Tuesday, July 23, 2013

Lelong! Lelong!

ok, arini nak lelong handbag pulak. aritu dah lelong kasut. hehh...

my sis kekta nak let go her Burberry and Kate Spade handbags. dua2 handbag ni baru lagi & tak penah guna. dia ada simptom suka beli tapi simpan. hahah! kekta jangan mare ;p

Burberry

spesis bag: Burberry small grainy leather tote.
beli kat London (bau London dok melekat lagi. hahah)
kaler itam. 
saiz 27x26x12cm. 
made in Italy. 
100% calf leather. 
boleh galas bahu & ada tali panjang. 
ada dustbag.

harga: RM2450 (boleh installment 5 kali)








Kate Spade


spesis bag: Kate Spade Gold Coast Maryanne (ala2 chanel ;p)
soft pebbled cowhide with matching trim with 14-karat light gold plated hardware 
short shoulder tote with magnetic snap closure 
center zip divider, double slide pockets, and interior zip pocket 
custom woven dot lining 
kate spade new york light gold staple 
8.27" drop length 
imported 
size: 10.3"h x 15.1"w x 5.4"d

harga: RM950 sahaja




sesapa yang berminat sila email mrsplainjune@gmail.com segera! ;D

Thursday, July 18, 2013

Amalan Wanita Datang Haid Semasa Ramadhan

please click for larger view
pic from google

tak semua wanita dapat puasa penuh bulan ramadhan ni kan? yang dapat penuh tu alhamdulillah...takyah ganti dah. hehe...

untuk yang tak boleh puasa, fret not. ada banyak lagi amalan yang boleh kita lakukan semasa datang haid. so the ibadah momentum is still there...

semoga kita semua mendapat syafaat dan keberkatan di bulan yang mulia ini. amin...

Tuesday, July 16, 2013

La Tahzan! (Rezeki)

i just need to share this. perihal rezeki dari Allah swt. 

"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan.." "belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni..""gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.." "kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan.." "aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau xnak anak ke.."

Biasa tak dengar ayat-ayat di atas? Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu? Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia? Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab? Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit maka sebab itu dia masih tidak bekerja. Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi. Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah dan jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana. Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya. Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.

Ingatlah, mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih. 

Mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.

Mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang. 

Mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hambaNya punyai bahagian masing-masing. Di saat kamu dilontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah.. Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.

Jadi, janganlah bersedih (La Tahzan)...Allah Maha Mengetahui...

Monday, July 15, 2013

Lelong! Lelong!

I'm letting go my newly bought & never been worn Clarks sissy bahama patent wedges in size 5, black color. Price rm150 including postage. Tak pernah pakai sebab salah size. Huwaaaa....

Wedges ni london mari so ada bau london lagi. Muahahah...tapi takder shoe box yer. Dia datang dengan plastit jer. Upon request la..kalau nak box jugak boleh provide tapi postage mebbe kena add sikit la..

Email me at shhusna@yahoo.com kalau berminat nak buat kasut opis or kasut raya  ;p


SOLD

 

Friday, July 5, 2013

Ramadhan Checklist


phewww...opis aku baru jer habis organize kem robotik untuk budak2 sekolah. letih sungguh! tapi seronok! yang jadi letih sebab kena jadi all rounder. almaklumla, kat opis aku ada baper ketui staf jer. nama jer jadi seketeri event padahal kena buat semua benda. hahahah...tapi jadi seronok dan hilang penat sebab tengok budak2 semua enjoy. alhamdulillah...the event was a success ;D 

btw, ramadhan tak lama lagi jer bakal menjengah so let me share this ramadhan checklist. semoga ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun sebelum2 ni...amin....

oklah, selamat menunaikan ibadat puasa semua! (wish in advanced sebab nak cuti balik KL lagi. tehehe...)