hari keempat kami meronda di sekitar Osaka. pagi tu menapak ke Namba sebelum bertolak ke Osaka Masjid. malamnya kami ke Umeda Sky Building.
memandangkan masih keletihan lepas 'tawaf' Kyoto hari sebelum, pagi tu kami keluar lewat sikit dari hotel. taknak rushing2 dah sebab kesian kat kaki ;p
hotel yang kami duduk memang dalam area Amerikamura atau American Village so boleh jalan kaki ke jer ke Dotonbori. cuaca pulak still suram pagi tu tapi tak hujan.
hotel kami kat sebelah kiri Nikko Osaka |
Amerikamura ni glemer di kalangan budak2 muda. kedai2 baju pon semua pesen muda mudi & style hippies. so tak beli apa pon kat situ (sedar diri ;p). pastu kat sepanjang jalan boleh dengar depa bukak muzik berdentum dentam. happening abis uols. hahaha...
malam2 ramai budak jepun dok main skateboard kat Triangle Park ni |
lampu pelik ni lagi |
taktau bangunan apa tapi femes kat situ |
spiderman tengah skodeng minah jepun dari atas |
dari Amerikamura kami menapak ke Dotonbori, tempat yang sangat femes dengan billboard 'ketam besar' & Glico man.
yay dah sampai Dotonbori |
Dotonbori River |
bangunan Namba Hips |
umat manusia punya la ramai walaupun awal lagi. kat Dotonbori agak 'bising' so sesapa yang tak suka tempat crowded mungkin rimas sket.
masa kat situ kami belum betul2 'jumpa' lagi Glico man. memang tak cari pon sebab nak cepat. so esoknya kami pegi situ lagi. hikhikk...
nampak tak kepala2 orang tu? ramai sungguh! |
tempat shopping berbumbung |
adam terkinja2 bila dah nampak ketam tu. teruja lebih katanya. hahaha... |
antara billboard yang femes kat Dotonbori |
setarbak & kedai buku Tsutaya |
omiyage market Little Osaka ni mahal sket. so tak beli apa pon kat situ ;p |
antara icon Dotonbori. ada restoran ikan buntal atau fugu |
kat sepanjang jalan ni ada banyak kedai jual takoyaki & okonomiyaki. boleh jadi lapaq woo..hehe...
tapi kami tak beli pon sebab dah rasa takoyaki sebelum ni. tapau jer dari kedai dalam tren stesen Shinsaibashi kalau tak silap. memang oishiii...
lepas dah melilau2 kat situ kami pon amek tren dari Osakananba Station ke Dekijima Station untuk menuju ke Osaka Masjid.
otw nakpi Dekijima dah mula hujan. sampai stesen makin lebat lak. tskkkk....pasrah jela menapak ke masjid. dari stesen dalam 1km gakla. fuhfuhhh...abis kasut pon basah :-(
sepanjang perjalanan ke masjid tu sunyi sepi ja. macam takdak orang lak kat kawasan tu. kereta pon boleh kira jari okeh. pelik jugak sebab hari tu public holiday diorg. cuti Showa Day. nak tau amenda showa tu sila gugel. mih3...
sesampainya di kawasan masjid, kami terpa Osaka Halal Restaurant dulu. lapiaqqq....mujur restoran tu bukak walaupun dok holiday.
dah lepas makan baru posing |
comel jer restoran dia |
sesapa yang nak ke masjid ni, sila la bertandang ke restoran ni jugak. memang sedap! rasa lega perut dapat masuk 'real food' setelah berhari2 dok telan onigiri. hahahah...gambar food tak sempat nak amek. dah masuk perut dulu baru tingat ;p
aku order nan & tandoori. siap hidang atas hot plate. dok berasap2 lagi. rasa pon mabeles! bobo makan nasik dengan lauk apa tah. pon sedap tapi nasik jer kureng siok sebab depa guna beras Jepun. adam makan nasik dengan kebab macam sosej. pon sedap. sila la terai yer... :D
yang kanan tu la tokey restoran ni. very friendly person |
lepas kekenyangan kami solat jamak pulak kat masjid. bawah masjid tu ada kedai runcit jual barangan halal. pekerja dia indon tapi memang dah lama la dok jepun.
kat masjid aku sidai segala stokin, sweater & kain lap adam kat kipas. buat macam rumah sendiri sebab takder orang. tehehe...
