Monday, November 29, 2010

Jom Masak Bamia

apa itu bamia? kalau korg gugel, mesti jumpa ayat ni: 'meat & okra stew in tomato sauce'. ha, tulah dia bamia....hehehe....
bamia ni sebenarnya masakan dari middle east kalau tak salah aku. biasanya family aku (mak & makcik) akan masak bamia daging/ayam kalau ada special occasion jer. hari2 biasa jarang kot nak buat. bamia sedap dicicah dengan roti. nak nak roti benggali. yummssss... ;p~
setelah bertahun2 aku jadi tukang makan bamia jer, akhirnya semalam aku telah berjaya memasak sendiri bamia daging tanpa pertolongan sesiapa (kecuali bobo yang tolong jadi tukang rasa ;p). *clap* *clap* *clap*
plan nak masak bamia ni datang tetiba jer. sebab dalam fridge dok simpan 2 bekas daging aqiqah adam. ada dekat 1kg kot. sebenarnya aritu dok teringin nak masak daging kerutup (tingginya cita2 ahkak). tapi bahan2 tak cari plak. so tukar la plan. jadinya pagi2 ahad lagi aku dah gigih hiris bawang, potong tomato, bendi & daging. mise en place pon dah makan masa dekat 2 jam. hihih....

nilah rupa bamia ahkak yang lazat dan berkrim itu ;p

bamia in the mangkuk. ready to be served ;D


memandangkan roti arab takder, bobo beli roti burger sebagai ganti. bes jugak! hehehe...pinggan yang hampir licin tu dia punya la ;p

puas hati dapat masak seperiuk besar. siap tapaukan untuk bobo & his friends untuk diorg makan on the way to KL dan jugak kawan2 opis. hehe...daging aqiqah kan elok dimasak dan dibuat kenduri...alhamdulilah tercapai hasrat ;D.

Thursday, November 25, 2010

Dua

exactly today, two years ago, Wan Adam Rayyan was born ;D.


happy birthday darling! ummi & daddy doakan semoga adam membesar menjadi anak yang bijak & soleh....words can't describe how much we love you.....

two years ago....



two years after ;p


terkilan jugak tahun ni aku tak sempat prepare apa2 pon. neither a present, nor a cake. macam last year aku bagi goodie kat kawan2 taska dia. apa pun aidiladha baru ni kitorg dah buat aqiqah untuk adam. at last! setelah berapa lama asyik tertangguh.

boleh tak aqiqah dikira birthday present? hehehe....

Wednesday, November 24, 2010

Pendatang Tanpa Izin

ouh, bukan pasal tu yang aku nak citer. tapi pasal perkara yang paling tidak diingini telah berlaku....
it was on aidiladha eve. masa tu aku berdua jer dengan adam. bobo still on the way balik dari opis. seingat aku masa tu baru jam 8pm lebih. aku tengah baca mag kat sofa. adam lak dok main depan aku. pastu adam mintak susu. aku dengan selambanya pegilah ke dapur. adam lak membontoti (heheh...lawak lak pekataan nih ;p) aku dari belakang.

elok2 jer lepas isi air filtered dalam botol susu kat sink, aku pon toleh la mengadap meja makan untuk pegi bancuh susu adam. masa tulah baru aku prasan ada ULAQ MASUK DALAM RUMAH KAMI! elok jer dia dok berlingkar bawah meja makan. aku jerit sekuat hati. aku pon terkejut dengan diri sendiri sebab boleh jerit sekuat tu. mesti ulaq tu cakap 'ek eleh pompuan ni...rilek laa'. hahahaha...(hey, tengah serius nih!) yang aku pelik, cemana la boleh tak perasan ulaq ada kat situ at the first place sebab dari ruang tamu boleh jer nampak meja makan. hmmm....

lepas abis jerit (yang sedikit pon tak mendatangkan pekdah itu), aku terus sambar adam yang masa tu berdiri sebelah peti ais (position betul2 sebelah meja makan) dalam keadaan tercengang. terkujat badak kot dengar ummi dia jerit tadi. kui3....sibaik dia tak nangis. sambil dukung tu aku pecut sekuat hati masuk bilik sambil cakap kat dia 'adam, ada ulaq...ada ulaq'. rasanya satu badan dah menggigil ketakutan. mau taknya, dahla berdua jer dengan anak. tak kenal lak ulaq jenis apa? bahaya ker tak? dia masuk ikut celah mana? iskkk....neves breakdown jadinya! adam terus tersenyap tengok aku jadi camtu. hahaha...

pegang hp pon taktau nak call sapa dah. last2 aku pakai tudung, terus pecut ke umah jiran sebelah sambil kendong adam. pintu depan umah aku biar ternganga. i was panicked, remember? ;p mulut adam lak tak abis2 sebut 'ulaq!' 'ulaq!' masa dok tunggu jiran bukak pintu depa. hehehe...sibaik la jiran ada. depa la yang tolong call Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) suh datang tangkap ulaq tu.

tak sampai 15 min JPAM pon sampai. rupanya ulaq tu dah lari ke tempat lain. pulak dah!!! depa terpaksa geledah semua bilik. tup2 jumpa kat mana tau? kat ruang tamu di celah toybox adam! erkkkkk!!!!!!

