Friday, October 29, 2010

Sawaddi Kap...Welcome to Haadyai!

ini adalah entry basi. hehe...

tengah bulan Okt baru ni aku kena attend kursus di Haadyai, Songkhla & Satun untuk 4 hari 3 malam. that was my 1st time in Thailand. walaupun dah bertahun duduk kat Perlih. bukan jauh mana pon. about 2 hours journey jer dari border Bukit Kayu Hitam. en. abam seperti biasalah, dijaga oleh opahnya yang di'import' khas dari Banting ;p sian Pah Melah...huhuh...

aku tak amek banyak pics pon masa kat sana. tak tau naper rasa malas lak. sebab mood kursus kot. kalau mood vacay mesti lain citer. kui3...btw, i won't story about our kursus, just the experience there, okes?

if you ask me what i like about Haadyai, my answer will be - i really enjoyed the food! (no food piccas however. told you, i wasn't in the mood ;p) semua restoran yang organizer bawak sedap2 food dia. don't worry, semua halalan toyyiban. sebab owner dia Muslim.

Sami Kitchen - this is the 1st restoran yang kitorg pegi. sampai2 jer terus lunch kat situ. yummeh! sebab kebuluran pon yer. hehehe...




sebab malas amek food pic, aku amek pic signboard jer. tu pon dari dalam bas ;p

2nd night - dinner di Restoran Chekkar. owned by Muslim too. semua lauk sedap2. kira takder yang tak sedaplah. hahaa... (dasar buruk lantak!)

ouh yer, masuk2 jer kat border Danok you'll see how complicated their electric system are. wayar2 letrik berselirat di kiri kanan jalan. yang disambung melintang di tengah2 jalan pon ada. memang buruk la rupa. macam dalam zaman 80's pon ada. i wonder ada tak orang depa yang mati kena electric shock. serius, memang scary! masa bas kitorg nak masuk jalan ke hotel pon siap langgar lagi wayar atas bumbung. scary gilos! eh lupa bagitau, kat sana kitorg stay di Sing Golden Hotel. ok gakla hotel tu...i have no complaint :D



signboard Restoran Chekkar (obviously ;p)



ok, sambung balik citer lepas dinner, kitorg teruskan aktiviti yang ditunggu2 iaitu - Free & Easy! yay!



nilah rupa area 'Lee Garden'. kira happening la tempat ni. sesuai untuk tourist sebab semua benda ada. souvenir shops penuh di kiri kanan jalan. kedai baju pon banyak. nak makan pon macam2 ada. cuma kena check halal ker tak jelah.

ouh yer, ayam KFC & burger McD kat Haadyai tak halal yer. tapi aku masuk gak McD sebab nak beli Iced Caramel Macchiato dia. ha, tu yang speselnya McD kat sana. Siap ada kaunter khas jual item McCafe diorg. item ala2 setarbak gitu. muffin, cheesecake, pastry semua ada. bes kan? awat McD sini takder eh?

farmasi Watson's diorg pon bes. ada barang yang lagi murah dari harga kat Msia. aku cuma beli Strepsils kat situ sebab sepanjang duduk kat sana, asyik sakit tekak jer. dengan batuk2 lagi. sebab perubahan iklim kot (ceh, yer2 jer...macam ada beza dengan Perlih ;p).

balik dari Lee Garden kitorg kena naik tuk-tuk. bayar 20 baht jer or RM2 duit kita. okla kan. sibaik tak jauh sangat dari hotel. kalau jauh takut gak sebab macam tergolek2 & tak stabil jer bila duduk dalam tu. heheh...

tengok la pompuan baju hijau tu dok jakun tayang Iced Caramel Macchiato dia. kih3...


di Samila Beach, Songkhla. kitorg ke sini pada hari ke-3. nampak tak orang ramai2 dok kerumun tu? kat situ ada patung duyung. tapi aku maleh lak (told ya!) nak pegi posing kat situ. orang cakap, kalau sesaper pegang patung tu, nanti mesti dia akan datang ke situ balik. aku tak pegang pon, so dapat pegi lagi ke tak pon taktau la. heheh...

