Thursday, December 31, 2009
Sayonara 2009!
Friday, December 25, 2009
Kegigihan Diriku & En. Abam @ 1 year and 1 month old
skang ni kan musim cuti...kalau orang lain, ujung2 taun ni mesti nak abiskan cuti, tapi aku takder chance langsung. weekend pon dok kat umah jer jadi desperate housewife kepada mr bobo ;p eh tak jugak, ada gak weekend yang aku kena pegi opis. so mr bobo plak la yang jadi desperate househubby to mrs bobo. kui3...mak aku pon dok tanya 'tak balik KL ka? lani ni kan dok sale merata2' (my mommy is really good when provoking her daughters to shop, shop & shop! tak gitu my sisters? ;p) huwaaa....baru aku sedar sejak pindah balik ke Perlis, aku tak pernah lagi balik KL purposely for balik kampung, eh bandar ;p. yang dok balik tu cuma kejap2 jer sebab ada meeting di Putrajaya. so it doesn't count la kan? tambahan pulak bobo still on probation. takleh la nak amek cuti lama2. so tak sempat la aku nak menikmati Y.E.S ujung taun ni..takper, ada hikmah di sebaliknya (slamat duit aku...hehe..)
anyway, my long silence was due to a workshop at Cameron Highlands and study period for my PTK exam. alhamdulillah exam PTK baru jer tamat riwayat arini. fuhh...legaaaaa...dah tua2 pon kena stadi maut lagi. sampai naik pimples muka aku tau...mencik jer..tapi kalau tak amek exam tu takder harapan la nak dapat anjakan gaji (dasar mata dollar!). bab naik pangkat, maleh nak komen ;p it's not my priority right now. harap2 dapat la aras 4...maleh btoi kalau kena repeat (mintak simpang!). tawakkaltu a'lallah....
nih nak citer pasal bengkel di Equatorial Cameron Highlands lak. tapi sebelum pegi sana ada pre-bengkel dulu kat opis. bengkel sesajo...tu pasal la nak update blog pon tak sompek (nih awat tetiba cakap nogori lak nih..hehe..) ;p kat sana sangat sejuk!! 1st night tu susah nak tido sebab rasa sejuk sampai ke tulang sum2 walaupun dah pakai outfit macam kuih lapis. pastu ditambah pulak dengan kekepaman bau blanket. eughhh....kepam gilos tau!! tapi 2nd night dah boleh tido sebab dah immune dengan bau tu kot. hahaha...
apa pun bengkel kat Cameron tu was ok. takder rasa pressure sangat sebab aku skipped the dinner and the telematch (notty2 ;p). yang paling bes masa pegi pasar malam kat Brinchang. walaupun orang ramai, tapi tak rimas langsung sebab tak rasa panas. heheh...kat pasar tu pon kitorg abiskan masa 2 jam! pompuan...pompuan....the next day before nak balik kitorg singgah kat pasar sebelah hotel tu lak. aku beli sayur sket dan pokok cili api! ehehhee...gigih sungguh nak tanam pokok. tingin nak pegi kebun teh tapi tak sempat lak. tak merasa la aku nak feeling2 bollywood jap. kui3...
pasal en. abam lak. alhamdulillah...pejam celik pejam celik anak bujangku dah masuk setahun sebulan ari krismas ni. aku ingat lagi masa awal2 lepas bersalin dulu. to tell you all the truth, aku takder confidence dan tak reti langsung camner nak jaga dan besarkan anak masa tu. almaklumla, takder experience...so, i just go with the flow...kekta, my big sis pon banyak membantu. time pantang dulu sket2 sms dia, sket2 sms dia untuk tanya itu ini pasal baby care. hehe...sibaik dia pon tengah berpantang gak. so ada la time nak entertain sms2 aku (yolah tu..). hehehe....
oklah, enuff with the memories ;p here goes en. abam's milestones at 1 year & 1 month old:
- he loves to shout or shriek at the top of his lungs! testing vocal kot tapi macam nak tercabut anak tekak jer aku dengar. iskk..risau lak aku
- he can walk a bit faster now. jatuh2 pon dah kurang. takder dah gaya jalan ala2 zombie macam awal2 dulu. hehe...chaiyok!!
- dah pandai gelengkan kepala kalau taknak something. kekadang tu geleng2 without purpose jer. pastu sengih2 tayang gigi rabbit dia. hehe...notty jer rupa..
- pandai tunjuk jari telunjuk (macam E.T tu) bila kita sua jari telunjuk kita. when i say E.T., he'll show his telunjuk (ajar anak jadi E.T plak ;p). then bila aku cakap 'NO!', dia akan tunjuk gesture no dengan telunjuk dia. tapi apa yang aku larang dia still buat. perbuatan dengan percakapan tak sinonim lagi. blom memahami maksud NO la kaedahnya. kih3....
