Monday, July 18, 2011

Tanya Sama Pokok....Apa Sebab Goyanggg?

tetiba terngiang2 lagu pokok bila nak buat entry ni ;p

petang semalam aku & bobo gigih pi nursery nak beli pokok berpasu. almaklumla rumah takder tanah, so kena la cari dengan pasu2 sekali.

rambang mata jugak yer nak pilih pokok pon. aku berkenan pokok apa tah nama dia...Rm100+! tak jadi la beli. hihih...so end up beli yang ni jer...

pokok (lupa nama lak) besar satu dan satu lagi pokok limau. hehehe...pokok limau tu beli sebab RM5 jer. tapi kena beli pasu sekali la dengan tanah 2 kampit. gigih kan kitorg?



pokok buluh yang kanan sekali tu adalah satu2nya pokok yang kitorg ada sebelum ni. itu pon pemberian pakcik aku. dulu kecik jer, skang ni dah rimbun sket. pandai gak aku bela. kui3...tu pon tak siram hari2.


masa nak pilih pokok semalam pon aku tanya dulu senang jaga ker tak. takmolah yang susah jaga sebab kadang aku ni terlupa gak nak siram. huhuh...masa kat umah sewa di Kangar dulu aku penah bela pokok cabai melaka. beli di Cameron. tapi umur dia tak panjang :-S. orang kata sebab tangan panas yer kalau bela pokok asyik mati? so kesimpulannya beli yang senang jaga jelah....


pokok yang besar tu kitorg letak dalam rumah. bila ada pokok rasa macam dok kat resort gitu (perahsantan!)

no more toys adam kat ceruk tu ;D




plan kitorg lepas ni nak beli 1 pokok sebulan at least. nak aim pokok mana lak pasni yer? any suggestion? jangan suggest pokok durian, rambutan dahla yer. hehe...


Friday, July 15, 2011

Cuba Teka Apa Di Dalam?



gigih nak suh teka ;p


jawapannya = slip renew driving lesen!


ni 1st time aku guna servis myeg. efisien gak yer. dalam masa sehari jer dah sampai slip parcel ni kat rumah. siap ada orang dia call dulu tanya 'betul tak rumah cik ada kete kaler bla2...ada moto kaler bla2...' sebelum nak letak parcel dalam postbox :D


cuma time nak bayar online jer ada problem sket. aku kena tepon call centre dia tanya payment dah clear atau belum. pastu orang tu kata nak call balik, tak call2 pon. tup2 esok petang tu dah sampai parcel. hehehe....inilah perkhidmatan yang cekap!


sebelum ni aku register sebab nak cek ada saman ker tak jer. memang aku clear jelah. pemandu berhemah la katakan...(bluekkk ;p) tup2 baru ni dapat email myeg bagitau aku ada 1 saman. kena kat jalan yang aku jarang lalu lak tu! ampestos btol! abis tercalar kredibiliti aku (cewah!) sebagai pemandu yang tak pernah disaman setelah hampir 10 taun dapat lesen. cara nak bayar dan tempat nak bayar pon aku taktau kat mana! serius! (jadi alasan tak bayar2 lagi saman tu).


pastu masa polis dok buat roadblock pasal Bersih baru2 ni aku lak jadi cuak. kih3....mintak ampun pak polisi....nanti saya bayar saman tu yerrrrrr.......


Wednesday, July 13, 2011

Trip 24 Jam di London

ini adalah entry yang tersangat basi. dah dekat sebulan aku balik dari trip baru nak update ;p

awal Jun aritu opis antar aku ke London dan Ireland for a week. ada keje sket kat sana. hihih...merasa gak aku sampai London. mak aku cakap 'besnya dah sampai tempat Una dimengandungkan'. hahahaha!! comey jer mak aku nih. anyway, aku update trip di London dulu la sebab stay 1 nite jer kat sana. di Ireland aku stay for 7 nites. lagi lama meaning lagi banyak pics la. heheh...

sebenarnya ada a few jer pics aku di London. yang lain2 semua pics pemandangan. tu pon pemandangan yang tak berapa nak indah sebab aku snap dari dalam kete jer ondawe nak ke airport. hahah!

aku stay di Corus Hotel, Hyde Park then keesokkannya aku kena bertolak ke Ireland pulak. it was a work trip so terpaksa la ikut jadual kan...kalau holiday takdernyer aku stay 1 nite jer di London! one of the Professors cakap kat aku 'kira you tak cukup rukun la mai London sebab tak nampak London Bridge'. huwaaaaa :'( but it's so true, kan? Big Ben tak nampak, River Thames pon tak nampak bayang. huhu...terkilan la jugak but what to do...ayam tak patuk itik tak sudu.... ;p apa pon syukur dapat gak peluang ke sana, kan?

