Friday, April 30, 2010

Adam's 1st Trip to Ummi's Office & Pesta Buku

arini ari jumaat. tapi entry aku arini nak citer pasal ari sabtu yang lepas. kih3...

sabtu lepas aku kena pegi opis jap sebab ada hal. memandangkan bobo pon keje aritu, aku terpaksa la bawak adam skali. pagi tu lepas subuh aku tak tido balik. kul 7am dah start masak. pecah rekod, aku siap masak 4 jenis lauk! tapi yang simple2 jela. slalunya aku masak 2 jenis jer. hehehe...pemalas sungguh!

lepas abis masak, aku bagi adam makan lak. then baru aku makan. pastu terus siap2 pegi opis. adam bukan main excited lagi masuk opis ummi. semua tempat dia nak explore. tengok jelah pic2 kat bawah ni. hehehe....tak jadi keje aku sebab asyik kena monitor dia. last2, duduk dalam sejam setengah jer pastu terus balik ;p

pegang pen kiri kanan ;p

notty boy!


sedang khusyuk menyonteng


dalam bilik opis aku yang semak gilos (kantoii..)


rapperz in da house!
ondawe balik kitorg singgah Pesta Buku Perlis kejap. aku ajak sorang member teman sekali. elok2 jer sebelum kitorg sampai, adam tertido sampailah kat dalam dewan tu. tak menarik sangat pon pesta buku tu. banyak buku2 islamic & budak2 skolah jer. english novel langsung tak nampak bayang. novel melayu ada la jugak. last2 aku beli poster ABC & 123 jer untuk adam. RM5 jer each. huhu...
part yang paling tak bes skali bila salesperson Grolier sampai 4-5 orang datang approach in such an annoying way. heeee....rimas tau tak! sebab bila aku bagitau dah ada set buku tu, diorg tanya lak 'set mana?' 'bayar berapa tiap2 bulan?' 'akak dok guna tak?' (macam kena terjah dek abg rambut ketak lak ;p) aku pon bagitau la. pastu diorg kata 'tak cukup tu kak, kak kena amek set bla..bla...bla...' 'kak bawak anak datang sini mesti nak cari buku untuk anak bla..bla...bla....' 'penting kak, ajar anak membaca dari kecik bla..bla...bla....' (duhh! kalau aku taktau, aku tak beli la buku2 tu dulu dek non oiii)
HALLOOOO....korg ingat aku nak bukak national library ker kat umah aku? tambah pulak utang dulu pon lom abis lagi (lega tak banyak dah ;p), nak suh buat utang lagi. ishhh...agak2 la pon nak persuade orang suruh beli. jangan la sampai tahap annoying. taula desperate nak buat sales. daripada teringin nak tengok, langsung hilang selera orang (ni ayat marah dalam hati jer tau ;p). disebabkan takleh nak ignore diorg, so aku pon cakap elok2 'lain kali jela dik, tunggu utang dulu abis dulu yer...' huhuhu....
ouh btw, aku tak amek pic adam kat sini sebab dia tido jer. bila dah nak masuk kete balik baru dia terjaga ;p good boy! adam telah selamatkan ummi dari konco2 salesperson desperado itu! muahahhaa! sebab kalau adam jaga, mesti dia sebut 'naakkkk....' kalau tengok buku2 tu. kih3...
hmm...esok 1st May 2010. WISHING ALL OF YOU HAPPY LABOUR DAY!
and to my beloved parents, HAPPY ANNIVERSARY MAK & ABAH!! yang ke-34 ka 35 eh? hehehe...lupa lak ;p sorry tak dapat balik celebrate kali ni. nanti free kami balik KL no...hehe...