Samila Beach. lawa kan view?




kat sini ada satu gerai jual coconut ice cream yang famous, i guess so. sebab kat gerai tu siap ada newspaper cutting gambar tokey dia dok amek anugerah apa tahla. hehe...



aiskrim ni ada layer2. layer bawah dia bubuh kepingan roti. 2nd layer ada pulut. pastu baru dia bubuh aiskrim. lepas tu dia tabur lak mango kering, buah nau & kacang tanah. verdict: shedaappppp.... ;p~

mari kita zoom...



iskk..terliur lak. mana nak cari eh kat sini? nampak gaya kena pegi Songkhla lagi la. huhuh....
last day lepas tamat sesi kursus, kitorg pegi lunch lagi di Sami Kitchen. as usual, memang terbaik dari ladanglah food dia. cuma kali ni diorg hidang kengsom lak, bukan tomyam. kengsom ni macam asam pedas cuma pedas sungguh!

lepas lunch, sambung lagi sesi Free & Easy. sesi favourite aku la tu. kui3...kitorg dibawa ke bazaar jer. aku beli tshirt jer kat situ. tak menarik sangat tempat tu. bukan apa, blouse2 diorg banyak saiz comel2 jer. sebab saiz orang Siam memang comel2. i mean, susah nak jumpa orang depa yang montel. rahsianya, kena makan tomyam banyak2. hahaha...

dah selamat shopping semua, baru la kitorg balik ke tanahair. cewah...macam jauh bebenor jer. kih3...

tu jer story pasal trip ke Haadyai. tak tau nak wat ending entry camner dah ;p
till then, tata!

Tuesday, October 26, 2010

En. Abam @ 23 month old




nilah latest pic of my one & only anak teruna berambut cacak! hehehe...tercacak habis kan? gunting la baper kali pon dok camtu gak ;p tapi ahad aritu dah gunting dah...
niway, semalam adam dah genap 23 bulan, which means lagi sebulan jer dia dah nak masuk 2 yo :D
here are his milestones for this month:
1. dah pandai humming & singing (in his own version) lagu2 dalam PHDC, twinkle2 little stars & rasa sayang. semua characters dalam PHDC dia dah kenal kot.
2. kalau dulu bila nampak gambar Mickey Mouse dia akan sebut 'mimi moss', skang ni dah tukar lak jadi 'hot dog!' sebab ada lagu hotdog dalam PHDC. siap joget2 lagi. hihih...
3. dah pandai buat gaya 'otomen' (Ultraman). tah sapa ajar pon taktau. tak penah lak aku bukak citer Ultraman kat umah. hmmm...
4. dah tau sebut nama kitorg walaupun still pelat. daddy dia jadi 'Amilu Hahazhan', nama aku jadi 'Fififah Usna'. nama opah dia Ramlah, tapi dia sebut 'Melah'. kekekeke....ouh, cik bibah dah bertukar jadi 'zibah'. okla kan? ;p
5. adam tak kisah kalau dia duduk sorang2 dalam carseat kat seat belakang kete. skang ni kalau kitorg nak balik KL pon memang letak dia kat belakang jer. to our surprise, he behaved well! aritu dia siap ikut nyanyi lagu Poker Face-Lady Gaga part 'po po po' tu lagi masa on the way nak ke KL. kih3...

that's all i can think right now. lain2 progress tak banyak sangat. dah jadi toddler camtu la kan? hehe...

