Thursday, May 29, 2014

Kami Kaum Nomad ;p

syukur alhamdulillah...

akhirnya kami dah selamat berpindah ke rumah baru weekend aritu. awal2 dulu pernah terfikir nak guna service movers jer sebab furniture kitorg banyak yang besar bagak. pastu sebab taknak kejadian masa pindah dari jitra ke kulim dulu berulang kembali (kerusi meja makan koyak, peti ais calar balar & sofa melecet). tapi last2 kami proceed jer guna lori 5 tan biasa dengan 3 orang pekerja. tapi sebelum tu kena prepare lebih awal la kan supaya 'luka lama tak berdarah kembali'. cewahh...

ni antara tips pindah yang aku boleh share. mungkin ada yang tak sesuai untuk semua keadaan. depends on situation kekdahnya:


  • wrap perabot dengan bubble/plastic wrapper. aku beli bubble wrapper dari kedai bakery/barang kek. segulung ada 100 meter, harga rm98.00. but mind u, besaq gila bubble wrap nih! sibaik kete cinoni aku leh muat. kih3...
that's how big it is ;p

  • bawak barang2 kecik dan fragile siap2 dari rumah lama ke rumah baru days before hari pindah. macam kami mujur jarak dari rumah sewa ke rumah baru tak jauh mana. lepas balik keje leh singgah hantar kotak sikit demi sikit. kiranya pagi sebelum pi opis atau malam sebelum tu aku dah letak siap2 kotak dalam kereta. gigih tak ahkak? ;p
  • get help! kitorg hire 2 orang indon untuk tolong packing barang dan mop lantai rumah baru a day before. nak hire awal2 tak sempat sebab keje. memang sangat membantu! seminggu sebelum tu boleh cuci lantai siap2 tapi sehari dua sebelum pindah elok sapu dan mop lagi sekali.
  • cari dan set appointment dengan orang bukak/pasang astro/water heater/aircond lebih awal. kalau boleh pasang siap2 kat rumah baru sebelum pindah.
  • pasang curtains siap2 kat rumah baru. tak perlu semua bilik pon takper, pasang kat main area macam hall, dining, master bedroom jer. 
  • check segala makneka di rumah baru siap2 eg: water pipe, water pressure, kebocoran etc. dan report kat pihak yang berkenaan. sebabnya masa kitorg masuk tup2 air takder kat bilik air belakang. pastu paip depan boleh pecah pulak macam fountain! adehhh...penin ahkak dok setel sorg2 sebab bobo dah start keje esoknya. alhamdulillah semua dah ok. phewww...
  • last but not least, sediakan minyak angin - untuk urut kaki tangan yang lenguh angkat barang. kih3....

tu jelah tips2 yang aku boleh share. kalau sesaper nak tambah lagi dipersilakan yer. 

till then. toodles!

Friday, May 16, 2014

Family Trip to Kansai, Japan - Day 2

DAY 2 - 27 APRIL 2014 (NARA & OSAKAJO)

hari kedua kami pi visit Nara. nakpi jumpa deer katanya. tehehe...tapi sebelum tu nak tepek dulu pics kawasan di sekitar hotel yang kami duduk.

rupa dari luar buruk jer. hehe...

statue of liberty osaka

vending machine kat tepi lif hotel

ni kat depan hotel. dijamin tak dahaga. kih3...

kedai penkek comey sebelah hotel

convenient store lawson ni belakang hotel

lampu2 bentuk orang ni ada kat Amerikamura saja

berhampiran hotel. ada butik LV uols



soping heaven gitu...


ok, sambung story pasal Nara trip ;p

pagi tu dah janji dengan Pakcik Endo, kawan satu kilang dengan bobo yang dah pencen untuk jumpa di hotel. dia memang asal orang Osaka. sebelum pi sana aku dok ingat boleh la dia jadi tourist guide kami sepanjang kat sana. rupanya dia leh teman kami sehari jer sebab masa tu orang Jepun tengah cuti 'Golden Week' depa. so ada la family get together semua. crowds pon akan lebih ramai dari biasa. mabeles btol kami pilih date holiday kan? hahaha...

terus google sana sini pasal holiday time 'Golden Week'. cuak punya pasal ;p memang majoriti sebut better tukar date, suruh postpone dan yang sewaktu dengannya. tskkk....

tapi memandangkan bobo dah takleh ubah date, kami pasrah jelahh...proceed jer dengan plan asal.

