Thursday, December 30, 2010

Deko Bersama Adam





nilah keje adam tiap2 hari - 'mengemas' rumah.
lotih den!



p/s: besnyer dapat cuti esok! tapi mebbe tak ke mana2 sebab kena kemas rumah. family aku nak datang dari KL. wheeeee!!

Tuesday, December 28, 2010

Celebrating En. Abam's Birthday & Milestones @ 24 & 25 month old

ni namanya entry 2 in 1. direka khas untuk blogger pemalas tegar macam aku. hahaha...dahlah cerita basi, 2 in 1 lagi. taktau nak kata apa dahla. huhuh...tapi aku nak cerita jugak ;p
25 nov yang lepas adam genap 2 tahun. tapi aku & bobo tak belikan special present pon untuk adam except a Thomas & Friends VCD. hehehe...
the week after, opah & acik neni (my sil) datang Perlis nak celebrate besday adam. ingatkan diorg nak jalan2 dalam Perlis jer, rupanya diorg plan nak ke Queensbay, Penang. nak shopping dan cari besday present adam sekali. aku pon follow jelah walaupun takder plan nak shopping. pecah rekod pegi Penang kali ni aku dapat tahan napsu tak keluarkan 1 sen pon! huhuhu....nilah penangan renobet rumah. jadi sayang duit nak beli benda2 yang not-in-da-plan. heheh....
so hari tu dapat la opah belikan adam toy Thomas di Toys R Us. siap ada railway, 'arang batu' semua. awal2 tu ada la rupa railway nyer, tapi skang ni railway ke mana, arang ke mana. heheh...FYI 'arang' tu rupa dia bulat2 hitam macam makjun! macam taik kambing pon yer ;p
adam & Thomas yang tak dapat dipisahkan bagai irama & lagu ;p

this is the toy. nampak tak 'makjun2' tu? hehe...

lepas beli present, kitorg dinner di Manhattan's. niat di hati nak makan Subway, tapi seat penuh pulak. kedekut betul Subway kat situ. ada la kot dalam 8 biji meja jer yang diorg provide. tu pon meja kecik. punah harapan ahkak nak makan sandwich peberet!



belated birthday boy


amboi, kernyih sakan yer...



lepas makan kitorg terus bertolak balik Perlis. sampai rumah dekat kul 1am. huarghhh...sakan sungguh berjalan hari tu. adam pon salin baju tido kat Queensbay jer. kih3...bukan apa, sebab sebelum ke Penang kitorg singgah Alor Star setelkan hal rumah dulu. so sampai Penang pon dah lewat petang...
oklah, nak citer pasal milestones adam lak ;p
sebenarnya dah suku jalan aku draf milestones untuk 24 bulan. tapi lately jadi bz lak, sampai adam dah masuk 25 bulan. hence, aku gabung jelah milestones for both months yer. this would be the final entry of en. abam's milestones. cukup la kot rekod sampai 2 taun jer. tapi kalau 'ter'rajin, from time to time i'll update. heheh...

here goes:

1. masih 'keciwi' dengan Thomas & Friends (obviously!). kemarin kitorg pegi Tesco, dia nak beg Thomas lak. so terpaksa la bobo belikan. kih3...sibaik murah jer..
2. dah pandai sebut 'assala akum' (assalamualaikum) time nak masuk rumah, baca bismillah dan baca doa makan in his own words. sejuk perut ummi... ;D
3. suka buat memek muka pelik2. mana belajar tahla...
4. makin manja dengan aku. sikit2 'nak ummi...nak ummi' kalau datang time dia nak bermanja. hehe...
5. skang ni aku ajar dia sebut 'ummi, adam nak susu' kalau dia nak mintak aku buatkan susu untuk dia. alhamdulillah dia dah pandai sebut. good boy!
6. adam takut tempat gelap. kalau bilik gelap, confirm dia takkan masuk walaupun masa tu ball dia ada dalam bilik tu. dia akan tarik tangan kitorg suruh temankan dia masuk bilik. hehehe....
7. aku masih masakkan adam bubur nasi untuk dinner on weekdays. tu jer yang paling cepat siap dan senang masak. kalau weekend, dia akan makan apa yang kitorg makan. mujurlah adam ni tak banyak songeh. apa yang kitorg suap, dia telan jer ;p
8. adam belum boleh sebut huruf 'R' betul2. so lorry jadi 'lolee'. word yang end dengan 'ng' pon jadi 'm'. contoh few words: sayam (sayang), akom (dukung).

it's amazing how our child developed so fast before our eyes in just 2 years izzit? pejam celik dah nak masuk 3 taun next year. but dun ask me bila adam nak dapat adik, okes? (sebab dah ramai yang tanya ;p) the time will come with Allah's will...insya Allah....insya Allah...(sila nyanyi ikut tune Maher Zain ;p)
p/s: rajin pulak ahkak update hari ni. sebab, 'kucing' takder. muahahhaa....