Thursday, October 21, 2010

Welcome To The World Raja Emir Fahri!



introducing my new nephew, Raja Emir Fahri a.k.a. baby Fahri ;D

born on 20102010, at 2.12pm at Prince Court Medical Centre. his weight is 3.25kg.
ouh, i just can't wait to see him! *luv* *luv*

Wednesday, October 20, 2010

Yeay Dapat Bedak!



hehehe...bedak 50g jer pon. but still, it's FREE!
aritu saja jer aku jawab questionnaire dalam babycenter sebab dia kata leh dapat free sample bedak. questionnaire pon dalam 10 soalan jer kot. so what the heck, tak susah pon nak jawab.
in 2 weeks time, bedak ni pon sampai la kat opis aku. yippieee! seronok macam menang 1 juta contest powerut lak. kui3....
ouh yer, sebenarnya aku baru balik dari cuti2 ke Haadyai. nottt!! perasan cuti2 adala. hehe..sebenarnya ada kursus 4 hari 3 malam di Haadyai, Satun & Songkhla. i just love their fooooodddddddd...rasa macam nak pegi lagi tapi kena suruh enchek bobo bayar ptptn dia dulu la. cisss....
entry pasal Haadyai later2 ya! ahkak bz bebenor as usual. huargghhh.... T_T

2010 2010

nice number eyh?

while i am typing this, my beloved lil sis, dell is delivering her first child on this exact date at PCMC. bes nyer besday baby nombor cantik. hehe...senang nak ingat pon yer ;D
tadi mak aku bagitau dah time untuk push. but just now aku dapat sms dari mak bagitau dell dah selamat deliver. ALHAMDULILLAH....both mommy & baby are healthy. can't wait to see them! nak balik KL lambat lagi. huwaaa....

Friday, October 8, 2010

Jalan-jalan di Bandoeng

WARNING! THIS ENTRY WILL BE LONG & FULL OF PICCAS. hehehe...

setelah berbulan2 planning dengan kekta trip ke Bandung, finally the time has come! dulu rasa macam lambat jer lagi nak masuk bulan 9. bila dah dekat nak pegi macam tak percaya pulak. hihih...saja taknak canangkan awal takut tak menjadi ;p


yang join trip ni kekta 1 family, mak & abah & kawan mak aku 1 family. aku = lone ranger. tak bawak my 2 heroes. hero besaq kena keje, so takleh ikut. hero kecik lak aku pos ke umah opah dia. ngeeee.... ;D


our trip should be Jakarta-Bandung 4 hari 3 malam tapi nak dijadikan cerita, trip aku telah di'cut short' to 3 hari 2 malam jer. sebabnya, DUE DATE PASPORT AKU TAK CUKUP 6 BULAN UNTUK MASUK INDON!! nak taknak, aku kena renew pasport dulu pastu beli tiket lain kalau nak pegi jugak. haihhh....cobaan..cobaann....


1ST DAY


hari kejadian, aku orang yang bangun paling awal untuk mandi & bersiap. heheh...pastu dell & his hub tolong hantar kitorg ke LCCT. time nak check in tu staff AirAsia (i think she's my junior during UiTM Dungun years kot. dia pon cakap kenal aku. hehh..) bagitau aku sorang takleh fly. macam tak percaya jer. isk, memain ker nih?? rupanya sebab due date pasport kurang 13 hari jer dari tempoh yang dibenarkan untuk masuk Indon. huwaaaaaa... :'( 13 HARI SAHAJA! that's not even 2 weeks! d*mnnnnnnn (oops!)


so what to do, ayam tak patuk, itik tak sudu...aku dengan kekta pon pegi la check kat sales counter tiket ke Bandung untuk keesokkan hari. Alhamdulillah, mujur la ada tiket murah. kalau berhatus2 aku rasa goodbye dah Bandung. sob...sob......


lepas breakfast & say bye2 kat diorg, aku pon ikutla dell & raja balik rumah semula. sedeyyy....lepas raja siap2 pakai attire opis, aku ikut dia keluar sekali. sibaik la dia leh tolong hantarkan aku pegi Jabatan Imigresen Wangsa Maju untuk renew pasport. long story cut short, i got my new pasport within 4 hours of dreadful waiting. kelaparan punya pasal. but it's all worthwhile. keh3....as long as i get to go to Bandung! btw, thanks to my adik ipau for accompanying me. hehehe...tak pasal2 jer kena drag skali dalam masalah aku.