eh dah melalut pulak. sambung citer ;p

pagi tu kami terbangun lewat sebab sambung tido lepas subuh. dahlah jepun2 ni kan memang ontime orangnya. jenuh berebut bersiap! tengah bersiap tu dapat call dari front office bagitau dia dah tunggu kat bawah. errkkkk...aku suruh bobo turun dulu. memang tak sempat bekpes elok2 pon. aku cuma minum nestum 3in1 setengah cawan jer. hukhuk...

bobo & pakcik endo


subway station ni depan hotel nikko jer

lepas tu kami mulakan perjalanan ke Nara. amek tren dari shinsaibashi station - osakananba station - nara station. tapi lupa lak naik line mana satu. kih3...sampai2 terus menapak ke Nara Park. tak jauh dari stesen tu dah nampak dah rusa di mana2. adam hepi sungguh! ;D

Nara Station

tourist centre kat Nara Station

sesi menapak dah bermula

yay! dah jumpa deer ;D

bagi biskut kat deer


lepas dah beramas mesra dengan rusa2 tu kami sambung perjalanan ke Isuien Garden. cantik btol garden ni. kalau datang masa musim sakura sure lagi lawa tapi apakan daya...musim sakura baru jer habis elok2 sebelum kami sampai sana. sobsss....

abang beca ;p

kenangan bersama pakcik endo di Isuien Garden. hahaha...


lawaaaa...

lumut pon dijaga okeh

kemain posing ;))

spot the fish

dari Isuien Garden kami menapak pula ke Todaiji Temple. besar sungguh temple ni. dalam tu ada patung buddha besar. gerun jer tgk T___T

patung raccoon dog

Todaiji Temple




besaq tui tangan tu

scary!

Nandaimon Gate

lepas tu sambung menapak lagi cari tempat makan pulak. ondawe tu singgah kedai souvenir beli eskrem green tea. sedap gilossss...satu cone tu Y300. leh tahan mahal T___T

sakura!


kedai2 souvenir

omiyage yang lawa2

jem sakura

why u so very sedap?

aku cuma beli sakura jam as souvenir. sedap tapi manis sket ;p

ondawe nak ke Saizeriya for lunch, Pakcik Endo bagi adam main paper planes. pastu dia hadiahkan kami set origami. tenkiu Pakcik Endo! jenuh mak kena belajar melipat origami pasni uols ;p






jom lunch!


kat Saizeriya la yang Pakcik Endo sedar wallet dia dah hilang. pastu dia decide nak patah balik ke tempat souvenir tadi. dia suruh kami tunggu kejap kat train station tu. tapi memang tak jumpa pon. sian dia...

pastu kami terus amek tren ke Osakajo atau Osaka Castle pulak.



Osaka castle


kami tak masuk pon dalam castle tu. kalau masuk leh naik atas dan tengok view Osaka city. tapi ada entrance fee la...

lepas round2 area castle kami pon terus balik hotel. tapi Pakcik Endo tak sure sangat patut amek exit mana satu sebab kawasan Osaka Castle tu macam satu circle. ada 2-3 train station yang berhampiran. cuma kena tau kita nak amek line mana.

end up kami terpaksa menapak jauh untuk naik train. nak tercabut kaki dibuatnya. hahaha...tapi Pakcik Endo menten jer aku tengok ;p

dah sampai hotel kami pon say gudbye kat dia...tq Pakcik! jasamu dikenang!

malam tu kami dinner kat hotel jer. kaki dah 'kaput' nakpi mana2 pon ;p

end of day 2. to be continued. tehehe...

till then. toodles!


Wednesday, May 14, 2014

Family Trip to Kansai, Japan - Day 1



sebelum jadi basi, nak citer pasal family trip kami ke Kansai. tehehe...
kami sekeluarga baru balik dari sana lebih kurang 2 minggu yang lepas. why Kansai, bukan Osaka? sebab kami pegi ke 3 prefectures (daerah) dalam Kansai region iaitu di Osaka, Kyoto dan Nara :D

kami dah plan trip ni dari bulan Januari lagi. beli tiket dulu pastu baru pikir nak jalan ke mana. jenuh gak nak ejas cuti bobo. almaklumla dia keje kilang. susah nak cuti lama2. lepas ejas sana sini dapat la dia cuti 4 hari. jadilah walaupun tak lama. asalkan dapat jejak Jepun. tehehe...

this is my 2nd time to Japan. tahun 2006 dulu dapat pegi Tokyo. itu pon kejap jer sebab work trip. tapi siok jugak sebab dapat pi Disneyland Tokyo. ngeeee....

