Friday, February 22, 2013

On Buying Handbags

hari jumaat biasanya aku suka share tazkirah. tapi hari ni tukar sket. still ilmu cuma ilmu donia. hahaha...

i've shared this before in my instagram tapi saja nak share dalam blog pulak. ngeeee...

do read this! ;p

ada paham ka ahkak2? tehehe....
so, marilah kita membeli birkin sorang seketui (yea right!)


p/s: credit to astroview mag :D

Thursday, February 21, 2013

Seefood @Teluk Bayu

few weeks ago kitorg ke Teluk Bayu, Sg. Petani. 1st time aku ke sana. bobo selalu dok sebut nak bawak aku makan seafood kat Teluk Bayu. dia dah pegi banyak kali dengan opismet dia. aku selalu cakap taknak sebab tempat tu macam jauh sikit. kebetulan hari tu nak hantar kete aku gi service kat SP, so dia ajak lagi. oklaaa...jom!

boleh tahan jauh ke dalam jugakla tempat tu. kena lalu sebelah rumah orang, sebelah bendang, masuk utan2 sket then baru sampai. phewww...nak pegi makan pulak kena naik bot dulu sebab restoran dia floating gitu. tapi idokler jauh mana...dekat cet ja. punyalah susah payah nak gi makan jer kan? hehehe...but it's worth it. 

kitorg sampai dekat2 nak senja dah. so bawak la telekung siap2. takyah risau sebab diorg ada provide bilik solat dalam rumah merangkap dapur tuan kedai. nak pegi amek wuduk pon kena lalu celah sangkar2 ikan dulu. tokey dia bela sendiri ikan dalam sangkar so memang seafood dia dijamin fresh!

nak makan & solat pon adventurous gak sebab floating kan. boleh rasa bergoyang2 sikit tapi taklah sampai tahap leh mabuk laut. hehhh...


breathtaking sunset view. subhanallah...

nak naik bot kena lalu pelantar/jeti dulu. banyak gak kayu2 pelantar macam dah reput so agak scary di situ ;p selain dari restoran, ada berapa bijik tah chalet atas air yang available untuk orang sewa. kaki fishing memang heaven la kot dok situ. not for me tho. huhu...

atas pelantar. waiting for our boat

me & 'anak siam sesat' atas pelantar. heeee...

memandangkan food tak siap lagi, bobo mintak budak bot tu bawak kitorg ronda seround dulu. hehe...bobo sampai dah kenal tokey restoran tu so sebelum kitorg bertolak dia dah call siap2 pakcik tu bagitau nak order apa. sonang idup!

iskkk adam nih!

view kurang senon - nostrils alert! ;p

food yang bobo order adala kot macam 10 orang nak makan. padahal nak makan 3 beranak jer! dasar pentamak tui. huhuhu....

ikan kerapu masak stim. sedap tapi jenis ikan kureng sesuai buat masak stim kot. isi dia jadi keras sket. tapi belasah jelah! ;p

udang goreng butter. yummeh! tapi cannot beat butter prawn restoran sharin low. huhuu...rindunyaaa...

main course of the day - chilli crab. aduii...terus terlioq bila tengok pic ni :(

ada 2 lagi jenis lauk yang aku malas nak amek pic - tiram masak tiram (duh!) dan sayur campur. overall no bad. boleh pegi lagi. nanti nak try lauk lain pulak. heeee...siap berangan dulu ;p


till then. toodles!

Tuesday, February 19, 2013

Adam Di Little Caliphs

kopiah tinggal sejarah. dah hilang! ;p

dah sebulan lebih adam bersekolah di tadika baru dia - Little Caliphs KHTP (LC). daripada observation aku so far alhamdulillah nampak progress dia ok. feedback ticer dia pon positif. sorang ticer cakap dia aktif dalam kelas (aktif ker lasak? huhuhu) sorang lagi ticer cakap dia cepat pick up. mungkin jugak hasil dari berskolah sejak umur 9 bulan kot? hehe...

kat rumah pon aku suruh (tapi tak paksa) dia buat homework sikit2. siap beli buku homework pre-school 4-in-1 kat kedai buku. buku tu ada subjek sains, math, english & BM. ouh yer, kat LC ni tak practice budak2 bawa balik homework sebab taknak bebankan diorg. i've no problem with that. buku Bacalah Anakku pun aku beli sejak dia tadika di Jitra. tapi ummi dia pulak yang malas ajar. kwang3...harap2 tahun ni bertambah la sikit tahap kerajinan diriku. cewah!

hari sabtu 2 minggu lepas aku & bobo attend program teaching reading techniques anjuran LC KHTP. bagus program tu sebab diorg ajar parents teknik nak ajar anak2 membaca kat rumah. so takderlah anak2 penin yang ticer ajar baca method lain, balik rumah parents ajar cam lain. hiks!