Progress Renovation Dapur (Part 2)

hehe...yer2 jer title letak part 2. tah2 dah berpart2 aku dok citer pasal renobet dapur ni kot? ;p

anyway, ahad aritu kitorg akhirnya pegi tengok rumah setelah dekat 2 minggu tak pegi. alhamdulillah ada progress. dah naik dinding, bumbung semua. tinggal tiles kat lantai jer belum pasang lagi sebab apek tu suruh kitorg pegi pilih sendiri. sebenarnya aritu dah describe kat dia kitorg nak tiles yang macamana tapi dia terlupa. leh gitu? tskkk....



ginilah rupa dapur buat masa ni. see the wall tiles? kalau belek betul2 nampak timbul2 sikit. ala2 2D gitu. hehehe...sibaik bobo kata lawa tiles tu sebab aku yang pilih sendiri. masa aku beli tiles tu dia kena outstation. aku memang pilih kaler putih jer sebab nak bagi nampak ruang dapur luas sikit as well as to balance the soon-to-be-installed cabinets colour. merah+putih ok la kan?


ni ruang penjuru. sebelah tu belum pasang tiles lagi sebab aku beli tak cukup. hehe...lubang suis dan wiring pon dah dibuat siap2.


lubang hood kat atas tu kontraktor kitchen cabinet yang buatkan. pening jugak deal dengan 2 kontraktor yang berbeza. sorang ukur camni, sorang ukur camtu. padahal dua2 sama bangsa. heh...janji, korg buat kerja elok2 sudahla...





view dari luar. dah dekat nak siap. yay! yang tak besnyer kat bahagian belakang ni, kalau keluar2 jer terus terjun longkang. hahahaha....apa pun kena make sure pintu belakang ni nanti takleh bukak kerap sangat. bahaya untuk en. abam! safety first!

tu jer progress untuk minggu ni. this weekend kitorg kena pegi search tiles untuk lantai pulak. ouh, lupa nak snap gambar lampu porch yang dah dipasang. kitorg pasang downlight 4 biji untuk porch. cerah masa depan gitu. hehehe...


kat hall pulak macam 'terpaksa' pasang jer plaster siling sebab apek tu tarik direct wiring dari depan ke dapur. so kabel tu nampak la membujur lalu melintang patah atas siling dari depan ke dapur. huduh bangetttt!!! kitorg tak expect la camtu nanti rupa dia. ishhhh....memang buruk gilos lah! tensen aku tengok. apa pun kena calculate balik bajet camner. sebab skang ni pon dah overbudget! huwaaaaa :'( ouh, sorry no pic. nantilah weekend ni aku amek pic nak tunjuk betapa huduhnya siling tu.

that's all about it! nak sambung buat keje lak. toodles!

Wednesday, December 22, 2010

A Quick Update

fuhh...sibuk sungguh hujung2 tahun ni. biasanya orang dah relax sikit kan? tapi aku makin sibuk lak. attend meeting di KL, buat SKT (orang gomen tau la nih ;p), attend kenduri kawin, study maut (yeah rite) untuk ambik exam PTK, ambik exam PTK (pagi tadi) dan sambung buat SKT lagi dan the list goes on....nak bloghop pon tak sempat. apa pun skang ni dah lega sikit sebab exam PTK dah abis. yahuuuu!!! pass tak pass that's another story. heh...

disebabkan sibuk sangat, umah di Jitra tu dah 2 minggu kitorg tak pegi jengah. cuma call kontraktor jer tanya wazzup bro? hahahaaa....dia pon bukan main lagi amek kesempatan lengah2kan keje. kesudahannya, tak siap2 lagi renobet yang ciput tu pon! haiyaa ini apek....yang orang alarm plak dah call tanya bila free nak pegi pasang. kalau kitorg free pon tak guna jugak selagi dapur tu tak siap2. tskkkk.....

