Saturday, July 25, 2009
Kegigihan
punyala teringin nak tengok gak movie tu, streaming pon streaming lah. dengan sangkut2 lagi..dah baper jam tak abih2. lotih den! at last aku bagi dia play dulu. nanti bila dah complete baru nak continue balik ;p
gigih, kan?
p/s: epi 8 month besday to en. abam today!
Friday, July 24, 2009
Perihal Anniversary
our hotel (lupa lak nama apa). macam poskad lak pic ni
en. bobo sedang bergumbira dalam kolam

mak buyung pulak sedang sunbathing ;p (pic rosak sket)
2nd anniversary ni kami celebrate bertiga la...nama jer celebrate tapi nanti bobo kat kl, aku ngan an. abam kat perlis. camno tu? hehe...tak kisahla, yang penting aku dah dapat anniversary gift from bobo in advance ;D cuma aku yang takder idea lagi nak bagi apa kat bobo. hmm...
Friday, July 17, 2009
What I Like About Perlis

No Traffic Jam: aku tak suka tempat yang sesak & menyesakkan kepala. but when it comes to shopping it's different story, okeh? sebab yang tu 'ter'paksa. haha...what i mean sesak here is more to traffic jams & crowded places without no specific reason. contohnya macam kat KL. 24/7 traffic jam. orang KL ni tak tido kah? misteri sungguh...traffic jam in Perlis? time cuti panjang jer kot. macam time nak raya, etc. itupon takla teruk mana...boleh diterima akal lagi. heheh...
Makanan Sedap & Murah: this is my favourite point (point pon ada fav). Untuk orang yang berselera kampung (macam aku) memang banyak sangat choices kat Perlis ni. Antaranya kedai Pokok Sawa, Sri Mongkol, Anjung Keli & Suri Corner. trust me, you won't regret. hehe...kedai ikan bakar kat Kuala Perlis pon banyak yang bes dan murah2.
Pleasant Panorama: kat sini tak pesat membangun sangat so banyak lagi la flora & fauna yang wujud. fauna tu termasukla biawak, kucing & anjing yang tetiba melintas jalan. hehehe...yang paling cantik ialah sawah bendang yang nampak macam karpet bila dah masak hijau. such a pleasant view!
Affordable Facial: hehe...yang ni memang tak bleh dapat di negeri2 lain. affordable facial memang la banyak but what i meant here is Clarins Facial. bukan facial kat pusat2 spa kampung tau....at only RM100 i get almost 2 hours of thorough facial using Clarins product inclusive hand, shoulder & neck massage. very soothing and relaxing...kalau di Clarins Institute yang kat departmental store tu harganya RM198 for only 1 hour. itupun without eye treatment. pricey, kan? what's more interesting is that i get 10% off for purchasing Clarins product. kalau beli kat KLIA pon less 5% jer kot..
Jarak: skang ni aku nakpi opis amek masa 20 minit jer. itu pon dah termasuk masa hantar adam kat nursery dia. without any toll. just imagine how much i can save for petrol & toll or LRT. meaning, dok Perlis memang boleh save some money. hehehe...
Low Crime Rate: kat Perlis ni memang jarang gakla dengar kejadian jenayah. abah aku citer dulu2 ada jail tapi pastu ditutup. sebabnya, takder orang jahat yang nak dijailkan. hehehe...hopefully selamat & sejahtera la penduduk Perlis ni yer...
the cons pulak:
Susu & Diapers Mahal: masa kat KL aku dok beli susu (Promil Gold) adam kat kedai sensei. harga memang murah compared to beli kat hypermart atau mini market. kat sini harganya dlm 3-5 ringgit lebih dari kat KL. agak mahal la. diapers pon sama. aku tak jumpa lagi kedai yang jual diapers (adam pakai Drypers untuk siang & Mamy Poko untuk malam) murah. kena pegi survey lagi nih..
No shopping malls: yang ada cuma The Store. hehe...aku tak kisah sangat sebab dok balik KL & slalu outstation. time balik/outstation tu apa lagi, pulun la pegi sukat shopping malls yang ada ;p point ni sebenarnya ada kebaikannya jugak ;p. paham2 jela yer...
hmm...aku cuma dapat 2 points jer untuk cons. rasanya tu jer kot. so, takderla teruk sangat tinggal jauh2 ni kan? insya Allah kalau takder aral, sampai pencen la aku keje kat sini...
(pic credit to Mr Gugel)
Thursday, July 16, 2009
En. Abam @ 7 months
ok, back to bisnes ;p well, actually en. abam is already 7 months plus. here is his milestones:
- gigi bawah yang baru tumbuh dah nampak obvious. cute sangat! macam chiclets kecik jer (wujud lagi ker mints ni?). hehe...
- dah menyulur merata2. semua benda atas lantai dia nak kutip. so i have to make sure my house is spotless. i'm thinking of getting the safety gate later. tunggu dia leh merangkak (skang ni baru blajar angkat2 montot..) nanti kot..