Osaka Masjid |
ruang solat wanita. kipas oren tula tempat aku jemur stoking. kih3... |
bersihkan dengan sikat ;p |
lepas solat kami menapak ke Chibune Station pulak. jalan kaki ke stesen tu lagi dekat, lebih kurang setengah kilometer jer. masa tu hujan pon dah benti. alhamdulillah...
masa pegi (dari Osakananba) saja taknak turun kat Chibune sebab kena tukar tren (Sennichimae Line & Hanshin Main Line). kalau turun kat Dekijima tren stret jer dari Osakananba (Hanshin Namba Line) cuma kena menapak jauh sikitlah. pilihlah yang mana uols suka yer. nak menapak atau nak tukar tren ;p
lintas sungai dulu |
dah sampai Chibune Station |
dari Chibune Station kami bertolak ke Umeda Station untuk tukar tren ke Honmachi Station. tujuan: ke Hard Rock Cafe Osaka. mih3....dari stesen tu jalan kaki jer ke HRC. dekat sangat. aku tak beli apa pon kat situ. tak berjiwa rock kekdahnya ;p bobo jer beli selai tshirt sebab dah tak cukup bekalan nak pakai untuk esok. hahahhah...
apa2 jer gaya adam ni ;p |
mampu berangan jela ;p |
gemoknya ahkak tu! T___T |
pastu kami menapak balik ke hotel. dah tak jauh dah dari HRC, dalam 1km *lap peluh*.
jalan pelan2 tak sedar pon tup2 dah sampai kat Shinsaibashi-suji, soping kompleks yang berbumbung tu. apa lagi, harus la singgah menyoping dulu. dapat la sambar 2-3 helai tshirt adam kat Uniqlo. sebelah tu H&M tapi malas nak masuk sebab malamnya kami nak keluar semula ke Umeda Sky Building pulak.
boleh shopping sampai lebam kat sini |
malam tu lepas dah dinner mandi solat semua kami keluar semula. amek tren dari Shinsaibashi Station ke Umeda Station. sampai2 kat Umeda jadi blur sebab tak ketahuan nak exit ikut mana. hahah...pada sapa yang belum tau, Umeda Station tu tersangatlah besar. ntah ada berapa shopping mall dalam tu. exit pon ada banyak. memang pening kalau tak tau nak tuju mana. hihih...
sementara nak cari jalan yang benar kitorg amek gambar dulu....
bangunan Yodobashi Umeda |
lepas dah terdongak sana sini barulah ternampak Umeda Sky Building. so kitorg pon menonong jer jalan menuju building tu. lama2 baru perasan leh tahan jauh jugak. pastu bobo tumpang tanya kat satu couple jepun yang lalu sebelah kami. rupanya diorg pon nak ke situ jugak. so diorg suruh kami folo jer.
yang boipren tu pandai jugak spiking English. yang gepren tak reti langsung. hahah...tapi diorg ni baik gilos! siap lalu ikut jalan jauh sebab nak teman kami yang usung stroller. padahal diorg boleh jer lalu jalan shortcut. sangat helpful!
Osaka Umekita Plaza. lawa tul tempat ni... |
masa tengah jalan tu hujan renyai. apalah nasib...sehari tu hujan jer. hukhukkk...dari Umeda Station ke Sky Building ni kena jalan lebih kurang 1km. dekat jer kan? ;p
lepas beli tiket, kami kena naik atas lagi dengan eskelator tergantung. boleh tahan gayat jugakla. sibaik tak jauh sangat ;p
view dari bawah |
bisnes hour Floating Garden |
nilah eskalator yang boleh nampak dari bawah tadi. gayat! |
boleh view satu Osaka dari sini. ramai gak couple2 dok dating kat situ. yang kami ni cuma jalan satu round pastu blah. hahaha...
Osaka at night. membangun sungguh negara matahari terbit ni kan? |
ingatkan kami dah sampai habis atas, rupanya boleh naik lagi ke rooftop. kena naik lif pulak. open air jer situ so memang sejuk gilos sebab hujan pastu angin pun kuat. elok jer kami naik tup2 hujan bertambah lebat lak. ketaq dagu menahan sejuk! last2 turun balik sebab tak tahan. huhuh...
lantai kebiruan tu sebenarnya macam glitter. liplap2 gitu... |
adam posing macam mr bean. kih3... |
i lap u! |
lepas puas ronda2 kat atas tu kami pon balik semula ke hotel & call it a day. route sama macam pergi tadi. naik tren kat Umeda, turun kat Shinsaibashi.
apa pon sebelum tido jenuh lumur kaki dengan foot gel. kah3...
end of day 4.
lepas ni aku sambung final part pulak yer. day 5 di Universal Studio Japan & Namba (again). tehehe....
till then. toodles!