Tuesday, September 18, 2012

New Wardrobe Project

untuk projek kali ni, kitorg buat di master bedroom jugak. yang buat dulu dah tak muat nak menampung baju kitorg laki bini. huhuhu...alhamdulillah dapat jumpa kontraktor lain. jangan harap la nak buat dengan kompeni aritu. sampai sekarang sakit mata, sakit hati & sakit jiwa tengok wardrobe tu!

wardrobe baru ni buat kaler putih jugak. material formica. panjang 6ft, tinggi 10ft. yang aku suka tu hinge pintu dia. ala2 softclose gitu. bila nak tutup memang takkan terhempas la. overall memang puas hati buat dengan kontraktor ni. there's nothing to complain. harga pon ok. 


habis madu sepah dibuang. eh, takla buang ;p dah lama lemari ni berjasa sejak kitorg tinggal di Puchong lagi. still elok so ubah letak jer ke bilik lain

bahagian yang akan dipasang lemari baru


kerja pemasangan sedang dilakukan


tadaaa! dah pon siap ;D

lepas ni nak kumpul duit untuk buat wardrobe di bilik adam lak. siap ukur dah aritu. huhuh...duit, duit, di mana kau duit? ;p

Sunday, September 16, 2012

Beraya Sakan!

last day of syawal baru datang kerajinan nak upload entry raya. syabbas bette! but better late than never kan? tehehe....

seperti yang dirancang, 1st day raya tahun ni di Banting dulu. hari jumaat malam baru kitorg bertolak dari Jitra setelah berjam2 aku ambik masa untuk packing. huhuh...

sampai KL kitorg singgah sahur terus kat umah my parents. lepas subuh sambung tido kejap. sian bobo masa driving dari Jitra jenuh tahan kantok. aku pon tak berani nak tido sebab kena temankan dia. adam jangan cakapla, dari Hutan Kampung dah siap lena dah sampai la KL. hehe...

dekat tengahari gakla kitorg baru bertolak balik Banting. itu pon sempat singgah Empire kejap sebab aku nak beli facial cleanser. gigih! tehehe...

sampai2 Banting tengok MIL dah tengah rebus ketupat. bahan2 sambal goreng pon dah siap semua, tinggal nak masak jer malamnya. rumah pon dah siap kemas. basically menantu kesayangan dia nih (ehem!) tak payah buat pape dahla. kwang3...takderlah, ahkak tolong gak masukkan kuih raya dalam bekas jer. kih3...

lewat petang sebelum berbuka keluar pekan Banting kejap sebab nak cari kain sampin adam. sibaik jumpa RM7.90 jer. murah gilos! janji ada sampin kan? ;p

made by MIL

ouh yer, gambar raya aku sikit jer sebab camera aku dah lingkup. nak repair tak berbaloi sebab mahal sangat. nak beli lain sayang duit lak. duhhh....so kebanyakan pics dalam ni semua atas ihsan SIL aku dengan pics dari henpon. yang blur2 tu semua pics henpon la tu. heh....

budak cekci tengah semangat gosok songkok pada malam raya. huhu...

1st day raya

pagi tu bobo & MIL jer pegi masjid untuk solat sunat hari raya. pas balik dari masjid breakfast dulu then baru sesi bersalam-salaman, bermaaf-maafan. ouh, so sebak masa salam mohon ampun dari bobo. tapi ahkak terpaksa tahan jer. malu kat MIL la! ;p

ni salam ada makna tau (nak duit raya! ;p)

lepas tu kitorg terus bersiap nak beraya di rumah makcik2 bobo kat Subang dan Sg Buloh sebab esoknya dah terus nak bertolak ke Penang. malamnya, sementara aku packing, SIL layan adam main bunga api. walaupun kejap jer balik Banting, tak terasa sangat sebab MIL and SIL nak ikut kitorg beraya ke Penang dan Kelantan. sronok la sebab ramai sikit ahli rombongan nanti. hehe...


bersama buah hati pengarang jantung






just the 3 of us ;D


daddy & son





2nd day raya

sebelum bertolak balik Penang, kitorg singgah beraya dulu di rumah makcik bobo kat Keramat. lepas zohor baru bertolak. alhamdulillah journey smooth walaupun jammed la jugak. malam tu makcik aku jamu mee rebus dengan nasik dalca. yummeh! tapi kat sana malas nak amek gambar. huhu...