start dari situ la aku mula suka dengan negara depa. sangat bersih, orangnya polite, honest & helpful. rasa selamat jer jalan2 kat sana..bobo pon 'ter'minat dengan Jepun sebab bos dia orang sana. kawan tu pulak dok 'racun' suh gi holiday sana. bobo pon apa lagi...kih3...

anyway lepas dah beli tiket aku pon mula la draf itinerary. google map, hyperdia, booking.com really come in handy. hotel pon aku book thru booking.com. takyah bayar apa pon. bayar kat hotel masa check in jer. sonang tui. 

survey punya survey finally aku pilih New Osaka Hotel Shinsaibashi untuk penginapan kami 3 beranak. hotel ni betul2 kat area Amerikamura, dekat sangat dengan Shinsaibashi Station, convenience store, Dotonbori, dan tempat2 yang best kat Osaka. pricewise pon affordable, total 5 malam Y45050 (RM1,450).

beli tiket sudah, booking hotel pon sudah, pastu kena finalize iti la pulok. roughly iti kami camni:

Day 1: arrive KIX. check in hotel
Day 2: half day trip to Nara (Isuien Garden, Nara Park, Todaiji Temple). trip to Osakajo koen (Osaka castle)
Day 3: trip to Kyoto: Arashiyama (Togetsukyo Bridge, Bamboo Grooves, Tenryuji Temple, Sagano Romantic Train) - Kinkakuji Temple - Ginkakuji Temple (Philosopher's Walk) - Kiyomizudera Temple (Higashiyama) - Fushimi Inari Shrine - Gion
Day 4: Amerikamura/Dotonbori (shopping) - Osaka Masjid - Option 1: Osakako (Tempozan Ferris Wheel/Kaiyukan Aquarium)/Option 2: Namba area (shopping) - Umeda Sky Building (Floating Observatory)
Day 5: Universal Studio Japan - Dotonbori/Shinsaibashi-suji (shopping)
Day 6: check out from hotel. fly home

kalau ada sesapa nak tiru iti tu dipersilakan. tapi aku tak jamin kalau kaki hangpa tercabut (literally) lepas tu yer (mcm kaki kami. huwaaa....). iti kami memang sangat2 pack sebab nak mengejar masa yang singkat. semua tempat nakpi kann...sampai kawan bobo (pakcik jepun yang bawak kami jalan di Nara) cakap 'you cannot sit down' lepas baca iti kami. hahahha....

btw aku akan pecahkan entry pasal trip Kansai ni ikut hari. senang sket nak story. so hari ni nak story dulu masa Day 1. 

DAY 1: 26 APRIL 2014

kami amek flite dari Penang International Airport (naik Airasia) dan transit 2 jam setengah di LCCT. flite ke Kansai Airport (KIX) bertolak jam 3pm waktu Msia. kami sampai kat Terminal 1, KIX lebih kurang jam 10.30pm waktu Jepun. dalam flite agak bosang sebab takder inflite entertainment. tah kenapa diorg takleh provide & refund semula duit kami. hmmmm....

lepas imigresen kastam semua dah jam 11pm lebih. alhamdulillah all went smooth. lepas dah keluar dari terminal mula la episod 'menggagau' kami. maklong la pestime sampai KIX. teraba2 jugak la cari mana satu mesin nak beli tiket night bus kami tu. pastu menggagau cari platform mana satu pulak. kih3...

dalam dok tergagau teraba (sori bunyi lain mcm pulak. hahahaha...) tu akhirnya dapat jugak kami naik airport limo 'Night Bus' kul 12am ke Nankai Namba Station. to be safe, kami tanya jugak kat local people situ betul tak platform bas semua.





lepas 55 minit (tepat) perjalanan akhirnya kami pun sampai la di Nankai Namba Station, Osaka. dari sana kami amek pulak teksi ke hotel. terpaksa sebab dah lewat malam. pejam mata bayar jelah. huhu...

sekitar nankai namba station




jam 1+am baru sampai hotel. comel jer bilik dia tapi complete semua amenities ada. sabun shampoo semua full size. brand shiseido lagi uols. pastu tepi lif ada vending machine. very convenient kot2 tengah malam dahaga green tea. kih3...ouh yer, wifi pon ada. laju woo...jenuh berwassap2 la dengan family pastu. hehe...

saiz tilam memang aku mintak extra large. rasanya king size tu. mujur gakla adam jenis tido tak buas. takder la aksi 'helikopter' atas katil tu. hahaha...



rupa bilik kami. comey jer...

tengah check in

btw aku ada tulis review pasal hotel ni dalam booking.com. sesapa nak baca sila view situ okes?

so, end of day one. nanti sambung citer day 2 dalam next entry pulak yer.

till then. toodles!