Tuesday, January 28, 2014

5 Gred Solat


got this from whatsapp. just sharing...

  • Gred E 
Bila azan, buat tidak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya
  • Gred D 
Bila azan berkumandang,dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat
  • Gred C 
Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat
  • Gred B 
Bila azan, terus berwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau
  • Gred A 
Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat

Apakah gred solat kita?
Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat macam mana? Ingatlah! Solat adalah perkara 1 yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti.



Jom muhasabah...

Friday, January 24, 2014

Kisah Tergezut!

sorry for the lame title. tak tau nak buh apa. hiks...

first entry of year 2014. diam tak diam dah setahun kitorg pindah ke kulim. so far so good alhamdulillah...

arini nak citer satu kejadian yang berlaku kat tadika adam baru2 ni. 

masa nakpi ambik adam satu petang tu ada sorang bapak budak ni dok mengamuk! tergezut ahkak! eh, bukanlah mengamuk berparang bagai tu, tapi dok maki hamun cikgu2 kat situ. tau sebab apa?

SEBAB SELIPAR ANAK HILANG.

yer, sebab tu jer. tapi peel macam kena rasuk setan baq hang! dok maki2 cikgu (sebut perkataan tak elok), cakap dengan nada menengking2 dan taknak terima nasihat pak gad yang suruh dia bertenang. tup2 dia lak suruh pak gad tu pi duduk, jangan cakap apa2. tskkkk....

cikgu nak bagi ganti selipar lain dia taknak. siap cakap 'selipar buruk macam ni cikgu nak bagi?!' (ulang cakap 2x dengan nada menengking). eiii...tak bersyukur langsung! aku tengok elok jer selipar tu. selipar adam lagi belemoih kot! pastu ajak pi beli lain pon dia taknak. duhhh...

pastu dok meroyan (orang jantan pon boleh meroyan i tell u!) cakap 'ni cemana saya nak balik ni?!' orang nak bagi selipar lain hang taknak, pastu dok mengamuk tak sudah. buh penampaq sedas baru ada akai! eiii...geram btoi tengok. maybe sebab dia naik motor, dia rasa susah nak bawak balik anak dia tanpa selipar. ntohla aku pon tak paham naper.

tapi yang sakit hati tu sebab dia dok buat gila depan budak2. dahla sebut benda tak elok! yang budak2 tu tengok dia sampai bulat bijik mata. adui laaa...bapak jenis apa la macam tu. dah tak boleh fikir baik buruk kelaku depan budak2. adoyai...

at one time tu bini dia kot call pujuk suruh dia balik jer. dia berkeras jugak cakap taknak. nak tunggu jugak sampai dapat balik selipar tu ker hapa tah dia cakap. haishhh....harga beribu2 kot selipar anak tu? 

esoknya aku tanya balik kat cikgu, apa kesudahan 'drama' kemarin? 

cikgu bagitau rupanya selipar tu tak hilang pon! cuma ada sorang budak ni tersalah ambik. adehhhh...tak pasal jer jadi drama.

cikgu tu bagitau lagi, pagi esoknya dia tak malu pulak hantar anak ke tadika. kalau aku la, sure tak nampak bayang dah kot kat situ! pastu pengetua cakap la kat dia kalau dia taknak hantar dah anak dia kat situ, takper, boleh hantar kat tadika lain. pastu mamat tu jawab balik dengan nada & muka eksen 'ok, takpa!'. belagak sungguh! sure malu besar bini dia. my sympathy to her. huhuh...

moral of the story (untuk diri sendiri jugak),  kot yer pon stress pasal keje takyah la terbawak2 sampai balik rumah. or in this case, ke tadika anak. kah3...please learn to deal with it! pi la kelas angry management ker apa. ni kan dah tak pasal2 hang dapat malu satu keluarga. siapa yang malu? mereka dan keluarga mereka bak kata sorang retis zaman dulu. gituh...

aku risau gak sebab zaman sekarang ni dah banyak sangat dok baca citer orang jadi gila, zalim etc. kalau dah naik syeikh tu apa saja manusia boleh buat kan? iskkk...nauzubillah...

sekian berita tergezut hari ini.

till then. toodles!