sebab time sangat2 limited, sampai2 sana jer lepas check in hotel dan solat, aku dan Datin (our VC's wife) terus keluar ronda di area Bayswater dengan sorang staf kami yang study di sana. kat situ la aku pulun shopping souvenirs sebab takder chance dah nak shopping2 esoknya. kat situ siap ada kedai bagi diskaun untuk Malaysian lagi. i loike....

kat Whiteleys aku beli tshirt Gap London untuk adam. ada kedai Whittard tea. rambang mata tengok tea dia tapi aku tak beli pon. dah balik baru nyesal :(






around Bayswater. lupa snap pic kedai souvenir sebab bz menyopping ;p



pemandangan 'indah' dari hotel room. tak nampak Hyde Park pongg ;p



on 2nd day, pagi tu kami ada perjumpaan dengan staf2 yang study di UK. abis jer perjumpaan, aku dan Datin rush terus naik turun tube pegi Harrods. heheheh...Dato' pon bagi chance so apa lagi... ;p

lupa buh pic ni tadi. posing sementara tunggu train sampai di Paddington Tube Station. hehe...


kat sana aku beli souvenirs sket2 and a tote bag pour moi ;D ouh yer, aku dapat gak singgah Laduree, kedai yang sangat femes dengan macarons dia tu!


curi2 amek pic depan kedai


yummeh!! aku suka yang vanilla flavour. eh, mocha pon suka ;D


kotak macarons yang lawa. aku beli 8 biji = 10 pound. kalau nak kotak yang lagi lawa pon ada, tapi harga pon lagi lawa la kan...



pelencong asing bergambar dengan Datin depan Harrods ;D


monumen Lady Diana & Dodi Al-Fayed kat bawah Harrods



the famous London double decker bus

kami ada lebih kurang 2 jam jer untuk shopping di Harrods. memang suntuk sangat masa. dahla rambang mata nak tengok macam2. huhuh...lepas tu kelam kabut nak catch up tube lagi sebab nak balik hotel amek beg. kitorg sampai2 jer hotel terus amek beg masuk kete shoot pegi Heathrow. hahah! memang gilo rasanya! dalam flight to Ireland aku memang tido jer. letisssss.....


ni antara pics yang aku amek masa ondawe ke airport. heheh....tah hapa2 jer.








ok, dah abis citer pasal 24 hour trip di London. short but sweet (prasan!). kalau ada rezeki nak pegi lagi!!! ok, aku kena start menabung sekarang! (errr...tabung coffee maker pon baru ada berapa sen. chait!)

my next entry will be about trip to Ireland pulak, insyallah.... ;D


p/s: this weekend plan nak register Streamyx. tak tahan dah dok umah tak bertenet. kui3....


update: enchek bobo dah siap register streamyx tadi ;p sebenarnya dia tengah MC seminggu skang ni sebab baru bukak simen kaki. kaki dia bersimen dekat 3 minggu gak. kaki dok capik lagi pon merayap pokcik nih! haippp...

Tuesday, July 12, 2011

Sofa & Karpet Baru In Da House!!

alhamdulillah...baru2 ni ada la rezeki lebih sikit untuk kami sekeluarga. so, apa lagi mau tunggu...terus tangkap sofa 1 set siap dengan karpet sekali ;p

kami plan tukar sofa sebab yang lama dah agak kronik. kalau duduk jer mesti sakit montot sebab dawai dia dah timbul2. pastu bila duduk pon senget sebelah sebab lapik bawah dah bocor. kronik tak kronik tu? huhuhu...tapi sofa tu kami simpan lagi. aku letak di area sebelah tangga. sayang woo...MIL yang bagi sempena pindah rumah sendiri di Puchong dulu ;D

skang ni kami tak sakit montot dahla sebab dapat duduk di sofa empuk. ngeh3....

kami beli ni di Arredo, Aloq Staq. tengah ada renovation sale skang ni. kalau tak sale memang tak terbeli la...

kami pilih yang 100% leather sebab tahan lama dan selesa. yelah, barang nak pakai lama kan? op kos kena pilih yang elok...


terus jadi sempit hall ;p



coffee table kami tak beli lagi sebab kat kedai tu semua mahe2 belaka. mau lari bajet! so pospon dulu cari next time jelah...