Tuesday, April 27, 2010

Ayambekk!!


yer, tema hari ini ialah ayam yer murid2....
hmm...dekat seminggu aku tak update. seperti biasa kena la sapu2 sawang dulu, mop2 sket & spray air freshner. ok dah. wangi tak? ;p
1st of all, mintak mahap ler di atas 'ketidaksiumanan' aku arini. macam ayam kat atas tu cakap, everybody's quitting! but here in my office, not everybody la, but one of my staff has quit, since last monday. huwaaaa!!! 2nd staf yang paling lama lak tu. so tinggal la sorang jer staf aku skang ni sebab yang sorang lagi (yang ni lagi lama) plak ikut hubby dia study leave kat oversea for 3 years. staf yang dok ada ni baru jer masuk dalam 7 bulan camtu. banyak lagi benda yang dia still kena belajar. haduii...the situation right now sangat2 lah challenging. sangat2 lah menguji minda & kesabaran. nak tunggu staf baru masuk, mebbe bulan depan. tu pon lom tentu lagi...tsk!
errr...tetiba taktau nak citer aper dah. blank. hahaha!
oklah, back to work. toodles!

Tuesday, April 20, 2010

Adam's Attempt to Self-Feed

nilah aksi2 adam belajar nak makan sendiri. ada gaya kan? tapi sebenarnya yang dapat masuk mulut sikit jer, tumpah yang banyak. hihihih....ummi dia la jugak yang fenats kena cuci karpet pastu...
3 pics seblah kiri tu masa kitorg makan kat McD aritu. kat situ pon aku still bagi adam makan moi a.k.a bubur nasi. burger is a no-no for adam...setakat fries 3-4 batang tu ok lagi la. tunggu la besar sikit baru leh bagi. eheh...
speaking of food, sebenarnya aku rasa boring gak asik2 bagi adam makan moi. cuma sayur jer tukar2. tak carrot/cauliflower/broccoli. takpon campur semua serba sikit. kadang tambah bilis atau cebisan daging. tu jer. rasanya kalau adam dah petah bercakap pon mesti dia komplen 'bosan la ummi, hari2 makan moi jer'. hahah! tapi buat masa ni apakan daya, just bear with your ummi, okes?

nantilah bila2 free aku nak survey simple recipes for toddlers. rasanya western food banyakla kan...takpon kena 'kelebek' balik mags Pa&Ma yang ada kat umah tu. huhuhu...

Monday, April 19, 2010

Padah 'Sekodeng'




please dun get me wrong people. my intention is just to share my happiness on my new 'darling', not to show off, okes? *peace* (tayang sikit jer eh, malu.. :">)

my birthday is in november hence i call this new darling as my super duper advanced birthday gift! eheheh...i've been a 'gerabak' fan since years ago. masa tu lom mampu la kan. cuma mampu tengok & beli yang imi ;p but alhamdulillah rezeki tahun ni, i got my 1st original 'gerabak' as my birthday gift for myself. ('gerabak' imi doesn't count ;p) yup, i forked out some money from my own pocket, not bobo's ;D tapi aku dah cakap kat bobo birthday tahun ni nak henpon LG New Chocolate. muahahhaaa! (gelak evil >;D) no lah, kidding. tak minat pon LG tu. tatau nak apa pon sebenarnya...coz i've got what i wish for since forever oredi. kekeke....

anyway, i came across this bag unintentionally. takder plan nak beli any bags pon buat masa ni. but i just love to 'sekodeng' pretty handbags from web browsings & bloghoppings here & there. nilah padahnya...kekekek...so i got the bag from an online store based in US with a 25% discount. kalau nak beli kat butik di KL nun memang tak beli la kan. harga jauh beza. not worth it. yang ni aku cuma pilih nak bag mana & which color from the website, transfer the moolah & tunggu 3 weeks for the bag to arrive. sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. phewww...

some people might say 'eleh, baru beli 1 designer handbag pon nak kecoh'. mintak mahap la yer, it's my 1st so haruslah aku 'keciwi' (look out Perlis dictionary for its meaning kalau ada la. ngeh)...

tu jer aku nak citer untuk entry ni. *peace* lagi sekali. hehe...