sebelum balik, diorg bagi kitorg pilihan nak bawa balik souvenir poster atau flash card. memandangkan flash card ada possibility untuk disepahkan ;p kitorg pilih poster jelah. boleh tepek jer kat dinding. hehe...

sila baca ikut bunyi nursery rhymes 'London Bridge' ;D


What I Learn From The Program
  1. this is how they learn to read - phonetics method. tiap2 bunyi tu ada gaya dia tersendiri. fun jugak belajar hari tu. hehe...rasanya majoriti tadika guna kaedah ni sekarang kan? budak2 lebih cepat membaca gitu. adam pun dah boleh dah baca perkataan 2 huruf (sorry tak reti nak explain cemana) contoh: bu ku, ke la pa dll. umur 4 tahun 3 bulan dah boleh membaca is impressive enough to me (at least) :D
  2. tahap development anak2 tak sama antara satu sama lain. so don't compare! budak2 yang lahir hujung2 tahun takkan sama development dengan budak2 yang lahir awal tahun pada tahun yang sama. they will only pick up the same development stage masa dah masuk umur 6-9 tahun. tambah2 pulak boys. dari segi pembelajaran biasanya diorg lebih slow compared to girls sebabnya kinesthetic ability (sila gugel. heh..) diorg yang lebih advanced. mungkin tak semua boys camtu tapi majority kot. bila diorg dah besar sikit baru sama level dengan girls. 
  3. jangan confusekan anak2 dengan BM & BI sebab bunyi phonetics tak sama. sebab tu sekarang ni diorg ajar membaca dalam BM dulu then baru ajar BI.
  4. rajin2lah ajar anak membaca di rumah. at least 5 minit sehari tiap2 hari pun jadilah. aku pun tengah mencuba sebab adam lebih minat drawing. sekarang ni hari2 dia nak draw whale. shark whale la, killer whale la, orca la you name it! hehehe...ouh, kalau rajin boleh juga buat reading/reward progress chart. ada banyak free templates available dalam tenet.

tu jer ilmu yang aku boleh share dalam program tu. harap2 boleh mendatangkan manfaat...nampak tak susah mana cuma perlu kerajinan dan usaha saja. btol kan?

till then. toodles!

Thursday, February 14, 2013

Goodbye Mr Bikey...


that was the first and the last time i rode the bike. 

sebabnya pagi2 buta kemarin penyangak dah curi. sigh....

tapi salah kitorg jugak. jiran sebelah pernah sound baik simpan beskal tu dalam rumah sebab banyak kes curi kat area rumah kitorg tu...tapi as days go by kitorg still tak simpan2 dia. rantai kunci apa pon tak. gate pulak memang tak berkunci. memang cari nahas la bak kata orang. huhuh...

kemarin pagi nak keluar pegi keje perasan beskal dah takder. bobo dah keluar dulu tapi boleh dia tak perasan beskal tu dah hilang. tskkk...aku call bagitau baru dia sedar yang gate rumah memang dah terbukak masa dia nak keluar. aiyoooo....

tiap2 hari memang aku dok rasa tak sedap hati fikir pasal beskal tu. frankly speaking, asal balik dari opis jer, mata aku mesti nak pandang dulu kat tempat kitorg parking beskal tu. nak cekidaut still ada ker tak. tup2, kemarin dah jadi benda yang aku dok terasa sangat2...6th sense sungguh!

anyway, benda dah terjadi, nasik dah jadi moi. so sabor jerlah....anggap jer takder rezeki. sokni kalau rasa rajin nak berbeskal terpaksa la beli lain. huhuuuu.....

p/s: kepada encik penyangak, may you rot in hell! 


Wednesday, February 6, 2013

Lelong! Lelong!



hello dearies, 

my sis kekta nak letgo her Longchamp LM Metal, medium size in dark blue for RM460 excluding postage. dia baru guna sekali jer so condition masih tip top! nak letgo sebab nak beli mulberry katanya (hahaha....just kidding kekta! ;p)

anyone interested please email her at sh.junita@gmail.com now! hehehe...

Friday, February 1, 2013

Hukum Isteri Meleteri Suami

Sempena hari Jumaat yang penuh barakah ini, aku nak share sikit tazkirah pendek pasal hukum isteri bebel kat somi sebagai peringatan dan manfaat bersama...

Contoh dialog bebelan isteri (ini bukan tuan tanah yer ;p):
 
"Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu.

Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun.

Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter sang isteri kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.


Kalaulah sang isteri tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Lebih-lebih lagi, sekiranya dia menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita..

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang ! membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."

MENGHERDIK
Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV 3D LED patploh inci (ok, ni aku exaggerate ;p) yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah..

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya." 

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad..

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a. w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?"

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekali gus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: "Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku."

** Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumahtangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.**


SALAM JUMAAT!