karpet pon kami tukar yang baru. saja pilih ada corak2 sikit sebab sofa dah plain ;D

sepatutnya kami plan nak buat tema moden. biasanya kaler itam, merah, putih related la dengan tema moden kan...tapi tengok skang ni kaler brown lak yang dominant dalam umah. so mebbe kami kena tukar tema la jadi tema cacamarba! hahahaa....



tempat adam guling2



lepas ni next project kami adalah WARDROBE! duit booking pon dah bayar kat kontraktor hari tu. kali ni kami pilih kompeni melayu pulak. bila dah ada progress nanti aku update balik. stay tuned!


p/s: sorry kualiti pics tak lawa sebab amek guna ifon jer ;p

Monday, June 27, 2011

Cakk!!



punah harapan dan azam tahun 2011 nak jadi blogger tegar (yeah right...). rasanya kali ni period paling lama aku tak update kot. reason why? maleh nak explain, boleh? boleh la sebab ni blog ahkak ;p


nak start pon taktau camna dah. i'd lost my writing mojo. eceh..mojo la sangat. sebenarnya lebih kepada ingat2 lupa kejadian yang berlaku dalam hidup bulan lepas. kih3....


ok. lemme summarize things that i wanna update:


1. i'm now an iphone user ;D beli sempena prezen besday untuk diri sendiri yang coming soon lagi errr....6 bulan ;p and i'm lovin' it!


2. progress renovation rumah - dah selamat dipasang lampu pagar dan kipas di bilik bawah. finally!


3. dijangkiti viral fever yang sangat teruk sebelum bertolak ke....(sila rujuk item no. 4 ;p) sampai kena jumpa Pakar ENT!


4. i was away to London and Ireland due to a working trip early this month. wheeeeeeee!!


tu jer kot the big things that happened in previous days/month. eh semua items tu ended with exclamation mark lak.


btw, nanti aku buat specific entry untuk item no. 4. tak beslah nak longgok semua dalam entry ni kan...


till then! tata!

Tuesday, May 10, 2011

Dia Mai Dah....



jemput makan....(bila tengok pic ni aku sendiri yang terliur. kui3....)


nilah dia pelam harumanis. sekarang ni tengah musim. pokok dia berbuah setahun sekali jer dari tengah April sampai awal Mei. rasanya pelam ni kat Perlis jer tanam secara eksklusif. tempat lain takder, kot?


kalau ikutkan aku ni bukanla 'hantu' pelam pon. zaman sekolah dulu seingat aku memang aku tak makan langsung pelam. taktau naper ;p


bila dah duduk kat sini, baru kenal dengan harumanis ni. terus jatuh chenta! hehehe...disebabkan dulu tak suka pelam, tak pernahla aku potong buah tu. tu yang senget benget jer pelam dalam pinggan tu. kalau selak kat bawah2 lagi obvious 'keterukkan' hasil potongan aku. hahaha...

Monday, May 9, 2011

Don't Make My Blood Go Upstairs!

hari ni kembali bersiaran setelah beberapa hari tenet di opis tergendala disebabkan oleh kebakaran di ict. seriously! tapi sekarang, hati aku lak yang 'terbakar'. seriously! puncanya: sorang pakcik koperasi di negeri indah nan permai lagi mempesona ni. grrrrrrrrrrrrr!!

ceritanya begini....

rumah sewa kitorg dulu di Perlis tuannya koperasi X (bukan nama sebenar ;p). tapi aku deal dengan sekretari koperasi a.k.a. penjaga rumah sewa tu jelah, the so called pakcik. kitorg kena bayar deposit dulu 3 bulan sewa. that's fine. masa nak masuk rumah pon macam2 kitorg repair sendiri dan bayar sendiri kat repairman.

lepas dah keluar dari rumah tu, terus ada penyewa lain masuk. memang aku tak nafikan ada lagi benda yang kena repair. bukannya kitorg taknak repair dulu. dah panggil repairman tu sampai sudah dia tak datang2. masa awal2 jer rajin datang. lepas tu berkali2 jugakla panggil tapi tak datang2. sampai berapa kali nak panggil kan? so eventually dah sampai masa kitorg pon nak pindah keluar.