Friday, April 16, 2010

Mari Menjaga Tulang (Khusus Untuk Wanita 30an)


entry hari ni ala2 rancangan nona sket sebab pasal kewanitaan. hmm...elok jugak kalau aku tambah label 'women issues'. blog pon nama mrs kan. haruslah ada citer bab2 wanita sket. hihih...
ok, enough with your babbling mrs!
sejak umur dah masuk 30an ni, mula la tulang sendi aku semua rasa macam rapuh2 & engsel takder minyak. kih3...tulah padahnya kalau tak suka minum susu! so baru2 ni tertengok la iklan Anlene yang menari2 sampai nak patah riuk tu. being me who easily gets influenced by ads (pengakuan terbuka gitu ;p), apa lagi, masa pegi grocery shopping aritu terus cari Anlene nih! sebelum ni dok beli yang dalam kotak tu (sedap gilos yang choc flavor tu). tapi mahal sangat lak untuk buat minum tiap2 hari. bleh jatuh bangkrap aku! hahah! anyway, yang powdered ni aku pilih choc flavor gak. harga boleh tahan dalam RM20+. tak kisahlah asalkan tulang aku mantop! hahahaha....ouh, rasa dia macam Anmum (abah aku sebut 'anmoom'. sebutan baku habis!) pon ada. tingat pulak time peknen dolu2 ;p
dalam ad dia cakap kena minum 2x setiap hari dalam masa 4 minggu untuk nampakkan perubahan. tapi aku minum baru 2x. itupun sekali sehari, dalam jangkamasa nak dekat 2 minggu. hahah! camno la nak repair tulang2 nih kalau dah gitu gayanyer...
takper2, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, kan? so marilah kita bersama2 menjaga tulang masing2. takyah tunggu 30an baru nak minum (macam ai). mulakan dari awal! chewah...
sekian rancangan nona untuk hari ini ;p

Thursday, April 15, 2010

My Blog 1st Anniversary!


diam tak diam hari ni rupanya dah setahun aku berblogging! aku tak ingat berapa haribulan cuma dok rasa macam bulan 4. bila check tengok2, today is the day!! tapi aku takderla nak buat anniversary giveaway bagai kan. yang baca pon baper kerat jer. hahah! anyway, takuuu (thank you in adam's version) to all my beloved readers for your support in this great 1 whole year. chewah chewah....macam bagi speech menang award ABPH lak ;p
last but not least,


HAPPY 1st ANNIVERSARY TO MRSBOBO.BLOGSPOT.COM! (angkat bakul sendiri sebab takder orang wish. kih3 ;p)

Wednesday, April 14, 2010

Ughhhh!!

alhamdulillah arini aku & bobo dah fully recovered dari FOOD POISONING! ahad lepas masing2 dah melepek macam sayur basi jer sebab asik ulang alik ke toilet to vomit & ceri beri (part cb ni bobo jer kena, aku tak pulak ;p). tapi memang seksa jiwa raga betul. we're so helpless! no energy and no appetite whatsoever. nada. sibaiklah my MIL ada time tu. leh tengokkan adam. kalau tak, adam yang kena tengokkan kami. ahah! nak recover pon amek masa sebab bila dah tak lalu makan, jadi angin lak. adessss....tensi tau! tengah typing ni pon aku rasa macam nak vomit lagi. tapi kuar angin jela ;p ni tandanya nak kena pegi bekpes. keh3...

oklah, toodles!

ouh, btw komik di atas adalah hiasan semata2. kitorg memang betul2 kena food poisoning tau!

p/s: leh ker letak label entry ni as 'food'? ngeh3...

Friday, April 9, 2010

Korang Dah?


all this while i didn't realize that i have to pay (or obliged) for zakat pendapatan. i thot the one that we pay for on aidilfitri which is zakat fitrah is the same thing (iskkk...jahilnya aku! am i the only person on earth who didn't know about this?). yesterday when me & my sis were talking about e-filing for income tax, this matter arose. she gave me some links and i also did some 'research' to get more info on zakat pendapatan. here's some to share:


"Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini. Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama"
source

DALIL WAJIB ZAKAT

Firman Allah s.w.t:
"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

Surah al-Baqarah (ayat 267)
Allah menjelaskan bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".


SYARAT WAJIB ZAKAT

1. Islam


2. Merdeka


3. Sempurna Milik. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat. Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya. Pendapat para fuqaha' menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai 'mal mustafad' iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan zakat.


4. Cukup nisab. Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas.


5. Cukup haul. Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting ialah seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya harta wang simpanan ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.