orang JPAM bagitau ulaq tu spesis ulaq air. tak bahaya tapi still boleh gigit. aku tengok panjang dia ada kot dalam 1 kaki setengah. eeiiiii!!! geli!!!!!!!!!!! tapi alhamdulillah dapat gak tangkap. kalau tak jumpa mau aku tido hotel sampai hari ni. hahaha....over btol. rupanya sejak kejadian banjir memang tiap2 hari JPAM dapat panggilan ada ulaq masuk umah la, ada atas pokok depan umah la. macam2 jenis lak tu. tskkkk.....ngeri!

sampai ke arini aku still fobia dengan kejadian tu. mata aku asyik nak pandang kat bawah meja makan jer. hopefully that was the first and last case before we move into our house. aminnnn.....

Tuesday, November 23, 2010

Perihal Rumah (Lagi!)

i've been so busy lately. nak hapdet blog pon tak menyempat dah. sebenarnya bukan busy buat apa, tapi busy mengkaji & 'menyervey' cerita pasal kitchen cabinet & budget masuk rumah dalam forums, websites, blogs...you name it ;p sebab, KITORG DAH DAPAT KUNCI RUMAH BARU! yippieee!!!

nak dijadikan cerita, our final late charges yang developer kenakan punya la banyak! jumlahnya boleh dapat grill full untuk 1 rumah semi-D. pastu kat pintu depan pakai grill wrought iron. ha, gitu la kalau nak dicomparekan. berpeluh jugakla nak bayar. surat mintak waived pon dah try hantar, tapi cuma dapat 30% diskaun. kalau tak bayar, memang sampai sudah la takleh amek kunci tu. so terpaksa la bayar dengan hati yang berat (there goes my 3G glass aluminium kitchen cabinet. huwaaaaa!!).

moral of the story, sesaper yang nak beli umah, beli la dari awal sementara masih dalam construction lagi. kalau tidak, anda akan mengalami nasib yang sama macam ahkak. huhuhu....mencik! stupid S&P agreement! i don't think we have any options to alter or do any changes in the agreement for our own benefit. or do we? developer yang buat S&P tu, so mestila diorg nak jaga diri sendiri jer kan...to hell with those buyers gitu. hahaha...memandai2 jer aku.

isk, dah2. aku takmo tensen2 dah. let bygone be sheltox ;p berbalik kepada cerita umah (cewah). lepas ambik kunci (about 2 weeks ago), kitorg terus pegi bayar TNB dan check defect semua. hari yang sama jugak pegi hantar balik borang defect kat developer. sibaik dekat jer dengan umah. hehe...
sekarang ni kitorg dah deal dengan sorg apek kontraktor untuk pecahkan dinding dapur sambung sikit ke belakang. alah, tak besar pon, dalam 5ft jer. saiz dapur pon cinoni. kalau tak renobet siap2, payah lak sokni kan? alang2 buat jela terus. grill pon dah seal deal, siap bayar deposit. kitorg opted grill yang melintang biasa jer. no kerawang2 whatsoever. tak berapa minat pesen gitu ;p

kat area ni la yang kitorg nak pecahkan (sila abaikan enchek bobo di situ ;p)



ni contoh umah yang dah dipecahkan dinding belakangnya untuk sambung sampai hujung. camni la rupa belakang umah kitorg nanti...

yang menjadi kepeningan aku sekarang ni = kitchen cabinet (kc)! ada la dalam 2-3 quotation aku dapat. tapi ada yang belum finalize lagi sebab aku mintak diorg alter sikit. so kena la tunggu lagi untuk decide betul2. antara quotation yang aku dapat for an L shape 15'x7.5' kc:

  • apek kontraktor: quote RM12k+ untuk pintu material chipboard+countertop konkrit+tiles 2'x2' complete with accessories & sink. aku rasa macam mahal sangat lak RM12k+ tapi dapat chipboard jer. mahal kat konkrit tu kot? and i've never seen his workmanship before. dia kata dah buat kat banyak rumah, tapi takder amek gambar. kalau ada pon, dah kena banjir! rumah dia kena banjir teruk hari tu...hmm, ok...
  • Glamour Living (kompeni supply barangan rumah & ID): quote RM13k+ untuk pintu aluminium 3G glass+countertop quartzstone but without wall tiles, sink & accessories. hasil kerja? ada kat kedai depa. memang lawa2 la semuanya without any doubt. nama pon kompeni ID. heheh...pricey sikit tapi dapat quartztone! much better than tiles kot? kalau aku nak buat tiles jugak, diorg cuma boleh tolong recommend kontraktor. tapi barang2 semua dari GL la...mesti lagi pricey!!
  • Nine Nine (lupa lak nama penuh kompeni but it's a kc specialist): belum dapat lagi quote. kena tunggu seminggu! wahh...ramai benor kot customer? tapi tengok tokey dok main Farmville jer. huhuhu....

nampak gaya kena survey lagi la kedai yang boleh buat kc kat area2 sini. biar sampai puas hati. bukan apa, kc ni nak guna lama. kalau dapat yang elok & still dalam kemampuan, better go ahead. kang menyesal lak kan. nasihat untuk diri sendiri nih. huhuhu....

i better stop now. banyak lak membebel. hehehe...toodles!

p/s: adam will be 2yo in 2 days time. apa pon aku tak prepare gara2 rumah baru. (mahapkan ummi yer nak...tskkkkk.......)