- dah pandai gelak bila main Lamaze kat car seat dia. sebelum ni dia tau ketuk2 & pukul2 jer benda tu. skang ni bila dia wat camtu & benda tu bunyi, dia gelak2 & sengih2 sorang2. siok sendiri la tu ;p
- belum boleh duduk dengan stabil. sibaik dah ada high chair ikea. sangat2 helpful bila nak bagi dia makan. tapi tak sampai kejap duduk dia akan angkat seblah kaki & duduk dalam high chair tu ala2 samseng kampung dusun! iskk...
- bila nak tido aku akan letak dia dalam playpen. alhamdulillah dia tak 'demanding'. kalau dah kantok, dia akan golek2 dalam playpen tu pastu tido la dia...berbaloi gakla beli playpen tu ;D
- masih bangun tengah malam sekali untuk minum susu. biasanya dalam kul 2am - 4am. memang jadi zombie la aku tiap2 hari. hehe...
- suka buat suara meneran. kekadang macam test pitching pon ada. haha...
- last but not least, budak kenit ni dah semakin lasak! bila nak salin diapers atau nak pakaikan baju skang ni sangat2 la mencabar. bila tido jer dia diam. heheh...boys will be boys isn't it?
tu jer kot yang aku observed. btw all babies develop at their own pace. so i'm not worried en. abam couldn't crawl or sit upright just yet...the time will come...
dah kantok tapi Desperate Housewives baru start lak. lewatnyer! DH or tido? Dh or tido? tido lagi bes lah ;p
Wednesday, July 15, 2009
After A Long Silence
kat umah lak aku sibuk jadi housewife. almaklumla kat sini aku jadi 'ibu tunggul'. semua benda kena buat sendiri. masa duk KL aku slalu mintak tulun bobo siapkan beg skolah & basuh botol susu adam. eheheh...amek kesempatan sungguh!
so semalam aku berikrar (cewahh) arini nak buat entry baru...
nak citer pasal en. abamlah ;p
ini pic en. abam di rumah baru kami. dengan rambut dia yang macam mohawk tu. heheh...
see the hair? macam kena karan pon ado! hahaha...(dasar ummi yang maleh nak sapu baby oil) sian si motak nih ;p
hmm..macam banyak benda nak story. ideas are back! tapi nantilah...my work is my 1st priority (macam ayat bodek nak naik pangkat ja. hahaha...) no lah, my family is NUMBER ONE! ok, i better stop now. dah start nak merepek.
toodles!
Friday, July 3, 2009
Kembali Bersiaran
keje - aku dah mula keje balik ari Rabu aritu. welkam bek to meself! masuk2 bilik opis tengok atas meja...fuhh..penuh dengan surat, paperwork, borang2 yang aku kena amek tindakan. nampak gaya tak sempat nak 'honeymoon' kejap la camni ;p
pindah - cuma tinggal sket2 kotak yang aku belum bukak. aku puas ati sangat dengan rumah sewa skang ni. semua ruang ada tiles. senang nak mop & sapu. bilik air pon bersih. cuma pressure air tak baper kuat untuk aku guna water heater. tak kisahlah, mandi kolah pon bukannya sejuk sangat. warm jer...btw cuaca kat perlis skang ni not as what i expected la. nak kata panas sangat tak jugak. ada certain time jela. apa pon aku dah siap pasang aircond kat bilik aku sebagai preparation di hari panas. sebabnya panas kat negeri ni lain macam sket (jangan mare yer orang perlis). heheh...
adam - aku hantar ke nursery. nama nursery tu Taska Jannatul Firdaus. fees dia cuma RM180 sebulan. sangat2 murah compared to nursery di Penang atau KL. yang lagi bes, nursery ni tulun buatkan homemade meals untuk babies. so aku takyahla nak siapkan meal untuk adam. diorg siap ada jadual aktiviti untuk babies. aku tengok aritu salah satu aktivitinyer ialah membunyikan loceng. eheheh..kiut jer...pastu tiap2 babies akan diberi satu buku untuk parents tanda checklist barang2 yang perlu dibawa. kat seblah bawah buku lak pengasuh akan tulis apa meal anak kita untuk hari tu, macamana perkembangan anak, berapa kali dia minum susu & berapa jam anak kita tidur. all these for only RM180 a month! hanya terdapat di perlis saja yer...negeri lain aku tatau la ;p adam pon ok dok kat sana. asik sengih2 pengasuh dia cakap. heheh...sibaik la dia jenis yang nak kat sesaper jer. ker 'stranger anxiety' dia yang belum develop lagi eh?
bobo - kitorg terpaksa lagi berPJJ buat sekian kalinya...what to do...skang ni kena cari jalan lain la pulak camner nak dapat duduk skali...amin....
me - serba sikit rasa lega sebab dah tak payah tempuh jem tiap2 hari masa duk kat KL dulu. heheh...skang ni 15 minit dah sampai opis. itupun dah termasuk masa hantar adam kat nursery dia. yang penting skang ni aku kena adjust la episod baru dalam hidup aku ni. almaklumla, kat sini aku jadi ibu tunggul. bobo cuma leh datang seminggu atau 2 minggu sekali jer. alhamdulillah semalam aku start jaga adam sorang2. dia memang tak banyak karenah. lepas kenyang & bersih, dia akan leka main2 sendiri atau tengok PHDC. pastu dia akan terlelap sendiri kalau ngantuk sangat. good boy....