How are we going to know how much we have to pay for zakat?


no worries, just click this link for zakat calculator. but this is only applicable for Selangor residents coz the 'Perbelanjaan Yang Dibenarkan Ditolak (setahun)' for them is RM8000 but for Perlis residents (like moi) the amount is RM5000 only (ya lor, no toll & makan murah maa...heheh...).

ok, now i got all the info. so, without further ado, i contacted one of the staff in Bursary office to get the form for paying zakat. today, i will send the completed form to them and insya Allah by this month, it will be deducted from my monthly salary. phewwww....i hope it's still not to late!

akhir kata....

ZAKAT MEMBAWA BERKAT a.k.a. kap ba ro kap alip ta nunnn.... ;p

Wednesday, April 7, 2010

Adam & The Red Knight Rider




ari sabtu lepas kitorg pegi ke Star Parade, Alor Setar. kat sini jelah tempat beronggeng kitorg semenjak duduk sini. keh3...kira happening abih ler tu...anyway, tujuan asal sebab nak beli barang dapur & survey kasut idamanku ;p last2 bukan dapat kasut, dapat kain ela la pulok (pompuan2...). salesgirl kedai kasut tu cakap minggu depan baru kasut tu sampai. erk! kasut idaman tu dah 2 bulan lepas aku tengok kat KL. sini takder lagi? memang ketinggalan ERL btoi...huhu...
dah tak dapat kasut, masuk kedai kain pulak. masa aku bz menyervey (perosak bahasa sungguh!) kain2 tu, bobo bawak adam main kat playland. salah satunya kete 'knight rider' merah ni la. hihihh...kete ni bergerak sendiri. takyah pegang stereng pon takper, dia akan kona sendiri. canggis kan? masa aku amek pic ni, adam dah 2 kali naik. sebab tu muka pon macam takder perasaan jer. siap nak panjat keluar lagi masa kete dok gerak. sian dia kebosanan tunggu ummi pilih kain berjam2 ;p

Monday, April 5, 2010

Rajin Adik Rajin, Rajinlah Belajar....



ni some of the pics yang aku sempat amek time adam sibuk 'study'. hehehe...alhamdulillah takder satu flash card atau buku yang koyak ;p sebenarnya lepas tu dia sepahkan buku2 skali. tapi bersepah sangat lak untuk disnap. ;p skang ni adam rajin baca buku ABC dia. dah lama gak aku beli, masa dia baby lagi. skang ni dia dah kenal mana satu 'lion'. siap buat gaya tangan 'lion roarrrr....' :D
aku rasa enjoy ajar dia sebab dia pon tunjuk minat nak membaca. biasanya dia sendiri yang akan amek buku tu suruh aku bacakan untuk dia. kekadang tu sampai tertido dia baca buku. eheheh....harap2 berkekalan la minat dia tu. insya Allah...bobo cakap adam ni dah jadi ulat buku macam ummi dia. hehe...ummi takder la ulat sangat pon ;p dah jadi kepompong ada la..
ok, it's time to go home now. toodles!

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah



hari ni 2 april 2010. telah genap setahun pemergian arwah ayah mertuaku ke rahmatullah...rasa macam kejap jer masa berlalu. masih teringat lagi detik2 akhir sebelum arwah tiada. kami berulang alik ke hospital hampir setiap hari untuk melawat arwah di ICU. tapi akhirnya, Allah lebih sayangkan arwah...walau apa pon kami bersyukur sebab arwah sempat jugak tengok cucu tunggal dalam family bobo which is our son, adam...

awal pagi tadi juga kita dapat berita tentang pemergian Allahyarham Din Beramboi disebabkan oleh denggi berdarah. semoga roh beliau dicucuri rahmat. aminn...

Al-Fatihah untuk mereka...

Thursday, April 1, 2010

Adam's Antics

ni pic lama, masa dummy lom hilang. heheh...btw dummy dia dah jumpa balik! rupa2nya ada dalam beg kawan dia kat taska ;p

time tak berbaju pon nak masuk toybox jugak budak kicik nih



nilah keje adam tiap2 hari. suka sangat masuk dalam toybox tu. dia rasa kecik lagi kot. kalau kaki tersangkut mula la nak keriau panggil ummi dia to the rescue! heheh...

p/s: pic quality adalah buruk sebab aku guna hp murahan aku tu jer (bernada jeles sebab bobo baru beli E72 idaman kalbuku). huhuh...