Thursday, September 19, 2013

Trippin' to Roti Canai Transfer Road

awal bulan hari tu kitorg plan nak try the famous roti canai Transfer Road, Penang. gigih pakai waze nak cari tempat tu. jakun tak penah pi ;p dalam kete tetiba bobo cakap nak bawak adam naik Bukit Bendera lepas bekpes. aku pon dah berpuluh tahun tak pi sana so why not? ;D entry pasal Bukit Bendera kemudian la yer..

kitorg sampai Transfer Road dalam kul 9.30 pagi. orang punya la ramai. one of my tips nak tau kedai tu famous or not - semua bangsa ada. hehe...sibaik tak susah dapat seat.

aku order roti canai kuah banjir dengan daging. pastu tamak, order roti bakar telur goyang satu set. konon nak share dengan adam la. hiks!

gerai roti bakar tu sebenarnya asing dengan gerai roti canai ni. dia macam menempel jer kat sebelah tu. tapi diorg share customers la. 







roti bakar telur goyang dia not bad la. nak kata hebat sangat pon tak jugak. yelah, wat du yu espek? roti bakar jer kan? mesti la rasa macam 'roti bakar'. kih3...

atas roti tu dia letak telur separuh masak ada 2 biji. depa guna roti benggali yang dibakar atas arang pastu sapu dengan majerin & kaya. 

konon nak share dengan adam kan? padahal aku yang makan banyak. ngehehe....


roti canai dia pon memang mabeles! tengokla daging dia bagi 3 ketul besar2. tapi lembut jer. roti canai pon lembut. ada tengok sorg apek ni order lauk ayam, pon besar jugak. memang puas hati la dengan portion dia...boleh kenyang sampai petang!




kalau nak cari tempat ni, sila type alamat kedai: 56, transfer road, georgetown, penang dalam waze. insyaallah tak sesat. heee...



okes, pasni insyaallah entry pasal trip ke Bukit Bendera pulak yer. 

till then, toodles!

Wednesday, September 11, 2013

Ceritera Aidilfitri 2013

erkk...dah masuk zulkaedah baru mai seru nak update. heee....nak citer pasal raya pon dah tak relevan. tapi nak citer jugaklah for the sake of own memory ;p

tahun ni kitorg beraya di Penang dulu. my kampung sweet kampung :D

2 hari sebelum raya mak abah & kekta sefamily datang tidur kat rumah. aku & bobo still keje hingga titisan terakhir gituh. malas nak ambik cuti awal sebab nak raya kat sini jer pon. Kulim-Penang sebelah jer. so no point nak cuti awal. tadika adam pulak dah tutup. mujur gakla diorg ada. boleh tengokkan adam.

petang sehari sebelum raya diorg dah ke BM, rumah makcik. nak tidur sana pulak sebab nak tolong makcik prepare apa yang patut untuk raya. mak kata nak masak lontong. so tinggallah aku & adam petang tu kat rumah (opis aku bagi balik halfday). yang bobo pulak boleh balik kul 8 malam! macam takder feeling nak raya pon pakcik tu. huhu...

aku pon tunggu dia balik baru start packing kain baju. pastu dia kata nak balik BM malam tu jugak. baru la aku nak kalut! ingatkan dia nak pegi sana awal pagi raya jer sebab penat baru balik keje kan...takperlah ikut jer kata encik somi. hehe...

so lepas packing semua pukul 12.30 pagi camtu baru kitorg gerak ke BM. on the way tu singgah beli lemang kat tepi jalan. mujur pagi buta orang dok jual lagi.

first day raya 

alhamdulillah tahun ni berpeluang solat sunat aidilfitri kat surau Desa Damai, BM. pegi dengan bobo & abah. lepas tu baru bertolak ke Batu Uban, beraya dengan sedara mara kat sana lak.

tema baju raya kitorg tahun ni cacamarba! bobo jubah dark brown, adam jubah light brown. aku kurung pepel. muahahaha...hantam saja la labu...

petang tu lepas balik dari Batu Uban, kitorg lepak kat Black Canyon, Jusco Bandar Perda. raya2 lepak soping mall uols. hahahaa...ingatkan kitorg jer rupanya ramai lagi ummah beraya kat situ ;p jadi gheja sungguh!



adam macam budak myanmar mualap!

kat batu uban

abah siap bersampin nak pi minum kat black canyon. ahahaha...

me & fahri the cheeky boy!


2nd day raya

pegi beraya di utara ie. kedah & perlis pulak. bobo la tetiba cakap nak join beraya ke sana. kalau tak, kitorg plan nak balik banting hari tu. tah apa mimpi dia. hehe...aku ikut jelah. dalam hati berbunga riang gakla sebab dah lama tak balik beraya sana. 

ni jer gambaq 2nd day raya yang ada muka ahkak. hahah...


rumah pakcik kat arau. betul2 sebelah stesen ketapi arau yang baru nak siap tu...

3rd day raya

bertolak ke Banting lepas breakfast. alhamdulillah jalan tak jem tapi kete banyak gak. malam tu cuma duk rumah jer tak kemana...

4th day raya

siri beraya ke rumah sedara mara bobo lak di satu KL. tehehe...aku pakai shawl yang dell jual tapi sebab tak reti lilit, last2 aku lipat pakai macam tudung bawal. aci tak? ;p

adam pakai shirt H&M siap tie. dia sendiri yang pilih shirt tu. dah pandai bergaya aih budak ni.

iklan ubat batuk cap ibu & anak ;p

funky boy/greenday wannabe. tehehe...


5th day raya

masih mood raya. huhuh...hari tu pegi beraya di rumah pakcik aku lak. pastu sambung beraya di Shah Alam, Kajang dan finally raya kat KLIA! hahahah...dok tak dok pi KLIA time raya ;p

sebenarnya nak hantar Auntie Kiah balik UK. eh, dia pegi France dulu kot. ramai kawan2 lama abah & mak buat surprise kat auntie hantar dia kat sana. suka sangat tengok friendship diorg. walaupun dah 30+ years ago tetap utuh!

posing dulu depan rumah mak abah. adam tak abih2 nak pakai tie dia tu!

daddy-son bonding time @KLIA


6th day raya

time to go home. kereta still banyak tapi smooth. yang jem sebelah bertentangan la. yang pakat nak balik KL. hehe...esoknya dah kerja tapi mood still tadak! tula padah bila lama sangat cuti raya kan?

ok, setel entry raya (buat syarat) ku. hehehe...

till then. toodles!