banyak lagi benda yang dok berlegar dalam kepala aku nih. pasal nak bayar maintenance fee rumah satu lagi, pasal nak survey cari lampu, pasal kete bobo yang dah 3 minggu dalam workshop, pasal nak bagi notis pindah, pasal nak packing barang. HELPPPPPP!!!! aku kena cari seksiteri sorang la kot camni...benefit: upah harian 5 sen untuk 8 jam, tiada cuti bersalin. anyone interested? ngehehehe....

ok, need to continue my SKT. huarghhhh.... T_T

Wednesday, December 8, 2010

Markonah!

cik-cik markonah sedang berposing di dalam polisterin ;p

akhirnya dapat gak ahkak try camner rasa markonah a.k.a. macarons yang sana sini hangat diperkatakan itu.
those little beauties were brought home from Whisk by bobo. frankly speaking, i won't put them into my yummiest food list. sangat manissssss.....it's not to my liking. but it's worth a try. tapi sangat manissssss (see how many times i repeat this word?).

btw ada tak sesaper tau berapa lama macarons ni leh tahan dalam lemari es? sebab aku nak abiskan sebiji satu hari pon susah ;p kalau tak abiskan nanti bobo marah sebab aritu terhegeh sangat suruh dia beli. huhuhu....

Monday, December 6, 2010

Doa Awal Muharram

esok kita akan menyambut Awal Muharram. Perlis cuti yay!

marilah kita sama2 membaca doa akhir tahun (dibaca sebelum maghrib) dan doa awal tahun (dibaca selepas azan maghrib) hari ni....

please click for larger view.


Progress Renovation Dapur & Kipas Baru


kemarin kitorg pegi umah kejap nak tengok progress renovation dapur yang sekangkang tupai tu. huhuhu....alhamdulillah dah nampak rupa dinding baru. minggu ni kontraktor cakap dah boleh buat bumbung. itupun kalau tak hujan la. sebab skang ni asyik hujan jer. time aku amek pic ni pon tengah renyai2. sebab tu tak amek pic dari luar.
kemarin jugak kitorg kautim dengan apek tu suruh dia pasang wall tiles dapur, ubah paip air, tambah plugs dan curtain railing satu rumah. beriban jugakla dia quote. tak tau nak kata mahal ker murah. aku dah malas nak cari orang lain, senang suruh dia jer buat semua. sebab bab kc pon dah pening guna 2 kontraktor. so arini aku dah siap bayar deposit untuk semua2 tu. setel!
ouh yer, hari sabtu kitorg singgah ke Acfirst Lighting Centre, Alor Setar. niat di hati nak suruh bobo tengok jer kipas yang aku dah survey sebelum ni kat situ ok ker tak. tup2 bobo cakap 'kita beli terus la'. dahla tak spare cash lebih. kena la korek mana yang ada. huhuh...dalam masa yang sama 'ter'rambang mata lak tengok lampu2 kat kedai tu. amoi tokey kedai cakap kalau nak beli lampu kat dia, nanti dia bagi further diskaun lagi. yay!
kitorg beli 3 biji Alpha 3 blade, kaler gold gitu (tak dapat gelang gold, dapat kipas kaler gold jadi ler ;p). sebiji RM130 tapi sebab beli 3 dapat less jadi RM125 sebiji. model apa tak ingat lak ;p tapi guna regulator jer. remote yillek! kipas remote nanti ingat nak beli 2 biji Panasonic Bayu untuk pasang di hall dan master bedroom.

camnilah rupa kipas Alpha tu. tapi in gold kaler la. ciri2 kipas ni (googled) :

  • ada jaminan 3 tahun
  • 3 daun kipas fiber dan dijamin tidak berkarat (sesaper yang dok umah tepi laut elok beli kipas ni. hehee...)
  • 5 warna yang menarik - gold, white, brown, black dan silver
  • memberikan alunan angin lembut yang optima (wah! ayat...) dan sangat senyap
  • daun kipas yang besar untuk melancarkan pergerakan dan kuasa yang lebih
  • sistem perlindungan dengan wayar keselamatan
  • direka khas dengan terma fius untuk melindunginya dari kecederaan elektrik dan panas yang melampau
  • motor besi silikon yang berkuasa tinggi

baru ku tahu rupa2nya nak pilih kipas rumah pon jenuh yer. kekeke....