- he loves fan. nak2 table fan. haiyoo...kalau dia nampak jer fan, laju jer jalan terkedek2 nak pegi tepuk2 fan tu. ada skali tu sampai ter'on' trus fan tu. iskk...bahya sungguh!
- dah pandai sebut 'cat' & 'jatuh'. kalau aku tanya dia 'mana cat?' dia akan sebut balik 'cat' pastu tercari2 kat mana kucing tu. hehe...dengan kucing pon dia tak takut gak. sukati dia jer nak tarik2 bulu kucing kat umah makcik aku aritu. pastu kalau dia yang jatuhkan barang mesti nak sebut jatuh. tapi cara dia sebut tu pelat & bunyi macam 'chaaa...uhhh'. ehehhe...
- he's able to drink using a straw. aritu la adik aku sua straw air kotak ice lemon tea kat dia, pastu laju jer dia sedut air tu. wahh...bukan main suka lagi dia dapat minum ice lemon tea....sibaik tak sakit perut pastu..
- he loves to babble in his own language. macam2 bunyi ada. macam bahasa jerman pon yer ;p
- dah pandai buat gesture letak handphone kat telinga. skang ni abis semua barang dia buat macam handphone ie. a piece of paper, his baby wipes packet & Astro remote control. budak2 zaman milennium sungguh!
- suka baling barang ke belakang dari atas kepala. err..geddit? camner nak explain eh? ha..macam nak main jengket/tengteng tu...kita baling batu ke belakang tapi ngadap ke depan. iskk...apo2 lah ;p ha, dia suka buat camtu. ni citer 18sx sket. aritu aku dok lipat2 kain baju termasuklah undies2. pastu datang si kecik ni camukkan abis sumer lipatan. pastu dia ambil satu undies daddy dia & baling ke belakang. tup2 trus tersangkut kat leher dia. ahahhahaha!! gelak gilos kitorg tengok peel dia time tu. aku suh bobo amek pic tapi dia segan lak sebab nanti kantoi orang nampak undies dia. ahahhaa....
- ouh yer, en. abam baru jer baik dari demam. alhamdulilah kali ni tak lama demamnya. mebbe sebab nak naik bulan kot...cuma bezanya kali ni, dia jadi clingy sket dengan aku. sikit2 nak cari aku walaupun masa tu opah dia dok layan dia. anak omak nih! ;p
okla kot for the time being. buat syarat untuk update jer nih. heheh...so, pics2 akan diupload kemdian. it's time to sleep now...sok pagi aku ada facial appointment. lehla suruh amoi tu reducekan dark circles yang timbul semata2 nak update blog nih! haha...
toodles!
p/s: i love my netbook (tetiba!)
Wednesday, December 9, 2009
Rahsia Di Dalam Ais
- Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
- Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
- Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
- Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
- Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
- Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
- Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
- Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
- Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
- Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
- Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
- Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
- Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
- Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
- Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
- Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
- Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
- Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
- Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
- Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
- Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
- Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
- Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
- Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
- Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
- Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
- Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
- Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
Wednesday, December 2, 2009
Cerita Hari Raya Haji
aku cakap kat mak & abah kitorg tak join la pegi akad tu sebab aku takder baju...pastu dah tak pegi kenduri nak buat apa lagi, kan? melencong la ke Queensbay Mall. ehehehehe....insyirah a.k.a cewah, anak kakak aku pon join skali sebab dia kena tinggal. sebab bangun lewat kot...sampai2 sana kitorg lunch dulu kat Chicken Rice Shop (CRS) sebab cewah lapar. besnyer skang ni kat CRS ada 3 Layer Tea! feberet tuh....
ni naik roket lak. see the big plastic bag? it's adam's bday present!
sibuk jer nak pegang gak stereng ketapi tu. hehhe...
lama jugakla kitorg dok tawaf dalam Queensbay tu..almaklumla, dah lama takpi mall ;p sampai adam tertido la dalam stroller dia. hehe...sampai jer umah rasa nak pengsan pon ada. letih sungguh! tapi apakan daya....kena bersiap untuk kenduri malam tu plak.
anyway, selamat pengantin baru to my cousin - Aizad & Syena. cool abih pasangan pengantin ni. kaler tema hantaran depa black & red tau. so gothic! hehehe....aizad lak leh lupa bawak kasut masa kenduri seblah syena. dia pakai kasut crocs jer. ahahhaha....lawak sungguh. last2 kawan dia pinjamkan kasut boot kat dia. sibaik lagi...
hmm...tu jelah citer raya haji kami. macam tak raya jer kan? ;p
Tuesday, December 1, 2009
Twilight
pastu orang dok may i say 'gila bayang' dengan si 'Edward Cullen' & 'Jacob' yang kunun hensem (not my taste) tu. ntahla, tak minat lak aku. haha...mau fan dia marah kat aku kalau baca blog ni..ker sebab aku dah makin matured (another term for old ;p) eh? budak muda mudi minat la kot dengan depa ni but not for me. tapi 'Bella' tu memang comel la...
(pic credit to mrgugel)