summary sejarah masalah wardrobe ni:
- 1st time dipasang Ogos 2011.
- dibuka balik sebab tak memenuhi specs November 2011.
- 2nd time dipasang balik Februari 2012. totally new. guna carpenter/supplier baru katanya.
eh tu pon sebenarnya tak siap betul2 lagi tau!
just to refresh. bawah ni pic wardrobe lama yang dibuka balik tu.
wardrobe yang langsung satu sen tarak guna. err i mean tak boleh guna. kejap jela dapat sangkut baju bajan dalam tu. pastu pintu sangkut takleh tolak langsung. terpaksa la transfer balik baju kat lemari lama. tskkkk....
ni pulak pic wardrobe baru. see something missing? sila belek betul2 ;p
perasan tak railings sangkut baju dah tinggal yang atas jer? railings tengah2 takder pulak. cuma yang puas hati sikit kali ni pintu sliding dah much much better. smooth bila tolak. harap2 betul la diorg guna anti-jump. dulu aku tanya pintu guna anti-jump tak? tapi si tokey jawab tak meyakinkan langsung 'aa kami guna pintu yang ada roller bla2...' tak menjawab soklan langsung. pastu takdan sat pintu tu tercabut dari railing dia. grrrrrr.....
railings tengah2 tu pon katanya diorg nak pasang balik minggu ni. today is already friday. takpelah, bagi masa lagi sampai ahad ni. dia cakap dalam minggu ni pon aku dah tak caya. sebab dah selalu sangat bagi janji pelsu. macam citer dongeng masa kecik2 dulu la. kancil ker natang apa tah yang selalu dok menipu tu. lama2 orang dah tak caya bila jadi betul2. ntahla dah ingat2 lupa citer tu pon. huhuhu....
this time, aku nak mention nama kompeni yang buat wardrobe ni. they are Irizdeco. kalau tengok website, FB nampak macam gah. bukan apa, my opismate pon terkena dengan diorg. tapi dia buat kc. kes lebih kurang gakla. pasang tak elok pastu kena buang balik tukar baru. tapi aku tak nafikan most probably ada yang puas hati dengan hasil kerja diorg. those people are so lucky then!
oklah. dah panjang pulak bebelan pasal lemari nih. sorry to say, nilah 1st and last kami akan deal dengan kompeni tu. mak serikkk!!!