Friday, December 3, 2010

On Kitchen Cabinet


pic di atas bukan kitchen cabinet (kc) kitorg yer. tapi rupa dia nanti lebih kurang camtu la ;D

setelah ditimbang tara (gitu!), finally we decided to do our kc with Glamour Living (GL). sebabnya, apek kontraktor tu sampai ke titisan akhir masih belum dapat convince aku cemana workmanship kc dia. dia kata kalau pintu kabinet nak guna glass, glass tu kena tampal dulu dengan plastik ada kaler. then baru tutup dengan kayu kat belakang dia. GL pulak cakap glass tu diorg akan spray dengan cat terus. kaler cat ikut pilihan customer. so macam2 kaler la leh pilih. then tutup belakang. i've read once in a forum pasal 3G glass ni. ada yang jenis tipu, ada yang real 3G. which one tipu/real aku tak ingat lak. malas nak gugel balik ;p

btw, ni specs kc kitorg:

  • material countertop = quartz stone kaler krim
  • pintu cabinet = maroon 3G glass macam pic kat atas tu. kabinet gantung aku mintak diorg buatkan frosted glass. takderla sakit mata sangat tengok semua kaler maroon jer nanti. hehehe...
  • wall tiles lak kaler putih jer. tapi tiles aku pilih yang ada pattern sikit. timbul2 macam 2D gitu.
  • tall unit ada 2 ketul. satu untuk microwave & oven, satu lagi untuk simpan food stock. i loike.... ;D
  • body cabinet = material kayu kot, kaler putih
  • accessories = bottle rack, swing rack & cutlery tray. roller drawer pakai brand Hettich. aku tak amek soft close system sebab nak kurangkan kos sket. hehehe..leh gitu? sink aku pilih double bowl. tap belum pilih sebab kena confirm dulu kedudukan pili air umah camner. fuhh...payah gak nak pilih tap ni yer ;p
  • handle = aluminium edging. kiranya handle tersorok la sebab taknak bagi adam senang bukak. hahahaa....we'll see.....

leh imagine tak camner rupa kc tu nanti? aku sendiri pon takleh nak imagine lagi. kui3....

esok kitorg nak ke GL lagi untuk finalize layout kc. sebab aritu diorg buat dish drainer tinggi sangat. aku ni dahla 'bonsai', kang tak sampai lak ;p apa pun 40% deposit aku dah bayar last week kat diorg. hopefully boleh siap in Jan 2011 nanti...can't wait!!

sebenarnya choices of kc materials ni aku yang pilih sendiri lepas buat some references dalam intenet & mag Impiana Dapur. aku siap usung mags masa pegi GL. senang sikit nak tunjuk rupa kc camner yang aku berkenan ;p bobo semua serah kat aku jer sebab aku dah gigih buat reference bagai. so dia setuju jelah. kekdahnya, kalau dah elok bagi aku, elok jugakla bagi dia. kih3....

aku memang dah lama berkenan dengan 3G glass kaler maroon. nampak moden gitu. untuk countertop aku pilih quartz stone sebab material ni yang paling tahan lasak kalau compare dengan granite atau solid surface. it's also non-porous & no need to be sealed. sesuai untuk orang macam aku yang malas nak ngelap sokmo nih. huhuhu....

as for hob+hood+oven, aku dah beli awal lagi, brand Fujioh which is made in Japan. kekta bagitau brand ni bagus. aku taktau sangat sebab belum sempat buat research. kebetulan aritu kekta bagitau brand ni ada sale. dia siap fax newspaper cutting pasal sale tu. aku pon dengan konpidennya bawak la paper tu ke GL. rupa2nya sale tu untuk KL jer. tapi disebabkan aku gigis bawak newspaper cutting, bos diorg bagi jugakla aku beli dengan harga sale tu. hahahaha...tak sesia! harga less is more than 50% lak tu!

sabtu lepas masa di GL tengok2 ada sale hob+hood+oven Fujioh. sibaikla sama jer harga dengan time aku beli aritu. fuhhh....

untuk umah baru kitorg tu memang kat bahagian dapur yang paling banyak makeover kot. area lain tak buat apa2 pon except nak pasang kipas & lampu. buat kc ni once in a lifetime bagi kitorg. melainkan kalau kita nak berpindah randah banyak kali la kan. leh la jadi twice or thrice and so on. hehehe...hopefully it'll turned out well like we expected and worth the money spent ;p

ouh, it's time for my beauty sleep now. dah kul 12am+ and guess what? adam pon tak tido2 lagi! tskkkk...

toodles!