2nd DAY


hari yang ditunggu2. tido pon tak lena sebelah malam tu. huhuhu....kronik sungguh! pagi tu, bobo lak tolong hantarkan aku ke LCCT. kebetulan dia kena attend meeting di KL hari tu. so dia drive terus la dari opis ke KL petang kemarinnya. takyahla nyusahkan raja lagi ;p


*tengah siok2 menaip entry ni network pulak down, please excuse the different font size ya ;p*

alhamdulillah everything run smoothly as planned after the topsy-turvy incident. flight ke Bandung pon ok. cuak la jugak sebab sorg2 jer naik flight pegi negara orang. tapi ni ok lagi kot coz dekat jer. sebab taun 2006 dulu aku pegi Tokyo pon naik flight sorg2 gak. lagi lah dengan tak faham sebutir apa bahasa depa. kih3....tawakkaltu a'lallah....

so i have to skip Puncak & Safari Park trip. takpelah, belum ada rezeki ke sana. ada rezeki lagi pasni mungkin bawak my 2 heroes sekali kot? aminnnn....lepas2 jer touchdown, aku terus sms abah bagitau dah sampai. sibaik abah pon dah siap tunggu aku dengan travel agent kami, Pak Reza.

diorg terus bawak aku pegi shopping di Pasar Baru sebab diorg yang lain semua ada kat situ. dalam dok penin2 lagi aku pon rembat la 4 pasang telekung (hak persendirian & pesanan penaja ;p) & 1 maxi dress (pesanan penaja jugak). tu jer yang aku sempat beli kat situ sebab kesuntukan masa. sekeping pic pon tak amek. penin! hehehe....

pastu kitorg pegi lunch di Karamba Sundanese Bistro. the food was awesome! semua sedap2 belako kecuali kopi o abah yang manis piang! kih3.....

*ok, network dah ok balik*


setappp woo ayam goreng tuuuu :p~ btw, tu tangan muaz tengah nak cedok sup favvy dia. heheh...


nasik dalam bakul


nilah restonya, aye karamba! hehehee...

lepas lunch & solat kitorg meneruskan agenda shopping di FO Rumah Mode pulak. wheeee! i think this is the best FO compared to other FOs yang ada di Bandung. no wonder la ramai orang cakap camtu. dapat la beli 1 blouse untuk aku, 3 helai tshirt untuk bobo, 2 tshirt & i jeans untuk adam.

lepas tu kitorg gerak ke Heritage & Cascade pulak. takder yang menarik perhatian sangat di situ...lepas dinner (err...lupa pulak apa nama restonya ;p) terus shoot ke Paris Van Java. kekta nak borong buku kat Toko Gramedia. aku tak beli apa2 pon kat situ. tempatnya menarik tapi aku malas lak nak amek gambar sebab dah malam. hehehe....

kiranya 2nd day tu memang agenda untuk shop til we drop ajala. huhuhu....sebelah malamnya baru aku 'check-in' hotel. kitorg stay di Hotel Abadi Asri. 2 star jer tapi asalkan boleh lena tido kira ok la kan? mak aku siap beli towel baru sebab towel hotel tu kepam. tapi towel kat bilik aku wangi lak. keh3....berkat orang kena tinggal kot ;p

hasil rembatan di Rumah Mode. aku punya 1 bag jer yer. 1 lagi mak punya ;p


FO Heritage & Cascade yang bersebelahan. aku cuma beli tshirt Thomas untuk adam kat sini.


3rd DAY

lepas breakfast di hotel, kitorg terus shoot ke tempat wisata, Kawah Putih.



pemandangan masa on the way ke Kawah Putih


jalan masuk


dah sampai! tuan tanah berposing di depan pintu gerbang ke kawah ;p


tangga menuju kejayaan. eh, ke kawah. hihih...


air sulfur ni. kuat tau bau dia. menusuk2 idung. kalau tengok betul2, nampak berasap air dia...


nampak kan asap? di gigi air suam2 gitu. mungkin di tengah sikit panas la


kalau nak tau sejarah pasal kawah ni leh gugel yer...