aku fikir sebab dulu masa kitorg baru masuk pon banyak benda yang kena repair dan bayar sendiri. so penyewa baru pon kena la repair apa yang patut macam kami dulu. but i was wrong! si pakcik ni meeting dengan ahli2 koperasi dia aritu. pastu diorg decide kami penyewa lama yang kena repair semua2 tu. total repair is RM365! gilo tak banyak tu!! so leburla hampir half duit deposit kami!

yang paling menyakitkan hati, sampaikan tali jamban pon kitorg yang kena ganti balik. padahal masa kitorg masuk memang dah takder tali tu!! whaddaaaaa h***!!!!!!!! memang ahkak marah tul bila tengok resit repairing items tu. kalau nak suruh kitorg bayar lampu porch yang memang dah lama tak menyala tu takper lagi. ni tali jamban yang memang kitorg pon tak penah nampak! kalau takder tali tu bukannya takleh flush pon! yennadei btoi!

bila diorg nak bagi cek refund deposit, memang aku cerita habis pasal tak kepuasan hati aku kat kakak2 admin koperasi tu. diorg bagitau masa meeting sesama lembaga pengarah diorg tak masuk. pakcik tu jer masuk. so diorg tak tahu menahu apa2 la.

kebetulan nama aku diorg print silap kat cek tu. so aku cakap mintak diorg revise dan consider balik pasal query aku tu. tulunla, kalau nak potong upah repair lampu ker longkang sumbat (yang dah berapa kali repair tu) takper lagi, kitorg faham. ni benda yang tak berkaitan pon nak potong dari duit deposit memang tak patut la kan.

bukan apa, sebenarnya ada jer perjanjian sewa yang aku kena sign. tapi rasanya diorg sendiri tak faham gamaknya isi perjanjian tu. aku ingat lagi dalam perjanjian tu ada mention pasal sebarang kerosakan yang disebabkan oleh 'worn-out', adalah di bawah tanggungjawab tuan rumah, yakni koperasi. kalau kerosakan yang disebabkan oleh penyewa, tanggungjawab untuk repair di bawah penyewa. make sense, right?

last friday pakcik tu call aku balik bagitau cek dah siap. bila aku tanya berapa, dia jawab sama jelah macam hari tu. lepas tu dia tanya aku balik kenapa aku query pasal diorg potong kos repair2 tu. siap cakap Rm300+ bukannya banyak mana pon. eiiii....menyirap ros terus bila dengar dia cakap camtu. aku taktau la kan kot2 hang orang paling kaya dalam negeri ni. tapi janganla ingat semua orang banyak duit macam hang!

bila dah menyirap tu aku cakap la 'kalau koperasi amek duit kami, memang kami tak halal la'. pastu dia terus meninggi suara dengan aku cakap 'ooo! kalau camtu kami pon tak halal la hgpa duduk rumah tu dulu. dahla kami tak penaik sewa sepanjang hgpa dok situ!' hahahahaa!!! cam lawak pon ada. tak penaik sewa? sapa suruh kan? that's your problem anyway! lepas tu dia membebel apa tah lagi dengan high volume. sorry to say pakcik. you don't have my respect anymore! aku cakap elok2 dengan nada biasa, dia nak melenting lak. pap! terus aku cut off the line. puas hati aku!

serabut kepala fikir pasal benda ni sepanjang weekend. sampai terfikir nak amek loyer pon ada (hahahaha!! poyo lak). bobo nasihat terima jelah berapa yang diorg nak bayar balik. biar kat akhirat esok diorg kena pembalasan sebab kita tak berkat duit tu. adui...awatla laki ahkak baik sesangat lak nih! yang bini lak ala2 dah nak lipat lengan baju! dun mess wit me gitu! huhuh...


pagi ni kakak admin koperasi call aku bagitau suruh amek cek. sibaik bukan pakcik dot..dot..dot..tu yang call. rasanya dia pon sure bengang dengan aku pasal insiden aritu. you deserved it! jangan ingat kami muda2 tak tau apa hak kami! kakak tu bagitau diorg dah alter balik jumlah refund deposit tu. segala makneka repairing items tu diorg dah potong balik. Alhamdulillah kalau betul diorg dah ubah. selagi aku tak amek cek tu, selagi tu aku takmo percaya. huhuhu....kakak tu pon siap bagitau kalau nak datang amek cek, datang awal2 pagi sebab petang pakcik tu ada kat opis. hahahahahaaa!!!! confirm dah kecoh kat koperasi pasal kes aku. takpelah, yang penting kami dapat balik hak kami by hook or by crook!


to that pakcik, ingat2 sikit pakcik pon ada anak baya2 kami. what goes around comes around!