3rd day raya

kul 8.30 pagi tu kitorg bertolak ke Kelantan sebab nak pegi kenduri kawin adik my BIL di Kubang Kerian keesokkan harinya. konvoi 2 kereta dengan parents dan makcik pakcik aku. aku rasa itulah the first and last aku akan pegi Kelantan time raya. jammed gila babas weh!!! 

pastu malang pulak tak berbau, kitorg tersesat. cinabeng punya GPS! tapi silap kitorg jugak sebab tak update. huhu...boleh tak dia bawak kitorg ke sungai? parents aku dah sampai dulu sebab depa dah ke depan sikit. dari Tanah Merah kira tak konvoi dahla. 

ok, sambung citer sesat. aku rasa pelik sebab tengok dah dekat sangat dengan destination tapi depan tu ada jambatan. 'your final destination is on your left' katanya. tup2 aku tengok memang sah GPS nak suruh kitorg terjun ke sungai tu. huwaaaaaa....rasa nak baling jer dia dalam sungai tu! jadi keje pulak kena harung jam untuk patah balik. rupanya dah terlepas simpang. so total journey ke Kelantan dalam 12 jam gitu! serik, trauma, seram semua ada! no more Kelantan time raya. huhuhu....


mari posing untuk hilangkan kebosanan

kat Kubang Kerian kitorg stay di Avee Motel. room rate tak ingat lak berapa. murah jer rasanya. motel ni betul2 kat depan Hospital Kubang Kerian. senang jer nak cari sebenarnya tapi disebabkan GPS (yang tak guna sesen) tu, sesat barat kitorg dibuatnya. tskkkk....

location motel ni strategik sebab dekat dengan tempat tabur duit. kih3...kat belakang ada jakel, ariani, mydin mall dan macam2 kedai lagi la. tempat makan pon banyak so takyah runsing nak cari makan. so malam tu kitorg jalan kaki jer ke blok rumah kedai sebelah untuk dinner. kitorg makan di kopitiam apa nama tah lupa. food dia okla boleh tahan.

4th day raya

hari kenduri. pagi tu cari breakfast dulu kat area belakang motel. tengok ada satu gerai ni panjang gak queue. nama gerai tu nasi kak wook (lebih kurang camtu la). gerai2 lain banyak yang belum bukak. almaklumla, still raya kan...so kitorg breakfast kat kak wook jer. 

sedap banget nasik kak wook ni. lauk dia limited tapi yang best tu ayam dia baru goreng panas2. tak kira la nak dine-in atau take-away, semua nasik dia bungkus. bila bukak bungkusan terus keluar wap berbau sedap. huhuhu...rupanya my BIL cakap nasi kak wook memang femes kat sana. no wonder la queue pon panjang.

terbaek (kak) wook! hehe...

lepas breakfast kitorg balik motel then terus siap2 untuk ke kenduri pulak. tapi kat kenduri tak amek gambar gak. huhuhu...simple but nice jer kenduri kawin orang Kelantan ni yer. i loike! takyah bising2 pasang lagu dengan DJ dok ngarut sorang2 bagai. pengantin pon sempoi jer. hehe...yang penting dapat keberkatan Allah...tul tak? :-D

balik dari kenduri kitorg singgah kejap di Bazaar Tok Guru. kali ni guna GPS thru henpon aku jer. mujur boleh harap. tak macam GPS hampeh tu. huh! tapi aku tak beli satu apa pon kat situ. takder benda yang menarik perhatian.

for dinner kitorg menapak ke blok sebelah untuk makan di d'klasik kopitiam. boleh tahan sedap food dia. tomyam dia best!

adam and his ridiculous pose (again). tskkk...

my dinner at d'klasik - chicken chop with black pepper sauce. yummeh!

lepas dinner, kitorg ke Wakaf Che Yeh untuk soping la apa lagi. hehe...nak cari jalan ke sana still guna GPS fon aku. memang serik dah nak guna GPS kete tu. kat sana aku cuma beli kaftan sehelai. teringin nak beli kain tapi takder yang berkenan pulak. sep duit ahkak! ;p

5th day raya

time to go home! kitorg bergerak dari motel dalam kul 8.30 pagi camtu. singgah breakfast nasik kerabu dalam perjalanan. dapat jugak makan nasik kerabu oghe kelate yang diidamkan sejak bulan puasa aritu. huhu...tapi rasa tak puas makan sebab lauk dia limited. ikan goreng tepung takder, telur masin takder, solok lada pon takder. tapi tengok laku jugak kedai makcik tu. hmmm...

lega jalan tak jammed masa balik. kitorg singgah beli kuih akok kat mana tah. gerai tu tepi jalan jer. dia masak stail tradisional, guna arang. sedap gilossss!! complete semua dengan rasa yang tak over manis, texture gebu, lembut, ouh heavennnnn....ni yang tingin nak pegi sana lagi nih. akok sedap nyer pasal. huhuhu...

overall total journey balik Jitra dalam 9 jam la jugak. itupon sebab kitorg singgah merata tempat. 

all in all this is the most tiring but fun raya i've ever had. hehe...lain la sikit sebab dapat holiday skali. march next year sorang lagi adik my BIL nak kawin. ke Kelate lagi kah kami? we'll see....tehehe....