Friday, November 12, 2010

November Rain

keadaan hiway yang dah bertukar jadi lautan
view from inside

dalam berapa meter pon taktau la nih ;-S


yelloo...i'm back after a long hiatus. nak start entry pon taktau camna ;p
macam2 hal terjadi bulan Nov ni. apapun, 1st Nov is my besday. huhuhu....hadiah yang paling 'grand' aku dapat = BANJIR! tapi alhamdulillah rumah aku tak masuk air. enchek bobo lak bagi aku prezen printer. hahahaa...kawin dengan orang IT gitu la kekdahnyer ;p ouh yer, kekta pulak bagi besday kek. It's a French mille crepes from
Humble Beginnings. tq kekta!
citer pasal banjir lak. tengok jelah piccas above. scary isn't it? masa ni kitorg redah jugak sebab nak survey jalan hiway dah boleh lalu ker belum. panjang lagi sebenarnya citer pasal banjir ni. aku buat point form jelah yer (masih mood malas, bila yang rajin ntahler. kui3):
  • around 4pm - 7pm: we took around 9 hours journey from Sg. Petani to Kangar. reason: hiway tutup, kena lalu jalan lama. biasanya 1 jam setengah jer journey kalau ikut hiway. punyalah kitorg nak elakkan lalu jalan banjir. tup2 kat Kuala Sungai (Kedah) kena redah gak air banjir. dalam gilos! rasanya tenggelam tayar kete. nak patah balik not worth it sebab dah abiskan 3 jam perjalanan. so tawakkal jela...berdebar2 jer masa redah tu..

  • 7pm: lepas redah banjir, tak sampai 5 minit enjin kete mati sendiri. terpaksa pull over tepi sawah. cek punya cek rupanya radiator kete bocor. sebab tu temperature tinggi. pulak daahhhh....bubuh air, dia keluar balik. jalan tak sampai 1km enjin kete mati balik. sibaik kali ni mati kat petrol pam, bukan tepi sawah. scary tau!

  • around 7pm - 10pm: after hundreds (ok, tipu) of phone calls we made, dapatla cari tow truck untuk angkut kitorg balik kitorg ke Perlis. we waited for 2 hours for the truck to arrive. dari 10.15pm-12.15am. yup, 12.15 in the wee hours. dengan masing2 tak dinner lagi. adam pon aku suapkan roti bun & minum susu jer. dengan nyamuk & panas tunggu dalam kete. fuhhh...mencabar minda sungguh!

  • sibaikla tow truck tu jenis yang angkut naik atas terus, bukan jenis yang heret kat belakang truck. takdela kitorg tertonggeng dalam kete. hehe...adam lak dah pengsan dari tengah tunggu tow truck sampai la ke rumah.

  • 1.15am: we safely arrived at home. berdebar2 jer rasa nak tengok keadaan rumah. sebab masa awal2 banjir kitorg still di KL. lepas tu stranded di BM, umah makcik aku. tanya kawan2 ada yang cakap air masuk jugak rumah tapi dah surut. ada yang kata tak masuk. mana satu pon taktau. but we just have to expect for the worst. taknak +ve thinking sangat sebab banjir kali ni lagi teruk dari tahun 2005.

  • nampak2 jer kawasan rumah lega sikit sebab air dah surut. tapi rumah kampung depan tu memang ada lagi area yang belum surut. bertambah lega bila bobo bagitau rumah kitorg ok. syukur sangat! tengok takat air kat dinding memang sipi2 jer lagi nak masuk rumah. phewwww....

  • daripada nak cuti 2 hari sampai seminggu kitorg takleh pegi keje. jalan nak ke opis pon lambat surut air. memang teruk gakla kali ni...minggu ni baru betul2 masuk opis. tu pon hari isnin pegi cuci opis yang affected. selasa pegi tolong kat rumah kawan lak. abih barang2 depa banyak rosak...

dengar news katanya ada 2nd wave lak banjir ni. erkkk...takut lak dengar. hopefully tu cuma forecast, tak jadi betul2. kete kitorg yang rosak tu pon tak sempat lagi pegi repair sebab bobo kena attend training kat KL lak seminggu.

tulah citer banjir aku. walaupun tak kena kat rumah, kete lak rosak. masing2 ada habuan sendiri...apapun kena redha dengan ujian yang Allah bagi pada kami penduduk negeri Perlih & Kedah. ujian dunia ni kecil saja kalau nak dibandingkan dengan ujian di akhirat kelak. btol tak?

sekian saja nasihat dari setazah mrsbobo buat puan2 pada petang jumaat ini. tehehehe....

p/s: tumpang seronok sebab ada blogger bongkar pasal penipuan bisnes gelang & 'neckless' sorang retis tuh! ;p