantin pon sempoi jer. hehe...yang penting dapat keberkatan Allah...tul tak? :-D

balik dari kenduri kitorg singgah kejap di Bazaar Tok Guru. kali ni guna GPS thru henpon aku jer. mujur boleh harap. tak macam GPS hampeh tu. huh! tapi aku tak beli satu apa pon kat situ. takder benda yang menarik perhatian.

for dinner kitorg menapak ke blok sebelah untuk makan di d'klasik kopitiam. boleh tahan sedap food dia. tomyam dia best!

adam and his ridiculous pose (again). tskkk...

my dinner at d'klasik - chicken chop with black pepper sauce. yummeh!

lepas dinner, kitorg ke Wakaf Che Yeh untuk soping la apa lagi. hehe...nak cari jalan ke sana still guna GPS fon aku. memang serik dah nak guna GPS kete tu. kat sana aku cuma beli kaftan sehelai. teringin nak beli kain tapi takder yang berkenan pulak. sep duit ahkak! ;p

5th day raya

time to go home! kitorg bergerak dari motel dalam kul 8.30 pagi camtu. singgah breakfast nasik kerabu dalam perjalanan. dapat jugak makan nasik kerabu oghe kelate yang diidamkan sejak bulan puasa aritu. huhu...tapi rasa tak puas makan sebab lauk dia limited. ikan goreng tepung takder, telur masin takder, solok lada pon takder. tapi tengok laku jugak kedai makcik tu. hmmm...

lega jalan tak jammed masa balik. kitorg singgah beli kuih akok kat mana tah. gerai tu tepi jalan jer. dia masak stail tradisional, guna arang. sedap gilossss!! complete semua dengan rasa yang tak over manis, texture gebu, lembut, ouh heavennnnn....ni yang tingin nak pegi sana lagi nih. akok sedap nyer pasal. huhuhu...

overall total journey balik Jitra dalam 9 jam la jugak. itupon sebab kitorg singgah merata tempat. 

all in all this is the most tiring but fun raya i've ever had. hehe...lain la sikit sebab dapat holiday skali. march next year sorang lagi adik my BIL nak kawin. ke Kelate lagi kah kami? we'll see....tehehe....

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri!


DI KESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 


MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA READERS MRSBOBO TAK KIRA DI MANA ANDA BERADA. CEWAH! MOHON SERIBU KEMAAFAN SEKIRANYA TERDAPAT SALAH SILAP DALAM TUTUR KATA DIRIKU SELAMA INI....

HAVE A BLESSED RAYA EVERYONE!

Ramadhan & Checklist Raya 2012

ini namanya entry di penghujung ramadhan. huhu....sian blog aku nih asyik ditinggal bersawang jer ;p

anyway, tinggal berapa hari jer lagi dah nak raya. cepat sangat dah nak habis ramadhan. seriously rasa tak seronok. every year kot rasa macam ni sebab aku prefer ramadhan lagi than syawal. dah tua2 ni raya bukan best mana pon. part yang seronok time dapat jumpa family members jela...and time dapat makan food yang banyak dan sedap2. that's the best part. tehehe...

citer pasal ramadhan dulu. sama macam tahun lepas, tahun ni kitorg sambut ramadhan di banting juga. pastu balik kelana jaya. seronok dapat berbuka ramai2 dengan family. tahun ni pecah rekod aku cuma pegi param 2 kali jer kot. lain2 hari semua bobo belikan lauk, takpon aku tapau jer dari kedai mamak belakang opis aku. nak masak sendiri jauh panggang dari api la. ponek den balik dari opis drive jauh (alasang!) pastu kena masak. takat masak nasik leh gagah lagi ;p

sepanjang bulan puasa ni gak aku hantar adam ke taska lama dia di kangar sebab takut rushing nak balik dari kangar ke jitra tiap2 hari. dalam 45min every journey. so terpaksa tukar temporary ke taska lama. lepas raya hantar balik kat tadika jitra. sian anak aku. huhuhu....

ok, nak buat checklist raya lak seperti biasa ;D

  • baju raya ---> *checked* alhamdulillah tahun ni aku sempat hantar kain kat tailor. tak macam tahun lepas pakai recycle jer (sobs...). ada 4 pasang kain. semua aku buat kurung bodo jer sebab nak pakai ke opis pastu. takder kerawang, labuci, bling2 bagai. ahkak tak baper minat menda2 alah tu ;p baju melayu bobo & adam pon dah setel. tahun ni sebenarnya plan tema kaler merah. tapi last minit tup2 jadi kaler koko. hahaha....hentam sajalah labu...
  • angpau ---> *checked* tinggal nak masuk sampul jer. gigih aku queue sejam nak tukar duit kat bank hari tu. tapi berbaloi sebab esoknya diorg cakap duit baru dah habis
  • kuih ---> *checked* ada 11 jenis tak silap aku. banyak gilos! aku beli 3, bobo beli 3, supplier bagi 3, opis bobo bagi 2. tu belum kira segala kerepek, maruku lagi. sapa la nak tolong habiskan semua tu. huhuh....tapi yang besnyer tahun ni dapat beli biskut feberet. baru ku tahu namanya lincoln crisps. dulu2 beli takder nama pon kuih tu. hehe...
  • servis kete ---> *checked*
  • reload touch & go ---> *checked*
  • kemas rumah ---> *separa checked* ;p tengok tahap kerajinan dan kesempatan
  • packing baju ---> *not checked* baru buat list baju. i hate packing!!
  • cuti raya ---> *checked* nangih aku kalau tak checked weh! ;p
  • facial ---> *checked* untuk keserian wajah di pagi raya. kah3...
  • zakat fitrah ---> *checked* bobo dah bayar siap2 aritu.

alhamdulillah banyak yang dah setel except packing (which i hate so much). tskkkk.......
 
suppose raya tahun ni turn balik kampung aku kat penang. tapi aritu tukar plan raya banting dulu pulak sebab 3rd day raya kitorg nak berkonvoi ke kelantan. nak pegi kenduri kawin adik ipar kakak aku. saja nak join sebab dah berkurun tak pegi kelantan. teringin! bobo lagi la...last dia pegi kelantan masa skolah rendah kot. hahaha! sian sungguh laki ahkak ;p jadinya raya di banting-penang-kelantan la kitorg tahun ni.

ok, nak standby untuk balik. yup, i'm still working today. mujur big bos bagi balik awal. yehaaaa! tapi balik rumah kena fikir pasal packing lak. yelpppp!! insyallah malam ni nak bertolak balik banting. mudah2an perjalanan kami selamat. aminnn....

till then. toodles!