lepas ke Kawah Putih, kami sambung perjalanan ke Situ (Danau) Patenggang pulak.

pemandangan masa on the way ke danau. lalu celah2 kebun teh yang sangat mendamaikan! btw, makcik2 pekebun teh ni siap berlipstik merah menyala lagi i tell you...aku yang dok opis ni pon maleh nak tacap lawa2. muahahaha...


air tenang jangan disangka tiada buaya. eh, ada buaya ker kat sini? ;p


me & muaz the cheeky boy! dah anak sendiri tak bawak, menumpang kasih dengan anak kekta ajala...huhuhu....


nice view kat sana tapi kitorg tak naik la sampan2 tu. takuit!

lepas balik dari Situ Patenggang, kitorg break untuk lunch & solat di resto Sindang Reret.

view dari dalam resto. terraces of paddy field. nice kan?


tempat makan kami atas kolam. ada ikan besaq2! kami makan sundanese jugak. seperti biasa, maveles! cuma dinding tempat makan tu jer yang buatkan aku risau sket. rendah sangat! huhuh...bahya sket untuk budak2 la...


the beautiful landscape....

on the way balik ke 'bandar', kitorg singgah di Jalan Cibaduyut yang famous dengan barangan kulit. tapi aku tak beli barang kulit pon kat situ, pi beli tshirt Bandung & dodol garut lak. keh3...

lepas ke Cibaduyut, kitorg ke FO Grande pulak. sini pon bes jugak. dapatla aku rembat 2 helai blouse kat sini. hehehe...lepas penat (ceh, penat la sangat) bershopping di situ, kami pon gerak ke Kampung Daun untuk dinner. jenuh terlompat2 dalam APV sebab jalan nak ke sana begitu teruk sekali. huhuh....


landscape tempat ni sangat lawa. tapi apa yang paling menarik perhatian aku was their souvenir shop. sebabnya, ada jual barang Cath Kidston! cayalaaa....Cath Kidston pon ada imitation tapi tak obvious pon. aku tengok macam sama jer ;p memikirkan esok dah nak balik & rupiah masih berbaki, aku pon tersambar la 1 beg dia. keh3...dasar kaki shopping!



the menu. macam2 ada....


our food yang okla. i enjoyed the scenery more than the food itself. ker sebab dah 2 hari asyik makan sundanese kot? ;p


'mahligai' kami....tempat makan ni betul2 kat tepi waterfall. sejukkkk! tambah pulak tengah hujan masa tu...


4th DAY (DAH NAK BALIK!)

huwaaa..kejapnyer masa berlalu. huhuh....kami amek flight balik sebelah petang, so masih ada masa untuk berlibur ke tempat wisata Tangkuban Parahu ;D


malang sikit bagi kami coz malam sebelumnya hujan. so tak dapatla kami tengok kawah tu. keadaan sangat mendung & berkabus :-( bercakap pon keluar asap. shejukkkk!! posing2 jelah kat mana yang sesuai yer....apa pon aku takleh lupa kelazatan pisang goreng kat Tangkuban. beshnyerrrr.... *droolsssssss*


pelencong asing ;p


nilah kawahnya ;p


pewwitttt....awek bergaya sopan ;p


a foggy day at Tangkuban Parahu

lepas penat menapak naik turun bukit di Tangkuban, tibalah masa yang ditunggu2 iaitu acara makan! kih3....kali ni Pak Rezza reserve lunch kitorg di resto Sari Pawon. sup ikan dia shedaapppp....rupanya makanan sunda ni memang famous dengan seafood. baru ku tahu. hehhe...

di Sari Pawon. awatla landscape kat restoran2 depa ni lawa2 ha?


the food spread. yumsss...


view dari depan resto

lepas makan, Pak Rezza bawak kami shopping di bakery Prima Rasa. classy sungguh deco bakery nih. aku beli Pisang Molen (their national kuih kot) & Brownies dengan saki baki rupiah yang ada. hahaaa.....tula, shopping tak hengat! sibaik la mampu lagi beli nak beli kuih :">

nilah rupanya bakery tu. lawo kan? macam orang2 kaya lak beli kuih kat tempat macam tu. hahah!


time for group photo! mengabadikan kenangan depan Hotel Abadi Asri ;p


time to go home! bye2 Bandung!

fuhhh...ada berapa keping gambar yang aku upload pon taktau. jenuh korg tengok yer. hehehe...aku stop setakat ni jelah dulu. ingat nak bagi tips or do's & don'ts di Bandung tapi nanti2lah. aku nak balik get ready untuk berbuka puasa dulu. yes, on the last day of Syawal, i'm still fasting. nak kejarkan puasa 6 la nih. alhamdulillah dapat gak genapkan 6 hari. fuhhh....

till then, tata!


Thursday, October 7, 2010

En. Abam @ 22 month old

entry 'hutang' untuk kali ni, adam's milestones at 22 month old. consider hutang sebab dah lama tertunggak. almaklumla, dilanda kebizian yang mengalahkan PM gitu! keh3...

without further ado (takder idea nak buat intro sebenarnya ;p), here goes:


1. adam dah tak nangis time aku nak pegi mandi. nampaknya trick aku bagi dia semangkuk food time aku nak pegi mandi sukses! hehehe...skang ni kalau dia cari aku, dia cuma ketuk2 pintu bilik air. bila aku jawab, nanti dia membebel apa tah la pastu terus pegi sambung makan sambil tengok PHDC. no more separation anxiety. yay!!


2. kalau sebelum ni adam asyik sebut daddy time dia memerap, skang ni dah tukar asyik panggil ummi lak. manja!


3. he could understand jokes and laugh at them especially tv adverts yang lawak2. macam paham jer. hehehe...apa pun fav ad adam skang ni semestinya Nescafe 'halushhhh' (siap tiru dengan gaya usap kepala ;p)


4. tinggi & berat adam? aku pon dah lost count. keh3...


5. ouh, adam senang sangat makan ubat. baru2 ni dia demam. takyah paksa pon bila time nak makan ubat. kekadang dia sendiri yang cari ubat dia sambil sebut 'ubatt'. bila aku ajak makan ubat, muka dia excited jer. hehehe...baguih2. takyah wrestling2 dah macam dulu.


6. masih keciwi dengan toy Thomas dia. iskkk...kekadang siap bawak pegi taska lagi. kalau aku bukak PHDC pon dia taknak tengok citer lain except Thomas. bangun tido pon cari Thomas. kira semua Thomas la! tskkk....


7. vocab pon harusla semakin improved. contoh: kalau dulu dia sebut Animal Mechanical 'apeka apeka', skang ni dah jadi 'emel ekel'. adala bunyi gak kan...hehehe...


tu jer yang aku ingat buat masa ni. hehehe....kalau ada lagi, seperti biasa la, entry additional milestones akan menyusul di kaca tv monitor pc anda ;p


toodles!

Friday, October 1, 2010

Atas Dah Macho Tapi Bawah....?

nampak tak kasut yang adam pakai?


meh aku zoom sket ;p


muahahaaa...tak pasal2 jer adam kena pakai kasut girl.

semalam kat taska dia ada jamuan raya, so cikgu dia pesan suruh bawak baju raya. aku pon cari la baju melayu adam yang opah dia belikan last year. baju melayu this year dah terungkai benang alter kat kaki seluar (ganaz btol budak nih!). so labuh sangat lak.

aku lak pemaleh amat bab2 menjahit nih (pengakuan berani ;p).

dah excited bawak baju melayu, tapi kasut adam lak aku lupa bawak.

nak taknak kena la cikgu dia pakaikan kasut mana yang ada kat taska tu. cikgu dia bagitau mula2 tu nak pakaikan kasut boy tapi dia sendiri yang taknak >_<

dia nak pakai kasut girl tu jugak. siap ada 'fawer' (bahasa adam) lagi. kih3...

p/s: belum ada time & mood buat entry pasal trip Bandung. tsk!